Pembaca Setia...

Jumaat, 29 April 2011

ADUHHH!! GATAL DAN PANAS TEKAK KU BILA MENJELANG MAGHRIB !!!


Semalam saya berkesempatan merawat seorang surirumah yang sering mengadu masalah batuk dan tekak terasa panas bila menjelang senja,bila berjumpa doktor tiada penyakit apa pun dapat dikenal pasti.Sebelum rawatan saya lakukan scanning dengan memicit sendi-sendi badan pesakit,pesakit mengatakan semua sendi terasa sangat sakit apabila dipicit oleh saya,ini petanda sah ler pesakit ini mengalami gangguan jin kategori santau.Saya membacakan set ruqyah syar'iyah kepada pesakit,semasa proses ruqyah dibacakan,pesakit batuk semakin kerap dan kuat,selesai ruqyah saya memberi pesakit minum air ruqyah beserta madu.Sebelum pesakit pulang,saya membekalkan sebotol madu dan 3 botol besar air ruqyah untuk dibuat minum 3x sehari selama seminggu.Pesakit juga perlu berpantang selama sebulan untuk tidak menjamah segala minuman berlimau,makanan pedas,rebung dan juga jeruk buah-buahan.

Rabu, 27 April 2011

MENGAPA ISTERI TIDAK PUAS ?


Antara faktor yang menyebabkan isteri tidak puas diranjang ialah :-

1)Waktu foreplay/pemanasan yang singkat.

2)Zakar suami tidak cukup ereksi.

3)Suami kerap pancut awal.


Jika para suami mengalami masalah diatas,janganlah segan untuk dirawat,untuk rawatan dan info lanjut sila klik urutbatin.net

Ahad, 24 April 2011

KELESUAN BADAN PENYUMBANG MASALAH LEMAH SYAHWAT



Kelesuan adalah satu dilema bagi orang yang bekerja pejabat di kota metropolitan.Walaupun kerja tidaklah seberat mana,akibat dari tekanan kerja,kesesakan lalulintas,terlalu lama didepan PC dan juga terlalu lama duduk menyandar baik dikerusi pejabat ataupun kerusi kereta secara tak langsung akan menimbulkan masalah kelesuan badan apabila bangun pagi keesokan harinya.Masalah kelesuan kalau tidak diatasi dengan berurut,lambat laun akan menyebabkan kita kurang bernafsu apabila hendak bersama dengan isteri dek badan yang lemah dan tiada tenaga.Jadi kaum lelaki diluarsana disyorkan berurut sebulan sekali bagi membuang segala angin dalam badan supaya tidak timbul lagi masalah lesu.

Untuk khidmat urut dan info lanjut sila klik urutbatin.net

Jumaat, 22 April 2011

TABIAT ONANI PUNCA UTAMA LEMAH SYAHWAT



Tabiat melakukan onani dengan kasar dan kekerapan yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan urat saraf pada zakar yang sekaligus menyebabkan masalah kurang ereksi pada zakar.

Jika tabiat ini tidak diubah dan pesakit tidak berurut,lambat laun ia akan menyumbang masalah mati pucuk.

Urutan pulih batin perlu dilakukan bagi memulihkan urat saraf zakar yang rosak dan melancarkan semula aliran darah masuk pada zakar bagi pesakit yang mengalami ketagihan onani ini,insyaAllah berkesan.

Untuk rawatan dan info lanjut sila klik urutbatin.net

Khamis, 21 April 2011

SIMPTOM-SIMPTOM LEMAH TENAGA BATIN
















1) Sukar ereksi pada waktu subuh/pagi.

2) Mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

3) Kurang bernafsu pada isteri.

4) Kerap pancut awal ketika berjimak.

5) Zakar kurang ereksi semasa berjimak.

Jika anda ada mengalami simptom-simptom diatas,segeralah berurut dengan pakar urut kami Tabib Murtazam,sila klik urutbatin.net

Rabu, 20 April 2011

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGATASI MASALAH SENGGUGUT


















Boleh dikatakan 90% wanita mengalami sakit ketika haid atau nama lainnya senggugut,dimana darah haid turun dengan pergerakan yang kurang lancar atau tersekat-sekat.Sakit ketika haid ini secara tak langsung menjejaskan emosi wanita sehingga menjadikan mereka moody dan panas baran.Untuk mengatasi masalah ini,para wanita disyorkan untuk melakukan al hijamah/berbekam sebulan sekali secara konsisten,insyaAllah darah haid anda turun dengan lancar dan tidak berlaku senggugut lagi.

LEMAH SYAHWAT MEMBAWA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA


Lemah syahwat adalah salah satu penyakit lemah tenaga batin bagi orang lelaki selain masalah pancut awal dan mati pucuk.Keadaan lemah syahwat ini berlaku ialah apabila kita kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks pada pasangan kita dan juga keadaan zakar yang tidak cukup ereksi bagi melakukan hubungan seksual.Punca utama penyakit lemah syahwat ialah stress sehingga menyebabkan badan jadi lesu dan gaya hidup yang kurang sihat sehingga banyak angin berkumpul dibahagian lubang cincin zakar dan bawah telur sehingga menyukarkan darah mengalir masuk ke bahagian zakar.Angin yang berkumpul ini perlu diurut secara manual oleh tukang urut yang berpengalaman supaya darah kembali lancar semula.

Untuk rawatan dan info lanjut sila klik urutbatin.net

Selasa, 19 April 2011

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17/19/21hb Islam)


Dalil Tarikh Berbekam

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)

Catatan :
Al-Khallal berkata, "Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata, Aku diberitahu Hambal, dia berkata, "Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya." Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi S.A.W biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.

SILA SMS SAYA SEJAM AWAL SEBELUM DATANG DI TALIAN 019-994 0839 UTZ HANAFIAH

Isnin, 18 April 2011

MINYAK AURA KEMBALI LAGI




Untuk keterangan lanjut sila klik minyakaura.com

Jumaat, 15 April 2011

SIHIR PANCUT AWAL


Ia adalah salah satu cabang sihir pemisah rumantangga (sihir tafriq) dimana sisuami akan mengalami ejakulasi pramatang (bawah 1 min) setiap kali melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

Selain itu suami/isteri juga akan mengalami simptom kerap bertengkar hal remeh temeh, sakit pinggang dan juga kerap bermimpi seram yang menakutkan.

Masalah pancut awal ini sebaiknya suami isteri kena datang sekali berubat,kerana jika ia dibiarkan berlarutan akan menyebabkan pertengkaran dalam rumah tangga yang bole membawa perceraian.

Untuk sebarang rawatan sihir/saka sila klik rawatanislam.org

Khamis, 14 April 2011

SIHIR FACEBOOK



Sebulan yang lepas ada seorang suami datang mengadu pada saya bahawa isterinya sakit disyaki terkena sihir oleh kenalan facebooknya.Isteri beliau juga seorang ahli perniagaan yang menjalankan aktiviti pemasaran melalui facebook dan semenjak itu juga ada seorang lelaki yang baru dikenali di facebook sering private message mengajak beliau untuk keluar dan sebagainya.Si suami ini pun terkena sedikit tempias dari sihir tersebut yang saya syak ia adalah sihir pemisah rumahtangga tapi tak sekuat pengaruh sihir yang berada pada isteri.Semasa isteri beliau terkena sihir,si suami beritahu yang isteri beliau mudah marah-marah,sikap terlalu berubah dan kerap juga menolak ajakan untuk bersama.Seperti biasa saya meruqyah si suami ini,dan saya juga membimbing beliau untuk merawat si isteri juga..Alhamdulillah sehingga kehari ini pengaruh sihir pada si isteri saya dengar agak semakin berkurangan dek kerana inisiatif sisuami yang kerap meruqyah isterinya dirumah,jadi pembaca blog diluarsana berhati-hatilah dengan FACEBOOK yer...

Sebarang rawatan sihir & saka sila klik rawatanislam.org

Selasa, 12 April 2011

MERAWAT PESAKIT YANG OBSES DENGAN GANGGUAN


Tiga hari lepas saya berkesempatan merawat seorang pesakit wanita dari johor yang mendakwa dirinya ada gangguan jin yang menyebabkan beliau tidak berkeyakinan diri untuk keluar dari rumah selama 6 bulan.Beliau mengatakan kawan-kawannya serta perawat tradisional sebelum-sebelum ini sering melihat wajah dia kelihatan seperti binatang,berwajah orang tua dan sebagainya sehingga pada tahap pesakit mempercayai dirinya ada gangguan jin yang serius.

Saya merawat pesakit seperti biasa,dan setelah tamat rawatan saya menanyakan pesakit tentang respon fizikal badan semasa ruqyah sedang dibacakan,pesakit hanya merasa sedikit pergerakan di bawah kulit sahaja.Kesimpulanannya pesakit hanya mengalami sedikit gangguan kecil sahaja dan tetapi dek kerana pesakit mempunyai masalah sikap yang obses/berlebihan kepada gangguan jin,secara tak langsung syaitan mudah menghasut minda pesakit supaya sering rasa rendah diri dan sebagainya.Sebelum menamatkan rawatan saya memberi pesakit sedikit motivasi untuk pesakit rasa yakin kepada diri sendiri dan pesakit disyorkan supaya membaca surah An-Nas banyak-banyak setiap hari dan juga pesakit elakkan duduk bersendirian/berangan.

Untuk sebarang rawatan sihir sila sms sejam awal sebelum datang di 019-994 0839

Jumaat, 8 April 2011

MERAWAT PESAKIT SANTAU


Semalam seorang rakan saya datang ingin berurut dan berbekam kerana masalah syahwat dan juga bisa-bisa sendi badan.Selesai saya mengurut beliau,lalu saya membekam badan beliau,didapati semua darah yang keluar bertali.Lantas pesakit memberitahu saya yang beliau kerap bermimpi seram sejak kebelakangan ini.Kemudian saya meruqyah beliau dan membacakan set ayat pembatal sihir,beliau muntah dengan banyaknya.Saya nasihatkan pesakit supaya berpantang dalam sebulan untuk tidak makan rebung,cuka,air limau,makanan pedas dan juga nanas,pesakit disyorkan minum madu beserta air ruqyah 3x sehari selama seminggu,insyaAllah sembuh...


Petanda Terkena Santau

-Tapak tangan sentiasa berpeluh
-Batuk yang berpanjangan
-Bisa-bisa sendi badan
-Kerap bermimpi seram/menakutkan
-Muntah darah -Berat badan makin berkurangan
-Kerap muntah semasa makan
-Tekak kerap terasa panas/gatal/berpasir
-Badan/dada teras panas menjelang maghrib
-Kerap gatal-gatal badan bila waktu malam

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan santau,sila klik rawatansantau.com

Khamis, 7 April 2011

GUMPALAN RAMBUT TERJUMPA DALAM MAHKAMAH


Kisah ini adalam sambungan kisah "Pontianak Mengilai Selepas Sesi Ruqyah",disini pesakit semasa dalam proses perbicaraan mahkamah,segala keterangan pesakit mahkamah agak lancar dan dipermudahkan urusan olehNya.Sejurus sahaja selesai memberi keterangan pada mahkamah,pesakit terjumpa segumpal rambut didalam begnya,lalu pesakit terkejut dan membuang terus gumpalan rambut tersebut...Gumpalan rambut tersebut sebenarnya adalah objek sihir,tetapi yang penting pengaruh sihir pada pesakit ini agak berkurangan berbanding sebelumnya kerana sehari sebelum perbicaraan saya telah meruqyah pesakit di Titiwangsa KL.

Selasa, 5 April 2011

PONTIANAK MENGILAI SELEPAS SESI RUQYAH


Malam tadi saya ke Titiwangsa KL untuk merawat rakan saya yang dilanda sihir mahkamah.Saya namakan sihir mahkamah kerana setiap kali beliau pergi mahkamah dalam proses menuntut cerai dari suaminya,badan beliau akan sakit-sakit,hilang fokus dan mulut agak terkunci semasa dalam proses perbicaraan.

Saya seperti biasa membacakan ayat ruqyah syar'iyah kepada beliau dan semasa ruqyah dibacakan mata pesakit mengalir seperti menahan kesakitan yang amat sangat.Setelah tamat sesi ruqyah,saya mendengar ada suara mengilai seperti suara wanita dan pesakit juga turut mendengar sama.Pesakit mengatakan kepada saya,semasa proses ruqyah dibacakan leher beliau terasa seperti ada orang mencekik dengan kuat...

Saya seperti biasa membekalkan 2 botol air mineral ruqyah dan daun bidara untuk pesakit buat minum dan mandian,rawatan tamat...

Bagi mereka diluar sana yang mendapatkan sebarang rawatan sihir,sila sms sejam awal sebelum datang ke 019-994 0839 Utz Hanafiah.

Isnin, 4 April 2011

PETANDA TERKENA SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA (sihir tafriq)


1) Sering bertengkar suami isteri walaupun perkara remeh temeh.

2) Gagal melakukan hubungan kelamin.

3) Sering bermimpi seram yang menakutkan.

3) Bila berjauhan terasa rindu,bila dekat terasa panas.

4) Sering melihat kelibat di rumah.

5) Kerap mendengar bunyi di rumah seperti guli jatuh diatas lantai.

6) Adakalanya melihat wajah pasangan seperti rupa yang buruk/hodoh.

7) Kerap sakit pinggang pada waktu lepas asar keatas.

Bagi mereka yang terkena sihir pemisah ini,jika lambat dirawat akan menyebabkan perceraian rumah tangga,bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan sila sms sejam awal sebelum datang di 019-994 0839 (Kedai Rawatan Sihir & Saka) dan bawa 2 botol besar air mineral setiap seorang.

Jumaat, 1 April 2011

SIHIR SEHINGGA MISKIN


Ia adalah satu cabang sihir yang mengakibatkan mangsa yang terkena menghadapi kesukaran dalam mencari rezeki ataupun dalam istilah lain tiada job langsung dalam dunia perniagaan.Kebelakangan ini kerapkali kes sebegini saya rawat,dan yang terbaru adalah pesakit dari Kota Damansara yang menjalankan perniagaan sendiri membekalkan talent kepada Production House.Sudah 3 bulan beliau tiada job langsung sehingga ansuran kereta dan sewa rumah sudah 3 bulan tertunggak,walhal sebelum ini bisnes beliau agak stabil dan lumayan...

Mangsa juga kerap sakit kepala bila waktu asar keatas dan terlalu banyak halangan bila mula keluar rumah mencari rezeki.Memandangkan pesakit tidak dapat datang berjumpa saya,adik kepada pesakit menemui saya dengan membawa 2 botol air mineral.Lalu saya bacakan ayat set pembatal sihir pada air tersebut,jadi pesakit perlu minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut dan kawasan rumah serta kereta perlu direnjis selama 7 hari juga.Setelah 2 minggu berlalu saya mendengar khabar berita gembira yang bisnes mereka sudah kembali pulih,alhamdulillah mukjizat Al Quran dan perkenan Allah SWT membantu mereka kembali...

Bagi mereka yang diluar sana yang menghadapi masalah perniagaan ataupun rezeki,janganlah berdiam diri sahaja,berusahalah dan berubat takut dikhuatiri kita terkena sihir tanpa kita sedari.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan sila sms sejam awal sebelum datang ke 019-994 0839 Utz Hanafiah di Kedai Rawatan Sihir & Saka (depan Masjid Jumhuriyyah Tmn Dato Harun)

Bagi mereka yang ingin memesan CD RUQYAH sila layari web mp3ruqyah.com