Pembaca Setia...

Rabu, 30 Mac 2011

PETANDA-PETANDA TERKENA SIHIR/SAKA













1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.

43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.

44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.

45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.

46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.

47) Timbul rasa takut tanpa sebab.

48) Sering pengsan tanpa sebab.

49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.

50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).

51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.

53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan,sila sms sejam awal sebelum datang di 019-994 0839 Utz Hanafiah.


Bagi mereka yang ingin merawat sendiri dirumah dengan menggunakan CD RUQYAH,sila beli online CD RUQYAH di mp3ruqyah.com

Ahad, 27 Mac 2011

BELI ONLINE CD AYAT RUQYAH AS-SYARIYYAH



CD RUQYAH boleh di beli online,sila klik mp3ruqyah.com

Isnin, 21 Mac 2011

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan penuh dan juga pertengahan bulan islam,adalah minggu terbaik/afdhal untuk melakukan AL HIJAMAH..Silalah buat temujanji dengan pembekam lelaki dan wanita kami,harap maklum...

Khamis, 17 Mac 2011

POINT BEKAM THIBBUN NABAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk)



Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"

Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.

Isnin, 14 Mac 2011

MERAWAT SIHIR ISTIHADAH









Semalam saya didatangi sepasang suami isteri yang mengadu bahawa si isteri sudah sebulan mengalami istihadah...petanda gangguan jin bagi wanita salah satunya ialah mereka akan mengalami period melebihi 15 hari,keadaan ini berlaku dimana jin/syaitan menyepak-nyepak dinding rahim mereka.

Seperti biasa saya menyuruh pesakit duduk melunjur dan pejamkan mata,saya terus membacakan ayat ruqyah dengan melakukan ulangan yang banyak pada ayat pembatal sihir..Pesakit kelihatan menggeletar tapi tidak kerasukan semasa ruqyah dibacakan..Saya membekalkan pesakit 2 botol air ruqyah untuk dibuat minum dan mandian selama 7 hari dan pesakit juga saya suruh pergi berbekam kepada pembekam wanita supaya gangguan dalam badan cepat hilang...

Jumaat, 11 Mac 2011

MERAWAT REMAJA WANITA KERASUKAN







Tiga hari lepas,seorang jiran di Apartment saya menelefon untuk meminta saya merawat anak remajanya yang kerasukan..Pada waktu senja terjadinya insiden tersebut,pesakit mendakwa melihat kelibat sepasang suami isteri di sudut dapurnya,kemudian kelibat suami isteri tersebut menghembus sesuatu di belakang pesakit..Jadi pesakit menangis kesakitan kerana sesuatu menggigit dengan kuat dibelakang badannya..

Saya merawat pesakit dengan meletakkan tapak tangan kanan saya di tempat yang sakit sambil membacakan yunus 81-82 ulang-ulang,pesakit semakin kuat menangis kesakitan dengan keadaan terpekik terlolong...Saya tidak mengendahkan pesakit,saya terus membaca ayat tersebut selama 10min,tiba-tiba pesakit muntah...kemudian pesakit berhenti menangis dan beliau rasa lega dan tidak terasa sakit lagi...Saya membekalkan pesakit sebotol air ruqyah untuk dibuat minuman dan mandian selama 3 hari dan menasihati pesakit supaya kerap membaca ayat kursi untuk perlindungan.

Selasa, 8 Mac 2011

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN RM2K SEBULAN DENGAN MENJADI JURUBEKAM





















Marilah kita melakukan kerja sampingan dirumah dengan menjadi JURUBEKAM..kerjanya amat mudah dan anda boleh raih pendapatan sampingan sebulan sehingga RM2K...Disini rezeki yang halal pun anda dapat,pahala yang besar kerana menyebarkan kaedah perubatan sunnah nabi pun anda perolehi juga....

Sertailah kursus bekam kami,untuk info lanjut layari KURSUSBEKAM.COM

Khamis, 3 Mac 2011

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?











Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Pembekam Lelaki

Pembekam Wanita

KAEDAH SCAN GANGGUAN Part 2












1) Perawat perlu menekan kedua-dua belah lengan pesakit (point warna merah) selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dengan kadar tekanan SEDERHANA.

2) Perawat perlu baca ayat scan seperti gambar diatas sebanyak 7x dalam hati semasa proses menekan tersebut.

3) Jika pesakit terasa sakit menyucuk/renjatan elektrik pada point yang ditekan tadi,maka SAH pesakit ada gangguan jin.

Selamat Mencuba.........

Rabu, 2 Mac 2011

MERAWAT PELAJAR UNISEL KERASUKAN



Malam tadi lebih kurang 2am,bapa kepada pesakit menelefon saya yang anak perempuannya kerasukan agak lama di rumah sewanya section 7 Shah Alam.Jadi saya tanpa melengahkan masa terus memecut kereta kesana,didapati badan pesakit agak lemah dan keletihan,pesakit sudah mulai sedar 90%.

Saya tanpa melengahkan masa lagi,membuka penutup air meineral,pegang ubun-ubun pesakit lantas saya bacakan set 20 ayat ruqyah syar'iyah.Sepanjang bacaan dilaungkan,tiada respon dari pesakit sebab badan pesakit terlalu lemah,jadi selepas tamat bacaan ruqyah,saya memberi pesakit minum 1/2 botol air ruqyah dan menyapu muka pesakit dengan air tersebut.

Diakhir sesi rawatan,saya menasihatkan pesakit untuk kerap minum air ruqyah dan melakukan mandian ais selepas waktu asar selama 7 hari,rawatan tamat...

Selasa, 1 Mac 2011

JADUAL TERBARU PEMBEKAM WANITA TAHUN 2011

Photobucket

PEMBEKAM WANITA PJ : NOTT 019-285 2849
WAKTU PERKHIDMATAN : 9AM-10PM Setiap Hari Kecuali RABU
OFF DAY : RABU
LOKASI : D-9-15 Medan Jaya Apartment Tmn Medan Jaya PJS 2/1 Jln Klg Lama PJ