Pembaca Setia...

Selasa, 22 Februari 2011

KAEDAH SCAN GANGGUAN Part 1











1) Perawat perlu menekan kedua-dua belah tangan pesakit (point warna merah) selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dengan kadar tekanan SEDERHANA.

2) Perawat perlu baca ayat scan seperti gambar diatas sebanyak 7x dalam hati semasa proses menekan tersebut.

3) Jika pesakit terasa sakit menyucuk/renjatan elektrik pada point yang ditekan tadi,maka SAH pesakit ada gangguan jin.

Selamat Mencuba.........

50% PENGARUH GANGGUAN JIN AKAN BERKURANGAN SETELAH BERBEKAM


















Mengikut pengalaman-pengalaman saya yang lepas sebagai perawat islam,pesakit gangguan jin seperti santau/sihir/saka agak cepat sembuh bila mereka mengamalkan rawatan bekam sunnah/al hijamah.Mengapa cepat sembuh ? Kerana bekam sunnah/al hijamah adalah MUKJIZAT dan sebaik-baik kaedah perubatan...

Isnin, 21 Februari 2011

PERLU URUTAN POINT BEKAM SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM




Urutan perlu dilakukan selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari pada kawasan yang hendak kita lakukan bekam darah.Urutan ini dilakukan sebelum dan selepas rawatan bekam,bagi urutan sebelum berbekam,ini dilakukan supaya kulit tidak terasa perit bila sedutan bekam dilakukan dan membuatkan darah kotor keluar agak banyak sikit kerana saluran darah mulai lancar.Bagi urutan selapas berbekam,tujuannya ialah untuk menghilangkan kesan lebam pada point bekam selepas sesi berbekam.Minyak yang disyorkan untuk urutan dalam proses berbekam ialah Minyak Zaitun Safi kerana ia tidak terlalu berminyak,mudah kering,banyak mengandungi vitamin dan berbau agak wangi.

Jumaat, 18 Februari 2011

MINGGU BULAN PENUH,MINGGU YANG AFDHAL UNTUK BERBEKAM



Minggu bulan penuh kembali lagi,sama-samalah kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW untuk berbekam pada minggu ini...Bila bulan penuh,darah kotor yang keluar dari badan semasa berbekam akan lebih banyak dari waktu-waktu yang lain,insyaAllah penyakit anda cepat sembuh...

Sila buat temujanji dengan para pembekam kami :-

Pembekam lelaki di PJ 012-440 2553 Syafiq
Pembekam wanita di PJ 019-285 2849 Nott

Khamis, 17 Februari 2011

BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN

PhotobucketPhotobucket
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar,berbekam darah pada kawasan tengkuk,bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa ringan.

Jumaat, 11 Februari 2011

BEKAM KAEDAH SAYATAN PISAU DISYORKAN BAGI KES SIHIR





Bagi pesakit yang mengalami penyakit SIHIR,berbekam kaedah sayatan pisau amat-amat disyorkan untuk point pusat kepala,ini kerana,kaedah ini menyamai 100% kaedah sunnah dan kuantiti darah kotor yang keluar pula adalah 3x ganda dari kaedah tusukan jarum bekam.

Isnin, 7 Februari 2011

KESEDARAN BEKAM SIHIR SEMAKIN MENINGKAT


Semakin hari semakin ramai pesakit-pesakit sihir peka terhadap kaedah berbekam Rasulullah dalam merawat pelbagai jenis sihir,ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat.Dahulunya berbekam dikenali sebagai satu kaedah membuang darah toksid dari badan,tetapi dewasa ini dengan mengamalkan berbekam seminggu sekali,insyaAllah segala jenis penyakit gangguan jin/sihir/santau/saka dapat diatasi dalam masa yang singkat...Allahuakbar