Pembaca Setia...

Khamis, 30 Disember 2010

MUKJIZAT BEKAM MAMPU MEMBANTERAS SEGALA GANGGUAN JIN


Bagi pesakit yang mengalami pelbagai gangguan jin seperti histeria,santau,sihir dan saka,jika dikawasan tempat tinggal anda tiada perawat islam,anda juga boleh mendapatkan khidmat bekam seminggu sekali secara istiqomah dengan mana-mana jurubekam...Ini kerana kaedah bekam sunnah juga mengikut pengalaman saya yang lepas-lepas memang terbukti berkesan dalam membanteras segala jenis penyakit gangguan jin...Jadi pesakit tidak perlu lagi untuk berjumpa dengan bomoh/pawang/dukun dalam merawat segala jenis gangguan jin...jadi keraplah berbekam,insyaAllah sembuh...

Bagi perawat-perawat islam diluar sana,anda perlulah mempelajari ilmu bekam sunnah nie yer...tak perlulah sibuk-sibuk menjazamkan banyak-banyak ayat untuk lihat jin dan sebagainya supaya nak jadi perawat hebat...Gabungkan saja kaedah ruqyah + bekam,insyaAllah segala gangguan jin pesakit akan berkurangan...dan perawat pun tiada counter attack dari bomoh kerana sudah dilindungi oleh Allah SWT kerana menyebarkan sunnah...masyaAllah.....

Dalil-dalil tuntutan berbekam:

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari

-Pembekam Wanita ketempat anda untuk kawasan Lembah Klang 019-295 7929 Noraini

-Peruqyah/Pembekam Lelaki ketempat anda untuk kawasan Lembah Klang 017-209 2307 Utz Aswad

Selasa, 28 Disember 2010

RAWATAN GANGGUAN JIN KETEMPAT ANDA

Photobucket
Bagi pesakit yang mengalami gangguan jin seperti santau,histeria,sihir dan saka yang inginkan perawat datang kerumah ,anda boleh hubungi perawat islam kami Utz haikal 013-347 5449.Pesakit perlu sediakan sepeti air air mineral,perkhidmatan ini terhad untuk kawasan LEMBAH KLANG sahaja.

Isnin, 27 Disember 2010

MERAWAT PENYAKIT GOUT aka SIHIR KAKI


Semalam kami sempat merawat seorang pemuda berusia 26 tahun dari Puchong yang yang datang bertongkat kerana mengalami masalah gout sejak berusia 19 tahun lagi.Beliau mengalami serangan gout terlalu kerap iaitu hampir setiap hari..
Saya menyuruh Utz Khanapiah membekam kedua-dua kaki pesakit yang bengkak akibat gout tersebut dan pada masa yang sama saya membacakan 20 ayat ruqyah di belakang pesakit.Selepas 10 min ruqyah dibacakan pesakit mula kerasukan,dan darah bekam yang kami lihat bentuknya bertali dan bukannya cair warna hitam seperti darah penyakit gout yang kami lihat sebelum ini.
Jadi kes sebegini kami klasifikasikan bukan kes gout lagi,ia adalah sihir anggota badan.Setelah selesai proses berbekam,kami menghentikan rawatan dan membekalkan pesakit 2 botol besar air bidara ruqyah untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,rawatan tamat.

Selasa, 14 Disember 2010

KES SIHIR JERUT LAGI


Semalam saya didatangi seorang pemuda berusia 30an yang mengadu tidak dapat menjalankan hubungan seks selama 4 tahun usia perkahwinan mereka.Zakar pemuda tersebut akan terkulai layu setiap kali ingin melakukan jimak terhadap isterinya walhal bila waktu subuh zakar pemuda itu tegang seperti biasa.Pemuda itu juga memberitahu kepada saya bahawa makcik kepada isterinya terangan-terangan mengaku telah melakukan sihir ini kerana dek beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka sedari dulu dan makciknya ingin melihat perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.
Saya merawat pesakit tersebut dengan rawatan urut pulih batin terlebih dahulu,kemudian saya melakukan al hijamah mengikut point thibbun nawawi termasuk di pusat kepala pesakit.Akhir sekali saya membekalkan pesakit sebotol air ruqyah dan sebotol air daun bidara ruqyah untuk pesakit minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut bagi menawarkan sihir jerut tersebut..Rawatan tamat..

Isnin, 13 Disember 2010

BERBEKAM DI KEPALA MENYEMBUHKAN SIHIR


Bagi lelaki/wanita yang mengalami masalah gangguan jin seperti histeria/sihir/santau/saka,anda disyorkan berbekam dikepala seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah sembuh...

Isnin, 6 Disember 2010

MERAWAT KES SIHIR JERUT


Seminggu yang lepas saya didatang pesakit lelaki yang mengadu tidak boleh bersama dengan isteri kerana nafsu seks tiba-tiba menurun ketika ingin mula berjimak...Jika dalam keadaan biasa nafsu seks beliau normal seperti biasa..Selain itu beliau juga ada merasa seperti sesuatu memegang kemaluannya setiap masa.
Saya merawat pesakit ini dengan kaedah urutan dan kemudian sesi ruqyah dengan datang 3 hari berturut-turut beserta mandian ais.Selepas sesi ruqyah dibacakan separuh badan pesakit merasa panas dan sakit sedikit..Tangan kanan saya yang memegang ubun-ubun pesakit ketika ruqyah dibacakan juga mengalami sedikit lenguh selama sehari kesan serang balas gangguan..
Saya syorkan pesakit istiqomah mendapatkan sesi ruqyah dengan perawat islam kerana kes berat sebegini perlu 4-5x rawatan susulan...