Pembaca Setia...

Selasa, 26 Oktober 2010

SET BEKAM LENGKAP HANYA RM150 SAHAJA






















Jom lakukan bekam/al hijamah sendiri dirumah dengan memesan SET BEKAM LENGKAP dari saya dengan harga RM150 sahaja!!!

Untuk info lanjut sila layari setbekam.com

Jumaat, 22 Oktober 2010

MINGGU BULAN PENUH (PERTENGAHAN BULAN ISLAM)


Para pembaca blog diluar sana,anda disyorkan berbekam pada minggu ini kerana kalendar sudah berada pada pertengahan bulan islam dan bulan sedang mengambang penuh,secara tak langsung graviti bulan pada tahap maksimum yang membuatkan banyak darah kotor keluar pada permukaan kulit pada sesi rawatan bekam. Apabila banyak darah kotor keluar semasa proses berbekam,secara tak langsung segala penyakit/gangguan jin pun akan keluar secara maksimum juga dari badan.

Rabu, 13 Oktober 2010

BERBEKAM BAGUS PADA BULAN PENUH


Saiz bulan mempengaruhi daya graviti bumi,jika bulan mengambang penuh bermakna graviti pada tahap maksimum dan jika berbekam pada waktu tersebut,darah kotor/toksid akan keluar dari badan dalam keadaan maksimum.Waktu bulan penuh ialah pada pertengahan bulan islam dan tarikh terbaik berbekam sunnah ialah pada 13hb/15hb/17hb/19hb/21hb mengikut kalandar islam

Rabu, 6 Oktober 2010

MINUM MADU DAN BEKAM KEPALA,KAEDAH AMPUH MERAWAT GANGGUAN JIN



Melalui pengalaman yang lepas-lepas dalam merawat penyakit gangguan jin,kaedah mengamalkan bekam sunnah di pusat kepala dan minum madu asli setiap hari mampu menyembuhkan penyakit gangguan jin dengan maksimum,baik santau,sihir mahupun saka.

Selepas menjalani sesi ruqyah oleh perawat islam,pesakit perlu istiqomah menjalani rawatan bekam sunnah di pusat kepala seminggu sekali kerana tapak gangguan selalunya berada di bahagian pusat kepala.Kemudian pesakit juga perlu rajin minum 2 sudu madu asli yang dicampur dengan air ruqyah 3x sehari selama sebulan.Disini kunci kesembuhan berada pada disiplin pesakit untuk mengamalkan 2 kaedah yang saya nyatakan tadi secara konsisten...Selamat mencuba...

Selasa, 5 Oktober 2010

KHIDMAT RAWATAN RUQYAH KERUMAH


Bagi pesakit yang inginkan perawat islam datang kelokasi mereka,anda boleh hubungi rakan perawat saya iaitu Utz Haikal 013-347 5449,lokasi perkhidmatan terhad untuk kawasan Lembah Klang sahaja.Pesakit perlu sediakan 4 btl besar mineral dan caj rawatan adalah RM100...Rawatan beliau menggunakan kaedah terapi ruqyah untuk membuang saka,santau dan sihir.

Jumaat, 1 Oktober 2010

JIN YANG SUKA BUAT KELAKAR


Saya minta maaf kepada semua pengunjung blog kerana saya agak jarang-jarang update blog nie sekarang kerana dek kesibukan merawat pesakit.Disini saya mengambil kesempatan untuk menceritakan sekelumit pengalaman rawatan 3 hari lepas apabila meruqyah seorang mangsa sihir dari Serdang.Pesakit ini sering rasa mengantuk,badan terasa berat dan sering rasa gelisah/berdebar-debar apabila berada ditempat kerja.Apabila saya meruqyah pesakit ini,badan pesakit akan bergegar kuat kemudian jin pengganggu menjerit-jerit macam monyet..Tapi setiap kali jeritan dari jin pengganggu ini akan membuatkan saya hilang fokus dalam meruqyah kerana terasa hendak ketawa..Untuk mengelakkan perkara ini,saya akan menyuruh pesakit istighfar berterusan dan cuba lawan jika jasad terasa ingin dirasuk semasa saya membacakan ruqyah.

Kemudian apabila sesi mandian ais,jin pengganggu akan membuat aksi mat rempit menunggang motor...gelihati juga melihat pelbagai karenah jin nie kadang-kadang..

Apa yang pasti jin sebegini agak bijak kerana mereka sering membuatkan perawat hilang fokus dalam meruqyah dengan membuat pelbagai aksi kelakar..dalam sesi meruqyah perawat perlu sentiasa fokus dan serius serta perlu mengelakkan diri untuk tergelak...jika perawat merawat dalam keadaan tergelak-gelak,secara tak langsung ia akan mengurangkan keampuhan sesi terapi ruqyah...