Pembaca Setia...

Isnin, 20 September 2010

MERAWAT KES MEROYAN




Seminggu sebelum Aidilfitri tempohari,saya berkesempatan merawat seorang surirumah yang mengalami gangguan selepas bersalin..Pesakit ini menjadi seakan-akan orang bodoh sehingga tidak boleh menguruskan diri sendiri seperti berak kencing dan sebagainya..Selama surirumah ini sakit,maka si suamilah yang menguruskan sendiri kehidupan isterinya setiap hari..

Dipendekkan cerita,semasa pesakit ini datang,beliau masih dalam keadaan tidak sedar dan murung,jadi saya tanpa melengahkan masa terus meruqyah pesakit selama 15min.Semasa sesi ruqyah dijalankan,pesakit memberontak dan cuba melarikan diri,tetapi saya terus meruqyah sambil sisuami memegang pesakit.

Selepas 10min rehat, saya menyambung kembali untuk sesi ruqyah kali kedua,dan selepas itu saya beri pesakit minum air madu ruqyah.Alhamdulillah pesakit sudah mulai sedar dan bercakap-cakap dengan suami kerana sebelum ini pesakit murung mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap langsung dengan sesiapapun.

Saya menasihati suami supaya memasangkan cd ruqyah 3x sehari selama sebulan dirumah supaya pesakit kerap mendengar ayat-ayat al quran untuk kesembuhan maksimum serta minum air ruqyah sebanyak mungkin setiap hari.

Nasihat saya pada kaum ibu yang baru melahirkan anak,saya syor anda baca zikir pendinding diri 100x pagi dan 100x petang secara istiqomah supaya mengelakkan diri kita dari diganggu jin yang akan menyebabkan sakit meroyan.

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG



Selamat Hari Raya maaf zahir batin diucapkan kepada semua pembaca setia blog saya,insyaAllah hari Khamis hadapan pusat rawatan saya beroperasi seperti biasa.

Ahad, 5 September 2010

AKHIRNYA TV3 MENARIK BALIK IKLAN RAYA KONTROVERSI



Tadi saya menonton Buletin Utama TV3,secara rasminya pihak TV3 memohon maaf dan menarik semula iklan raya kontroversi tersebut.Kenapa ia kontroversi ? Renungkanlah...


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Jumaat, 3 September 2010

JIN BOLEH MASUK BADAN JIKA STRESS YANG MELAMPAU




Semalam saya merawat seorang pesakit wanita yang merupakan seorang pelajar di IPTA,beliau mengalami tekanan yang tinggi dimana ingin menyiapkan assignment dalam pelajarannya.Pesakit tersebut sudah 3 hari tidak tidur dan hanya minum dan tidak mahu makan langsung.Semasa sesi ruqyah dijalankan pesakit agak ganas,mujurlah ada 5 orang ahli keluarga mereka yang memegang pesakit.

Saya syor kepada pelajar-pelajar diluar sana supaya bijak mengawal stress dengan istiqomah mengamalkan al insyirah 7x tiap-tiap lepas solat...Golongan pelajar wanita adalah golongan yang mudah mendapat gangguan jin iaitu jika kita stress dan lalai dengan amalan syariat...