Pembaca Setia...

Selasa, 31 Ogos 2010

RAWATAN KES JIN ASYIK




Tiga hari lepas saya didatangi suami isteri dari Sg Buloh dimana si isteri sering mengalami sakit kepala,sering ditindih semasa tidur dan kerap panas baran terhadap suami kerana perkara remeh temeh.

Diringkaskan cerita,mereka datang pada waktu sebelah petang,saya terus meruqyah dan dalam masa 5min,pesakit kerasukan dan menjerit agak kuat.Saya menamatkan rawatan secepat mungkin kerana tidak mahu pesakit kerasukan agak lama,apabila pesakit sedar nanti pesakit akan terasa keletihan sangat dan akan menjejaskan puasanya.Jadi saya menyuruh pesakit pulang dahulu dan datang pada waktu sebelah malam.Pada sesi malam saya meneruskan rawatan ruqyah macam biasa,pesakit tidak kerasukan cuma pesakit menutup telinga semasa sesi ruqyah sedang dilakukan.

Saya menyuruh pesakit minum dan mandi air rawatan beserta ais selama 7 hari dan pesakit disyorkan untuk datang dalam masa 10 hari untuk rawatan susulan.

Rawatan tamat..

Sabtu, 21 Ogos 2010

AMALAN SUPAYA TIDAK KENA TINDIH SEMASA TIDUR


Kaedahnya ialah..

-sebelum tidur malam,anda perlu melunjurkan kaki kearah kiblat.
-baca 3qul 3x lalu tiup 10 saat pada tapak tangan.
-tahan nafas,niat pendinding diri dan sapu seluruh badan dari kepala hingga hujung kaki kecuali kawasan kemaluan.
-lakukan setiap kali bila nak tidur malam.

Isnin, 16 Ogos 2010

AMALAN BERPUASA JUGA DAPAT MELEMAHKAN JIN PENGGANGGU DIDALAM BADAN


Bila bulan ramadhan tiba,jin pengganggu akan berasa lemah sedikit kerana empunya badan menjalani ibadah puasa,jin pengganggu akan agresif jika empunya badan ada tabiat memakan makanan yang berunsurkan daging.

Khamis, 12 Ogos 2010

MERAWAT KES SIHIR KRONIK PADA 1 RAMADHAN


Semalam saya dijemput ke Hospital Swasta Sri Kota Klang untuk merawat seorang pesakit lelaki yang sudah 2 minggu dimasukkan ke wad ICU kerana mengalami masalah buah pinggang yang tersumbat,kini beliau terpaksa menjalani proses dialisis dengan kerap.Sebelum beliau dimasukkan ke hospital,beliau sering mengalami sakit kepala dan dada serta bermimpi tandas dan ular hitam yang banyak.Saya syak kes nie melibatkan jin sihir yang banyak sehingga menyebabkan organ utama pesakit nie cedera teruk dan sihir begini selalunya bertujuan untuk menamatkan riwayat mangsa secepat mungkin.

Sebelum saya memulakan sesi ruqyah,saya membuka semua pentutup botol air mineral dan minyak zaitun extra virgin oil lalu barulah saya memulakan kerja.Saya membacakan ruqyah sebanyak 2 sesi,sesi pertama ruqyah pesakit merasakan badan amat sejuk sekali dan setelah sesi ruqyah kedua pula pesakit merasakan ada benda bergerak dibawah kulit berjalan menghala kekaki,secara keseluruhannya pesakit merasa agak lega dan kurang terasa sakit setelah 2 sesi ruqyah diperdengarkan.

Sebelum saya pulang,saya membekalkan beberapa botol air ruqyah dan minyak zaitun extra virgin oil untuk pesakit minum 1x sehari selama 21 hari dan pesakit juga perlu menyapu seluruh badan dengan air ruqyah sekali sehari.Saya menasihatkan pesakit untuk membaca 3 qul sebanyak mungkin bagi memantapkan pendinding diri dan juga untuk menawarkan segala sihir dalam badan.

Rabu, 11 Ogos 2010

JIN TETAP MENGGANGU WALAU DIBULAN RAMADHAN SEKALIPUN



Gangguan jin tetap wujud pada bulan ramadhan dan hanya syaitan sahaja yang dipenjarakan pada bulan ramadhan,cuma gangguan tu takler agresif sangat,so pesakit macam biasaler kena pergi berubat macam bulan-bulan sebelumnya juga.

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pembaca blog yang saya kasihi,bulan ramadhan pusat rawatan saya beroperasi seperti biasa juga...