Pembaca Setia...

Jumaat, 30 Julai 2010

MASIH ADA KEKOSONGAN LAGI!!!


Jom!!! sertai seminar Rawatan Islam di Masjid Negeri Shah Alam Ahad nie 1 ogos 2010...pada sebelah paginya ada ijazah ruqyah syariyyah dan sebelah petangnya pula ada rawatan gangguan jin secara percuma..untuk pendaftaran sila sms kepada ZAILAN 018-202 7559

TESTIMONIAL PENGGUNAAN MADU DALAM MERUQYAH


Nie sms saya terima dua hari lepas dari seorang perawat islam dari Kota Kinabalu Sabah "tempohari ana guna kaedah minum madu sebelum rawat pesakit sihir,alhamdulillah respon amat baik.."

Kesimpulannya,perawat islam dan para pesakit gangguan jin diluar sana,amalkanlah penggunaan madu asli dalam merawat penyakit gangguan jin,insyaALLAH ia banyak membantu...

Selasa, 27 Julai 2010

AMALAN MINUM MADU DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT GANGGUAN JIN


Kaedahnya ialah...

-Beli 3 botol madu tualang di mana-mana pasaraya berhampiran anda.

-Buka semua penutupnya,rapatkan mulut anda pada botol madu tersebut lalu dibacakan fatehah 1x,kursi 11x,al ikhlas 11x,al falaq 11x dan an nas 11x.

-Tiup 10 saat pada 3 botol madu terbabit.

-Pesakit gangguan jin perlu amalkan minum sesudu madu setiap pagi dengan dimulai Bismillah dan Selawat selama 21 hari.

InsyaAllah sembuh kerana madu adalah makanan sunnah yang disebut dalam al quran dan juga hadis untuk 1001 ubat segala penyakit termasuk juga penyakit gangguan jin.

Isnin, 19 Julai 2010

KISWAH AKAN MUNCUL PADA MAJALAH MIDI KELUARAN OGOS 2010















Petang jumaat yang lepas,wartawan dan jurugambar dari Majalah MIDI karangkraf shah alam mengadakan sesi temuramah dengan Pengasas dan para perawat KISWAH di pusat rawatan islam KISWAH Bandar Puteri Klang.Artikel yang mereka temuramah adalah berkaitan kaedah rawatan islam dalam merawat gangguan jin..InsyaAllah majalah MIDI keluaran pertengahan Ogos akan keluarlah artikel tersebut.

Rabu, 14 Julai 2010

PERAWAT JUNIOR DISERANG BALAS TOK MOH


Baru-baru ini saya mendapat berita seorang perawat islam kategori junior agak sakit teruk akibat diserang balas Tok Moh.Punca perawat junior ini kena serang ialah kerana beliau cuba merawat pesakit secara berseorangan dirumah pesakit.Untuk info perawat junior ini baru sebulan menjadi perawat islam dan beliau masih belum mendapat ijazah perawat lagi dari GURU UTAMA.Walaupun beliau bertaraf perawat junior,dalam sebulan beliau berkhidmat di pusat rawatan islam,hampir 100 orang pesakit beliau telah rawat sambil dipantau perawat senior.

Moral dari kisah ini,mana-mana perawat yang belum mendapat ijazah perawat dari mana-mana guru,anda tidak digalakkan untuk merawat pesakit dikediaman mereka tanpa ditemani perawat senior,ini untuk mengelakkan sebarang risiko dan kejadian yang tidak diingini terhadap perawat.

Khamis, 8 Julai 2010

WAJIB SPRAY AIR RUQYAH DALAM BILIK


Mengikut pengalaman-pengalaman saya yang lepas,bagi merawat kes sihir pemisah dan juga sihir jerut,air ruqyah yang dibacakan surah al baqarah dan ayat pembatal sihir dengan ulangan yang tinggi perlu di sembur rata-rata dalam kawasan rumah terutama bahagian bilik tidur.Ini kerana objek-objek sihir pasti ada didalam rumah mangsa terutama dibahagian bilik tidur jika ia kes berkaitan sihir pemisah ataupun sihir jerut nie..

Spray air ruqyah perlu dilakukan pada setiap lepas maghrib selama 7 hari berturut-turut,insyaALLAH tiada kelibat akan kelihatan di kawasan rumah lagi,pesakit pun akan mudah tidur dengan aman dan pengaruh sihir pun akan makin berkurangan dari hari kehari,insyaALLAH....

Sabtu, 3 Julai 2010

SEMINAR KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR 1 OGOS 2010




Seminar Modul Dua "Keluarga Bahagia Bebas Sihir" di Masjid Negeri Selangor Shah Alam 1 Ogos 2010


Assalamualaikum semua...

PROGRAM SATU:

SEMINAR RAWATAN ISLAM: MODUL DUA: KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR.

Satu seminar bakal dianjurkan oleh Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah

Syariyyah Bandar Puteri Klang pada ketetapan berikut:

Tarikh 1 Ogos bersamaan hari Ahad

Tempat: Dewan Seminar Masjid Sultan Solahuddin Abdul Aziz Shah

(Masjid Negeri Selangor)...

Masa: 8 pagi sehingga 1.00 tengahari

Yuran: RM80 (merangkumi makan 3 kali, bahan program dan sijil)

Pengendali: Ustaz Hayat an Naqshbandi pengasas dan perawat Pusat

Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah

Pengisian: "Tema: Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Gangguan Makhluk

Halus" - MODUL 2 SEMINAR KISWAH.

Menyingkap permasalahan dan teknik rawatan isu berikut:

1) Lambat jodoh - sihir ta'tiluz zawaj

2) Tiada anak / mandul - Sihir jerut zakar, kunci nafsu dan mandul

3) Anak nakal - pelembut hati dan penerang hati

4) Anak tidak pulang ke rumah / lari.

5) Masalah rumahtangga - sihir tafriq - perceraian dan pendamai

rumahtangga...

Plus:
* Bonus 1: Teknik mencari barang hilang kaedah para Solehin
* Bonus 2: Amalan Pendinding diri yang ampuh dari serangan jin.

____________________________________________
PROGRAM DUA:

KLINIK RAWATAN ISLAM KISWAH

Sesi Petang: 2.30 - 5.30 petang

Klinik Rawatan Islam KISWAH: Terbuka kepada Orang Awam.
(bayaran seikhlas hati)

Serampang dua mata:

* Medan perawat baru mempraktik ilmu dan pesakit dari kalangan orang

awam berubat*


Rawatan secara individual......... dengan dikawalselia oleh Us Hayat dan

perawat KISWAH yang lain...
Muslimin dan muslimat dijemput hadir..

Sila hubungi: Saudara Zailan (perawat KISWAH) di talian: 018 2027559

Pendaftaran boleh dibuat melalui sms ke no tersebut; sila nyatakan:
-nama
-ic no
-asal
-nyatakan yuran dibayar semasa seminar atau bank in terlebih dahulu.

Bayaran yuran boleh dibuat melalui Maybank : 1621 0636 4673

PENDAFTARAN BERAKHIR 3 HARI SEBELUM PROGRAM!!!

Jumpa di sana!!!!