Pembaca Setia...

Rabu, 30 Jun 2010

JOM BELI CD RUQYAH !!!!



CD RUQYAH boleh didapati dikedai saya sekarang ataupun anda boleh beli secara online di cdruqyah.com

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...bertindaklah sekarang !!!!

Khamis, 24 Jun 2010

MERAWAT KES SIHIR TOK CHA DIRUMAH VIP SHAH ALAM






Sebulan yang lepas saya ada menerima jemputan merawat kes sihir siam yang melibatkan minyak dagu dan seluruh keluarga mangsa juga terkena tempiasnya..

Kes yang saya rawat ini ialah seorang pelajar wanita yang sudah bertahun-tahun menderita sehingga menyebabkan beliau tidak boleh keluar rumah.Badan beliau sering sakit-sakit dan sering mimpi patung dan juga ular yang banyak..Saya tafsir kes ini melibatkan jin pengganggu yang banyak...

Pada mula rawatan,saya sudah merasa sakit sedikit didada kerana jin dah mula bertindak lebih awal kepada perawat..Jadi saya membacakan ruqyah dengan agak kuat dan lantang selama 30 min membabitkan 18 surah...Alhamdulillah sakit didada pun hilang..

Jin pengganggu agak pandai kali ini,kerana sebelum ini ibu mangsa memberitahu bila pesakit dibacakan ruqyah akan terus kerasukan..tapi kali ini jin pengganggu teragak-agak merasuk..agak-agak nak mula merasuk pesakit sedar kembali..bila situasi begini agak sukar bagi saya untuk memukul jin pengganggu kerana pesakit tidak kerasukan sepenuhnya..

Selepas tamat sesi ruqyah,saya menyuruh ibu beliau memandikan pesakit dengan air ruqyah + ais..Kedengaran dari luar pesakit muntah dengan banyaknyer..

Selepas tamat mandian ais,saya meneruskan bacaan ruqyah untuk kali kedua pula...Pesakit dah mula ok sikit dan tidak hendak merasuk lagi...Saya membekalkan pesakit amalan dan juga minum dan mandian air ruqyah + ais selama 7 hari berturut-turut.Rawatan tamat..

Rabu, 23 Jun 2010








SABTU NIE 26/6/2010 UTZ MALEK AKAN MEMBANTERAS SIHIR BERAMAI-RAMAI DI HOTEL ARMADA PJ BERMULA 8am

Semalam utz malek ada berjumpa saya di sekitar PJ dan beliau menjemput semua perawat-perawat otai Darul Hikmah seperti Lebai,Ilmi dan Tosan untuk turut sama dalam rawatan sihir beramai-ramai sabtu nie 27/6/2010 bertempat di Hotel Armada PJ bermula 8am..Saya pun ada disana nanti...

Lokasi :Hotel Armada PJ
Masa :8am
Yuran :RM70
Jumlah pesakit : Terhad kepada 300 orang sahaja.
Pendaftaran : Sila layari ustazmalek.com




JANGAN LUPA BELI AKHBAR SINAR HARIAN AHAD NIE 27/6/2010

Semalam wartawan akhbar Sinar Harian ada menemuramah saya berkaitan urut pulih batin..insyaAllah jika tiada aral melintang,artikel berkenaan urut pulih batin akan dikeluarkan pada akhbar SINAR HARIAN ahad ini 27/6/2010

Isnin, 21 Jun 2010








SILA PERDENGARKAN SEKALI SEHARI SEBELUM TIDUR KESELURUHAN SURAH AL RAHMAN DAN AL RADH BAGI ORANG YANG BERSAKA SELAMA SEBULAN

Para pembaca boleh download surah Al Rahman dan Al Radh di http://4shared.com dengan taip surah yang dikehendaki pada ruangan SEARCH.Dengan memperdengarkan kedua-dua surah ini secara istiqomah,insyaAllah JIN SAKA anda dipermudahkan keluar oleh ALLAH SWT dan pantas meninggalkan salasilah keturunan anda.

Ahad, 20 Jun 2010









JIN SIHIR/BARANG-BARANG SIHIR MUDAH KELUAR MELALUI MUNTAH JIKA PESAKIT MINUM SESUDU CUKA EPAL TERLEBIH DAHULU


Cuka epal perlu dibacakan fatehah 1x,al a'raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thaha 69 7x,al falaq 7x dan an nas 7x dan tiup 10 saat pada cuka epal tersebut.Beri pesakit minum sebanyak sesudu dan kemudian perawat mula bacakan ruqyah dengan kuat pada telinga kiri pesakit,insyaAllah pesakit akan muntah dengan banyaknya dan pesakit juga akan merasa ringan selepas itu..Selamat Mencuba...




AMALAN BAGI ORANG YANG MEMPUNYAI SAKA SUPAYA CEPAT SEMBUH

1)Jika kita tersedar yang kita masih ada lagi menyimpan barang-barang peninggalan lama seperti keris,lembing,kerambit dan sebagainya,silalah beri kepada perawat islam untuk mereka tawarkan dan putuskan khadam yang mendiami barang tersebut.

2)Amalkan surah al jin 1-9 1x tiap-tiap lepas solat sebulan.

3)Baca ikrar pemutus saka 3x tiap-tiap lepas solat selama sebulan.

4)Perdengarkan surah ar rahman dan surah al radh 1x sebelum tidur malam selama sebulan,surah-surah tersebut boleh di download percuma di http://4shared.com

5)Konsisten berjumpa perawat islam yang berdekatan setiap 10 hari sebanyak 3x sesi.

6)Wajib minum air ruqyah setiap hari selama sebulan.

Sabtu, 19 Jun 2010








BOLEHKAH ANGIN/GANGGUAN JIN PESAKIT BERPINDAH KEPADA TUKANG URUT SEMASA PROSES MENGURUT DIJALANKAN ?


Jawapannya boleh,kerana proses urutan melibatkan banyak sentuhan jari tukang urut dengan kulit pesakit dan ini akan menyebabkan tukang urut kerap sendawa jika tidak mempunyai benteng diri yang kukuh.Dalam proses urutan,pesakit yang sepatutnya sendawa dan bukannya tukang urut yang sendawa yer...







BOLEHKAH PENYAKIT KLINIKAL/GANGGUAN JIN PESAKIT BERPINDAH KEPADA JURUBEKAM SEMASA RAWATAN DIJALANKAN?


Jawapannya tidak boleh kerana rawatan bekam tidak banyak menggunakan sentuhan kulit antara pembekam dan pesakit.Selain itu jurubekam akan dilindungi sepenuhnya setiap masa oleh Allah SWT kerana mereka melakukan perkara SUNNAH pada masyarakat.

Rabu, 16 Jun 2010








MELATIH PERAWAT DARUSSYIFA BOTA ILMU BEKAM SUNNAH


Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Utz Muhammad dan ustazah kerana sudi ziarah kepondok buruk saya untuk sama-sama mendalami ilmu bekam sunnah pada minggu yang lepas...Saya juga telah memberi ijazah dan kebenaran kepada Utz Muhammad untuk menyebarkan ilmu bekam sunnah ini kepada para perawat darussyifa dan masyarakan Bota Perak amnya...Hidup Bekam....!!!! Hidup Sunnah...!!!
Photobucket

TIPS MEMBUANG SAKA DENGAN MUDAH BAGI PARA PERAWAT ISLAM

Para perawat islam perlu menyuruh pesakit membacakan ikrar pemutus saka terlebih dahulu,kemudian barulah perawat mula membacakan ayat-ayat ruqyah seperti surah al rahman 33-36 dan al jin 1-9 dengan ulangan yang banyak seperti 7x atau 21x....insyaAllah pesakit akan menangis kesedihan dan terasa ringan dibahagian tengkuk dimana petanda jin saka sudah mula meninggalkan jasad pesakit...Bye Bye Jin Saka......

Selasa, 15 Jun 2010






DARAH BEKAM YANG BEKU DAN BERKETUL MACAM JELLY ADALAH DARAH KOTOR YANG MENGANDUNGI TOKSIN DAN TOKSID




DARAH BEKAM YANG BERTALI ADALAH JENIS DARAH YANG ADA UNSUR GANGGUAN JIN/SYAITAN

Isnin, 7 Jun 2010

video
video

SESI PRAKTIKAL MERUQYAH DAN MEMANDIKAN AIS PESAKIT GANGGUAN JIN

Minggu lepas saya didatangi oleh anak murid saya dari Kuala Terengganu yang ingin mendapatkan latihan praktikal tentang merawat gangguan jin kerana sebelum ini beliau telah khatam sesi teori sahaja dengan saya..Kebetulan pada masa itu juga ada seorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan tentang masalah gangguan yang dihadapinya juga...Jadi saya memberikan beberapa panduan dan tatacara meruqyah bagi memantapkan ilmu perubatan islam beliau secara LIVE terhadap pesakit sebenar...

Selasa, 1 Jun 2010







JIN ANTI PESAKIT KE SEKOLAH/BELAJAR


Baru tadi saya habis merawat seorang pesakit kanak-kanak darjah empat dari Kota Damansara,pesakit nie sudah 3 bulan sukar kesekolah kerana banyak halangan dan pengsan bila menjejakkan kaki ke pintu masuk sekolah...

Selain pengsan bila disekolah,baju seragam sekolah pesakit sering disorokkan oleh jin pengganggu apabila pada waktu pagi pesakit ingin bersiap ke sekolah..Adakalanya ibu pesakit juga berusaha memanggil guru tusyen datang kerumah pun pesakit akan pengsan serta merta..Kesimpulannya,saya syak ada jin pengganggu yang mengekori pesakit kemana sahaja dan jin pengganggu bertidak bila pesakit ingin kesekolah dan belajar sahaja..Jika pesakit pergi ketempat lain seperti pasaraya dan sebagainya,tidak pula pesakit pengsan ataupun pakaiannya disorokkan...

Memandangkan kes gangguan nie kes liat dan sudah terlalu kerap berjumpa ramai perawat islam,saya menyuruh keluarga pesakit membawa 4 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis untuk saya bacakan selawat tafrijiyyah dan ayat ruqyah syar'iyah bersama-sama pesakit..Selain itu saya syor juga pesakit memakan 7 biji kurma nabi sehari dan menyuruh ibu pesakit untuk bersedekah dengan memberi makananan pada anak-anak yatim yang berdekatan supaya pesakit cepat sembuh...






DIRESAPI JIN MONYET

Malam ahad lepas,saya mendapat panggilan kecemasan dari kawan saya mengatakan kakak beliau merasuk menyerupai kelakukan monyet...Saya pun berbegas ke Kota Damansara bersama rakan saya untuk merawat kakaknya..

Sampai disana,kakak beliau berselubung dalam selimut mungkin kesejukan dan keletihan agaknya..Saya menyuruh keluarga pesakit untuk menyediakan beberapa jug air untuk saya mulakan rawatan..Setelah air sudah tersedia,saya mula memegang ubun-ubun pesakit dan meneruskan sesi bacaan ruqyah syar'iyah selama 15min disudahi khutbah jin dan azan..Semasa sesi bacaan ruqyah,pesakit separa sedar dan berkelakukan seperti monyet dan saya syak jin pengganggu menghuni kepala pesakit..

Kemudian saya suruh suami pesakit untuk mandikan pesakit dengan air ruqyah yang dicampur sekampit ais...Terdengar pesakit meraung kesakitan dengan kuat dibilik air kerana kepala pesakit merasa sakit amat sangat dek dimandikan dengan ais..Untuk pengetahuan pembaca,bagi mereka yang mengalami sakit kepala yang amat sangat dalam sesi mandian ais,petanda jin pengganggu ada duduk dalam kepala...

Asal kisah pesakit nie terkena gangguan jin monyet,mulanya pesakit bersama kawan-kawan mereka pergi ke pantai Port Dickson bersama seorang perawat tradisional yang juga kenalan mereka untuk sesi mandian air laut bagi memulihkan aura diri dan juga perniagaan..Selepas upacara mandi air laut selesai,pesakit dan rakan-rakan mereka merasakan ada sesuatu yang tak kena dimana muka mereka semakin gelap/kusam dan ada macam iras-iras monyet (mungkin perasaan mereka kot)

Moral of the story dari cerita diatas,tak perlulah pergi ke laut/pantai untuk upacara mandi pulih diri nie..bukan apa,jika semangat dan pendinding diri kurang,entah jin hutan mana pulak nanti karang masuk kedalam diri kita pula...