Selasa, 2010 Mac 30







PERAWAT AKAN DAPAT TEMPIAS SAKIT PINGGANG JIKA MERAWAT KES SIHIR PEMISAH


Mengikut pengalaman-pengalaman yang lepas dalam merawat kes sihir pemisah,perawat akan merasakan sedikit sakit pinggang akibat tempias dari sihir tersebut.Tapi para perawat jangan bimbang,simptom sakit pinggang ini hanya berlaku beberapa jam sahaja,kemudian ia akan hilang....

Selasa, 2010 Mac 23

video

VIDEO JIN BERSILAT DI PUSAT RAWATAN KLANG


Petang tadi saya berkesempatan membantu Utz Khanafiah merawat pesakit beliau yang agresif dan bersilat bila dibacakan ruqyah.Pesakit dibacakan ruqyah 15min kemudian pesakit dimandikan dengan air ais,kemudian pesakit diruqyah untuk sesi kedua pula dan rawatan penamatnya ialah pesakit dibekam sunnah dipusat kepala..moga-moga pesakit cepat sembuh..amiiinnnn

Isnin, 2010 Mac 22

video

VIDEO RAWATAN SAKA BERSAMA UTZ ALFIAN DARUL HIKMAH PJ


Semalam saya berkesempatan membantu Utz Alfian merawat pesakit beliau di pusat rawatan beliau sendiri iaitu Darul Hikmah PJ di tmn maju jaya jalan klang lama pj.Kami berganding bahu bersama para perawat beliau membacakan ayat pengusir jin saka secara ulang-ulang,ayatnya ialah...

Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!!" SAD 77-78

Jumaat, 2010 Mac 19



















SET BEKAM LENGKAP HANYA RM100 SAHAJA!!!


Set bekam ini mengandungi...

-2 set bekam terdiri 12 cup dan 2 pam bekam.

-Sekotak alcohol swab 100pcs.

-Sekotak jarum bekam 25pcs.

-1 unit pen bekam

-Nota panduan berbekam dan gambarajah titik bekam.

(Kos poslaju PERCUMA bagi semenanjung,sabah & sarawak)

Untuk pembelian atau makluman lanjut,sila layari KLIK SINI



MERUQYAH PELAJAR UNISEL PART 2


Malam semalam,pesakit datang lagi sekali bersama keluarganya untuk mendapatkan rawatan susulan kedua setelah 10hari yang lalu dirawat oleh saya.Pesakit kali ini membawa 2 peti air mineral kecil untuk saya bacakan ruqyah bagi dibuat minuman harian.

Saya macam biasa memulakan sesi ruqyah dengan membaca 18 ayat ruqyah selama 15min,setelah selesai sesi ruqyah,namun masih tiada respon pada pesakit.Pesakit juga menyatakan selama 10hari kebelakangan ini tiada lagi ditimpa sebarang gangguan ataupun mimpi-mimpi buruk.Kesimpulan dari cerita ini,saya andaikan pesakit sudah mulai menemui jalan kesembuhan dariNya berkat amalan dan ikhtiar yang tak putus-putus berjumpa perawat.....rawatan tamat.

Rabu, 2010 Mac 17







DIAGNOSIS BEKAM MENDENGAR SUARA PESAKIT


-Suara keras dan kuat :Keadaan panas.

-Suara lemah dan pecah :Keadaan sejuk,kurang kekuatan dan imun tubuh.

-Serak dan kehilangan suara :Faktor panas dan sejuk dari luar.

-Batuk dalam dan lendir jernih :Angin sejuk menyerang paru-paru.

-Batuk mendadak dan lendir pekat :Panas dalaman di paru-paru.

-Batuk berkahak :Penghasilan lendir berlebihan.







DIAGNOSIS BEKAM ANALISA KULIT WAJAH


Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-

-Biru (hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.

-Merah (jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.

-Kuning (limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.

-Putih (paru -paru) :Gangguan aliran darah dalam tubuh.

-Hitam (ginjal) sejuk/pedih :Kurang tenaga dan darah tersumbat.

Isnin, 2010 Mac 15

















POINT BEKAM DALAM MERAWAT PENYAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SIHIR/SAKA


-Pesakit disyorkan berbekam seminggu sekali sebanyak 3x sesi.

-Pembekam perlu ada pendinding diri.

-Pesakit perlu diberikan air madu yang sudah dibacakan ruqyah sejurus selesai sesi berbekam.

-Bagi sedutan bekam dibahagian pusat kepala,disyorkan sedutan sebanyak 3x sesi.

Selasa, 2010 Mac 09




MERUQYAH PELAJAR UNISEL PART 1


Malam tadi saya berkesempatan ke seksyen 7 shah alam untuk merawat seorang pelajar wanita yang sering kerasukan ketika kuliah.Pelajar ini sudah terkena gangguan jin sudah 2 tahun lamanya,beliau juga kerap bermimpi budak kecil,mimpi ada seseorang ingin memberikan sesuatu dan juga mimpi harimau.Pada 6 bulan yang lepas,kes kerasukan pelajar ini agak ganas,setelah kerap berjumpa ramai perawat islam untuk terapi ruqyah,kes kerasukan tidak seganas dulu lagi.

Pendekkan cerita,saya ditemani bapa pesakit,terus meruqyah pelajar tersebut,masa sesi ruqyah pertama,pelajar tersebut kerasukan dengan agak lemah dan jin pengganggu tidak mahu berdialog...Jadi saya menyuruh pelajar tersebut melakukan mandian air ruqyah + ais,setelah tamat proses mandian,saya melakukan sesi ruqyah kedua pula,kali nie pesakit kerasukan dan menjerit-jerit dengan kuat...saya mengambil keputusan untuk menamatkan rawatan kerana takut jiran-jiran bersebelahan terganggu..saya membekalkan pesakit dengan air ruqyah untuk buat minum dan mandi selama 7 hari,rawatan susulan akan menyusul 10 berikutnya,rawatan tamat...

Selasa, 2010 Mac 02







MERUQYAH 2 PESAKIT NON-MUSLIM


Ahad tadi saya berkesempatan meruqyah dua pesakit wanita non-muslim yang mengadu sudah sekian lama terkena penyakit misteri yang menyebabkan badan bisa-bisa dan sukar tidur.Jadi dipendekkan cerita,saya meruqyah macam biasa dan membekalkan 2 botol air ruqyah setiap orang untuk dibuat minum 3x sehari.Selepas sehari rawatan,pesakit ada menelefon saya bahawa sakit yang dihidapi sudah agak berkurangan dan ada respon positif dari hasil rawatan,saya syor pesakit untuk datang rawatan susulan setiap 10hari sekali.Rawatan tamat...