Pembaca Setia...

Khamis, 25 Februari 2010








BERTARUNG DENGAN JIN HARIMAU DI SETIAWANGSA KL


Malam tadi saya menerima jemputan untuk mengubat seorang pesakit lelaki yang sudah lama terkena gangguan jin iaitu lebih kurang 15 tahun lamanya.Simptom yang beliau alami ialah sering sakit kepala,muntah-muntah,terjun dari tempat tinggi dan juga sukar untuk fokus dalam kerja sehingga menyebabkan beliau berhenti kerja.

Bahan-bahan rawatan seperti 21 biji limau purut,2 botol besar air mineral dan juga 2 kampit ais sudah tersedia,lalu saya memulakan sesi ruqyah sambil memegang kepala pesakit.Setelah 5min ruqyah dibacakan pesakit mula gelisah dan tidak selesa,lebih kurang 5min kemudian pesakit tiba-tiba mengaum macam harimau dengan kuat dan mula bertindak ganas.Saya cuba berdialog dengan jin harimau tersebut dengan baik,tapi tiada respon,seperti biasa saya teruskan bacaan ruqyah selama 15min sehingga pesakit muntah,kemudian saya menyuruh pesakit mandi dengan air ruqyah yang sudah dicampur dengan 3biji limau purut dan 2 kampit ais.

Setelah selesai sesi mandian dengan air ruqyah,pesakit merasa sakit-sakit dibahagian kulit,lalu saya meneruskan sesi ruqyah untuk kali kedua pula.Kali ini pesakit kerasukan juga tapi tak seganas masa mula-mula tadi,nampaknya jin pengganggu mula lemah,jadi saya mula memicit jari kaki pesakit dan juga leher pesakit,jin pengganggu menjerit dengan kuat dan tiba-tiba pesakit terus tersedar.Selalunya bila pesakit tersedar semasa kita sedang menyeksa jin pengganggu,bermakna jin tersebut sudah melarikan diri dek kerana tak tahan sakit.Pesakit merasa badannya lega dan agak ringan,jadi saya hentikan rawatan dan membekalkan amalan kepada pesakit untuk mantapkan pendinding diri selain itu juga pesakit perlu minum dan mandi air ruqyah selama 7hari berturut-turut,rawatan tamat.

Jumaat, 19 Februari 2010






JIN SIHIR GANGGU SISTEM GPS

Lima hari lepas saya menerima jemputan untuk merawat seorang pesakit lelaki yang dibelenggu masalah sihir sudah hampir 6 bulan.Masalah sihir tersebut menyebabkan beliau sering berdebar-debar,banyak halangan ketempat kerja,sering sakit dada,darah tinggi tiba-tiba,tiada keyakinan memandu dan kerap bermimpi menakutkan.Secara tidak langsung juga pesakit sudah lama tidak pergi ketempat kerja kerana masalah tersebut dan saya syak tujuan sihir nie adalah akibat hasad dengki rakan sekerja.Jadi saya bertolak dari rumah pukul 9 malam,kira-kira dalam setengah jam sampai ler kekawasan perumahan pesakit saya di seksyen U5 Shah Alam dengan berpandukan GPS.Tapi yang pelik kali ini,walaupun saya sudah hampir sangat kerumah pesakit,tapi saya masih tidak menjumpai lorong jalan rumah tersebut sehingga saya berlegar-legar hampir setengah jam,walhal sudah dekat pun.Kiranya saya sudah tawaf hampir 3x dikawasan perumahan tersebut tapi masih juga tidak jumpa lorong masuk kerumah pesakit,akhirnya saya memutuskan untuk tidak mengikut arahan GPS,dan saya mencari rumah tersebut mengikut kaedah lama iaitu bertanyakan penduduk setempat dan akhirnya saya sampai juga kerumah pesakit.Sebenarnya alamat rumah pesakit memang ada dalam sistem GPS,cuma GPS tak dapat nak trace lorong masuk kerumahan tersebut,GPS asyik suruh saya terus dan terus,bila kita terus tanpa belok-belok langsung memangler kita takleh masuk kekawasan perumahan terbabit.Ini kali pertama GPS saya meragam,kerana sebelum-sebelum ini GPS saya berkhidmat dengan cemerlang tanpa sebarang kesilapan.Pendekkan cerita,saya terus merawat pesakit dengan membacakan ayat-ayat ruqyah sambil menekan-nekan dada dan juga paru-paru kiri dan dan kanan,kerana saya syak jin sihir bertapak didada kerana pesakit kerap berdebar.Saya amati jin sihir nie sudah lemah dan mudah keluar melalui muntah walaupun bacaan ruqyah dilaungkan selama 5 min.Pesakit terasa lapang dibahagian dada dan saya memberikan beberapa amalan kepada pesakit sambil perlu kerap dengar cd ruqyah 3x sehari untuk meraih kesembuhan maksimum.Rawatan tamat..

Rabu, 17 Februari 2010








DIHALAU OLEH JIN SIHIR DI BALAKONG


Ahad tadi saya ke Balakong untuk merawat seorang pesakit wanita yang dibelenggu masalah sihir hampir 5 tahun lamanya.Simptom yang beliau hadapi ialah sering sakit kepala,sering mimpi ada rakan yang ingin menikam beliau dan macam-macam lagi.Dipendekkan cerita,saya terus meruqyah pesakit dengan memegang ubun-ubun dan pesakit mulai menggigil dan gelisah.Setelah 10min dibacakan ruqyah pesakit menjerit-jerit kepanasan dan mulai menutup telinga..saya pun mulai menekan-nekan bawah telinga pesakit,lantas pesakit yang sedang kerasukan mulai bangun dan menyerang saya sambil menjerit-jerit menghalau saya keluar...Kemudian pesakit lari kedapur dan terbaring diatas lantai..saya masih lagi meneruskan bacaan ruqyah pada air mineral diruang tamu dengan kuat.Pesakit semakin mengerang kesakitan di dapur,setelah 15min saya tamatkan bacaan ruqyah dan menyuruh suami pesakit sedarkan isterinya dengan menyapu air ruqyah pada bahagian muka dan memberi isterinya minum segelas air ruqyah.Pesakit sudah mulai sedar,dan pesakit merasa panas amat sangat dibahagian kerongkong setelah minum air ruqyah tadi.Setelah beberapa hari minum dan mandi air ruqyah bersama perahan limau purut serta ais,pesakit ada sms saya yang beliau muntah beberapa kali,dan ini petanda jin sihir sudah keluar beransur-ansur dari badan.Pesakit saya nasihatkan untuk mencari 2 botol besar air yasin tahlil malam jumaat di surau berhampiran untuk dibuat minum supaya cepat sembuh,rawatan tamat...

Rabu, 10 Februari 2010








AMALAN PEMUTUS SAKA D.I.Y

Bagi mereka yang disyaki ada gangguan jin saka,saya syorkan anda wiridkan ayat FATEHAH 1x dan AR RAHMAN 33-36 21x tiap-tiap lepas solat maghrib selama sebulan diserta dengan ikrar pemutus saka yang anda perlu baca dimulut supaya jin saka dalam badan mendengar ikrar anda.Bunyinya lebih kurang begini "Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa kami ingin memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka.Janganlah kamu semua menghuni tubuh atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu,maka kamu layak dilaknat oleh Allah SWT hingga hari kiamat"

Isnin, 8 Februari 2010






JADIKAN TEKNOLOGI FACEBOOK UNTUK MAJUKAN BIZ ANDA


Sekarang didunia FACEBOOK mula menjadi kegilaaan pengguna-penguna internet dimana jumlah pengguna mula mencecah 400juta.Jadi anda diluarsana manfaatkan facebook untuk tujuan pengiklanan biz anda baik biz kecil ataupun biz yang sederhana,disini saya memberikan sedikit tips untuk menggunakan facebook bagi proses pengiklanan perniagaan...

-Anda ADD seramai mungkin kawan,lebih-lebih lagi artis ataupun selebriti kerana mereka mempunyai jumlah rakan yang ramai.

-Anda perlu kerap SHARE gambar-gambar/video berkisar perniagaan anda dalam WALL anda.

-Anda juga boleh letakkan gambar-gambar/video berkisar perniagaan anda pada WALL rakan anda.

-Letakkan no telefon dan url laman web anda pada profile.

-Proses ADD friend dan upload gambar/video kena berterusan dari kehari-kehari supaya jaringan rakan anda akan terus meningkat dari masa-kesemasa.

Dalam masa seminggu pasti ada pengguna-pengguna internet menghubungi anda bertanyakan tentang produk perniagaan anda,selamat mencuba...

Jumaat, 5 Februari 2010








MERAWAT KES SIHIR DEGIL DI KELANA JAYA


Malam tadi lebih kurang 11.30pm saya menerima jemputan dari kelana jaya untuk merawat pesakit yang sudah lama dilanda sihir lebih kurang 2 tahun lamanya...Pesakit adalah seorang surirumah dan juga pesakit pun sudah puas berubat merata tempat...bila berubat sekejap sembuh..selepas seminggu sakit pun datang kembali macam biasa..Simptom yang dihadapi beliau ialah sukar tidur malam,mimpi dikejar binatang dan juga mimpi berada di tempat yang kotor.

Saya memulakan rawatan seperti biasa dengan membacakan ayat-ayat ruqyah,selepas 15min dibacakan,pesakit mula kerasukan...tetapi tidak ketara sangat..cuma air mata pesakit jatuh berlinangan..Saya mengajak jin pesakit berdialog..

Saya : Mengapa kamu ganggu pesakit wahai jin ?
Jin : Orang suruh...

Saya : Berapa ekor jin yang berada dalam jasad pesakit nie ?
Jin : Tujuh..

Saya : Apa agama kamu ?
Jin : Kafir...

Jin : Boleh saya tahu,klang dimana yer ?
Saya: Kenapa kamu tanya pasal klang pulak wahai jin..

Jin : Sebab tuan aku duduk disitu..
Saya : Ohhh begitu rupanya..tidak mengapa..bila kamu keluar dari jasad nie,saya syorkan kamu tinggal di masjid berhampiran dimana jin-jin islam akan menjaga kamu disitu.

Saya : Tapi kamu perlu masuk islam terlebih dahulu dengan hati yang ikhlas..
Jin : Baiklah..

Dipendekkan cerita,setelah jin kafir tersebut mengucap kalimah syahadah,saya menyuruh jin tu keluar melalui mulut sejurus azan dilaungkan.Proses mengeluarkan jin kali ini agak mencabar kerana sebelum sesi berdialog bermula,jin menunjukkan sifat yang angkuh dan tahan sakit apabila kita picit-picit kaki pesakit.Setelah 45min ruqyah dibacakan dan juga menekan-nekan leher pesakit,barulah jin mulai berdialog dan mula memberi kerjasama.Rawatan tamat...

Khamis, 4 Februari 2010







MEMULIHKAN PREMIS PERNIAGAAN DI KG BARU KL

Malam tadi saya menerima jemputan dari seorang tuan tanah yang meminta saya membersihkan apa yang patut lot tanah beliau yang sudah sekian lama didirikan 13 unit kedai.Semenjak kebelakangan nie para penyewa kedai beliau merungut kerana ramai pelanggan mengadu sukar hendak mencari lokasi premis mereka dan selain itu juga ada para penyewa terjumpa beberapa objek sihir di sekitar premis perniagaan mereka.

Sebelum bertolak saya menyediakan sepeti air mineral kecil yang sudah dibacakan ruqyah dan juga 4 bungkus kecil garam kasar.Saya memulakan proses pembersihan pada pukul 11.30 malam,agak janggal juga kali ini kerana walaupun sudah larut malam,keadaan kawasan disekitar premis tersebut agak sibuk dan ramai orang masih lalu lalang.Saya memulakan proses memulihkan kedai dengan menabur garam kasar pada kawasan tersebut dan disusuli dengan kaedah spray air ruqyah.Saya juga membekalkan 13 botol kecil air ruqyah untuk diagihkan pada 13 unit penyewa untuk mereka spray sendiri bahagian dalam premis perniagaan mereka.Rawatan tamat...

Selasa, 2 Februari 2010







AIR MAMPU MENGURANGKAN BERAT BADAN


Para pakar gizi makanan telah sepakat,bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan.Kerana air sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :-

-Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.

-Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.

-Mengurangkan lebihan lemak dibadan.

-Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.

-Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.

-Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.

-Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.

-Mengatasi kesulitan buang air besar.

Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari,ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg.