Rabu, 2010 Januari 27






ISU KEPALA BABI CEMARI MASJID MUNCUL LAGI


Pagi tadi sekitar 6pagi,2 buah masjid disekitar jln klang lama dan tmn sentosa dicemari kepala babi. Apabila penduduk yang sudah selesai solat subuh berjemaah ingin pulang,mereka ternampak satu bungkusan dan disekeliling bungkusan itu ada wang kertas bertaburan....Buletin Utama malam ini mungkin ada kisah lanjutnya..

Jadi hari nie jalan dikawasan premis saya agak sesak kerana pihak polis dan media sibuk menjalankan tugas masing-masing...




JIN MENANGIS

Empat hari yang lepas saya didatangi oleh sepasang suami isteri yang ingin mendapatkan rawatan resdung.Sebelum menjalani rawatan resdung,si isteri bertanyakan kepada saya adakah dia terkena gangguan jin sebab dia sering mengalami sakit kepala dan kerap bermimpi dipatuk ular.Saya mengatakan ia adalah simptom positif terkena gangguan jin dan saya menyuruh pesakit duduk melunjur untuk saya melakukan scanning bagi mendapatkan kepastian.

Saya hanya membacakan fatehah,kursi dan 3 qul kepada beliau dan beliau merasakan panas yang amat sangat dibahagian tengkuk.Kemudian saya meneruskan sesi ruqyah dengan membacakan set ruqyah yang panjang sedikit dan beliau terus menangis tanpa henti.Saya memberitahu pada suami pesakit bahawa isteri beliau memang ada terkena gangguan jin yang aktifn dan menasihatkan mereka untuk datang rawatan susulan dengan membawa 2 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis.

Jumaat, 2010 Januari 22








MERAWAT KES JIN BERSILAT DI BANDAR TASEK SELATAN


Semalam saya menerima panggilan dari seorang wanita yang mengatakan adiknya kerap kerasukan semenjak 2 hari nie dan adik beliau juga tidak mahu menjamah sebarang makanan dan minuman selama terkena kerasukan itu juga.Lebih kurang 11pm saya sampai disana dan terus memegang ubun-ubun pesakit dan terus memulakan ruqyah...semasa dalam proses meruqyah,pesakit mula bersilat tapi tidak ler sampai tahap menyerang perawat.Selama sejam sesi ruqyah dan dialog berlangsung,jin masih tidak mahu keluar juga..Saya memulakan ruqyah pada sebaldi air paip yang dicampur ais dan memaksa pesakit untuk melakukan mandian.Setelah selesai mandian ais,pesakit sudah mulai kurang agresif dan saya ingin cuba memujuk pesakit supaya minum air ruqyah..Mula-mula pesakit enggan,bila dah lama dipujuk,akhirnya pesakit mulai akur...jadi akan menjadi mudahler proses rawatan...Kemudian saya bekalkan pesakit beberapa botol air ruqyah dan saya juga nasihatkan keluarga pesakit untuk pastikan pesakit mendengar cd ruqyah sekerap yang mungkin..

Kesimpulannya,jika anda jumpa kes pesakit yang bersilat suatu hari nanti,anda jangan bimbang,jin tu sebenarnya tak berani mana pun,cuma ingin menakut-nakutkan manusia sekeliling jer..sebenarnya jin tu bersilat sekadar acah sahaja yang menunjukkan dia tu kuat,tapi sebenarnya tidak sama sekali...rawatan tamat 1am...

Selasa, 2010 Januari 19







9 MANFAAT AIR DALAM TUBUH BADAN

1) Air dapat menjaga keselarasan dan keseimbangan tubuh sehingga dapat menambah tenaga dan kekuatan tubuh.

2) Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang didalam tubuh.

3) Mengatur darjah suhu dalam tubuh.

4) Membersihkan darah dari racun.

5) Sebagai perantara bagi proses kimia yang berlangsung didalam tubuh.

6) Air dapat menghasilkan keseimbangan kadar zat-zat kimia didalam tubuh dan menambah tingkat kelembapan tubuh.

7) Meningkatkan kinerja organ pencernaan dan saluran pembuangan.

8) Membasahi persendian.

9) Menyebarkan makanan keseluruh sel tubuh.

Khamis, 2010 Januari 14








KURSUS BEKAM RM200 TAHUN 2010 DILANCARKAN WWW.KURSUSBEKAM.COM


-Kursus bekam ini dibuka setiap hari dari 9pagi-10malam.

-Kaedah bekam yang diajarkan ialah kaedah bekam angin dan bekam darah (bekam sunnah)

-Anda boleh pilih tarikh dan masa untuk menjalani kursus mengikut kesesuaian anda.

-Kursus bekam ini hanya berlangsung 5 jam dan ia menjimatkan masa anda.

-Kursus bekam ini terbuka untuk lelaki dan wanita.

-Kurus bekam ini dijalankan secara 1 to 1 coaching supaya anda lebih faham dan mahir.

-Kursus bekam ini juga diajarkan secara teori dan praktikal.

-Jika para peserta masih kurang mahir juga,peserta boleh datang dimasa-masa hadapan menjalani kursus semula secara PERCUMA.

-Kursus bekam ini akan memberikan anda PERCUMA 2 set bekam,1 unit pen bekam,sekotak lancet/jarum,sekotak alcohol swab,nota bekam berserta gambarajah dan juga sijil.

-Peserta kursus bekam ini juga akan diajarkan kaedah pemasaran menggunakan risalah,facebook,banner dan juga bisnes kad untuk memaksimumkan skop pemasaran dan pendapatan mereka.

-Kursus bekam ini anda boleh jalani secara hadir ataupun online menggunakan Yahoo Messenger.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

BARANG-BARANG YANG DIBERIKAN SEMASA KURSUS


- 1 Unit Pen Bekam
- 1 Kotak Lancet/Jarum Bekam Yang Mengandungi 25pcs.
- 1 Kotak Alcohol Swab Yang Mengandungi 100pcs.
- 2 Kotak Set Bekam Yang Mengandungi 2 Pam Vakum & 12 Cup Bekam.
- Nota Bekam Berserta Gambarajah Point Bekam 93 Jenis Penyakit.
- Sijil



Photobucket

PROSEDUR UNTUK MENJALANI KURSUS SECARA HADIR


- Sms ke 019-307 9883 sehari awal sebelum menjalani kursus bekam.

-Bayaran yuran dibayar semasa kursus.

-Tidak perlu bawa apa-apa kerana nota semua sudah disediakan.



Photobucket

PROSEDUR UNTUK MENJALANI KURSUS SECARA ONLINE Yahoo Messenger

- Sms ke 019-307 9883 sehari awal sebelum menjalani kursus bekam.

- Sila bank in yuran RM200 ke akaun Maybank saya 164164870421 Ahmad dan kemudian sms kan nama dan alamat ke 019-307 9883.

- Barang-barang,nota dan sijil akan poslaju terus kealamat anda terlebih dahulu.

- Sediakan PC/LAPTOP yang ada kemudahan internet.

- Anda tidak perlu webcam devices kerana hanya anda yang akan view webcam saya nanti.

- Pastikan anda ada Yahoo Messenger.

Rabu, 2010 Januari 13







WAWANCARA IKIM.FM DENGAN USTAZ MALEK LADZIM HARI INI 13/1/2010 3.15PM MEMBINCANGKAN TOPIK BERKAITAN RAWATAN ISLAM & SIHIR

Selasa, 2010 Januari 12







KENAPA INGIN MENJADI PERAWAT ISLAM ?

Artikel ini copy paste dari blog utz hayat http://www.terapialquranpahang.blogspot.com renung-renungkanlah intipati artikel nie...

Dewasa ini, masyarakat kita dibanjiri ramai perawat baru muda dan tua ekoran dari ribuan kursus, seminar malah kelas intensif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak silih berganti...

Nampaknya semakin ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang digambarkan sebagai mutiara berharga di laut yang paling dalam ini, 'rare', unik dan jarang ditemui....

Ramai yang ingin menjadi perawat; namun apakah sebenarnya niat yang bertakhta di hati apabila mengikuti program rawatan Islam yang beraneka tersebut?

Antara jawapannya:
1) Saya nak cari duit melalui perubatan Islam!
2) Saya suka mengaji jadi saya belajarla!
3) Saje suka-suka, nak habiskan cuti hukung minggu.
4) Nak la belajar sikit-sikit. Sebagai first aid kan...mana tau ada keluarga kita yang kena...
5) Saya belajar sebab sejarah keluarga saya..Isteri saya sakit lama...
6) Ehem, ehem.... mestilah nak tunjuk kat orang aku hebat! Pandai mengubat! Baru terkenal..
7) Nak bukak Darul ...... la. Nak celen Darul Syifa'. Ada pengikut dan anak murid sendiri yang ramai dan wajib cium tangan aku!!!!!

......dan berbagai-bagai lagi......

Jawapan saya...... SEBAB NAK KENAL ALLAH TAALA DAN MEMENANGI CINTANYA.....

"Mengubat itu kulitnya, ma'rifatullah dan memenangi cinta (mahabbatullah) Allah itu isinya"

Merawat itukan ibadat bermakna merupakan proses taqarrub kepada Allah... Itupun bergantung kepada kemurnian niat perawatnya terlebih dahulu dan teknik yang direstui syarak!

Teringat saya ketika mula merawat 8 tahun dulu... Kali pertama membacakan ruqyah kepada pesakit dengan izin Allah pesakit muntah dan sihat seperti sedia kali... takjub dan meremang bulu roma mengenangkan kehebatan AL QURAN. Hebatnya KALAM ALLAH!!!

Begitu juga ketika merawat di Mesir dan Syria...... hadir kehebatan Allah dalam diri....Contohnya ketika merawat seorang pelajar muslimat di Iskandariah Mesir yang menderita penyakit kanser otak. Darah keluar dari telinga dan hidungnya... Doktor kata 'no hope' dah. Umur dia pun dah expired...tetapi semangatnya sahaja menyebabkan dia masih hidup... Maka saya dan sahabat-sahabat berkunjung dan merawat menggunakan teknik ruqyah saratan (ruqyah kanser)... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala penderita tersebut sembuh sedia kala... inilah kehebatan Al Quran..... takjubnya saya ketika itu.... hebat!!! Doktor yang merawat dia pun turut terkejut sakan!!! Tiada teknologi boleh menandingi teknologi rabbani al Quran.....selangkah menuju Allah....

Itulah saya...... merawat bermakna 'taqarrub ila ALLAH'. Kalau kata nak kaya dengan merawat, sampai sekarang tak kaya-kaya... Saga 86 buruk saya tulah saya guna nak masuk 3 tahun, hi hi.

...dan saya tak faham kenapa ramai perawat baru sekarang ini banyak menggunakan kaedah yang pelbagai dan pelik-pelik.... mungkin mereka mempunyai alasan dan dalilnya....tak salah kot??? tetapi bagi saya..... saya berpegang kepada mutiara kata Ustaz Malek... cukuplah sekadar membaca al Quran dan doa sebagai ubat.... Selebihnya serahlah pada Allah sama ada untuk menyembuhkan atau tidak... itu bukan kerja kita.... Sekiranya anda melihat al Fadhil Ustaz Malek merawat... tiada yang istimewa dan bombastik pun..... baca al Quran dari mula sampai akhir.... secara lahiriahnya tiada apa-apa 'super power' yang kelihatan... "OOhhh baca Quran je, aku pun boleh," kata seorang hamba Allah.... tapi sebenarnya baca Al Quran tulah Super Ultra Power sekali dalam dunia!!!! Dia baca tak sama macam awak baca la..........

Maksudnya, perawat Islam yang sebenar mempunyai kuasa rohani yang murni berbekalkan perubatan yang berijazah dan amalan kerohanian @ kesufian dari didikan mursyid yang muktabar.... Penting bab ijazah dan sanad ni..Orang yang merawat tetapi tiada sanad atau ijazahnya seumpama anak yang tiada mak dan ayah yang sah.... istilahnya 'anak haram'. Dikhuatiri apabila kita tidak berguru maka mulalah kita mengguna, mencipta, mengolah teknik yang bukan-bukan...manalah tahu rupa-rupanya terselit di situ campur tangan dan tipu daya jin atau syaitan...TAQ Darul Hikmah sangat mementingkan pengijazahan ruqyah syariyyah dan sanad perubatan Islam agar perubatan anda benar-benar bersih dan berkat serta bimbingan guru rohani...!!!

Bagi saya; konsep sebenar perubatan menggunakan ruqyah syariyyah ini adalah menyerahkan sepenuhnya hak penyembuhan kepada Allah sehingga 'tubik' haibah atau kehebatan Allah dalam jiwa dan terhijab kehebatan serta angkuh dalam diri kita!!!

Ustaz Malek pernah berkata kepada saya; "Mengubat tu mudah je, yang payahnya adalah menghadirkan kehebatan Allah dan yakin semata-mata kepadaNya sebagai Sang Maha Penyembuh!!!" Barulah pesakit sembuh di tangan Allah Taala jua.....

Ibarat kata, Tuan Admin forum Terapi al Quran merangkap perawat TAQ Darul Hikmah Klang, Abang Zailan, "Kami tukang baca Quran dan doa je, Allah lah yang menyembuh!!!"

Guru saya pernah berkata, sekiranya pesakit sembuh di tangan kita pastikan kita berkata; alhamduillah sembuh dengan 'biiznillah'.... DENGAN IZIN ALLAH!!!

Perubatan ruqyah juga sebenarnya adalah dakwah. Mendekatkan lagi masyarakat kita yang jahil dan anti al Quran kepada al Quran malah kepada non muslim!!! Malah ramai di luar sana ada non muslim yang masuk Islam setelah berubat dengan perawat Islam yang menggunakan teknik dan energy al Quran!!!... 'Memasyarakatkan al Quran......!'

Bukankah membaca al Quran itu ibadah dan berpahala... Orang yang dengar dapat pahala malah jin yang dengar pun dapat pahala!!!! Kita kan kurang baca al Quran.... apabila baca ruqyah ni secara tidak langsung tertunailah tuntutan membaca al Quran kita pada hari tu... Barulah biah dan atmosfera al Quran sentiasa bersemarak di dalam kehidupan kita seharian....

Al Quran menyeksa jin??? Sape kate?? Di dalam kitab "Alij nafsaka bil Quran" pengarang berkata, falsafah membaca al Quran dalam proses rawatan sihir adalah:

1) Untuk jin Islam: Sebagai peringatan untuk menimbulkan bibit keinsafan dalam diri jin...

2) Untuk jin kafir: Sebagai ancaman dan dalam masa yang sama dakwah kepada Islam....

Sila baca tafsir Surah al Jin...... Bukankah al Quran itu rahmat dan pengubat penyakit rohani dan jasmani.... Al Quran adalah hidayah dan perawat adalah penebar hidayah; perawat adalah pendakwah ke jalan Allah! Walaupun dalam masa yang sama tidak dinafikan al Quran mampu membakar jin dengan kaedah dan niat tertentu... (kerana tercatit di dalam hadis dan sirah, kaedahnya terdapat di sesetengah kitab perubatan Islam berbahasa Arab..namun ini merupakan last choice!!! Pilihan terakhir!!!)

Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Guru saya dahulu selalu berkata, "Ingat Hayat, hadis nabi menyatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain!!!"

Saya tidaklah mendakwa dan mendabik dada bahawa saya pandai a.k.a hebat.... Cuma sekadar berkongsi persepsi saya yang mungkin meleset pada pendapat anda tentang perubatan Islam menggunakan kaedah al Quran, (ruqyah syariyyah)....

Harapnya lebih ramai perawat muda yang muncul berganding bahu mendaulatkan perjuangan perubatan Islam di negara kita... AMIIIIINN!!!!






KUANTITI TUSUKAN PEN BEKAM

Bagi kaedah rawatan bekam darah menggunakan Jarum + Pen Bekam,disyorkan pembekam lakukan tusukan yang banyak pada permukaan kulit supaya lagi banyak darah kotor dapat dikeluarkan.Kuantiti tusukan yang disyorkan ialah sebanyak 20 tusukan pada setiap cup...

Isnin, 2010 Januari 11








BENCANA MANDI LIMAU


Dipetik dari HARIAN METRO

AMPANG: Pindah zikir melalui alat kelamin. Itulah rawatan pelik cuba dilakukan seorang bomoh kepada seorang wanita yang didakwa kononnya terkena santau ketika pesakit terbabit mahu mengurut kaki dan badannya di sebuah spa di Taman Melawati di sini.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak menuruti arahan bomoh terbabit supaya memegang alat kelamin lelaki itu, sebaliknya terus menghentikan rawatan aneh berkenaan sebelum menceritakannya kepada keluarganya.

Pun begitu, bomoh berusia 50-an terbabit sempat melumurkan tepung pada seluruh badan mangsa yang sebelum itu diarahkan berbogel dengan alasan ia sebahagian daripada kaedah rawatannya biarpun perbuatan itu dipercayai sekadar mahu melampiaskan nafsu peliknya.

Difahamkan, wanita terbabit yang berjawatan profesional pada mulanya ditemani seorang rakan ke sebuah pusat rawatan kecantikan di Taman Melawati untuk mendapatkan rawatan kaki dan urutan badan.

Bagaimanapun, dengan tidak semena-mena wanita berkenaan ditegur kakitangan spa terbabit yang mendakwa kononnya dia terkena santau dan mencadangkan supaya mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh yang dikenali pekerja terbabit.

Menurut sumber polis, mangsa bersama rakannya yang berusia 29 tahun berkunjung ke spa berkenaan kira-kira jam 7 malam pada 30 Disember lalu untuk mendapatkan rawatan terapi.

“Bagaimanapun, mangsa diberitahu kononnya dia terkena santau oleh pekerja spa berkenaan yang kemudian memberitahu ada seorang lelaki boleh mengubati penyakit itu.

“Selepas bersetuju, mangsa diperkenalkan kepada lelaki terbabit sebelum dia diarahkan mandi menggunakan air limau nipis kononnya bagi membuang sial dalam badan,” katanya.

Sumber terbabit berkata, sejurus selesai upacara mandi limau itu, mangsa diminta masuk ke dalam sebuah bilik untuk menjalani rawatan selanjutnya.

“Mangsa meminta rakan menemaninya dalam bilik, namun tidak dibenarkan bomoh berkenaan kerana bimbang penyakitnya akan berjangkit.

“Akur dengan arahan itu, rakannya menunggu di luar selepas yakin mangsa mungkin terkena santau,” katanya.

Sejurus berada dalam bilik, mangsa diminta menanggalkan pakaian dan berbogel, namun dia enggan menuruti arahan bomoh terbabit.

Bagaimanapun, selepas diyakinkan bomoh itu kononnya dia terpaksa berbuat demikian untuk membuang bisa dalam badan, mangsa akhirnya akur dan berbogel sebelum seluruh badan termasuk anggota sulitnya dilumur tepung dan diusap bomoh terbabit sebagai satu cara rawatan.

Sumber terbabit berkata, selepas selesai rawatan itu, mangsa diminta memakai semula pakaiannya dan ketika itulah bomoh berkenaan secara tiba-tiba memeluk dan meminta wanita berkenaan memegang alat kelaminnya.

“Bomoh berkenaan mendakwa, itu rawatan terakhir dan mangsa perlu pegang alat kelaminnya kerana dia mahu berzikir dan memindahkan ayat berkenaan ke badan mangsa sebagai pendinding.

“Namun, mangsa enggan berbuat demikian, sebaliknya terus berlari keluar dari bilik berkenaan sebelum bertemu rakannya,” katanya.

Menurutnya, selepas membayar kos rawatan berjumlah RM700, mangsa bersama rakannya terus beredar dan wanita itu akhirnya menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa, Selasa lalu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan setakat ini kami sudah mengenal pasti bomoh terbabit.

“Kami turut menasihati wanita yang ingin mendapatkan rawatan perubatan supaya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya jika sangsi dengan rawatan yang mahu dilakukan,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

NOTA : Iktibar dari kisah diatas,mana-mana pesakit yang perlu dimandikan oleh mana-mana perawat pastikan jika pesakit wanita dimandikan oleh perawat wanita juga supaya tidak menimbulkan fitnah dan perkara buruk berlaku.Mengikut al kisah cerita tadi,tukang urut di spa terbabit saja-saja bagitau yang pelanggan mereka terkena itu dan ini supaya dia dapat komisyen dari bomoh tersebut bila pelanggan mereka dirawat oleh bomoh itu,so berhati-hatilah jika ada tukang urut yang cuba menelek anda terkena santau/sihir dan sebagainya..

Jumaat, 2010 Januari 08

















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

Pesakit pinggang disyorkan menjalani bekam darah 10cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah masalah pinggang anda akan selesai.

Rabu, 2010 Januari 06


















POINT BEKAM DALAM MERAWAT OBESITI

Pesakit dianjurkan melakukan bekam darah 6cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah berat badan akan berkurangan.

OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Selasa, 2010 Januari 05







AMALAN MELAKUKAN BEKAM SUNNAH SEBULAN SEKALI DAPAT MENURUNKAN KADAR TEKANAN DARAH TINGGI,KADAR KANDUNGAN GULA DAN TOKSID PADA DARAH MANUSIA.

Isnin, 2010 Januari 04







DIARI RUQYAH AHAD 3/1/2010


11.45AM Meruqyah pesakit wanita yang mengalami masalah sihir istihadah dan sihir pemisah di Kg Pandan.Semasa dibacakan ruqyah,pesakit terasa ada benda mencakar pada bahagian dalam rahim,untuk info pesakit ini juga mengalami pendarahan period yang panjang sehingga berlanjutan ke 20 hari.Selepas ruqyah saya beri amalan pesakit dan pesakit dinasihatkan sapu cuka makan pada bawah pusat,minum dan mandi air rawatan selama 7 hari berturut-turut.


3.00PM Meruqyah pesakit wanita dari rawang yang datang ke kedai saya,semasa dibacakan ruqyah,pesakit merasakan bahang panas dibahagian belakang badan dan terasa ingin menutup telinga kerana tidak mahu mendengar ruqyah.Saya seperti biasa juga memberikan sedikit amalan kepada pesakit disamping menasihatkan pesakit mendengar cd ruqyah selama sebulan,minum dan dan mandi air ruqyah selama 7 hari berturut-turut juga.

9.15PM Meruqyah 2 orang pesakit wanita dari klang yang datang kekedai saya.Pesakit wanita pertama muntah dengan banyak dan berlaku kerasukan apabila dibacakan ruqyah.Saya ajak jin pesakit berdialog tapi tiada respon,lalu saya teruskan ruqyah sehingga pesakit tidak muntah lagi.Pesakit kedua pula bila dibacakan ruqyah,terus menangis dengan kuat tetapi reda setelah beberapa minit dan pesakit merasa ringan selepas tamat dibacakan ruqyah.