Pembaca Setia...

Khamis, 6 Mei 2010





AYAT MENGESAN SAKA DALAM BADAN (D.I.Y)

Seperti yang saya telah posting pada artikel terdahulu,tanda-tanda individu itu bersaka ialah dimana salasilah keturunannya yang terdahulu ada yang pandai jadi bidan,mak andam,mengubat atau mengurut dengan belajar melalui mimpi.Orang yang bersaka juga ada memiliki sifat panas baran,sakit ketika ziarah orang meninggal,kerap mendengar bisikan untuk melakukan kejahatan,sering was-was dalam beramal dan juga kerap bermimpi budak-budak kecil atau mimpi rumah lama/ahli keluarga yang telah lama meninggal.

Untuk memastikan kita ini bersaka atau tidak saya syor anda baca ayat nie 3X di mulut

"WAHAI JIN YANG MENGHUNI DI BADAN KU INI,AKU INGIN MEMUTUSKAN SEGALA PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH NENEK MOYANGKU TERDAHULU DAN JANGANLAH KAMU MENDAMPINGI KU LAGI,TINGGALKANLAH BADAN KU DAN KETURUNAN KU INI DAN BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH SWT DENGAN BERKAT AYAT وَأَنَّهُ ۥ تَعَـٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَـٰحِبَةً۬ وَلَا وَلَدً۬ BAHAWA SESUNGGUNYA MAHA TINGGI DAN MAHA BESAR KEAGUNGAN TUHAN TANPA BERISTERI DAN JUGA BERANAK"

Setelah selesai membaca ikrar tersebut anda perlu pejamkan mata 1 minit,jika anda merasa sayu dan sedih,sahlah badan anda bersaka dan jika tiada kesan apa-apa,maka badan anda tidak mempunyai sebarang saka.Selamat mencuba...