Pembaca Setia...

Khamis, 31 Disember 2009








ORANG CINA PUN INGIN MERASAI BEKAM SUNNAH


Beberapa hari yang lalu saya didatangi seorang lelaki berbangsa cina yang ingin mencuba rawatan bekam sunnah dan beliau ingin dibekam disekitar bahu kerana stress.Selepas menjalani rawatan bekam sunnah,beliau merasa segar dan rasa stress pun hilang,lelaki tersebut mengatakan ingin datang berbekam lagi dimasa-masa hadapan sebulan sekali dengan konsisten.

Rabu, 30 Disember 2009







RAWATAN MENCARI JODOH BERTUKAR KEPADA RAWATAN GANGGUAN JIN

Dua minggu yang lepas saya didatangi seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan pulih jodoh kerana sudah lama menjanda.Beliau seperti biasa membawa 2 botol besar air mineral,7 kuntum bunga berlainan warna dan 21 biji limau nipis.

Saya seperti biasa menyuruh beliau duduk melunjur dan mengarahkan beliau membaca istighfar 3x dan mengucap 1x.Setelah pesakit menutup mata,barulah saya memulakan ruqyah dan semasa proses tersebut pesakit tiba-tiba menangis.

Dari situ taulah saya yang pesakit nie sedang mengalami gangguan jin dan saya tetap teruskan bacaan ruqyah sehingga pesakit muntah berkali-kali.Pesakit merasa ringan selepas muntah lalu saya menasihatkan pesakit untuk melakukan amalan 41x al falaq dan 41x an nas tiap-tiap lepas solat maghrib.

Setelah 10 hari pesakit tersebut datang menemui saya untuk sesi rawatan susulan,dan saya seperti biasa melakukan terapi ruqyah,tetapi kali nie pesakit tidak menangis lagi semasa dibacakan ruqyah cuma muntah sedikit sahaja.Selain itu,pesakit juga ada mengatakan yang kawan-kawan sepejabatnya melihat wajah beliau seperti awet muda dan berseri-seri.Dari situ taulah kita yang pesakit sudah mulai pulih sedikit demi sedikit dengan izinNya...

Disini saya menegaskan bahawa rawatan susulan adalah amat-amat penting dalam penyakit berkaitan gangguan jin dimana setiap 10 hari pesakit disyorkan menemui perawat semula sehinggalah benar-benar sembuh...rawatan tamat..

Isnin, 28 Disember 2009









PENAWAR SYIFA - ASTRO OASIS

PENAWAR SYIFA adalah satu rancangan terbaru terbitan Astro Oasis dimana rancangan ini berkisar tentang dokumentari perubatan islam menggunakan ayat suci al quran dalam mengubati penyakit berkaitan gangguan jin.Rancangan ini mirip expose mistik dan ia diterbitkan dan dipengacarakan oleh Asraf Muslim.Dibawah ini ada jadual siarannya..

Penawar (Syifa´) 7:30:00 AM 28-Dec-2009 Astro Oasis
Penawar (Syifa´) 8:30:00 AM 30-Dec-2009 Astro Oasis
Penawar (Syifa´) 9:00:00 PM 30-Dec-2009 Astro Oasis
Penawar (Syifa´) 4:30:00 AM 31-Dec-2009 Astro Oasis
Penawar (Syifa´) 7:30:00 AM 2-Jan-2010 Astro Oasis
Penawar (Syifa´) 7:30:00 PM 2-Jan-2010 Astro Oasis
Penawar (Syifa´) 10:30:00 PM 2-Jan-2010 Astro Oasis

Selasa, 22 Disember 2009












PEN BEKAM DAN LANCET YANG DIGUNAKAN DALAM KAEDAH BEKAM TERKINI


Gambar diatas ialah pen bekam dan lancet yang berfungsi untuk melakukan tusukan pada kulit bagi mengeluarkan darah kotor dalam proses bekam darah yang dijalankan oleh pihak kami.

Kaedah yang digunakan ini tidak meninggalkan sebarang parut pada kawasan yang ditusuk/bekam dan juga tiada lagi rasa kesakitan semasa tusukan lancet kerana tusukan pen bekam ini amat-amat laju.

Isnin, 21 Disember 2009







TIPS BERBEKAM (AL HIJAMAH)

1) Berbekam pada sebelah pagi.

2) Berbekam pada tanggal 13,15,17,19 atau 21hb pada kalendar islam.

3) Berpuasa sehari awal sebelum berbekam.

4) Jangan mengambil apa-apa makanan sebelum berbekam.

5) Jangan tidur/makan sejam selepas rawatan bekam.

6) Point yang amat-amat dianjurkan berbekam selari dengan sunnah ialah satu point di pusat kepala dan 3 point ditengkuk.

Rabu, 16 Disember 2009







RAWATAN SUSULAN KES PESAKIT DI WANGSA MAJU

Minggu lepas saya ada pergi semula ke wangsa maju untuk melakukan rawatan susulan pesakit gangguan jin yang sering sakit dibahagian perut terasa seperti dicucuk dengan paku.

Saya membaca ruqyah dengan panjang dan kuat sambil merapatkan mulut saya pada telinga pesakit berkenaan,setelah 10min dibacakan pesakit kerasukan dengan agak ganas sekali..Saya ajak jin berbicara,tapi tiada respon diberikan oleh jin dan jin terus mengganas...memandangkan saya agak keletihan memegang pesakit dan saya mula berfikir jika saya azab jin tersebut maka makin kuatlah pesakit kerasukan dan mungkin juga akan menimbulkan sedikit kecederaan pada jasad pesakit nanti.

Saya memutuskan untuk menyedarkan jasad pesakit dan lalu saya membacakan ruqyah semula pada air mineral untuk pesakit buat minum dan mandian setiap hari.Setelah beberapa hari berlalu,saya menghubungi kakak pesakit dan beliau mengatakan adik beliau sudah semakin sihat dan kurang lagi sakit2 pada anggota badan....Alhamdulillah...

Selasa, 15 Disember 2009







PERLUKAH PERAWAT MERASA KESAL JIKA PESAKIT YANG DIRAWAT TIDAK SEMBUH ?


Jawapan saya adalah "TAK PERLU"...Ini kerana tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa sahaja dengan membacakan ayat-ayat ruqyah..dan perawat bukannya sebagai tukang sembuhkan penyakit...Jadi urusan sembuh atau tidaknya masalah gangguan jin pesakit lepaskan sepenuhnya kepada Allah SWT...

Isnin, 14 Disember 2009












JIN BUAT SIMBOL ROCK

Semalam saya berkesempatan meruqyah seorang pesakit wanita yang sudah lama dibelenggu masalah gangguan jin di Cheras.Pesakit nie bila dibacakan ruqyah,otak dan mindanya sedar cuma tangan beliau sahaja yang jin kawal yang membuatkan anggota badannya ingin menyerang perawat.

Kalau kes begini,kita susah nak memukul jin tersebut kerana minda pesakit sedar 100% dan kalau kita lihat kes-kes terdahulu,jin amat suka mengawal otak pesakit dan ia berlaku sebaliknya pula untuk kes sebegini.

Saya meruqyah pesakit dalam jarak 1 meter untuk langkah-langkah keselamatan kerana tangan pesakit sudah mula menggenggam cuba untuk menyerang saya,tapi yang peliknya tangan kiri pesakit kerap membuat simbol "rock" seperti gambar diatas.Saya pun naik pelik..apa pulak maksud jin nie...

Selepas tamat bacaan ruqyah,saya meniup pada satu jug air filter untuk pesakit buat minum dan mandian....Rawatan tamat..

Khamis, 10 Disember 2009








BERDIALOG DENGAN HANTU RAYA DAN SYAITAN

Enam hari lepas saya berkesempatan merawat seorang surirumah di Sunway..Kes mereka ini ialah beliau terkena sihir pemisah sejak sekian lama,dimana sihir nie telah bertapak sudah 8 tahun iaitu sejak beliau mendirikan rumahtangga hingga lah sekarang nie.

Simptom yang beliau alami ialah kerap bermimpi dikejar binatang semasa tidur,suka naik angin terhadap suami,melihat wajah suami dalam kedaan yang buruk dan juga sakit pinggang,kepala serta badan gatal-gatal.Nafsu beliau terhadap suami juga agak menurun disebabkan permainan sihir tersebut....

Saya seperti biasa membacakan set ruqyah dan setelah 5min berlalu,pesakit mula kerasukan dan jinnya mula menangis....lalu terjadilah dialog dengan jin tersebut..

Saya : Wahai jin ..kenapa kamu ganggu pesakit nie ?
Jin : Tolong ustaz aku dah tua...aku dah tak larat nak sakitkan dia lagi...

Saya : Dah tahu tua pun masih tak sedar diri lagi...Sebaiknya kamu bertaubat dan kembali kepangkal jalan...
Jin : Aku diupah dan disuruh oleh tuan aku untuk bunuh dia..tapi aku sakit dan nak keluar dari tubuh ini ..tapi tuan aku ikat dalam badan dia..

Saya : Engkau nie jin kategori apa yer..tunjukkan padaku dimana semua ikatan yang kau katakan tu ?
Jin : Aku hantu raya (pesakit masih kerasukan dengan lidah terjelir panjang)..ikatan tu banyak ustaz..ada merata-rata tempat..

Saya : Lantas terus saya membacakan selawat tafrijiyah 3x,al falaq 3x dan an nas 3x pada secawan air dan diberikan pesakit minum..Pesakit mulai muntah tapi jin masih degil dan berada dalam badan pesakit lagi...

Syaitan : Jangan kau kacau aku !!! (suara jin yang berlainan dari jin yang mula-mula tadi)
Saya : Engkau nie jin mana pula nie ?
Syaitan : Aku syaitan...aku ingin bunuh dia..haaa haa haa...

Saya : Macam nie lah...nampak gayanya aku terpaksa berkasar dengan kamu semua nie sebab kamu semua nie zalim kerana menyakiti jasad manusia nie sudah sekian lama..(saya memicit jari manis kaki pesakit)

Syaitan : Aduhhhhhhhh ahhhhhhh !!!!!!! (Syaitan menjerit dengan kuat sekali sehingga boleh kedengaran satu blok apartment)
Saya : Saya agak tidak selesa dengan jeritan jin yang terlalu kuat oleh jin pengganggu dan bunyi tersebut boleh mengganggu ketenteraman penduduk apartment tersebut.Lalu saya tidak menyeksa jin pesakit dan baringkan pesakit...Lalu saya membacakan pada semua air mineral Lauanzalna 7x untuk dibuat minum dan mandian oleh pesakit...


Setelah tamat bacaan Lauanzalna tersebut,pesakit mulai sedar dan bangun semula dengan keadaan wajah yang cerah berbanding sebelum sesi rawatan tadi.Pesakit mengatakan badan ada rasa ringan sedikit dan terasa ada benda yang keluar...

Saya menasihatkan pesakit untuk istiqomah dengan amalan,serta minum dan juga mandi air ruqyah yang saya sediakan tadi selama 7hari berturut-turut.













ADAKAH PAKU INI OBJEK SIHIR ?

Minggu lepas saya telah mendapat jemputan untuk meruqyah seorang pesakit wanita di Wangsa Maju KL.Pesakit tersebut mengadu sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian perut dan anggota badan yang lain.

Jadi seperti biasa saya memulakan sesi ruqyah dan memegang belakang pesakit dengan tapak tangan kanan.Pesakit amat-amat tidak selesa ketika ruqyah dibacakan dan bahagian belakang badan terasa amat panas.

Selepas tamat sesi ruqyah yang pertama,saya menyediakan sebaldi air paip yang dicampur limau dan ais,lalu saya membacakan ruqyah pada air tersebut dan menyuruh kakaknya untuk memandikan pesakit.

Setelah selesai sesi mandian ais,saya melakukan sesi ruqyah untuk kali kedua dan pesakit mula menunjukkan perubahan positif dimana kurang terasa sakit berbanding sesi ruqyah yang pertama.

Akhir sekali,saya menyuruh kakak pesakit untuk melakukan bekam darah diseluruh bahagian belakang pesakit,semasa proses bekam tersebut pesakit meraung kesakitan seperti bahagian belakang terasa panas dan terbakar.Bagi mereka yang badannya dihuni jin,memang akan terasa tindakbalas sedemikian rupa apabila dilakukan rawatan bekam darah.

Sebelum saya pulang,pesakit sempat memberikan sebilah paku kepada saya,pesakit menjumpainya ketika pesakit ingin menukar pakaian didalam bilik sehari sebelum rawatan.Saya lantas menawarkan paku tersebut dengan membaca yunus 81-82 dan merendamnya dengan cuka makan.