Pembaca Setia...

Isnin, 30 November 2009








PERAWAT PERLU HORMAT MENGHORMATI SESAMA PERAWAT

Sejak kebelakangan ini ramai sungguh perawat islam yang muncul di M`sia dan ia satu petanda yang positif dimana kaedah rawatan islam secara ruqyah sudah mula mendapat tempat dihati seluruh masyarakat M`sia amnya.

Sebagai perawat islam,kita perlulah ada sikap saling hormat-menghormati sesama perawat islam yang lain walau mereka menggunakan kaedah apa sekalipun.Perawat amat-amat ditegah untuk mengadu domba keburukan dan juga memperkecilkan keupayaan sesama perawat.

Ingatlah,sebagai perawat kita perlu rajin berdakwah setiap hari kepada masyarakat tentang kaedah perubatan sunnah nabi ini,dan adalah satu perkara sia-sia jika kita masih mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki,mengumpat dan sebagainya...

Semoga perawat-perawat islam semua berjaya dan tabah menghadapi segala rintangan...

Ahad, 29 November 2009








KESAN PANAS DITENGKUK SEMASA DIBACAKAN RUQYAH

Semalam saya ada merawat seorang pesakit OKU kerana ada beberapa masalah gangguan jin yang beliau hadapi seperti ada benda bergerak-gerak bawah kulit,nafsu seksual menurun dan juga panas baran terhadap anak-anak.

Saya seperti biasa menyuruh pesakit duduk melunjur dan pejamkan mata,lalu saya membacakan set aya...t-ayat ruqyah seperti fatehah,al baqarah 1-5,al baqarah 102,al baqarah 163,kursi,al a'araf 117-122,yunus 81-82,thaha 69,al mukminun 115-118,as soffat 1-10,ar rahman 33-36,al hasyr 21-24 dan 3 qul.

Setelah tamat bacaan ruqyah,pesakit merasakan bahang amat panas dibahagian tengkuk,lalu saya menasihatkan pesakit untuk melakukan minum dan mandian air ruqyah selama 7 hari berturut-turut untuk mendapat kesembuhan maksimum dari Allah SWT.

Rabu, 25 November 2009






KAEDAH SUPAYA JIN PESAKIT MUDAH KELUAR MELALUI MUNTAH

Sediakan secawan air mineral dan masukkan 2 sudu madu lalu bacakan al fatehah 3x,ayat seribu dinar 3x dan al insyirah 3x dan tiup air madu tersebut 10 saat sambil niat minta Allah mudahkan jin pesakit keluar melalui muntah.InsyaAllah semasa kita tengah meruqyah nanti pesakit akan mulai muntah-muntah....

Isnin, 23 November 2009







PESAKIT GANGGUAN JIN TIDAK DIGALAKKAN MANDI AIR PANAS


Bagi pesakit gangguan jin,anda tidak digalakkan mandi air panas kerana jin tu sifatnya dijadikan dari api,ia akan bertambah kuat dan kuat jika kita kerap mandi menggunakan air panas.






PERAWAT WAJIB FAHAM SEGALA MAKNA BACAAN RUQYAH


Dalam meruqyah pesakit,selain bacaan ruqyah yang jelas dan dapat didengari pesakit,perawat perlulah faham segala makna bacaan ayat ruqyah tersebut.Meruqyah adalah satu kaedah berdoa kepada tuhan,untuk tuhan kabulkan doa tersebut,sudah tentulah kita faham terlebih dahulu apa yang kita doakan.

Ahad, 22 November 2009








MANDI WAJIB YANG BETUL MENURUT JAKIM

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama - niat
Kedua - menghilangkan najis di badan
Ketiga - meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rabu, 18 November 2009






PAMERAN HERBA DI MUZIUM NEGARA 20/11/2009 - 22/11/2009

Pihak Muzium Negara telah menjemput saya terlibat sama dalam pameran herba yang dijalankan di Muzium Negara pada hujung minggu ini.Disana nanti pihak muzium memberi kebenaran kepada saya untuk menjual herba-herba berkaitan rawatan resdung.Pameran tersebut bermula dari 10am-6pm.

Sabtu, 14 November 2009






63 PETUA BAHAGIA OLEH DR FADZILAH KAMSAH

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental

(b) Pendidikan dan ilmu

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat

(b) Pandangan

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Jumaat, 13 November 2009







JOM LAYAN NASYID..

Amar-Sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah aku dalam doamu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia

Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Khamis, 12 November 2009









KURSUS MERAWAT GANGGUAN JIN,BEKAM ANGIN & BEKAM DARAH RM300

Kursus selama 6 jam meliputi rawatan gangguan jin dan 2 jenis kaaedah bekam iaitu bekam angin dan darah.Anda juga akan diberikan 2 set bekam,nota bekam,sijil dan laman web percuma dan peserta juga akan menjalani sesi teori dan praktikal serta konsep pembelajaran adalah berdasarkan 1 to 1 coaching.Kursus ini diadakan setiap hari bergantung pada masa dan tarikh yang peserta inginkan.Peserta sila sms ke 019-307 9883 untuk tempahan tarikh dan masa kursus.Selepas tamat kursus,peserta boleh melakukan kerja-kerja bekam dan meruqyah ditempat mereka dan dapat juga menambahkan pendapatan sampingan hingga RM2000 sebulan.Bagi peserta yang jauh dan tidak dapat menghadirkan diri,peserta juga boleh menjalani kursus rawatan gangguan jin dan bekam secara online menggunakan YAHOO MESSENGER dimana set bekam dan nota-nota akan dipos terlebih dahulu kepada mereka,dan kemudian mereka akan mempelajari kaedah bekam dengan view webcam saya.Sila add terlebih dahulu YM saya urutdanrawat@yahoo.com.my

Rabu, 11 November 2009







MIMPI TERDIRI DARIPADA 3 JENIS

1) Mimpi dari Allah SWT,iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat,merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.

2) Mimpi daripada syaitan,iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka,musibah,permusuhan,kesedihan,kesengsaraan,kemelaratan,penderitaan dan sebagainya.

3) Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri,umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah,atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya.Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Sabda Rasulullah SAW "mimpi itu ada 3,mimpi dari Allah SWT (mimpi yang baik),mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi"

Jumaat, 6 November 2009







DIARI PERAWAT 05/11/2009

8.30am -Pergi membekam seorang wanita yang mengalami sawan + gangguan hampir 10tahun di Tmn Medan PJ.Bekam darah 1cup dilakukan pada bahagian kepala pesakit.Walaupun dia berbekam seminggu sekali,darah kotor masih lagi keluar dengan banyak iaitu memenuhi 1cup bekam tersebut.

10.00am -Saya dikunjungi oleh seorang lelaki cina umur 60an untuk menjalani sesi urut servis batin.

11.30am -Seorang perawat wanita Darussyifa datang bersama suami berbincang tentang kursus bekam dan juga kaedah bekam sunnah bagi merawat masalah gangguan yang mereka hadapi.Saya syorkan mereka berjumpa pembekam wanita saya di kelana jaya untuk menjalani sesi bekam sunnah.

12.50pm -Seorang lelaki melayu datang untuk mendapatkan khidmat rawatan resdung,bekam sunnah dan sesi urut servis batin.

6.20pm -Seorang lelaki melayu datang dari ampang untuk sesi scanning gangguan jin,scanning gangguan jin adalah positif dimana lelaki tersebut menangis dan terasa panas dikepala bila dibacakan ruqyah.

6.50pm -Sepasang suami isteri dari Sunway datang untuk sesi scanning gangguan jin,scanning pun positif juga dimana si isteri mengalami kesejukan yang amat sangat dan terasa menggigil dengan kuat apabila saya bacakan set ruqyah.

8.00pm -Sepasang suami isteri dari Puchong datang untuk sesi scanning gangguan jin juga,ujian scanning adalah positif dimana si isteri menangis dengan kuat bila dibacakan ayat ruqyah.

9.00pm -Seorang pesakit wanita call saya dari Brunei untuk sesi ruqyah melalui telefon,setelah selesai sesi ruqyah,pesakit merasakan ada benda bergerak-gerak dibahagian ubun-ubun dan juga pinggang.Saya syor pesakit minum dan mandi air rawatan selama 7hari berturut-turut dan juga sapu cuka makan pada bahagian pinggang setiap hari.

Rabu, 4 November 2009








CARA MENDAPATKAN MIMPI YANG BENAR

Adakalanya mimpi kita diganggu syaitan dan agak sukar juga untuk ditakwil dengan tepat.Saya syor anda baca AL KAUTHAR 10X sebelum tidur malam niat minta Allah berikan petunjuk mimpi yang benar.InsyaAllah anda akan diberikan mimpi yang benar dan tidak diganggu syaitan lagi..