Pembaca Setia...

Khamis, 29 Oktober 2009

قُلۡ كُونُواْ حِجَارَةً أَوۡ حَدِيدًا Al-Isra 50
Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi

AYAT PASAK JIN


1) Jazamkan dulu ayat tu dengan baca 313x selepas solat hajat.

2) Amalkan 3x tiap2 lepas solat sampai bila-bila.

3) Bila merawat,pegang ubun-ubun pesakit dan baca ulang2 ayat tu sehingga pesakit yang kerasukan jadi kaku dan tidak bertindak liar/ganas.

Selasa, 27 Oktober 2009













BERANIKAH ANDA TIDUR DI PUSAT RAWATAN SEORANG DIRI ?

Ini just suatu kisah santai jer...al kisahnya ada seorang perawat sepenuh masa yang tinggal di pusat rawatan darul hikmah klang.Nama beliau ialah Utz khanafiah (gambar diatas)...Beliau sudah berkhidmat hampir 2 bulan di klang dan beliau tinggal dan menetap di pusat rawatan juga.

Masa malam pertama beliau ingin melelapkan mata,beliau didatangi lembaga seperi wanita mengandung dalam 10saat...Pada malam kedua pula,sebelum tidur beliau didatangi lembaga juga menyerupai seorang lelaki india...Alhamdulillah utz khanafiah nie bukanlah seorang yang penakut dan tabah orangnya..

Jadi saya nasihatkan beliau sebelum tidur malam,baca 3qul 3x dan sapu pada seluruh badan kemudian saya nasihatkan beliau jangan sesekali takut dengan makhluk jelmaan tersebut.Ini kerana makhluk-makhluk tersebut tiada daya upaya nak mudaratkan kita..Apatah lagi nak cekik leher kita..Lagi kita berani menghadapi mereka dan dalam masa yang sama mereka akan semakin takut dengan kita pula..insyaAllah..

Selepas mengamalkan ayat-ayat yang saya berikan,perawat tersebut hingga sekarang tidur dengan aman dan tidak lagi diganggu dengan sebarang jelmaaan lagi dengan izinNya..

Yalah...kalau dah nama pusat rawatan,tak banyak sikit,pasti ada makhluk-makhluk yang akan berkeliaran dikawasan sekitarnya....

Ahad, 25 Oktober 2009








MERAWAT PESAKIT DARAH HAID TURUN MELEBIHI 15 HARI

Tengahari tadi saya dikunjungi oleh seorang pesakit wanita yang mengadu masalah haid turun melebihi 15 hari yakni sudah dekat 17 hari haid masih turun.Sebelum memulakan rawatan saya seperti biasa menanyakan beberapa simptom gangguan jin yang beliau hadapi jika ada.Lalu beliau menyatakan sering bermimpi melihat bayi dan juga sukar tidur malam.

Kemudian saya menyuruh pesakit duduk melunjur kearah kiblat,pesakit istighfar 3x dan mengucap 1x lalu pesakit perlu pejamkan mata untuk fokus mendengar segala bacaan ruqyah saya.

Saya membacakan set ruqyah selama 10 min dan setelah tamat pesakit merasakan ada benda bergerak-gerak dibahagian perut dan juga mengalami sakit kepala,tengkuk dan pinggang,lalu saya menepuk-nepuk tengkuk dan pinggang beliau dengan membaca surah al mukminun 115-118.Setelah selesai meruqyah dan menepuk,saya memberi bebarapa panduan untuk pesakit lakukan minum dan mandi air rawatan beserta limau dan ais selama 7 hari berturut-turut untuk kesan kesembuhan yang maksimum.Memandangkan pesakit tidak membawa cuka makan,saya menasihati pesakit agar membeli cuka semasa sampai dirumah nanti dan suruh suami beliau bacakan kursi 7x dan sapu cuka tu 1x pada bahagian bawah pusat pada waktu asar keatas.Pesakit juga perlu membaca tasbih yunus 100x pagi dan 100x petang dan mendengar cd ruqyah 1x sebelum tidur malam selama sebulan.Rawatan tamat...

Jumaat, 23 Oktober 2009







BEKAM BELAKANG KEPALA UNTUK PESAKIT KUAT TIDUR/MALAS

Semalam saya berkesempatan membekam seorang pesakit lelaki dan juga merupakan pelajar sekolah menengah.Masalah beliau ialah bila berjalan ,badan terasa nak pitam dan terhoyong-hayang.Selain itu bila bangun tidur,pelajar tersebut terasa malas dan selalu kuat tidur sehingga beliau tidak mahu kesekolah lagi.Beliau juga sudah menjalani pemeriksaan dengan doktor,doktor mengatakan beliau sihat dan tidak dapat mengesan apa-apa masalah penyakit pun.

Jadi,saya mulakan rawatan dengan meruqyah pesakit dan kemudian memberikan sebotol air mineral untuk pesakit minum dan mandi dengan limau beserta ais.

Kemudian saya membekam bahu,tulang belakang dan belikat pesakit sebanyak 9cup.1cup lagi saya bekam pada belakang kepala pesakit,jadi terlebih dahulu saya mencukur belakang kepala pesakit.Setelah dilakukan sedutan dengan kaedah bekam,darah kotor keluar agak banyak sekali iaitu setengah cawan.Jadi saya melakukan sedutan sebanyak 2x demi mengeluarkan darah kotor dibahagian kepala dengan maksimum.

Setelah selesai proses berbekam,saya menyuruh pesakit berdiri dan berjalan.Pesakit merasai kepala agak ringan sekali dan tidak rasa terhoyong-hayang lagi ketika berjalan.Itulah namanya bekam sunnah,keajaiban perubatan sunnah nabi yang boleh menyembuhkan 76 jenis penyakit dengan serta merta...Rawatan tamat.

Khamis, 22 Oktober 2009






MERUQYAH DAN MEMBEKAM PESAKIT GANGGUAN JIN


Semalam kedai saya didatangi seorang pesakit wanita yang sudah mengalami gangguan selama lebih 10 tahun..Apabila maghrib dan ada masa-masa tertentu badan beliau menggigil dan tiba-tiba menjerit..Beliau juga mengalami sukar tidur pada waktu malam..Selama 10 tahun itu juga beliau mengambil pil sawan babi yang dibekalkan pihak hospital yang bertindak sebagai ubat penenang kepada masalah beliau.

Saya memulakan rawatan dengan meruqyah beliau,badan beliau menggigil dan adakalanya menjerit kuat...Selepas tamat sesi ruqyah saya menyuruh beliau supaya minum dan mandi air rawatan selama 7 hari.

Kemudian saya mencukur kepala beliau sedikit untuk menjalani sesi bekam sunnah di pusat kepala.Darah kotor lagi hitam yang keluar amat banyak sekali dimana saya melakukan 2x sesi sedutan darah.Selepas tamat sesi bekam darah,beliau menangis kuat dan pesakit mengatakan dia menangis tanpa disedari dan diluar kawalan...

Saya syor pesakit datang seminggu sekali untuk menjalani sesi bekam dan ruqyah serta selain itu pesakit juga disyorkan untuk tidak mengambil pil penenang itu lagi kerana dikhuatiri akan merosakkan saraf otak dan juga tidak memberikan kesan positif pada rawatan yang saya berikan.

Selasa, 20 Oktober 2009








ILMU SUPAYA PASANGAN TAK CARI LAIN

Sila bacakan surah Ali Imran ayat 200 3x dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila,niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.InsyaAllah pasangan anda tak akan kahwin lain lagi...

Selasa, 13 Oktober 2009








PEMBEKAM WANITA DISERGAH JIN

Semalam saya menerima sms dari anak murid saya (pembekamn wanita) dimana beliau terkejut beruk apabila ingin membekam seorang pesakit gangguan jin wanita.Ini kerana pesakit tersebut mengeluarkan suara garau ketika beliau ingin melakukan sesi bekam sunnah.Ini sms yang saya terima..

"Askm..pd td sy bekam pesakit yang bernama Roxxxxh yg dtg minggu lepas.Nie kali ke2 dia berbekam,time nak tekap cup bekam tu kat bahu dia,tiba2 dia mendengus garang dan bersuara "SIAPA KAU !!!"

Sy per lagi terkejut ler da terus panggil suami dia temankan..Kemudian saya meneruskan sesi bekam di bahagian kaki pula,tiba-tiba keluar lagi suara garau "JGN USIK AKU !!"

Kesimpulannya disini,jin pengganggu memang tidak suka betul dengan kaedah bekam sunnah kerana kaedah bekam ini mampu memecahkan tapak-tapak jin pada tubuh pesakit.Bagi para pembekam,saya syorkan baca 3qul dahulu sebelum melakukan sesi bekam untuk pendinding diri...

Sabtu, 10 Oktober 2009







KAEDAH SHORTCUT SEMASA MERUQYAH

Bagi perawat yang mempunyai ramai pesakit pada satu-satu masa,kaedah shortcut dan sistematik amat-amat diperlukan supaya pesakit-pesakit lain tidak perlu menunggu masa yang lama semasa menunggu giliran.Kaedahnya ialah :-

1)Guna 5 ayat sahaja semasa meruqyah seperti FATEHAH,,KURSI,YUNUS 81-82,AYAT SERIBU DINAR dan LAUANZALNA.

2)Terlebih dahulu "JAZAMKAN/SEBATIKAN" semua 5 surah tu dalam badan..Caranya,buat solat hajat 2 rakaat sebelah malam,wiridkan setiap satu surah tu 313x dan berdoa minta Allah jazamkan ayat tersebut dalam badan.Buat 5 malam berturut-turut untuk surah seterusnya.

3) Wiridkan 5 surah tersebut 1x tiap-tiap lepas solat sampai bila-bila dan berdoa supaya Allah berikan pendinding diri dan keluarga serta minta sebatikan semua ayat tu dalam badan.

4) Semasa meruqyah hanya baca semua surah tersebut 3x ulangan dengan letak tangan pada ubun-ubun pesakit.

5) Jika pesakit kerasukan,terus sedarkan pesakit dengan memanggil namanya serta menepuk-nepuk bahu pesakit .Kemudian tepuk belakang pesakit sambil membaca ulang-ulang AYAT SERIBU DINAR 3X niat minta Allah keluarkan jin pesakit melalui muntah.Elakkan bertarung dengan jin pesakit.

6) Bacakan pada 2 botol besar air mineral semua surah tadi 1x lalu tiup 10saat bagi pesakit minum dan mandi 3 petang berturut-turut.

InsyaALLAH pesakit pun cepat sembuh,masa meruqyah pun jimat dan pesakit pun tidak sakit-sakit badan lagi kerana tidak dipicit-picit oleh perawat.





SCANNING GANGGUAN JIN SECARA PERCUMA

Bagi sesiapa yang ingin menjalani "scanning" sama ada badan mereka ada gangguan jin atau tidak,sila sms saya untuk temujanji di 019-307 9883.Kedai saya buka setiap hari dari 9pg - 12t/mlm...Pengunjung sila bawa sebotol besar air mineral dan bayaran adalah percuma.








PREMIS RAWATAN TELAH BERPINDAH KE KEDAI

Mulai semalam,premis rawatan saya yang telah sekian lama beroperasi dirumah,kini telah berpindah ke sebuah kedai.Ia berhampiran sangat dengan Masjid Jumhuriyyah Tmn Dato Harun.Lokasi baru ini senang dicari oleh pelanggan dan parking pun mudah.Kedai saya berwarna hijau bersebelahan dengan jalan utama..

Selasa, 6 Oktober 2009

Photobucket


MERUQYAH PESAKIT NON-MUSLIM


Ahad tadi saya dan Utz Khanafiah diberi kesempatan meruqyah seorang pesakit non-muslim di Darul Hikmah Klang.Sebenarnya ini bukan kali pertama kali kami meruqyah pesakit non-muslim,sebenarnya semua bangsa dan agama kami pernah rawat sebelum ini...Kaedah meruqyah nie tidak terhad kepada orang islam sahaja,semua bangsa dan agama boleh menerima rawatan ini amnya..