Pembaca Setia...

Isnin, 28 September 2009







MERAWAT KES JIN ASYIK DI SUBANG JAYA

Malam tadi sekitar 8pm saya melakukan rawatan di subang jaya berkenaan seorang pesakit wanita sering pengsan dan kerasukan ditempat kerja.Perkara nie sudah berlarutan selama sebulan dan adakalanya pesakit mencekik diri sendiri bila kerasukan,jadi malam tadi abang kepada pesakit memanggil saya kerumahnya untuk sesi ruqyah.

Setelah saya membuka semua penutup air mineral,saya pun memulakan rawatan dengan memegang ubun-ubun pesakit dan membacakan ayat-ayat ruqyah.Selepas habis bacaan al fatehah pesakit mulai kerasukan dan saya pun bertanya kepada jin kenapa kerap mengganggu pesakit...Jin tu mengatakan dia suka pada jasad pesakit dan apa cara sekalipun dia takkan keluar dari badan pesakit.Saya mengatakan kepada jin,jika masih berdegil dan sombong,saya akan meneruskan bacaan ruqyah selama 10min lagi.

Jin dalam badan pesakit mulai meraung dan menangis dengan sekuatnya...tapi belum ada tanda-tanda ingin keluar dari jasad pesakit...Saya tamatkan rawatan dengan memanggil nama pesakit berulang kali..Kemudian saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah pada air mineral selama 10min dan memberikan pesakit untuk diminum dan dibuat mandi bersama-sama limau dan ais.

Setelah selesai pesakit mandi,saya melakukan sesi ruqyah kali kedua dan pesakit masih kerasukan lagi...kemudian saya membacakan surah thaha 69 ulang-ulang sambil menepuk belakang pesakit selama 10min...pesakit mulai muntah dan sedar...pesakit merasakan ada benda keluar dari mulut dia semasa dia muntah tadi...

Saya seperti biasa membekalkan pesakit air ruqyah untuk minum dan mandian selama 7hari berturut-turut...Pesakit perlu menjaga solat dan amalkan al falaq dan an nas tiap-tiap lepas solat.Saya juga memberikan mp3 ruqyah untuk diperdengarkan 1x sebelum tidur selama sebulan dan pesakit juga dinasihati untuk kurangkan mendengar sebarang lagu-lagu yang melalaikan selama dalam proses rawatan ini.Rawatan tamat...

Ahad, 27 September 2009







KHASIAT TELUR AYAM KAMPUNG

Perbincangan tentang tentang telur tentu bukan hal yang asing lagi bagi kita,mulai dari kanak-kanak sampai orang tua suka memakannya...
di samping nikmat ternyata didalam telur memiliki kandungan protein yang bagus bagi tubuh kita,namun dari sekian banyak jenis telur ternyata telur ayam kampung per 100 gramnya memiliki kandungan 174 kalori, 10,8 gram protein, 4,9 mg zat besi
dan 61,5 g retinol atau vitamin A.

Kerana alasan tersebut juga telur ayam kampung lebih diminati dibandingkan dengan telur ayam yang dipelihara.

Telur ayam kampung yang asli mempunyai kelebihan dibandingkan telur ayam yang lain.
Selain sumber kalori dan protein haiwan yang cukup baik (mudah diserap usus dalam jumlah yang banyak)dapat dipakai sebagai campuran minuman jamu yang diyakini dapat memberikan kesegaran pada tubuh.

Fungsi Telur Ayam Kampung Untuk Kesihatan diantaranya :-

* Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis atau usus besar.
* Selain mengandung sumber tenaga juga mengandung sumber protein yang cukup tinggi.
Tenaga yang dipakai untuk mengganti tenaga yang digunakan aktiviti seharian dan berfikir sedangkan proteinnya diperlukan untuk mengganti bahagian organ yang rosak.
* Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi.
Bagi yang mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati - hati
mengatur pemakanannya.
* Membantu mengatasi kelelahan dan kelesuan tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karena badan masih memerlukan waktu untuk merehatkan organ tubuh badan.

Itulah alasannya mengapa telur ayam kampung lebih diminati khusunya oleh para lelaki.
Untuk meningkatkan khasiatnya campur telur ayam kampung dengan madu asli,
tenaga anda pasti akan pulih kembali.

Isnin, 14 September 2009









AL FATEHAH SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT


Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (1) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (2) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (3) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (4) اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (5) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | 6

-Untuk Penawar Racun & Kala Jengking.
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.


-Untuk Menghilangkan Sifat Lupa.Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.


-Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
.Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.


-Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
.Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


Bagi para perawat islam,dianjurkan mengamalkan al fatehah 20x tiap-tiap lepas solat sampai bila-bila supaya menambahkan keampuhan segala bacaan ruqyah kita.

Khamis, 10 September 2009








JENIS-JENIS SIHIR PENCERAIAN/PEMISAH

1) Memutuskan hubungan antara seorang anak dengan ibunya.

2) Memutuskan hubungan antara seorang anak dengan bapanya.

3) Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.

4) Memutuskan hubungan seseorang dengan sahabatnya.

5) Memutuskan hubungan antara seseoranng dengan kawan dalam hubungan perdagangannya.

6) Penceraian antara suami dengan isterinya.Untuk info,sihir jenis inilah yang paling banyak terjadi dan berbahaya dimana ia acapkali terjadi ditengah-tengah kehidupan masyarakat.






KAEDAH MUDAH MENCEGAH/MERAWAT TERKENA GANGGUAN JIN

Aisyah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengajarnya supaya membaca 3qul (al ikhlas,al falaq dan an nas) sambil menadah tangan seperti berdoa.Selepas habis bacaan itu,tiup pada tapak tangan.Kemudian sapulah kedua-dua tapak tangan itu keseluruh badan sebagai suatu permohonan perlindungan daripada Allah SWT ketika hendak tidur.

Dalam sebuah hadith sahih,Nabi Muhammad SAW pernah cuba disihir oleh seorang yahudi yang bernama Labid Bin Al A'Sam.Jibril AS datang mengajar Nabi bagaimana hendak menghindar dan mengubati sihir tersebut iaitu membaca Al Mu'awwidhat (3 qul) dengan dijadikan amalan atau bacaan setiap hari.

Saya syor bagi orang yang sihat,amalkanlah 3qul 1x tiap-tiap lepas solat dan bagi orang yang sakit terkena gangguan jin,adalah baik digandakan bacaan tersebut seperti ulangan 7x setiap ayat pada tiap-tiap lepas solat juga secara istiqomah.InsyaALLAH sembuh..

Selasa, 8 September 2009








RAWATAN SIHIR PEMISAH DI PUCHONG

Minggu lepas saya menerima jemputan untuk rawatan sihir pemisah keatas seorang surirumah di Puchong.Simptom gangguan surirumah ini ialah kerap sakit kepala,tengkuk dan pinggang pada waktu asar keatas.Rawatan ini adalah rawatan susulan kedua semenjak 6 bulan yang lepas.

Lalu saya meneruskan rawatan pada surirumah tersebut dengan memegang ubun-ubunnya dan terus membacakan set ruqyah syar'iyah.Baru selesai jer fatehah dibacakan,surirumah itu kerasukan...dan dialognya lebih kurang begini..


Jin : He..He..He.. (ketawa mengilai)
Saya : Wahai jin..kenapa kamu masih ganggu pesakit nie,bukankah kamu dulu telah islam...

Jin : Aku suka suami dia..
Saya : Jin tidak boleh menyukai atau berpasangan dengan manusia,kerana Allah telah menciptakan pasangan jin adalah dari golongan jin juga...

Jin : (pesakit mula agresif dan cuba menggigit suaminya yang berada disebelah)
Saya : Saya melaungkan bacaan kursi kepada pesakit sambil memicit bahu pesakit...

Jin : Tolonglah aku...aku suka kat suami dia...dia janji sayangkan aku...
Saya : Masalahnya suami dia tak sayangkam kamu,kerana dia sudah ada isteri...

Jin : Kalau begitu aku berjanji akan aniaya isteri dia apa cara sekalipun..aku nak bagi isteri dia sengsara !!!
Saya : Kita sebagai makhluk Allah mana boleh kita menganiaya sesama makhluk..dan ingatlah azab Allah itu adalah keras bagi golongan yang zalim..

Saya terus menepuk-nepuk belakang pesakit sambil membacakan as soffat 1-10 dengan kuat..Pesakit mulai muntah...Kemudian saya mengarahkan suaminya memandikan si isteri dengan air rawatan yang telah dicampur dengan limau nipis dan ais.Kemudian setelah selesai mandian,saya membacakan ruqyah syar'iyah sekali lagi kepada pesakit untuk sesi kedua..dan tiada berlaku kerasukan lagi..Rawatan tamat

Isnin, 7 September 2009








AL KISAH RAWATAN SANTAU DI PUCHONG part 2

Selepas selesai sesi pesakit memuntahkan bisa-bisa santau,saya menyuruh suami pesakit memandikan beliau dengan air mandian limau nipis yang telah dicampurkan ais.Setelah selesai saya terus memegang ubun-ubun pesakit untuk melakukan sesi ruqyah kali kedua.Dalam 10min saya meruqyah,pesakit kerasukan,dan berlakulah sesi dialog saya dengan jin...

Saya : Siapa didalam nie...?
Jin : Tolonglah..aku dah tua..tak larat nie...

Saya : Wahai jin,kamu duduk dibahagian mana pada tubuh pesakit nie ?
Jin : Aku tinggal di kaki dia..

Saya : Patutlah kaki wanita nie sering sakit dan sukar nak berjalan...angkara kamu ler yer..
Jin : Tuan aku suruh jaga kaki dia..

Saya : Apa yang tuan kamu buat sehingga kamu leh serang kaki dia ?
Jin : Tuan aku tabur serbuk kemenyan kat depan pintu rumah dia,bila dia terlangkah,aku pun terus ler serang kaki dia...

Jin : Aku nie jin perempuan yang dah tua bongkok 3...aku pun dah tak larat duduk dalam badan dia nie..aku kesian sangat kat dia nie..sebab dia orangnya baik dan penyabar...tapi aku terpaksa buat sebab tuan aku paksa..jika tidak,aku akan dipukul nanti..Tuan aku tu,selain dia hantar aku kat badan dia,banyak juga bomoh dia jumpa untuk menyihir dia nie...habis beribu jugak ler duit dia...


Selepas hampir 20min sesi dialog dengan jin pengganggu,saya berjaya mengislamkan jin tersebut dan jin pun setuju keluar melalui kaki pesakit...Rawatan tamat..

Sabtu, 5 September 2009

























AL KISAH RAWATAN SANTAU DI PUCHONG
part 1

Malam tadi saya berkesempatan merawat seorang surirumah di Puchong.Beliau mengadu sudah hampir beberapa bulan batuk dan sendi-sendi badan terasa sakit.Saya pun memulakan rawatan sekitar jam 10.30pm,saya mulakan dengan membaca ruqyah pada satu jug air kelapa muda yang telah dicampur 3 sudu garam bukit.Saya bacakan al fatehah,al isra 82,selawat syifa,bismillah 5,ayat pembatal sihir dan diakhiri dengan 3 qul.Kemudian saya suruh pesakit minum secawan penuh air tersebut.

Kemudian saya suruh pesakit pegang baldi,saya meletakkan tangan pada ubun-ubun pesakit lalu saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah syar'iyah dengan kuat.Pesakit muntah dengan banyaknya selama 15min,lalu saya pun menepuk-nepuk belakang pesakit.Setelah selesai muntah,badan pesakit lemah dan tidak bermaya...

Untuk pengetahuan pembaca,pesakit sebelum ini kerap bermimpi melihat rambut,samy budha,orang lelaki berambut kerinting dan juga burung gagak...Dimana sihir ini melibatkan lebih seorang penyihir..wallahuaklam...

Bersambung...

Jumaat, 4 September 2009








BOLEHKAH ORANG ISLAM BERSAHABAT DENGAN BUNIAN

Bunian adalah makhluk halus yang diakui kewujudannya dan ia berbeza daripada manusia dari sudut rupa bentuk,kebolehan dan juga keinginan.Islam menyarankan agar manusia hendaklah bersahabat dengan manusia juga dan kita tidak diharuskan bersahabat dengan makhluk halus.Al quran telah menjelaskan bahawa makhluk halus ini sanggup menjadi pelindung kepada manusia tetapi kesanggupan mereka untuk menolong lebih banyak mengundang padah.

Firman Allah SWT dalam surah Al Jin ayat 6 :
"Dan bahawa sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa ketua golongan jin,kerana jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan"

Daripada ayat ini dapat difahami bahawa memang boleh berlaku persahabatan antara manusia dan jin namun manusia akan menerima kesan buruknya.

Dalam surah Al Nisa ayat 38 juga ada menyebut "Sesiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya,maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman"

Rabu, 2 September 2009










DAUN BIDARA BERKHASIAT DALAM RAWATAN GANGGUAN JIN


Daun bidara nie selalunya adalah daun yang selalu masyarakat islam gunakan bagi mandian jenazah dan ia selalunya ditanam diperkarangan surau ataupun masjid.Daun bidara memang ada hadis yang sahih dalam merawat pelbagai penyakit seperti gangguan jin dan sebagainya.Daun bidara di kawasan lembah klang nie,setakat yang saya tau mudah didapati di sebuah surau di section 2 bandar baru bangi.Jadi bagi sesiapa yang berhasrat untuk merawat diri atau orang lain,saya syorkan petik 21 helai daun bidara untuk buat mandian 3hari berturut-turut.Caranya..

1) Tumbuk lumat 7 helai daun bidara dan masukkan pada sebaldi air paip.

2) Bacakan al fatehah 1x,kursi 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup sehalus jarum sehingga habis nafas pada air tadi.

3) Minum air tadi sesudu.

4) Lakukan mandian bilasan terakhir tanpa lap pada waktu asar keatas selama 3 hari berturut-turut.

InsyaAllah sembuh...

Selasa, 1 September 2009








HANYA IBLIS TIDAK BOLEH DIBUNUH

Terdapat makhluk halus yang tidak boleh dibunuh kerana mereka diberikan umur yang panjang sehingga hari kiamat dan juga yang mati atau boleh dibunuh.Hanya Iblis sahaja yang tidak boleh dibunuh sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-hijr ayat 36-38...

Maksudnya:"Iblis telah berkata kepada Allah,'wahai Tuhanku,berilah tempoh kepadaku hingga kehari mereka dibangkitkan.Allah berfirman 'dengan permohonan itu,maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberikan tempoh,hingga kehari,waktu yang telah ditentukan"

Ini menunjukkan bahawa makhluk yang termasuk dalam suka sakat Iblis ini berumur panjang,tidak mati dan tidak boleh dibunuh.Selain daripada Iblis,makhluk halus seperti syaitan,jin dan sebagainya beranak-pinak dan umur mereka berakhir pada tempoh tertentu.Ini bermakna mereka boleh dibunuh sepertimana tercatat dalam sejarah sewaktu penjelmaan mereka sebagai ular.Meskipun makhluk ini mati,tetapi kita tidak dapat melihatnya melainkan mereka mati semasa penjelmaan.