Jumaat, 2009 Ogos 28







TIPS MERAWAT SIHIR RUMAH TANGGA

Simptom-simptom sihir rumahtangga nie biasanya suami isteri akan kerap mengalami sakit kepala,dada dan pinggang pada waktu asar keatas,mimpi jatuh dari tempat tinggi,disamping sering bertengkar dan juga banyak halangan dalam hubungan kelamin.

Saya syorkan anda...

1) Sediakan 6 botol besar air mineral dan buka penutupnya..

2) Bacakan fatehah 1x,kursi 7x,al baqarah 102 7x,al a'raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thaha 69 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10saat pada semua air tersebut.

3) 5 botol air tersebut dibuat minum 3x sehari sehingga habis.

4) Bagi anggota badan yang sakit seperti dada dan pinggang sila sapukan cuka makan 2x sehari.

5) Sebotol lagi air tadi dibuat untuk proses mandian.Caranya sediakan setengah baldi air paip,perah 3biji limai nipis dan masukkan sekilo ais,bila ais sudah larut mandi dengan jirus pada ubun-ubun perlahan-lahan sehingga habis.Mandi bilasan terakhir pada waktu asar keatas selama 7 hari berturut-turut.

6) Sebelah malamnya pula selepas isyak,buat solat hajat dan wiridkan kursi 170x dan minta Allah batalkan segala gangguan sihir yang melanda.

Rabu, 2009 Ogos 26







RAHSIA SOLAT (POSISI KEDUA)

Posisi kedua dalam solat ialah berdiri betul serta membaca al fatehah dan surah.Khasiatnya ialah ia dapat menimbulkan konsentrasi minda,merehatkan kaki,merehatkan bahagian belakang,menimbulkan rasa rendah diri dan khusyuk serta tawaduk.Dalam solat,hampir semua bacaan adalah dalam bahasa arab,menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan,fikiran dan jiwa.Getaran vokal panjang a,i,u merangsangkan hati,kalenjar gondo,kalenjar pineal,pitunitary,kalenjar adrenal dan paru-paru membersih serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.

Isnin, 2009 Ogos 24







TEKNIK MEMBAKAR JIN DALAM BADAN

Bagi kes gangguan jin yang tegar ataupun jenis jin yang liat untuk keluar dari tubuh badan,anda boleh gunakan kaedah dibawah ini..

1) Solat hajat 2 rakaat tengah malam.

2) Selesai solat hajat, wiridkan kursi 170x dan setelah selesai,lalu berdoa pada Allah minta dibakarkan segala jenis gangguan jin yang berada dalam badan.

3) Lakukan 3 malam berturut-turut.

4) Malam ketiga tu,sebelum tidur baca al kauthar 10x niat pada Allah minta petunjuk mimpi,insyAllah anda akan diberikan mimpi petunjuk.







RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

1)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

2)Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

3)Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

4)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dimana hanya mengambil yang halal.

5)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim.

6)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

7)Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan soleh dan solehah serta saling memahami dan bertolak ansur.

8)Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan pada Allah.

9)Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan rahsia.

10)Rumah yang penghuninya tidak melakukan kerja-kerja haram.

11)Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga daripada perkara-perkara bid'ah.

12)Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.

13)Rumah yang penghuninya penuh dengan salam dan meminta izin.

14)Rumah yang penghuninya saling bermaafan antara satu sama lain.

15)Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada perbuatan tercela.

16)Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.

Ahad, 2009 Ogos 23









RAHSIA SOLAT (POSISI PERTAMA)

Posisi pertama ialah berdiri lurus dan kedua-dua tangan diangkat keatas.Faedahnya,badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata pada dua kaki.Belakang badan yang lurus membuatkan badan tidak bongkok.Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan.Pandangan mata tertumpu ketempat sujud.Otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dna rehat.Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Jumaat, 2009 Ogos 21








SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini semoga anda sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat olehNya.

Bulan Ramadhan ini waktu rawatan adalah seperti biasa cuma untuk Rawatan Bekam Darah sahaja dijalankan selepas waktu berbuka puasa.

Sekian...

Khamis, 2009 Ogos 20






MEMBEKAM PESAKIT GANGGUAN JIN

Kelmarin saya berkesempatan lagi melakukan bekam darah pada seorang pesakit gangguan jin...Pesakit ini mengalami masalah sihir dan juga saka...Saya melakukan bekam darah sebanyak 15 cup iaitu pada bahagian pinggang,sepanjang belikat dan juga tulang kipas..

Semasa proses bekam dijalankan,kaki pesakit menggeletar dengan kuat petanda gangguan jin dalam badan mulai ketakutan dan memberi respon..Sebaik sahaja tamat proses bekam darah ini,pesakit merasakan ada satu bisikan ditelinga seperti suara seseorang yang kesakitan (jin ler tu)...Untuk info,darah pesakit gangguan jin nie selalunya dalam bentuk bertali dan juga tempat yang kita cucuk lancet semasa proses bekam tadi akan berwarna kehitaman..

Nota :
Bagi pesakit wanita yang menghidapi gangguan jin,saya syor anda berjumpa rakan saya di Kelana Jaya iaitu Kak Azizah 016-623 1258 untuk rawatan bekam darah (Bekam darah RM50=10cup)

Selasa, 2009 Ogos 18







AKIDAH JIN

Sama halnya dengan manusia,bahawa jin ada yang Muslim,Nasrani dan ada juga yang Yahudi.Bahkan dari golongan jin yang muslim,ada yang menganut aliran Qadariyyah,Syi'ah,Sunnah dan juga Bid'ah.Ada juga yang taat,berbuat maksiat,yang taqwa dan juga yang suka melakukan dosa.

Tentang mereka ini Allah menerangkan dalam Al Quran bahawa makhluk jin pernah berkata yang maksudnya :-

"Dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang soleh dan diantara kami ada pula yang tidak demikian halnya.Adalah kami ini menempuh jalan yang berbeza-beza" (Al Jin 11)

Isnin, 2009 Ogos 17







AMALAN HARIAN PERAWAT

1) Solat 5 waktu.

2) Tiap2 lepas solat bacakan 10 ayat rawatan lalu tiup tapak tangan dan sapukan pada seluruh badan niat pada Allah minta pendinding diri dan juga sebatikan dalam badan.

3) Baca zikir 100x pagi dan 100x petang "lailahaillallah wahdahulasyarikalah....qadiir"

Jumaat, 2009 Ogos 14






AMALAN UNTUK KELUAR MERAWAT KERUMAH ORANG

1)Mulakan langkah kanan terlebih dahulu semasa keluar rumah.
2)Baca ayat penggerak 3x "bissmilahillazi layadhurru..."
3)Baca yasin ayat 9 1x "wajaalna..."
3)Baca zikir 100x "lailahailla wahdahulasyarikalah lahul mulku..."

InsyaAllah segala urusan rawatan akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan...

Rabu, 2009 Ogos 12






KISAH PULIH KEDAI SALOON

Semalam 8pm saya telah dijemput empunya kedai saloon di kelana jaya demi untuk memulihkan kedainya yang semakin kekurangan pelanggan...Sejurus sampai dipremis tersebut,badan saya terasa agak meremang...sah premis nie tempat jin bertendang..

Macam biasa saya duduk di tengah premis,lalu buka botol spray air dan memulakan bacaan dengan kuat ruqyah surah al baqarah sehingga tamat...kemudian saya melaungkan khutbah jin dan azan 1x lalu saya tiup pada botol spray tersebut...Kemudian saya spray rata-rata seluruh kawasan premis dan diakhiri dengan spray mengelilingi 4 penjuru premis sambil membaca kursi ulang-ulang untuk proses memagar.

Setelah tamat proses membersih dan memagar premis,saya kemudian meruqyah pemilik saloon dan juga pekerjanya..Semasa sedang dibacakan ruqyah,badan mereka bergoyang-goyang sedikit..dan ini menunjukkan kedua-dua mereka ini pun ada gangguan juga...Saya membekalkan air rawatan dan limau untuk mereka minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut...mudah-mudahan kedai mereka pulih seperti biasa...semuanya dengan izin Allah SWT...

Selasa, 2009 Ogos 11








KENA SIHIR BUKAN PERKARA MUSTAHIL

Dipetik dari Harian Metro

GANGGUAN kuasa jahat daripada jin dan syaitan boleh terkena kepada mana-mana pihak, terutama individu yang malas beribadat, sehingga membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan.

Yang Dipertua Pusat Perubatan Islam Darul Salam, Abdul Hadi Ahmad Talhah, berkata gangguan itu adalah suatu perkara yang berlaku tetapi sesetengah doktor menafikannya, disebabkan gagal dikesan.

Menurutnya, ada orang mengerjakan solat, zikir dan puasa tetapi masih terkena juga gangguan syaitan.

"Tetapi yang penting kita baca (al-Quran) selalu, mudah-mudahan kita dapat elak gangguan jin dan syaitan atau sihir," katanya dalam satu bual bicara rakaman rancangan Radio Ikim, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakaman rancangan itu bertajuk Perubatan Konvensional dan Alternatif: Di mana Titik Pertemuan, turut membabitkan pensyarah Kolej Perubatan Cyberjaya, Dr Suriyakhatun Osman dan Shamsul Azhar Mahmood daripada Medic Massage.net.

Abdul Hadi berkata, gangguan kuasa jahat itu bagaimanapun boleh diatasi dengan kaedah tertentu yang sesuai dengan Islam, seperti mengamalkan ayat al-Quran yang menjadi pendinding diri.

Menurutnya, seseorang itu kena beramal terlebih dulu kerana orang yang tidak beramal, walaupun dibaca ayat al-Quran tidak akan memberikan kesan mujarab.

Beliau menjelaskan, antara ayat yang wajar dibaca bagi mengelak gangguan itu ialah ayat Kursi, surah an-Nas, surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas, malah boleh juga diazankan ke telinga orang yang terkena gangguan.

"Kalau azan tidak menjadi juga, pergilah jumpa orang yang selayaknya," katanya, sambil menjelaskan, beliau selalunya membaca ayat ruqyah (pendinding) untuk merawat dan mengubati pesakit yang terkena gangguan terbabit.

"Mungkin selepas baca dia akan sejuk, panas, meraung atau tidak berasa apa-apa, mungkin ada makhluk itu menonjol keluar, maka sahlah dia ada penyakit gangguan.

"Orang yang alami gangguan ini juga biasa diganggu dalam tidur, mimpi yang buruk, umpamanya mimpi dikejar makhluk yang tidak pernah dilihat, mimpi jatuh bangunan tinggi atau mimpi dipatuk ular.

"Tandanya diganggu syaitan atau jin. Kena cepat cegah awal supaya dapat mengelakkannya beranak pinak, tetapi janganlah jumpa bomoh tidak sepatutnya," katanya.

Isnin, 2009 Ogos 10









IBLIS BUKAN MOYANG JIN

Iblis bukanlah moyang Jin tapi Iblis adalah berasal dari keturunan JIN...Dan ia sangat cerdik mirip malaikat tetapi ia kemudian berperangai buruk dan sombong,sebagaimana firman Allah ada menyebut "dan ingatlahlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat,sujudlah kamu kepada Adam !!! maka sujudlah mereka kecuali Iblis.Dia dan golongan jin,lalu dia menderhakai perintah Tuhannya..(al kahfi 50)

Jumaat, 2009 Ogos 07








76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Rabu, 2009 Ogos 05







AYAT PENYEMBUH SAKIT KEPALA/MIGRAIN


1) Sediakan sebotol besar air mineral dan buka penutupnya.

2) Bacakan Al fatehah 1x,Al isra 82 3x dan Al hasyr 21 33x.

3) Tiup 10 saat pada air tersebut.

4) Minum secawan selama 7 petang.

5) Ambil sedikit air mineral tadi lalu basahkan pada kepala selepas sesi minum tadi selama 7 petang juga dan biarkan ia kering.

InsyaAllah sembuh.


لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١

Al-Hasyr 21

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Ahad, 2009 Ogos 02







AYAT PENYEJUK AKIBAT PENYAKIT YANG BERKAITAN SUHU KEPANASAN SEPERTI DEMAM,SIHIR DAN SEBAGAINYA

1) Sila sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.

2) Bacakan Al fatehah 1x,Al isra 82 7x dan Al anbiya 69-70 7x.

3) Tiup 10 saat pada kesemua air tadi.

4) Berikan pesakit minum air tadi sebanyak mungkin dan jadikanlah ia minuman harian sehingga habis 4 botol air tersebut,insyaAllah badan akan kembali sejuk semula.

قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩) وَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدً۬ا فَجَعَلۡنَـٰهُمُ ٱلۡأَخۡسَرِينَ (٧٠

Al-Anbiya 69-70

Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!. (69) Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya). (70)