
KISAH RAWATAN SANTAU SECARA JARAK JAUH
Empat hari yang lepas saya berkesempatan merawat seorang wanita di Johor yang terkena sihir santau secara jarak jauh iaitu meruqyah menggunakan h/phone.Pesakit ini mengalami batuk yang berpanjangan,sakit-sakit sendi dan badan terasa panas semasa tidur malam.
Saya seperti biasa memberi arahan untuk pesakit menyediakan 2 botol besar air mineral dan 3 biji air kelapa muda.Air kelapa dimasukkan siap-siap kedalam bekas dan dicampurkan dengan 3 sudu garam halus .Kemudian saya mengarahkan beliau untuk membuka semua penutup air mineral dan bekas air kelapa tadi siap-siap supaya semua air tu nanti dapat merakam bacaan ruqyah saya.
Saya menyuruh pesakit untuk set loudspeaker mode pada h/phone, baring sebelah air tadi dan mengucapkan istighfar 3x,mengucap 1x lalu saya menasihati beliau supaya fokus mendengar bacaan ruqyah saya nanti.
Saya memulakan bacaan ruqyah saya dengan fatehah dan diikuti dengan ayat pembatal sihir dengan ulangan yang banyak dan setelah 15min sesi ruqyah pun tamat.
Setelah tamat,pesakit mengatakan badannya menggigil dan batuk dengan kuat semasa proses mendengar bacaan ruqyah oleh saya tadi.Saya mengatakan ia adalah tindakbalas jin semasa proses rawatan dimana jin-jin dalam badan tu tengah kesakitan akibat azab al quran yang diperdengarkan tadi.
Saya menyuruh pesakit minum secawan air kelapa pada lepas waktu maghrib dan sebelum tidur malam sehingga hari berikutnya sampai habis air kelapa itu.
Bagi proses mandian,pesakit perlu mencari 21 biji limau nipis,perah 3 biji pada setengah baldi air paip,masukkan secawan air rawatan tadi dan juga campurkan sekilo ais.Pesakit perlu mandi bilasan terakhir selama 7 petang tanpa lap.
Hari berikutnya pesakit ada sms saya yang beliau kerap muntah setelah meminum air kelapa tersebut,kemudian badan terasa panas walaupun baru selesai melakukan mandian ais.Yang pasti masalah batuk pesakit mulai reda dan tidak teruk seperti dahulu...Saya syorkan pesakit jaga amalan,teruskan minum dan mandi air rawatan selama seminggu...

















