Pembaca Setia...

Ahad, 28 Jun 2009

video

DARUL HIKMAH + AKRINE PUCHONG vs JIN ASYIK


Malam tadi kami mendapat jemputan dari sepasang isteri dipuchong untuk merawat si isterinya yang sering panas baran dan suka marah-marah tak kira masa.Jadi saya bergegas selepas isyak terus kesana dan dalam masa saya menghubungi rakan seperjuangan saya iaitu en ismail yang merangkap perawat akrine puchong.

Dalam pukul 9 pm kami memulakan sesi rawatan,seperti biasa kami menyuruh pesakit duduk melunjur dan mengadap kiblat,pesakit terlebih dahulu perlu istighfar 3x dan mengucap 1x serta dalam masa yang sama pesakit dilarang sama sekali mengikut bacaan perawat baik dimulut ataupun didalam hati.

Saya lantas menyuruh en ismail meletakkan tangan kanan pada ubun-ubun pesakit dan membacakan fatehah 1x dan qursy 3x .Pada masa sesi ruqyah sedang dibacakan,saya perhati bulu mata pesakit berkelip dengan laju petanda kerasukan akan berlaku sebentar lagi.Setelah tamat bacaan qursy,pesakit menjerit sekuat hati dan tangan pesakit terangkat seperti ingin dibawa terbang...lalu sesi dialog pun dimulakan..

Saya : Membacakan khutbah jin "Seruan kpd bani jin yg berada dimana-mana......"
Jin : Masih menjerit tanpa henti.
En Ismail : Wahai jin !!! berapa ekor ada didalam pesakit nie ??

Jin : Masih menjerit-jerit dan tidak mahu berdialog.
Saya : Berkasar dengan jin dengan menekan jari manis kaki pesakit dengan kuat.

Jin : Aduhhhh!!! Aku nak suami dia...Suami dia baik !!!!
Saya : Kamu adalah jin,kamu dijadikan pasangan kamu dari golongan jin juga & adalah satu kesalahan untuk mendampingi dan menyukai spesis golongan manusia.

Jin : Ketawa sambil menjelir-jelirkan lidah....
Saya : Kamu jin islam ke kafir ?????

Jin : Aku kafir...
En Ismail : Lantas beliau membuka penutup minyak attar kasturi TIAF dan mecalit sedikit di hidung pesakit.

Jin : Muntah .....Busuk nie !!!! Minyak apa nie ??????
En Ismail : Minyak nie wangi sebenarnya...memandangkan kamu nie berlagak kuat,cuba ler cium sikit..

Dipendekkan cerita,memandangkan saya telah pun menjalankan sesi dakwah dengan panjang lebar dan jin tidak memberi kerjasama malah dia mentertawakan kami dengan kuat...Lalu saya dan en ismail terus membacakan ruqyah 15 min dan azan 3x kemudian kami azabkan jin dengan teknik picitan sehingga dia lemah...Pesakit lalu muntah tanpa henti,lalu kami sedarkan pesakit.

Akhir sekali kami menyuruh suami pesakit memandikan isterinya dengan air ruqyah yang telah dicampur perahan 5 biji limau nipis serta sekilo ais,semasa proses mandian ada berlaku kerasukan beberapa minit dek jin kesakitan kerana tidak tahan sejuknya ais.

Selepas tamat mandian ais,pesakit rasa suam-suam dibahagian kepala dan tengkuk tapi keseluruhan badan terasa ringan sekali...

Saya menyuruh en ismail membacakan set ruqyah lagi sekali dan saya scanning mengunakan teknik picitan point badan,ternyata pesakit tiada respon dan tidak kerasukan lagi.Ini adalah petanda bahawa jin telah keluar sepenuhnya dari badan pesakit.Alhamdulillah kehadrat illahi....Penyembuh mutlak dari Allah SWT jua....Rawatan tamat pada jam 11pm...

Sabtu, 27 Jun 2009




BARANG SIHIR IKATAN OLEH PERAWAT DARUL HIKMAH KLANG

Ini dia satu lagi kes sihir ikatan (ribath) yang menggunakan rambut. Pasangan suami isteri tidak boleh bersama akibat disihir oleh penyihir kufur kurafat.

Alhamdulillah pesakit sembuh bila dibacakan rukyah dan diberi amalan berulang ulang kali semuga dgn izin ALLAH kami bukan penyembuh maka ALLAH jua lah Maha Penyembuh.

Rambut ini ditemui didalam rumah pesakit iaitu didalam laci. Setelah pesakit mengadu banyak kali maka dengan izin ALLAH akhirnya mereka menemui barang ini dan isteri pesakit pengsan apabila terjumpa barang ini di dalam laci solek mereka.

Demikanlah dgn rawatan jgnlah mengharap pada perawat kerana semua izin ALLAH...perawat semua tak der apa apa pun.. semua zero kosong..kerana semuanya atas izin ALLAH ....nafas selepas nafas ini pun ditentukan ALLAH ini kan pula penyembuhan...Kita sakit kita ikhtiar sungguh-sungguh kerana bila sakit ada lah benda yang ALLAH nak berikan...

Istiqomahlah dengan amalan mohon pada ALLAH SWT..

1)Katakanlah (wahai Muhammad),Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk 2)Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan 3)Dari bahaya gelap apabila ia masuk 4)Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)5)Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya (AL FALAQ 1-5)

Jumaat, 26 Jun 2009








PANDUAN PAGAR RUMAH

1) Azan 1x ditengah rumah dengan kuat.

2) Baca khutbah jin 1x "SERUAN KPD BANI JIN YANG BERADA DIMANA-MANA,AKU PERINGATKAN KAMU TENTANG SUMPAH KAMU KPD NABI SULAIMAN,BAHAWA KAMU BERJANJI TIDAK AKAN MEMASUKI MANA-MANA RUMAH MANUSIA DAN JUGA TIDAK AKAN MENYAKITI SESIAPAPUN,DEMIKIANLAN PERJANJIAN KAMU DENGAN ALLAH DAN RASULNYA"

3) Spray larutan air garam yang telah dibacakan qursy 7x disekeliling rumah.

4) Spray mulai penjuru kanan rumah bahagian atas menghala ke kiri (4 penjuru) sambil baca qursy ulang-ulang dengan niat minta pada Allah bentengkan rumah dari kejahatan segala mahkluk.







BERAPA KERAP KITA PERLU MEMAGAR RUMAH ?

-Bagi perawat islam yang aktif merawat dirumah,disyorkan pagar rumah 3hari sekali...

-Bagi pesakit yang mengalami gangguan jin,disyorkan pagar rumah seminggu sekali...

-Bagi orang awam yang tiada masalah apa-apa,disyorkan pagar rumah 6 bulan sekali...





PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN PAGAR RUMAH BOCOR

Jika anda telah melakukan sendiri proses pagar rumah mahupun telah memanggil para perawat islam untuk proses pagar,pagar rumah anda mungkin boleh runtuh atau bocor kerana beberapa perkara,antaranya ialah...

1) Penghuni rumah melakukan kemaksiatan..

2) Penghuni rumah sering malakukan perkara yang lagha lagi melekakan seperti karaoke,bermain muzik sehingga lalai dan sebagainya...

3) Menyimpan patung atau objek yang menyerupai patung..

4) Tidak melakukan sembahyang dan amalan-amalan yang difardhukan...

5) Menyimpan tangkal dan objek-objek khurafat..

Wallahuaklam..

Rabu, 24 Jun 2009

video

RAWATAN SIHIR PEMISAH RUMAHTANGGA


Petang tadi saya dan lebai berkesempatan merawat seorang surirumah mangsa sihir pemisah rumahtangga.Surirumah ini adalah isteri kedua,beliau menghadapi masalah melakukan hubungan kelamin sejak 2 tahun lalu dan dalam masa yang sama perasaan dingin pun makin menebal dari hari kehari serta kerap bertengkar dengan hal yang remeh temeh.Bagi suami beliau,masalah hubungan kelamin tersebut hanya berlaku pada isteri kedua sahaja,tapi bila bersama dengan isteri pertama beliau tiada menghadapi apa-apa masalah dan semuanya berjalan lancar.Suami isteri ini juga sering mengalami sakit pinggang tapi masalahnya hanya dipihak isteri sahaja yang ingin berubat tapi dipihak suami langsung tiada kerjasama atau ikhtiar dalam mencari rawatan dek kerana sikap egonya.
video

VIDEO TEKNIK TKR OLEH RAKAN SEPERJUANGAN

Ahad tadi saya telah dikunjungi oleh seorang perawat kerana ingin bermuzakarah dan menimba ilmu serba sedikit dari saya.Dalam masa itu ada kebetulan seorang pesakit berkunjung kerumah saya,lalu saya menyuruh beliau untuk merawat menggunakan Teknik TKR dan Ruqyah.

Isnin, 22 Jun 2009







BANTUAN DERMA DIPERLUKAN UNTUK PESAKIT MANGSA SIHIR INI

Dua minggu yang lepas saya didatangi oleh sepasang suami isteri yang dilanda masalah sihir yang teruk dimana sihir tu terkena suaminya...Sihir ini disyaki angkara bekas isteri no 2 dia..Bila dibacakan ruqyah pada suami ini,suami itu menangis bercucuran tetapi tidak kerasukan..saya terus membacakan ruqyah untuk sesi kedua pula,tiba-tiba suami ini kerasukan dan jin menjerit sekuat hati sehingga kedengaran satu blok apartment.Selepas beberapa min sesi khutbah dan sesi azab untuk jin dijalankan,saya menamatkan rawatan dan menyuruh pesakit untuk datang lagi bagi rawatan susulan.

Suami isteri ini bekerja bahagian sales dan tiada gaji tetap,semenjak 6 bulan kebelakangan ini mereka menghadapi masalah kewangan yang serius kerana mereka sukar untuk closed deal dengan customer dek kerana tertekan dan dan stress dengan masalah sihir yang mereka alami.Jadi mereka hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang,saya sebagai perawat cuba membantu meringankan beban mereka dengan memberi rawatan percuma setiap kali sesi rawatan dijalankan.

Bagi anda pembaca blog diluar sana,jika anda ingin melakukan amal jariah,saya memohon berilah seberapa ikhlas derma untuk mereka bagi meringankan masalah dan beban yang mereka alami selama ini dan semoga Allah membalas jasa tuan/puan yang suka beramal jariah dan membantu sesama muslim.

NO AKAUN CIMB 1427 000 7706 055 JAMAL BIN JAMALUDIN no h/p 013-330 0180

Jumaat, 19 Jun 2009








YAKIN MERUPAKAN SALAH SATU SIFAT UTAMA PERAWAT

Untuk melahirkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan pesakit akibat gangguan,para perawat perlu memahami hal-hal yang berkaitan dengan makhluk ini,antaranya :-

1) Hakikat Jin,Iblis dan Syaitan.
Tahu asal kejadiannya,sejarah permusuhan antara Iblis dan Adam serta sumpah Iblis untuk menipu,menyakiti dan membinasakan manusia.

2) Hal-hal yang berkaitan dengan hidupan harian jin,seperti tempat kediaman,makanan dan minuman,kehidupan berkeluarga,taklif jin,hidup dan mati.

3) Keistimewaan jin yang tidak dimiliki oleh manusia seperti kecekapan bergerak,keupayaan meresap dalam tubuh manusia,keupayaan menjelma pada rupa-rupa tertentu ataupun pada bentuk binatang yang menakutkan seperti ular,anjing hitam dan sebagainya.

4) Liku-liku Iblis menipu manusia.

5) Keupayaan syaitan mengganggu akal,melahirkan was-was hati dan menguasai jiwa.

6) Ketakutan Jin dan Iblis serta Syaitan lari membawa diri apabila bertemu dengan orang-orang tertentu yang mempunyai makam tinggi disisi Allah SWT.

7) Senjata manusia mengatasi kekuatan dan tipu daya Syaitan dan Iblis.

8) Hakikat gangguan makhluk-makhluk halus yang melibatkan amalan manusia (sihir) ataupun gangguan yang tidak melibatkan manusia.

9) Perlindungan Allah terhadap mereka yang dikasihi,termasuklah perlindungan daripada gangguan jin dan syaitan.






IKHLAS ADALAH SIFAT PALING UTAMA BAGI PERAWAT

Sifat utama yang perlu dimiliki oleh mereka yang ingin melibatkan diri dengan rawatan ialah ikhlas.Ikhlas bererti melakukan sesuatu amalan kerana Allah SWT dan ikhlas juga merupakan satu sifat paling tinggi dan dan paling terpuji.Allah SWT telah memerintahkan para malaikat agar sujud kepada Adam sebagai menghormati kejadian Allah SWT setelah sempurna ia diciptakan.

Iblis enggan dan merasa takbur kerana merasakan dirinya yang dijadikan dari api itu lebih mulia daripada Adam yang dijadikan daripada tanah.Kerana keengganannya itu,Allah SWT telah melaknatnya dan menyebabkan ia termasuk dalam golongan mereka yang kafir lalu Allah menghalaunya keluar dari syurga.Iblis telah memohon dipanjangkan umur untuk mebolehkannya menipu Adam dan keturunannya agar mereka semua boleh dibawa bersama masuk ke neraka.IBLIS BERSUMPAH AKAN MENYESATKAN SEMUA ANAK ADAM KECUALI MEREKA YANG IKHLAS DIKALANGAN HAMBA ALLAH.

Ikhlas itu adalah salah satu rahsia daripada rahsiaKU.Aku pertaruhkan dia pada hati mereka yang Kukasihi daripada kalangan hambaKU.(Hadis Qudsi)

Ikhlas bererti berilmu,iaitu ilmu agama.Seseorang hamba tidak akan berupaya untuk bersyahadah dan memahami hakikatnya,melakukan sembahyang,puasa,haji atau zakat kecuali sekiranya ia tahu rahsia-rahsia disebalik amalan-amalan tersebut.Memahami tentang pembentukan peribadi atau kesan daripada amalan-amalan tersebut,termasuk balasan Allah terhadap amalan-amalan yang dilakukan itu..Tanpa ilmu yang berkaitan,manusia hanya akan bertaklid,melakukan sesuatu menurut kebiasaan seperti yang dilakukan oleh orang lain.

Ternyata disini bahawa sifat ikhlas itu merangkumi pelbagai amalan ibadah yang difardukan dan disunatkan,kerana itu orang yang ikhlas ialah :-

1) Mukmin yang sentiasa memelihara kewajipan yang difardukan juga amalan-amalan sunat terus menerus.

2) Melakukan perintah Allah dengan rasa tunduk hati.

3) Mereka yang tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah samaada percakapan yang lagha,penipuan dan sebagainya,pemakanan yang halal dan berupaya mengelakkan penyakit hati seperti riak,takabur,sombong dan sebagainya.

4) Mereka yang tidak mementingkan dunia berbanding akhirat.

5) Mereka yang memahami konsep kemakbulan doa.

Khamis, 18 Jun 2009







AYAT PECAH SIHIR PATUNG

Bagi pesakit yang sering dilanda sihir yang berulang-ulang walau telah banyak kali menghadiri sesi ruqyah,kemungkinan besar mereka terkena sihir patung dimana setiap kali sesi ruqyah oleh perawat selesai,penyihir akan memuja semula patung untuk menghantar jin-jin pengganggu yang baru.Petanda terkensa sihir patung ini,adakalanya pesakit akan melihat bayangan patung semasa memejamkan mata semasa sesi ruqyah ataupun pesakit bermimpi melihat patung semasa tidur malam.Untuk mengelakkan penyihir menghantar sihir secara berulang-ulang,perawat kenalah baca set ayat pemecah patung terlebih dahulu dengan niat dalam hati minta Allah pecahkan patung sihir yang terlibat.

Ayat-ayatnya ialah fatehah 1x,al baqarah 285-286 3x,al a'raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thaha 69 3x,al isra 81 7x dan al mukiminun 115-118 7x lalu tiup pada ubun-ubun pesakit.






POINT BEKAM YANG EFEKTIF DALAM MERAWAT SIHIR/SAKA

Bagi mereka yang mengalami sihir/saka disyorkan anda berbekam seminggu sekali selama 3x sesi sebanyak 18 point untuk sekali bekam bagi mendapat kesembuhan yang maksimum.Jin/syaitan memang bergerak dalam darah manusia dan mendiami sendi-sendi tertentu,bila berbekam darah,makhluk-makhluk tersebut akan terus ditarik keluar bersama darah kotor,selalunya darah gangguan jin ini berbentuk bertali dan pesakit akan rasa panas memijar pada point yang telah dibekam serta badan akan rasa menggigil sedikit.Bagi pesakit wanita anda boleh hubungi pembekam wanita Pn Kina 017-666 0328 dan bagi pesakit lelaki anda boleh hubungi saya di talian 019-307 9883 untuk sesi temujanji.







KATEGORI-KATEGORI GANGGUAN JIN

1) Gangguan sepenuhnya,iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

2) Gangguan tidak secara keseluruhan,iaitu jin mengganggu salahsatu dari anggota badan seperti tangan,kaki atau lidah.

3) Gangguan yang berterusan,iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

4) Gangguan seketikan,iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Rabu, 17 Jun 2009



Apa itu HIZIB BAHAR ?

Dalam tradisi arab,perkataan Hizib semula itu untuk merujuk sesuatu yang “berduyun-duyun” dan “berkelompok”. Itulah makanya ada kata “Hizbullah”, artinya “sekumpulan” bala tentara yang berjuang atas nama Allah. Tetapi kata Hizbullah sendiri kadang juga digunakan untuk menyebut para malaikat.

Masih segar dalam ingatan kita, ketika Nabi dan para sahabat bertempur melawan kaum musyrikin dalam perang badar, Allah sengaja mendatangkan 5000 pasukan sebagai bala bantuan yang bertandakan putih, mereka adalah para malaikat (Hizbullah).

Kata Hizib sendiri terkadang juga digunakan untuk menyebut “mendung yang berarak” atau “mendung yang tersisa”. Seperti hizbun min al-ghumum (sebagian atau sekelompok mendung)

Ternyata untuk selanjutnya perkembangan kata hizib dalam tradisi tarekat atau yang berkembang di madrasah adalah untuk “menanda'i” sebuah bacaan-bacaan tertentu. Misalnya hizib yang dibaca hari jumaat ; yang dimaksud adalah wirid-wirid tertentu yang dibaca hari jumaat.

Untuk selanjutnya, makna hizib adalah wirid itu sendiri. Atau juga bisa bermakna munajat, ada hizib Ghazaly, Hizib Bukhori, Hizib Nawawi, Hizib Bahar, yang masing-masing memiliki sejarah tersendiri.

Asy Syaikh Abul Hasan Asy Syadzily terkenal sebagai seorang yang memiliki banyak rangkaian doa yang halus dan indah, disamping kekayaan berupa khazanah hizib-hizibnya. Salah satu hizib beliau yang terkenal sejak dulu hingga sekarang adalah Hizib Bahar dan Hizib Nashor. Kedua hizib tersebut banyak diamalkan oleh kaum muslimin diseluruh dunia, terlebih ulama-ulama besar, kendati sebagian dari mereka tidak mengikuti tareka asy syaikh.

Hizib Bahar yang artinya hizib yang di terima asy syaikh Abul Hasan asy Syadzili langsung dari Rasulullah SAW berkaitan dengan lautan yang tidak ada anginnya. Sejarah diterima hizib bahar adalah sebagai berikut :

Pada waktu itu asy syaikh Abul Hasan Asy Syadzili tengah melakukan perjalan ibadah haji ke tanah suci. Perjalanan itu diantaranya harus menyeberangi laut merah. Untuk menyeberangi lautan itu sedianya beliau akan menumpang perahu milik seseorang yang beragama nasrani. Orang itu juga akan berlayar walaupun berbeda tujuan dengan asy syaikh. Akan tetapi keadaan laut pada waku itu sedang tidak ada angin yang cukup untuk menjalankan kapal. Keadaan seperti itu terjadi sampai berhari-hari, sehingga perjalannapun menjadi tertunda. Sampai akhirnya pada suatu hari, asy syaikh bertemu dengan baginda Rasulullah SAW. Dalam perjumpaan itu, Rasulullah SAW secara langsung mengajarkan hizib Bahri secara imla’ kepada asy syaikh.

Setelah hizib Bahri yang baru beliau terima dari Rasulululah SAW itu beliau baca, kemudian beliau menyuruh si pemilik perahu itu supaya berangkat dan menjalankan perahunya. Mengetahui keadaan yang tidak memungkinkan, karena angin yang diperlukan untuk menjalankan perahu tetap tidak ada, orang itupun tidak mau menuruti perintah asy syaikh. Namun asy syaikh tetap menyuruh agar perahu diberangkatkan. “Ayo, berangkat dan jalankan perahumu ! sekarang angin sudah waktunya datang “, ucap asy syaikh kepada orang itu. Dan memang benar kenyataannya, angin secara perlahan-lahan mulai berhembus, dan perahupun akhirnya bisa berjalan. Singkat cerita alkisah kemudian si nasrani itupun lalu menyatakan ingin masuk islam.

Berkata syaikh Abdurrahman al Busthomi, “Hizbul Bahar ini sudah digelar di permukaan bumi. Bendera hizbul bahar berkibar dan tersebar di masjid-masjid. Para ulama sudah mengatakan bahwa hizbul bahar mengandung Ismullohil ‘adhom dan beberapa rahsia yang sangat agung.

Dalam kitab Kasyf al-Zhunun `an Asami al-Kutub wa al-Funun, Haji Khalifah seorang pustakawan terkenal asal Konstantinopel (Istanbul Turki) menulis berbagai jaminan yang diberikan asy Syaikh Abul Hasan Syadzili dengan Hizib Baharnya ini. Di antaranya, menurut Haji Khalifah, Asy Syaikh Syadzili pernah berkata: Seandainya hizibku (Hizib Bahar) ini dibaca di Baghdad, nescaya daerah itu tidak akan jatuh. Mungkin yang dimaksud Asy Syaikh Syadzili dengan kejatuhan di situ adalah kejatuhan Baghdad ke tangan Tartar.

Bila Hizib Bahar dibaca di sebuah tempat, maka termpat itu akan terhindar dari malapetaka, ujar Syaikh Abul al-Hasan, seperti ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun.

Haji Khalifah juga mengutip komentar ulama-ulama lain tentang Hizib Bahar ini. Ada yang mengatakan, bahwa orang yang istiqamah membaca Hizib Bahar, ia tidak mati terbakar atau tenggelam. Bila Hizib Bahar ditulis di pintu gerbang atau tembok rumah, maka akan terjaga dari maksud jahat orang dan seterusnya.

Konon, orang yang mengamalkan Hizib Bahar dengan istiqomah, akan mendapat perlindungan dari segala bala. Bahkan, bila ada orang yang bermaksud jahat mau menceroboh rumahnya, ia akan melihat lautan air yang sangat luas. Si penceroboh akan melakukan gerak renang seperti orang yang akan menyelamatkan diri dari ditelan samudera. Bila di waktu malam, ia akan terus melakukan gerak renang sampai pagi tiba dan pemilik rumah menegurnya.

Banyak komentar-komentar, baik dari Asy Syaikh Syadzili maupun ulama lain tentang keampuhan Hizib Bahar yang ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun jilid 1 (pada entri kata Hizb). Selain itu, Haji Khalifah juga menyatakan bahwa Hizib Bahar telah disyarahi oleh banyak ulama, diantaranya Syaikh Abu Sulayman al-Syadzili, Syaikh Zarruq, dan Ibnu Sulthan al-Harawi.

Seperti yang telah disampaikan dalam manaqib Asy Syaikh Syadzili, bahwa menjelang akhir hayat beliau, asy syaikh telah berwasiat kepada murid-murid beliau agar anak-anak mereka, maksudnya para murid thoriqot syadziliyah, supaya mengamalkan hizib Bahar. Namun untuk mengamalkan Hizib ini sebaiknya harus melalui talqin atau ijazah dari seorang guru yang memiliki ijazah untuk mengajarkannya. Seseorang yang tidak mempunyai ijazah tidak berhak mengajarkannya ataupun memberikan hizib ini kepada orang lain. Hal ini merupakan adabiyah atau etika dilingkungan dunia tarekat.

Dalam Tarekat Syadziliyah Peta Tulungagung, setiap mengamalkan aurod, wirid maupun hizib selalu diawali dengan niat dan kata “Lillahi ta’ala”, setiap murid tidak boleh bertanya apa fadhilah maupun faedah dari wirid ataupun hizib tersebut, karena hal tersebut boleh mengurangi atau menghilangkan keikhlasan. Bagi jamaah Syadziliyah Peta Tulungagung fungsi Hizib itu sendiri adalah untuk meng-Hizib dirinya sendiri, untuk menundukkan hawa nafsunya, sehingga boleh makrifat kepada Allah. Itulah Tujuan utama orang bertarekat, karena kalau tujuannya bukan untuk Allah (bukan Lillahi ta’ala) maka itu akan menjadi Hijab antara dirinya dengan Allah, bukan semakin dekat malah semakin jauh dari Allah SWT, naudzubillahi minzalik.






HAKIKAT PENCIPTAAN JIN

Dari keterangan ayat al quran serta hadis Nabi SAW secara tegas dikatakan bahawa jin diciptakan oleh Allah SWT daripada api.Sebagaimana firman Allah yang maksudnya :
"Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada api yang menyala" Ar Rahman 15

Ketikan menafsirkan ayat ini Ibnu Abbas mengatakan yang dimaksudkan dengan "nyala api" dalam ayat diatas iaitu dari inti api.Sedangkan dalam keterangan lain pula dikatakan dari hujung nyalaan api.

Dalam ayat lain pula Allah berfirman yang maksudnya :

"Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas" Al Hijr 27

"Saya lebih baik daripadanya.Engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah" Al A'raf 12

Sedangkan dalam keterangan hadis dari Aisyah dijelaskan :
"Malaikat diciptakan dari cahaya,jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah dijelaskan oleh Allah kepadamu" HR Muslim

Nota :Memandangkan jin diciptakan daripada api,jadi pesakit gangguan jin perlulah amalkan mandian ais selama 7hari berturut-turut selepas waktu asar untuk mendapat kesembuhan yang maksimum.

Selasa, 16 Jun 2009







KETAKUTAN JIN KEPADA MANUSIA

Dari Mujahid,Abu Dunya meriwayatkan "ketika saya sedang mengerjakan solat pada suatu malam,secara tiba-tiba makhluk sebesar budak kecil berdiri dihadapanku,lalu aku mendesak untuk menangkapnya,kemudian makhluk itu berdiri dan berlari kebelakang dinding sehingga aku mendengar bunyi jatuhnya.Setelah itu makhluk tersebut tidak datang lagi".

Mujahid kembali berkata "sesungguhnya mereka takut kepada manusia,sebagaimana manusia juga takut kepada mereka.Mujahid juga berkata "syaitan lebih takut kepada salah seorang daripada kamu,kerana itu jika dia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut kerana akan mengalahkan kamu,akan tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi".

Katanya lagi "setiap kali aku berdiri untuk mengerjakan solat,ada syaitan yang memperlihatkan dirinya menyerupai bentuk Ibnu Abbas,lalu teringat olehku akan perkataan Ibnu Abbas.Kemudian setiap kali aku akan solat,aku senantiasa siap untuk membawa pisau.Pada suatu hari dia memperlihatkan dirinya lagi kepadaku,lalu aku menyerangnya dan menikamnya hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya.Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya".

Nota : Bagi para perawat islam yang merawat pesakit kerasukan ganas dan cuba untuk menyerang perawat,janganlah anda gentar,bersikap keras dan tegas kepada mereka,insyaAllah mereka akan takut jua akhirnya.

Khamis, 11 Jun 2009
















SET PENAWAR SIHIR & SAKA RM50

(termasuk kos poslaju semenanjung,sabah sarawak)

Set penawar sihir dan saka ialah produk berkualiti yang dihasilkan khas untuk menawarkan segala jenis penyakit gangguan jin,sama ada histeria,sihir mahupun saka.Produk ini mengandungi 4 item iaitu
1) CD RUQYAH SYAR'IYAH
2) RUQYAH SYAR'IYAH MINUMAN
3) RUQYAH SYAR'IYAH MANDIAN
4) RUQYAH SYAR'IYAH RUMAH
yang dirumus dengan air zam-zam,zafaran & bidara lalu dibacakan ayat-ayat ruqyah oleh perawat terkenal USTAZ MALEK LADZIM Al-AZHARI.



PENERANGAN TENTANG PENGGUNAAN PRODUK


Photobucket

CD RUQYAH SYAR'IYAH

CD ini berlangsung selama 24 minit mengandungi bacaan seluruh ayat ruqyah syar'iyah yang berfungsi dalam penyembuhan dan pendinding diri dalam menangani 1001 masalah gangguan jin.Bagi pesakit gangguan jin,anda hanya perlu mendengar cd ini 1x sebelum tidur dengan mata terpejam selama sebulan.Untuk mendapat kesembuhan maksimum,biarkan ayat ini masuk kedalam badan dimana anda tidak perlu mengikut bacaannya baik dimulut atau dihati.Bagi rumah atau premis perniagaan yang bermasalah,anda hanya perlu memasang cd ini 3x sehari supaya ia dapat membersihkan kawasan tersebut dari sebarang gangguan jin dan unsur-unsur negatif.

Photobucket

RUQYAH SYAR'IYAH MINUMAN

Produk ini adalah campuran air zam-zam,zafaran,mawar dan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah syar'iyah tertentu oleh perawat.Cara penggunaannya ialah dengan menuang 7 titisan kedalam secawan air mineral/filter lalu dibuat minum selepas asar keatas.Bagi pesakit gangguan jin,air ini akan menawarkan segala gangguan yang berada dalam badan dan juga mengurangkan kesakitan akibat gangguan jin.Pesakit disyorkan minum selama 7 hari berturut-turut.

Photobucket

RUQYAH SYAR'IYAH MANDIAN


Produk ini adalah campuran air zam-zam,zafaran,mawar dan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah syar'iyah tertentu oleh perawat.Cara penggunaannya ialah dengan menuang 7 titisan kedalam 1/2 baldi air paip,masukkan sekilo ais dan 3 biji perahan limau nipis.Bila ais telah cair,pesakit sila mandi pada waktu asar keatas dengan menjirusnya secara perlahan-lahan pada kawasan ubun-ubun.Selepas selesai mandi,pesakit tidak perlu lap badan dengan tuala dan seeloknya biarkan ia kering pada badan.Pesakit disyorkan mandi selama 7hari berturut-turut untuk mendapatkan kesembuhan maksimum.

Photobucket

RUQYAH SYAR'IYAH RUMAH


Produk ini adalah campuran air zam-zam,zafaran,mawar dan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah syar'iyah tertentu oleh perawat.Cara penggunaannya ialah dengan menuang 7 titisan kedalam sebotol spray yang mengandungi 2 cawan air paip.Anda hanya perlu spray rata-rata kawasan dalam dan luar rumah selepas waktu asar keatas selama 7 hari berturut-turut.Tujuan produk ini dikeluarkan adalah untuk menghalau segala gangguan jin yang berada dalam dan luar kawasan rumah serta mampu menawarkan sebarang objek sihir dengan izin Allah.



Photobucket
Photobucket

CARA PEMBELIAN SET PENAWAR SIHIR & SAKA


1) Sila bank-in kedalam akaun MAYBANK2u saya 164164-870421 atau CIMB CLICKS 1270000-6334522 RM50 atas nama AHMAD KHATIJAH ALIP BIN HUSIN.

2) Sila sms saya ke 019-307 9883 sejurus bank-in,sms waktu bank-in, tarikh bank-in,nama dan alamat penuh.

3) Saya akan poslaju set tersebut ke alamat yang diberikan secepat mungkin.

4) Saya akan sms No Penghantaran pos laju tersebut,dan anda boleh jejak & kesan penghantaran produk tersebut melalui no penghantaran di http://pos.com.my