Pembaca Setia...

Jumaat, 29 Mei 2009







CARA JIN MASUK KEDALAM TUBUH MANUSIA DAN LOKASI IA BERADA

Jin adalah makhluk berwujud udara sedangkan manusia memeliki lubang bulu roma,oleh kerana itu dia dapat masuk kedalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.Dalil al quran yang menunjukkan bahawa makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah SWT
"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala " Ar Rahman 15
Dalam hal ini Ibnu Abbas berkata,iaitu dari hujung nyalaan api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.Ketika jin masuk kedalam tubuh manusia,makhluk jin langsung menuju ke otak,melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit gangguan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada didalam otaknya.Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin,bahawa jin itu memberitahukannya bahawa mereka berada di otak manusia.

Rabu, 27 Mei 2009



KISAH RASUKAN JIN SERIGALA BERANTAI

Video diatas nie saya ambil dari youtube dimana muallij sinar zamdurranie iatu Utz Sharahan sedang merawat pesakitnya.Teknik yang digunakan beliau ialah teknik picit jari kaki dan pecahkan tapak-tapak jin menggunakan ayat pemecah afahasibtum dan lauanzalna.






CARA UNTUK MENGETAHUI HADIRNYA JIN PADA PESAKIT YANG SEDANG DIRUQYAH

1)Pesakit tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau juga matanya berkedip dengan pantas.

2)Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.

3)Meronta-ronta dengan kuat.

4)Memekik dan menjerit.

5)Menyebutkan namanya.

6)Sakit ketika dipicit point-point badan tertentu seperti belikat,pinggang,perut,dada,pelipat lutut dan jari manis kaki.






CARA TUKANG SIHIR MENGHADIRKAN JIN

1) Bersumpah atas nama jin atau syaitan.

2) Menyembelih binatang.

3) Melakukan kemaksiatan pada diri sendiri.

4) Menulis ayat Al Quran dengan menggunakan najis.

5) Menulis ayat Al Quran secara terbalik atau songsang.

6) Melakukan penyembahan terhadap bintang.

7) Menggunakan tapak tangan budak kecil.

8) Menggunakan sesuatu yang telah dipakai seseorang.

Selasa, 26 Mei 2009






SIHIR PELALAU PEROSAK HUBUNGAN

Bersama Dato Dr Amran Kasimin

SOALAN:
Sama seperti perempuan lain, saya ingin berkahwin, tetapi dihalang oleh keluarga dan macam-macam masalah. Seingat saya, lebih 10 orang yang datang meminang. Apabila saya terima pinangan, keluarga membantah, ataupun bantahan daripada pihak lelaki yang tidak setuju.

Umur saya meningkat 30 tahun dan keluarga saya menyatakan jodoh saya berat, mungkin saya disihir. Hingga sekarang ini saya menghadapi masalah mimpi dengan seorang lelaki, kawan sama sekolah dahulu. Kami hanya berkawan biasa tidak bercinta pun. Selalu terganggu di waktu tidur. Saya selalu terhidu bau busuk, bau rumput terbakar dan kadang-kadang bau wangi yang tidak ada puncanya yang dapat dipastikan. Adakah saya terkena sihir? IZNORA, Ampang

JAWAPAN:
Pertanyaan dan permasalahan yang saudari kemukakan adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Walaupun demikian segala pengalaman dan masalah seperti yang saudari jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar boleh berlaku.

Banyak punca menyebabkan seseorang itu, sama ada lelaki atau perempuan tidak menemui jodoh, sehingga mencecah umur yang membimbangkan, yang mempunyai punca yang berbeza. Merujuk kepada permasalahan yang dikemukakan, seperti yang dijelaskan dalam surat panjang saudari, saya lebih berkecenderungan untuk mengatakan bahawa saudari menghadapi masalah yang diistilah sebagai ``pelalau.''

Pelalau adalah salah satu cabang amalan sihir yang terkutuk menurut pandangan Islam. Ia merupakan salah satu dosa besar yang membinasakan. Sihir yang dimaksudkan di sini ialah amalan yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin sama ada jin yang dibela, dibuat sahabat untuk tujuan-tujuan tertentu, yang pada kebiasaannya dilakukan untuk menyakiti orang lain, sebab-sebab tertentu seperti membalas dendam, hasad dengki, cemburu, permusuhan yang berlaku sejak begitu lama, untuk membinasakan orang lain dan sebagainya. Terdapat banyak jenis sihir, di antaranya dan yang paling banyak berlaku ialah sihir untuk memisahkan suami isteri yang juga dikenali sihir pembenci, sihir pengasih, yang diistilahkan juga ilmu guna-guna, pukau, santau, pelalau dan sebagainya.

Sihir pelalau dilakukan atau dikenakan ke atas seseorang dengan tujuan di antaranya untuk mengunci nafsu manusia, tidak kira sama ada nafsu lelaki ataupun perempuan, daripada keinginan berkahwin. Pada kebiasaannya, tabiat orang yang berkenaan (mangsa) akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, sentiasa dalam keadaan murung, menyendiri dan sering kali melarikan diri apabila persoalan pernikahan atau perkahwinan dan hal-hal lain berkaitan cinta itu ditimbulkan oleh keluarga atau teman-teman.

Selain daripada pelalau yang menyebabkan nafsu kahwin seseorang itu tertutup, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan, usaha-usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu terbantut. Sebagai contoh, sekiranya seorang perempuan yang terkena sihir jenis ini bersetuju mengahwini seseorang, setelah beberapa lama berkenalan, bercinta dan sebagainya, pasangannya mungkin akan menolak, begitulah sebaliknya. Pasangan ini mungkin telah bertunang beberapa tahun, tetapi pada saat-saat terakhir si perempuan menolak, enggan berkahwin dengan tunangnya yang pada asalnya lelaki itu amat dicintai dan tidak ada masalah dan sebab-sebab yang jelas dapat diterima akal. Ada juga perempuan yang melarikan diri di saat akhir setelah semua persiapan lengkap diatur.

Anak yang waras tidak akan berbuat demikian, kerana perbuatan seperti ini selain memberi aib kepada ibu bapanya, juga kaum keluarga. Biarpun perbuatan tersebut seumpama mustahil boleh terjadi, tetapi ia pernah berlaku dalam masyarakat kita lantaran sihir. Bakal pengantin perempuan melarikan diri dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri dan seluruh perasaan, badannya seumpama ditarik-tarik keluar rumah pada waktu malam. Pada telinganya dibisikkan, atau seumpama terdengar bisikan supaya melarikan diri. Halangan untuk menyatukan pasangan ini mungkin tidak tercetus daripada pasangan itu, tetapi mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa, ataupun salah seorang daripadanya. Biarpun pasangan ini telah bersetuju untuk berkahwin, tetapi si ibu membantah tanpa sebab yang jelas.

Si ibu mungkin mengancam akan membunuh diri sekiranya anak perempuannya tetap berkahwin dengan lelaki pasangannya, mengancam akan keluar lari dari rumah, tidak menghalalkan makan, minum ataupun tidak mengaku anak buat selama-lamanya dunia akhirat. Ada banyak kes yang saya temui seperti yang saudari alami. Seorang responden berumur hampir 30 tahun, tinggal di Kuala Lumpur, telah dipinang tidak kurang daripada 15 orang lelaki, tetapi kesemuanya berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja halangan terjadi.

Pernah satu ketika, satu rombongan yang datang lengkap dengan hantaran, kerana kedua-dua pihak bersetuju. Setelah rombongan tersebut masuk ke dalam rumah perempuan, tiba-tiba si perempuan dalam keadaan tidak dapat mengawal diri telah memarahi rombongan ini, sambil menjerit-jerit, akhirnya mereka balik dengan hampa. Pada hal ketika itu si perempuan siap sedia dengan pakaian dan perhiasan untuk menerima peminangan itu. Apa yang berlaku di luar kawalan, mula-mula si perempuan mendengar suara seperti desiran angin datang dari jauh, kemudian dia mendengar suara loceng berbalam-balam. Badannya berasa sejuk, bermula dari hujung jari-jari, lalu dirasakan dunia sedikit demi sedikit menjadi gelap. Ketika itu dia melihat wajah rombongan yang masuk ke ruang tamu seumpama lembaga yang menakutkan, lalu dia menjerit, tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian lain, setelah pihak lelaki dipersetujui untuk datang meminang, pada malam harinya, iaitu hari sebelum rombongan itu datang, si perempuan ini bermimpi yang dia akan didatangi oleh rombongan untuk meminangnya. Dalam mimpi itu dijelaskan bahawa rombongan itu akan gagal, sama seperti rombongan-rombongan lain, yang pernah meminangnya. Gambaran mimpi yang dialaminya benar-benar berlaku, di mana rombongan tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya. Ketika berada di Shah Alam, hujan turun dengan lebatnya berserta petir, akhirnya rombongan itu balik hampa. Tidak jelas sama ada apa yang berlaku itu hanya secara kebetulan, ataupun ada kaitannya dengan mimpi yang dialami. Apa yang nyata peminangan itu gagal. Tidak mudah untuk menyatakan bahawa kegagalan seseorang itu untuk menemui jodohnya itu berpunca daripada pelalau yang dijelaskan di sini ataupun sebab-sebab biasa yang bukan berpunca daripada perbuatan sihir.

Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya kegagalan untuk mendapat jodoh itu berpunca daripada sihir, seperti yang dijelaskan, orang yang terlibat, sama ada si perempuan atau kedua-dua ibu bapanya akan mengalami tanda-tanda berlakunya sihir, sama ada tanda tersebut berlaku sebahagian daripadanya ataupun terjadi secara menyeluruh. Syeikh Wahid Abdul Salam Bali membahagikan tanda-tanda seseorang itu terkena sihir kepada dua iaitu tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika dalam keadaan jaga. Gangguan tidur sering berlaku ketika seseorang itu baru hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda-benda tajam, dilanggar kenderaan, menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan, yang biasanya berwarna hitam dan sebagainya. Gangguan yang menakutkan ini datang lagi sebaik-baik seseorang itu menyambung tidurnya. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang untuk menyambung tidur.

Mereka yang menghadapi masalah seperti ini sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselam dalam air dan tercungap-cungap sukar bernafas. Mimpi melihat binatang yang menakutkan, seperti ular, kucing besar, anjing ataupun harimau. Makhluk itu kadang-kadang datang menghambat atau menggigit. Bermimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan atau berada di kubur bersendirian, melihat dirinya sedang dikapankan dan ditanam dalam tanah, melihat mayat atau berjumpa dengan orang yang meninggal dunia.

Terasa seolah-olah berada di awang-awang, di tempat tinggi, di gunung ataupun di hutan lalu jatuh ke bumi. Bermimpi menangis ketika sedang tidur, lalu menjerit atau merengek, seolah-olah sedang sakit. Orang berkenaan tidak menyedari dia menangis, tetapi tangisannya dapat didengari oleh orang lain. Ketika terjaga dia menyedari yang dirinya benar-benar menangis, mengeluarkan air mata. Terasa seolah-olah digigit oleh sesuatu, di hujung jari tangan atau kaki atau pada bahagian badan. Bekas lebam biru dapat dilihat di celah paha atau betis. Terasa bisa, lenguh pada bahagian berkenaan.

Berlaku juga kejadian ganjil, seperti terdengar bunyi suis lampu dibuka, paip, suara, pintu, atau tingkap dibuka dan ditutup, suara orang berlari atau naik tangga dan sebagainya. Lampu rumah kadang-kadang menyala sendiri, paip mengeluarkan air kemudian tertutup. Terlihat kepulan asap dalam rumah seolah-olah ada benda yang terbakar. Terbau bauan yang tiada punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini selalunya dapat dihidu hanya orang tertentu iaitu orang yang terlibat atau oleh semua mereka yang berada di tempat berkenaan. Rasa putus asa hidup. Timbul rasa gelisah, gembira bersangatan dan sedih saling berganti tanpa sebab yang jelas. Ada ketikanya timbul dorongan untuk membunuh diri, terutamanya ketika berada di bangunan tinggi.

Didatangi binatang dalam rumah seperti ular, lipan, kala jengking, ulat bulu, belalang atau jengkerik, langau, kupu-kupu besar kelihatan bertaburan di ruang tamu, dalam bilik atau tempat lain tanpa dapat dikesan punca dari mana binatang itu datang bukan setakat dalam rumah malah di luar seperti dalam perjalanan balik kampung atau sebagainya, seolah-olah diekori oleh binatang yang sama. Hakikatnya, tanda-tanda sihir itu banyak, yang tidak kesemuanya berlaku kepada diri seseorang yang terlibat. Dalam keadaan tertentu tanda-tanda tersebut berbeza, bergantung kepada jenis sihir yang berlaku. Berdasarkan simptom-simptom di atas, juga lain-lain simptom yang tidak dijelaskan, seseorang itu dapat membezakan sama ada kejadian yang berlaku kepada dirinya itu seperti kesukaran untuk mendapatkan jodoh itu berlaku kerana sebab-sebab biasa ataupun akibat perbuatan sihir.

Rabu, 20 Mei 2009










KAEDAH MEMUSNAHKAN TAPAK JIN SAKA PADA BADAN

1) Sila tuang 4 sudu cuka makan pada mangkuk dan campurkan 1 sudu garam halus dan gaul hingga garam tadi cair bersama cuka.

2) Bacakan fatehah 1x dan al mukminun 115-118 21x lalu tiup 10 saat pada larutan cuka dan garam tadi.

3) Sila sapu pada kawasan tengkuk 3x sehari dengan larutan cuka yang sudah dibacakan ruqyah tadi.

InsyaAllah sembuh..

Jumaat, 15 Mei 2009








HANYA NABI SULAIMAN AS SAHAJA YANG MAMPU MENGUASAI & MEMERINTAH JIN DIDUNIA INI

Pernah berlaku suatu masa dahulu, ada syaitan yang mengganggu Rasulullah SAW ketika solat lalu Rasulullah SAW menangkapnya dan terlintas nabi untuk menambat makhluk tersebut di salah satu tiang masjid, sehingga dapat dilihat dan dipermainkan oleh kanak-kanak Madinah.

Namun niat itu dibatalkan kerana katanya, Rasulullah teringat kepada sepotong ayat Al-Quran, yang merujuk kepada Nabi Sulaiman AS yang telah pun memohon kepada Allah untuk memberinya kuasa luar biasa dan kuasa memiliki semua jenis makhluk halus, angin dan awan yang tidak boleh ditiru atau dimiliki oleh mana-mana manusia selepasnya dan sehingga ini.

Surah SAD 35-40..

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (35) Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (36) Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (37) Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. (38) (Serta Kami katakan kepadanya): Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka) atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu). (39) Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak)(40)






KAEDAH YANG BETUL MANDIKAN AIS KEPADA PESAKIT GANGGUAN JIN

1) Kedah mandian ais yang saya jalankan selalunya saya akan suruh pesakit sendiri mandi dirumah masing-masing.Bahan-bahannya ialah 1/2 baldi air paip dicampur secawan air ruqyah,sekilo ais dan perahan 3 biji limau nipis.

2) Bagi pesakit yang kritikal dan gangguan jin yang sangat kuat,anda perlu dimandikan oleh rakan atau ahli keluarga anda,ini kerana dikhuatiri pengsan semasa proses tersebut.Bagi pesakit yang tidak kritikal,anda boleh lakukannya sendiri.

3) Bagi kes gangguan yang kuat,selalunya pesakit akan menangis,meronta dan memarahi sesiapa yang sedang memandikannya.Si tukang jirus perlu tabah dan teruskan proses mandian ais walaupun anda cuba dihalang oleh pesakit.

4) Pastikan ais telah cair barulah boleh dimulakan mandian ais.

5) Lakukan mandian pada waktu asar keatas.

6) Jirus air sedikit demi sedikit pada ubun-ubun pesakit,lagi lama proses jirusan air ais tersebut,maka makin terseksa jin pengganggu dalam badan tersebut.Dilarang melakukan mandian ais dengan cepat dan terburu-buru.

7) Selepas tamat mandian ais,pesakit dilarang mengelap badan dengan tuala,biarkan saki baki air pada badan kering dengan sendirinya.

8) Jika pesakit merasa kesejukan semasa mandian ais,bermakna gangguan jin dalam badan tu sudah berkurangan.

9) Jika sebaliknya,dimana pesakit kepanasan pada bahagian tertentu semasa mandian ais,bermakna masih ada lagi saki baki gangguan jin pada badan anda.Teruskan mandian ais selama 7 hari berturut-turut.

Khamis, 14 Mei 2009











MENGAPA PESAKIT PENGSAN SEMASA DIRUQYAH ?


Mengikut pengalaman saya yang lepas-lepas,pesakit adakalanya pengsan semasa ruqyah dibacakan oleh perawat,ini kerana jin pengganggu dalam badan pesakit akan "mengelat" ataupun pura-pura pengsan dan menyorok di otot belikat iaitu dihujung tulang kipas pada bahagian belakang pesakit.Jadi,jika anda mendapati pesakit anda pengsan semasa diruqyah,bangunkan pesakit dalam keadaan duduk melunjur lalu bacakan qursy ulang-ulang sambil tekan kuat-kuat point yang saya tandakan seperti rajah diatas dengan jari telunjuk.InsyaAllah dalam masa 2 minit,jin dalam badan pesakit akan sedar dan mula berdialog dengan anda.






MEMULIHKAN RESTORAN YANG DISELUBUNGI ILMU HITAM

Petang tadi 5pm saya berkesempatan untuk memulihkan sebuah restoran yang bermasalah di Sri Rampai KL.Restoran nie baru sahaja beroperasi,dan ada 2-3 pengunjung mengatakan restoran nie gelap seolah tutup/tidak beroperasi.Walhal restoran ini beroperasi setiap hari tetapi jumlah kunjungan pelanggan amat-amat tidak memberangsangkan.

Seperti biasa,saya mulakan rawatan dengan duduk ditengah restoran,mambacakan ayat ruqyah dengan kuat dimulai al fatehah...bila sampai bacaan surah al baqarah,salah seorang ahli keluarga pemilik restoran yang duduk berhampiran saya kerasukan,dan mengugut supaya saya untuk tidak meneruskan bacaaan...Saya tidak menghiraukan pesakit yang kerasukan dan saya teruskan bacaan saya sehingga tamat dan disudahi dengan khutbah jin dan azan 1x.

Setelah tamat,barulah saya menghampiri pesakit,jin dalam pesakit agak ketakutan dan berkata dia dihantar oleh Restoran Ma**k yang berhampiran bertujuan untuk memusnahkan perniagaan mereka.Jin tu berkata "saya nak keluar!! saya nak keluar!!

Lalu saya azan 1x pada telinga pesakit dengan kuat,jin tu pun keluar dan pesakit pun rebah kepenatan dan sedar semula 10min kemudian.Dalam masa yang sama,tiba bapa pemilik restoran tersebut pula terasa pening kepala yang amat sangat,lalu saya bacakan ayat mutaqa'at "kaffff ha ya ainnnn sodddd" 7x dengan dan meniup ubun-ubunnya..lalu beliau sembuh dengan izinNya dan kurang sikit peningnya...

Selepas memulihkan 2 pesakit,saya terus spray rata-rata seluruh dalam kawasan restoran dengan air garam yang telah dibacakan ruqyah,sepanjang proses spray tersebut didapati bulu roma badan saya meremang petanda memang ada jin berhampiran.Setelah selesai,lalu saya pagar rumah dengan spray 4 penjuru rumah dengan membaca qursy ulang-ulang.Saya juga memberikan CD RUQYAH untuk dipasang dalam restoran selama 24 jam tanpa henti supaya makhluk halus dalam kawasan tersebut keluar semua sekali.

Kesimpulannya,jika kedai atau premis perniagaan anda merosot dengan tiba-tiba atau kekurangan pengunjung,segeralah berjumpa perawat islam untuk proses memulihkannya.Ini kerana adat berniaga,kita akan sering terdedah dengan hasad dengki/sihir dari manusia sekeliling terutama pesaing terdekat kita.

Rabu, 13 Mei 2009








QARIN SESATKAN MANUSIA

Qarin ialah perkataan Arab yang bermaksud teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:

"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara, Al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhu ‘I Amin dan Ruhu I' Qudus. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam Peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan man. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya:

"Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya.

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyu­ruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Iblis menggoda dan menipu manusia

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanah air yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Pada hal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.

Begitu juga halnya ketika manusia hendak berji­had ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut­ nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mere­ka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikah­wini oleh orang lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi­ bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka-ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuanan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan sym­tan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud:

"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwav­atkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa A.S dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran: 36 yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi R.A (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya:

"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya."

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

Oleh:Dato Ustaz Haron Din

Isnin, 11 Mei 2009



TANGKAL TAK KEBAL

Dipetik dari HARIAN METRO


SUNGAI BULOH: Kekebalan lima anggota Geng Ipol, yang gemar memakai tangkal berbentuk gulungan kertas ketika melakukan jenayah, tumpas, petang semalam.

Penjenayah warga Indonesia terbabit yang menjadikan puncak Bukit Lagong, Kampung Bahagia, dekat sini, sebagai markas, mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, mereka yang disyaki terbabit dengan 20 kes samun dan pecah rumah bersenjata di Selangor dan Perak melepaskan tembakan sebaik diarahkan menyerah diri dan mengetahui markas yang terletak dua kilometer dari Hospital Sungai Buloh itu dikepung polis.

Ketua kumpulan itu yang dikenali Ipol dipercayai cuba melarikan diri ke belukar berhampiran berdasarkan penemuan mayatnya yang agak jauh dari markas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sejurus menerima maklumat orang awam, sepasukan anggota dari bahagian itu bertindak mengepung pondok kecil terbabit di puncak bukit setinggi kira-kira 300 meter.

“Ingkar dengan arahan dikeluarkan polis, seorang daripada ahli kumpulan itu melepaskan tembakan ke arah anggota kami.

“Bagi mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan tembakan balas sebelum penjenayah terbabit panik dan berpecah,” katanya.

Menurutnya, ketua kumpulan itu dipercayai cuba meloloskan diri ke belakang markas, namun gagal dan dapat ditumpaskan tidak jauh dari lokasi diserbu.

Berikutan tumpasnya kumpulan ini, katanya, polis berjaya menyelesaikan 20 kes samun dan pecah rumah membabitkan geng berkenaan sekitar Sepang, Gombak, Kajang dan Kuala Selangor dan Setiawan, Perak.

Beliau berkata, polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver .22 berserta beberapa butir peluru selain beberapa parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan kegiatan jenayah mereka.

“Anggota Geng Ipol berusia 25 hingga 40 tahun itu bergiat aktif sejak enam bulan lalu dengan menjadikan pondok kecil di puncak bukit itu sebagai markas persembunyian sementara dan perancangan jenayah.

“Mereka mensasarkan rumah berpenghuni pada awal pagi selain berhampiran hutan bagi mengelak dicekup mahupun dikesan dengan mudah,” katanya.

Selepas menawan rumah mangsa, geng itu akan mengikat kaki dan tangan penghuni.

Mulut mangsa turut disumbat kain dan kepala ditutup dengan selimut bagi mengelakkan wajah mereka dicam sebelum melarikan barangan berharga.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati bangsal yang dijadikan markas kumpulan penjenayah terbabit lengkap dengan dapur.

Pelbagai barangan hasil kegiatan mereka turut ditemui seperti sejumlah wang tunai, barangan kemas pelbagai bentuk, termasuk rantai, gelang dan cincin.







TIGA KATEGORI UTAMA MIMPI

Pertama: Ahlam Yaqazah (mimpi dalam sedar) di mana orang yang bermimpi merasakan gam­baran-gambaran yang dialami dalam tidurnya itu seperti satu kenyataan yang benar-benar terjadi dalam realiti.

Mimpi begini kadang-kadang memberikan kesan ke atas fizikal manusia yang mengalaminya, seo­lah-olah berlaku transformasi.

Contohnya seperti menangis di dalam mimpi di mana transformasi berlaku hingga pemimpi benar-benar menangis dan tangisannya didengar dan dilihat oleh orang lain. Apabila tersedar orang yang bermimpi melihat curahan air mata mengalir dan membasahi ban­talnya.

Contoh yang lain ialah orang yang bermimpi merasakan berada di satu tempat yang panas atau tercampak ke dalam api. Apabila dia terjaga dida­pati badannya mencurah-curah dibasahi peluh.

Semua mimpi jenis ini menggambarkan seolah-­olah alam mimpi itu benar-benar wujud dan bukan lagi sekadar mimpi.Inilah yang dinamakan yaqazah atau sedar.

Kedua: Rukya atau disebut juga Mubassyirat yang dirujuk pada hadis Rasulullah S.A.W. yang antara lain bermaksud:"Tidak akan tinggal daripada wahyu kenabian
melainkan sekadar Al Mubassyirat."Sahabat bertanya, "Apa dia Al Mubassyirat itu wahai Rasulullah? "Rasulullah menjawab,"Al Mubassyirat itu ialah mimpi yang benar (Al Rukya Al Sadiqah)"

Hadis ini jelas membuktikan kewujudan mimpi yang memberikan erti atau hidayah pada manu­sia.

Mimpi benar pula mempunyai banyak kategori dan yang paling mulia ialah mimpi menemui Rasulullah.

Bagaimanapun mimpi bertemu Rasulullah ini pun masih ada yang perlu dijelaskan kerana bukan semua orang bermimpi bertemu Rasulullah itu boleh ditafsir sebagai benar melainkan seki­ranya memenuhi kriteria tertentu.

Setengah orang ambil mudah mimpi tersebut seolah-olah asal sahaja bermimpi jumpa Rasulullah maka benarlah mimpi itu walaupun yang ditemui dalam mimpi itu lain gambaran dari sifat-sifat Rasulullah.Harus diingat kerana syaitan sentiasa memainkan peranan dan boleh berlakon seolah­ olah mimpi itu benar.

Mimpi bertemu Rasulullah boleh diseleweng oleh syaitan. Sebagai contoh saya sering menden­gar cerita daripada kenalan-kenalan antaranya, ada seorang manusia biasa memberitahu, beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah ketika sedang tidur sewaktu berburu di hutan dimana lelaki bercawat mengaku nabi.

Dia tertidur ketika tiba di satu tempat di mana ,dalam mimpinya dia melihat seorang seorang lela­ki berkulit sawo matang yang hanya bercawat (tanpa baju) muncul di hadapannya sambil memegang sumpit. Lelaki bercawat itu dilihatnya sedang menyumpit monyet yang bergayut di dahan pokok. Apabila dia menghampiri lelaki bercawat itu, dia dimarahi oleh lelaki itu yang menegurnya tanpa memberikan salam.

Teman saya bertanya, "Siapakah engkau?" Lelaki bercawat itu menjawab dengan penuh bongkak, "Aku nabi kamu. Nabi Muhammad nabi akhir zaman."

Teman saya merasa amat terperanjat dan ter­tanya-tanya pada diri sendiri apakah benar lelaki bercawat itu adalah Rasulullah. Apakah benar mimpinya itu?

Sebelum dianalisis akan mimpi ini elok rasanya kalau kita teliti dahulu mimpi kedua yang diceri­takan oleh seorang teman saya yang lain. Menurut teman ini, dalam satu mimpinya keti­ka dia sedang dalam perjalanan dengan kereta untuk mencari seorang sahabatnya di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya.

Setelah lama tercari-cari jalan, kemudian lalu tersesat jalan, beliau bertemu dengan seorang lelaki sedang mencuci keretanya di hadapan sebuah rumah yang besar lagi mewah.

Lelaki itu memakai seluar pendek di atas paras lutut tanpa baju dan kasut. Apabila teman saya berhenti dan berjalan mendekatinya lalu bertanya mengenai arah jalan ke rumah yang dicarinya, lelaki itu memarahinya sambil menyemburkan air. Teman saya merasa bersalah lalu memohon maaf lalu bertanya cara menyapa yang betul. Lelaki itu menjawab dengan angkuh, "Sapalah dengan berkata, "Assalamualaikum ya Rasulullah."

Mendengarkan kata-kata itu, teman saya bertanya, "Adakah yang sedang mencuci kereta sport ini adalah Rasulullah?"

Lelaki itu menjawab, "Ya... akulah Rasulullah." Setelah itu muncul seorang wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam memanggil lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Teman saya terjaga dari tidur dan tertanya­tanya, "Benarkah lelaki itu Rasulullah dan wanita itu Aishah?"

Sukalah diterangkan sebagai insan kerdil yang tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit dari­pada sekian banyak saya jawab kepada teman­ teman saya tentang mimpi mereka dengan kata­-kata 'wallahualam' (Allah sahaja Maha Mengetahui).

Setelah didesak oleh teman-teman yang mahukan penerangan mengenai mimpi-mimpi mereka itu, dengan berpandukan hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang bermimpi menemui daku dalam mimpinya maka sebenar-benarnya dia bertemu daku kerana syaitan tidak boleh menyerupai daku."

Terjemahan hadis ini menggambarkan seolah­ olah ketiga-tiga mimpi teman-teman saya tadi benar-benar bertemu Rasulullah. Bagaimanapun perkataan 'yatamaththala' yang diterjemah secara lateral itu bermakna 'tidak boleh menyerupai'. Tetapi saya melihatnya bermakna sebagai 'tidak boleh dilakonkan realiti kerasulan dan sifat-sifat Muhammad'.

Menggambarkan perilaku yang bongkak.

Tentunya syaitan tidak berupaya untuk muncul dalam suasana kerasulan Muhammad kecuali den­gan dakwaan sikap yang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang rasul.

Contohnya, lelaki yang memegang sumpit den­gan kulit sawo matang apatah lagi bercawat sahaja lebih cenderung sebagai Orang Asli. Latar belakang hutan, monyet dan kekasaran sikapnya jelas dia bukan rasul kecuali mendakwanya den­gan kata-kata cuma.

Begitu juga mimpi kedua dengan rumah mewah, seluar pendek dan isteri yang herpakainn seksi. tidak bercirikan seorang rasul. Adalah mustahil Rasulullah muncul dalam keadaan dan suasana yang meragukan, terutama latar kehidupannya apatah lagi fakta mimpi ­mimpi itu yang menggambarkan perilaku yang bongkak, kasar dan sukakan kemewahan.

Oleh :Dato Ustaz Harun Din

Jumaat, 8 Mei 2009








MIMPI DAN REALITI KEHIDUPAN

Oleh Dato Dr Haron Din

MIMPI adalah peristiwa yang diala­mi oleh setiap manusia. Malah mimpi juga sering dikaitkan sebagai turut berlaku dalam alam hai­wan.

Setiap manusia inginkan mimpi yang balk dan penuh dengan keindahan dan seterusnya menikmati keseronokan daripada mimpi-mimpi mereka. Pada masa yang sama dengan segala kebimban­gan manusia menyimpan harapan agar diri mereka dijauhkan daripada mimpi yang buruk.

Bagaimanapun manusia bukanlah makhluk istimewa yang mempunyai keupayaan untuk menentukan bentuk mimpi mereka mengikut citarasa sendiri. Ketidakupayaan itu juga membu­atkan manusia tidak mampu menghindarkan kesan mimpi yang buruk daripada menimpa diri mereka. Malah manusia ada kalanya akan mengalami kesinambungan mimpi berulang kali dan mimpi itu pula amat mengerikan.

Proses mengalami mimpi buruk ini juga ada kalanya meninggalkan kesan yang ketara pada emosi dan fikiran mereka. Ada yang merasa takut untuk tidur kerana bimbangkan mimpi buruk.

Haruslah disedari bahawa mimpi bukanlah perkara yang sentiasa memberikan petanda atau alamat terhadap sesuatu yang akan, sedang atau telah berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa keadaan yang tertentu fungsi mimpi beru­paya menjadi pemberi khabar tentang apa yang berlaku berkaitan dengan realiti hidup sebenar.

Para cendekiawan termasuk ulama-ulama Islam pernah mencuba untuk memberikan tafsiran (tak­ menulis analisis yang bersifat akademik mengenai mimpi. Dalam Islam sendiri AI Imam Fakrul Razzi juga menyiapkan sebuah karangan bertajuk Tafsir Al Alum yang bermakna'Tafsir Mimpi'.

Melalui Al-Quran sendiri misalnya, Allah S.W.T. memaparkan beberapa kisah yang berkaitan den­gan mimpi yang pernah berlaku ke atas rasul, rasulnya.

Misalnya mimpi Nabi Yusuf yang menggam­barkan kisah baginda bermimpi melihat 11 biji planet, 13 butir bulan dan bintang tunduk dan sujud di kepalanya.

Apabila mimpi itu diceritakan baginda kepada ayahandanya, Nabi Yaakob, maka secara spontan baginda diberitahu mengenai tafsiran yang ada di sebalik mimpi itu.
Ayahandanya yang faham akan tafsir mimpi itu melarang Nabi Yusuf menceritakan perihal tersebut kepada saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati sehingga boleh membawa kepada perbuatan-perbu­atan yang tidak diingini.

Gambaran ganjil

Mimpi itu jelas memberikan erti di mana pada akhirnya 11 biji planet itu menunjukkan lambang 11 saudara kandung Nabi Yusuf. Matahari serta bulan adalah lambang kedua-dua ibu bapanya yang tunduk dan menghormati baginda. Kesemua mereka mulai patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir.

Urutan daripada peristiwa itu, Al-Quran juga memaparkan kisah mimpi raja Mesir ketika Nabi Yusuf berada di penjara. Mimpi tersebut cuba ditafsir oleh para penasihat istana. Tetapi ternyata mereka semua, termasuk pakar-pakar tafsir mimpi, gagal menemukan makna yang tersirat di sebalik mimpi raja Mesir itu.

Mimpi yang dialami oleh Raja Mesir dengan gambaran yang ganjil itu ialah beliau melihat tujuh tangkai gandum yang subur dan penuh isinya.

Pada masa yang sama Raja Mesir juga melihat tujuh tangkai gandum yang kering dan langsung tidak berisi. Raja Mesir juga melihat melalui mimpinya muncul tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan tujuh ekor sapi yang kurus.

Mimpi ini seolah-olah langsung tidak membawa sebarang makna untuk direnungi oleh orang biasa kerana ia wujud secara simbolik yang hanya dapat ditafsir oleh mereka yang memahami kaedah mentafsir mimpi. Setelah semua penasihat dan pakar-pakar takbir mimpi istana gagal untuk menemukan erti mimpi itu, akhirnya mereka merujuk masalah itu kepada Nabi Yusuf.

Baginda pun memberikan tafsirannya yang jelas lagi meyakinkan. Kata Nabi Yusuf, tujuh tangkai gandum yang berisi dalam mimpi itu memberi erti tujuh tahun yang penuh dengan kesuburan di Mesir. Tujuh tangkai gandum yang kering pula memberi petanda tujuh tahun berikutnya akan melanda zaman kegersangan. Tujuh tahun kegersangan itu menunjukkan tana­man tidak akan menjadi di bumi Mesir.

Tujuh ekor sapi gemuk melambangkan penghasi­Ian hasil negara yang banyak selama tujuh tahun itu dan amat perlu disimpan bagi menampung keperluan rakyat.
Simbol rakyat dilambangkan oleh tujuh ekor sapi kurus yang terus hidup dengan memakan hasil tujuh tahun kemakmuran yang dilambangkan oleh tujuh ekor sapi gemuk.

Tafsiran Nabi Yusuf amat meyakinkan Raja Mesir lalu diperintahkan rakyatnya untuk bercucuk tanam sebanyak yang mungkin dan menyimpan hasil tersebut untuk menghadapi cabaran zaman kegersangan yang bakal mereka hadapi pada tujuh tahun berikutnya.

Langkah bekerja keras menghasilkan tanaman serta tindakan berjimat cermat untuk menghadapi kegersangan ternyata menjadi realiti di mana kemarau melanda Mesir selama tujuh tahun dan makanan rakyat mencukupi kerana mereka meny­impan bekalan yang secukupnya.

Rakyat Mesir selamat daripada bencana kebulu­ran kerana apa yang ditafsir oleh Nabi Yusuf ter­hadap mimpi yang dialami oleh raja mereka memang benar-benar terjadi.
Kisah yang dipaparkan oleh Al-Quran ini ternya­ta membuktikan keupayaan Nabi Yusuf membuat tafsiran terhadap mimpi serta memberikan alamat dan petandanya dengan tepat.

Bimbingan kepada manusia

Kisah ini juga memberikan bimbingan yang murni kepada manusia agar melihat fenomena kehidupan ini sebagai anugerah Allah yang amat berharga. Allah memberikan bimbingan kepada manusia bukan sahaja ketika mereka berjaga (sedar) dan waras malah petunjuk dan hidayatnya juga disampaikan melalui mimpi ketika mereka tidur.

Sesungguhnya bagi mereka yang mahu mem­pelajari akan hakikat itu maka disedarinya akan segala kebaikan daripada petunjuk Allah.

Dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. baginda juga berkali-kah mengalami mimpi. Satu dari padanya ketika menjelangnya saat berangkat pulang dari Mekah ke Madinah, baginda bermimpi kumpulannya berjaya memasuki Mekah dengan aman dan melakukan umrah dan di kalangan para pengikutnya ada yang mencukur kepala hingga botak.

Sememangnya mimpi para rasul itu benar dan hakikat ini disebut dalam Al-Quran sebagai Rukya atau 'Arrukya Assadiqah' iaitu mimpi yang benar.

Merujuk kepada alam manusia biasa pula mimpi memang sering berlaku sama ada pada malam atau sing hari. Malah manusia juga bermimpi meskipun tidur hanya sekejap cuma untuk melepaskan keletihan bekerja di waktu tengah hari dengan ragam yang pelbagai.

Maka adalah wajar kita melihat fenomena mimpi ini melalui pengalaman hidup manusia dan ada tiga kategori mimpi yang berlaku kepada manusia.

Ahad, 3 Mei 2009



VIDEO SESI RAWATAN SEMASA SEMINAR PERUBATAN ISLAM DI MASJID SAIDINIA UTHMAN OLEH UTZ MALEK YANG BERLANGSUNG SEMALAM

Jumaat, 1 Mei 2009






KUMAN DAN VIRUS ADALAH JIN ?

Dipetik dari akrine.blogspot.com


Dalam tulisan seorang pensyarah USM baru-baru ini saya tukar tajuknya kepada "Jin bukan alam ghaib" mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas berkepadatan tinggi.

Gas adalah bahan atau jirim atau matter yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan size kerana dia adalah komposisi udara. Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara ghaib. Dua molekul Hidrogen jika digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku menjadi ais. Faktor suhu merubah bentuk air.

Teori ini juga mungkin benar bagi jin, jin boleh merubah bentuknya mengikut "faktor tertentu" dan akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah "faktor" itu diubah.

Dua orang ulamak Islam pula mengatakan bahawa kuman dan virus adalah juga jin.

Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda mengatakan bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:

والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:

Maksudnya:

“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.

Ini meyakikan saya kenapa kedapatan ulamak yang menghalusi masalah kesihatan dan rawatan meletakan bahawa rawatan secara ruqyah adalah lebih aula berbanding rawatan allopathy, homeopathy dan lain-lain rawatan yang berasaskan kepada naqli tanpa sandaran aqli.

Ada setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius dan hanya boleh dimatikan secara pancaran (unsur malaikat) seperti sinar gamma dalam teknik penyahkuman. Saya diberitahu adanya virus chikukungnya yang menyerang-balas bagi sesiapa yang cuba membantu pesakit berkenaan.

Doa saya semuga semua guru2 dan pengamal rawatan islam agar istiqomah dalam mendaulatkan rawatan sebegini. Begitu juga masyarakat tidak memandang serong dan remeh terhadap kaedah rawatan ini.