Pembaca Setia...

Selasa, 28 April 2009










MERAWAT PESAKIT GANGGUAN JIN 3 SERANGKAI

Gangguan jin 3 serangkai disini bermaksud pesakit diganggu oleh jin saka,jin silat dan juga jin sihir (patung).Pagi tadi saya didatangi oleh bererapa orang pesakit wanita dari Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan gangguan jin.Pesakit sudah lama menderita dek kerana gangguan jin bertahun-tahun lamanya dan juga sering mengunjungi pusat rawatan islam untuk kaedah tepuk.Kali ini pesakit,akan menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iah pula,pesakit saya suruh duduk melunjur dan pesakit mulai membaca istighfar 3x dan mengucap 1x.

Saya pun mulai rawatan dengan ayat pembuka ruqyah "min hamzihi wanafsihi wanafsih" dan terus memegang ubun pesakit dan membaca dengan nyaring 13 ayat ruqyah menggunakan mikrofon sehingga surah An-Nas.Pesakit mulai menggigil,lalu saya ambil sebiji lada hitam lalu menekan jari manis kaki pesakit dengan kuat selama 5 min,lalu jin pun berkata-kata menggunakan lidah pesakit...

Jin Silat: Assalamualaikum WBT,apa kau mahu !! (bersuara besar dan garang)
Saya : Waalaikumsalam jin,kenapa kau masuk badan pesakit nie ?

Jin Silat: Aku sudah lama duduk dalam badan dia semasa dia belajar Silat Gerak Ilham suatu masa dahulu !!! Aku adalah Panglima Hitam !!! (jin bersuara garang sambil membuka buah silat semasa baring)

Jin Saka : Aku kesiankan dia ....(tiba-tiba menangis dengan kuat)

Saya : Nie sapa pulak nie...kamu jin yang jaga keluarga mereka ker..?
Jin Saka : Ya,aku yang jaga mereka sedari dulu..tapi aku tak berdaya membantu..sebab budak nie dah lama sakit teruk...(jin menangis lagi)

Jin Sihir: (tiba-tiba keluar bahasa yang saya tak fahami dari mulut jin)

Saya : Jin mana pulak nie ?
Jin Sihir: (masih berbicara dengan gaya bahasanya yang langsung saya tak fahami)

Jin Saka : Tolong dia...aku kesiankan dia.... (jin menangis lagi)
Saya : Cuba kau lihat wahai jin,ada apa2 barang sihir tak ?

Jin Saka : Ada,dia gunakan patung..kemudian dia cucuk-cucuk patung tu dengan jarum..patungnya banyak..

Saya : Membacakan afa hasibtum 3x dan set ayat pembatal sihir..Wahai jin cuba kamu lihat patung tu sekali lagi ?
Jin Saka : Terbakar....tapi ada banyak lagi...

Saya : Melaungkan azan 3x dan sedarkan pesakit..Setelah sejam rawatan,saya terpaka tamatkan rawatan kerana pesakit akan menyambung kerjanya semula kerana beliau datang semasa lunch break...Pesakit saya suruh minum dan mandi ais 7 hari berturut-turut..dan wajib jalani rawatan susulan lagi..

Isnin, 27 April 2009







PUKAU BERDARAH

Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Sebelum ini mangsa pukau hanya berdepan tekanan perasaan apabila wang dan barang berharga dilarikan tanpa sedar, tetapi kini mereka turut berdepan risiko ‘mati mengejut.’

Ini terbukti apabila tujuh daripada lapan wanita yang menjadi mangsa pukau serentak di Kota Damansara di sini, baru-baru ini mengalami muntah puluhan kali, dengan seorang daripada mereka menerima kesan paling teruk apabila memuntahkan darah.

Kejadian itu membabitkan kehilangan wang tunai dan barang kemas, mengakibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

Mangsa penangan ‘pukau berdarah’ itu, Saniah Yusof , 43, berkata dia umpama berdepan maut apabila secara tiba-tiba muntah darah selepas dipukau seorang wanita sehingga kerugian kira-kira RM12,000.

Katanya, dia kehilangan kad pengenalan, lesen memandu, wang tunai RM300, dua rantai emas, satu gelang emas, empat bentuk cincin emas dan telefon bimbit.

“Saya terkilan kerana rantai leher saya yang dicuri itu saya pakai dan tidak pernah saya lucut sejak 30 tahun lalu. Lebih menyakitkan, apabila pulang ke rumah, saya berdepan penyeksaan apabila muntah secara tiba-tiba.

“Kalau sekali dua tidak mengapa. Ini puluhan kali sehinggalah saya berubat dan diberi minum air penawar. Selepas itu, muntah saya bertukar menjadi darah, daripada cair kepada berketul-ketul,” katanya.

Saniah berkata, ketika muntah darah itu, dia berasa sukar bernafas dan khayal manakala bulu roma pula tegak dengan sendirinya.

“Saya hairan mengapa saya jadi begitu. Apa yang saya tahu jika kena pukau, mangsa kebiasaannya khayal, tetapi saya bukan setakat khayal, tetapi muntah dan akhirnya muntah darah.

“Apabila sudah berulang kali muntah darah, barulah saya tidak lagi muntah dan sedar kembali,” katanya.

Menurut Saniah, dia juga hairan dengan keadaan enam lagi rakannya kerana mereka turut muntah selepas dia muntah.

“Secara tiba-tiba selepas saya muntah, ia berjangkit kepada rakan yang lain. Seorang demi seorang muntah.

“Seperti saya, mereka juga muntah puluhan kali. Bagaimanapun, tiada yang muntah darah seperti saya selepas berubat. Cuma, ada yang meracau, menjerit-jerit dan menunjukkan gaya seperti ular sedang melingkar,” katanya.

Menurut Saniah, berdasarkan pemerhatiannya dan turut dipersetujui rakannya yang lain, semua mangsa yang muntah sebelum ini bercakap dengan si pemukau.

“Seorang daripada kami tidak bercakap dengan wanita itu dan dia tidak muntah. Saya yang paling banyak bercakap dengan wanita itu menerima kesan lebih dahsyat apabila muntah darah.

“Mungkin dia memukau dengan cara menghembus kerana kami nampak dia beberapa kali menghembus sesuatu,” katanya yang membuat laporan polis bersama mangsa lain.

Dalam pada itu, anak Saniah, Sazalina Abd Malek, 19, mengakui masih lemah kerana muntah puluhan kali.

“Selepas ibu muntah, saya pula muntah. Dari pagi sehingga tengah malam saya tidak berhenti muntah sehingga badan menjadi lemah.

“Perasaan khayal saya juga berpanjangan dan hanya beransur pulih selepas berubat,” katanya.

Bagi Sayani Isa, 39, dia bukan setakat muntah, tetapi turut tidak sedarkan diri ketika berubat.

“Mangsa lain yang turut sama berubat beritahu saya meracau dan menjerit sehingga terpaksa dipegang kaki dan tangan. Paling menakutkan mereka beritahu saya melingkar seperti ular.

“Ketika itu memang saya tidak sedarkan diri. Apabila sudah sedar kepala dan badan sakit,” katanya.

Sayani berkata, pengalaman dipukau itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.

“Tak sangka pula ada pukau seperti itu. Saya sangka pukau hanya buat mangsanya khayal, tetapi tidaklah seksa sampai muntah dan dirasuk,” katanya.

NOTA : Nasihat saya supaya pesakit dapat menghentikan muntah darah tersebut,mereka perlu minum 3 biji kelapa muda untuk 3x sehari.Kelapa muda itu perlu dibacakan ayat pembatal sihir iaitu fatehah 1x,qursy 3x,al a`raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thoha 69 7,bismillah 5 7x dan 3 qul 3x lalu tiup 10 saat pada air kelapa itu,insyaAllah sembuh.

Jumaat, 24 April 2009

video

JIN SIHIR MENULIS

Pagi tadi saya ke Balakong merawat seorang cikgu wanita yang telah bertahun-tahun sakit kerana gangguan jin.Mata dan telinga kanan beliau teruk terjejas angkara jin yang telah lama bertapak disitu.

Saya memulakan rawatan dengan menyediakan air mandian ais dan perahan limau terlebih dahulu dengan membacakan ayat ruqyah syar'iyah sambil meletakkan jari dalam air tersebut.Kemudian saya membaca ruqyah lagi sambil azan serta spray rata-rata kawasan dalam rumah dengan air garam dan diakhiri dengan menyembur 4 penjuru rumah sambil membaca qursy ulang-ulang untuk proses memagar rumah.

Akhir sekali barulah saya merawat pesakit sambil menyuruh pesakit duduk melunjur kearah kiblat.Pesakit istighfar 3x dan mengucap 1x lalu memejamkan mata.Saya membaca ayat-ayat ruqyah dengan kuat ditepi telinga pesakit,selepas 10min pesakit kerasukan dan menggigil.

Saya : Kenapa kamu ganggu pesakit ?
Jin : Menggelengkan kepala dan diam.....

Saya : Kalau kamu tidak bekerjasama aku akan seksa kamu dengan lada hitam nie..
Jin : Masih mendiamkan diri...

Saya : Lalu saya mengambil sebiji lada hitam dan menekan kuat jari kaki pesakit..
Jin : Aduhhhh sakit!!!!

Saya : Kamu tahu cakap sakit tapi kamu masih enggan bekerjasama bila saya ajak berdialog..
Jin : Masih mendiamkan diri....

Saya : Aku bagi kamu kertas dan pensel,bila aku tanya kamu tulis tau..kamu nie islam ?
Jin : Jin menulis "ya"

Saya : Kamu jin sesat atau jin makan upah ?
Jin : Jin menulis "upah"

Saya : Sapa yang upah kamu ?
Jin : Jin menulis "S***ful"

Saya : Apsal kamu ganggu pesakit ?
Jin : Jin menulis "aku terpaksa masuk sbb "s**ful jahat.."

Saya : Kamu jangan asyik nak menfitnah orang sahaja !!! lalu saya memicit kuat kaki pesakit...
Jin : Jin tidak lagi menulis lalu terus berkata-kata "aku kesian pada pesakit tapi aku terpaksa kerana s**ful paksa dan beri aku upah,dia janji nak bawa aku gi jalan-jalan"

Dipendekkan cerita,saya menepuk-nepuk belakang pesakit dengan kuat sambil membaca al mukminun 115 ulang-ulang lalu akhirnya pesakit muntah dan sedar.Pesakit kemudian dimandikan oleh suaminya dengan mandian ais.Kesimpulannya apa yang keluar dari mulut jin kita hanya boleh dengar,tapi percaya jangan sekali-kali...Rawatan tamat..

Rabu, 22 April 2009







6 SITUASI DIMANA JIN BERUPAYA MEMASUKI JASAD MANUSIA


1) Dalam keadaan terlalu marah.

2) Dalam keadaan terlalu sedih.

3) Dalam keadaan terlalu kuat termenung.

4) Dalam keadaan terlalu takut.

5) Dalam keadaan terlalu berani.

6) Dalam keadaan terlalu lalai beribadat.

Isnin, 20 April 2009







BAHAYA SIHIR

Dipetik dari DARUSSYIFA.ORG


SIHIR adalah antara penyakit yang sukar untuk dikesan. Namun terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti apakah penyakit yang dialami itu berpunca daripada sihir.
Tidak semua penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus berpunca daripada sihir kerana ada kalanya ia berpunca daripada gangguan 'tumpangan'.

Kenapa makhluk halus mengkhianati manusia serta apakah amalan untuk mengelakkan sihir?

Pertembungan kepentingan antara manusia dan makhluk halus, terutama penerokaan kawasan pembangunan oleh manusia, kerapkali menimbulkan konflik.
Pada zaman mutakhir terdapat banyak tempat terokaan baru manusia sama ada di hutan, di kaki-kaki bukit dan di sungai-sungai menimbulkan perkara-perkara ganjil, termasuk gangguan makhluk halus.

Biasanya selepas diterokai, berlakulah gangguan-gangguan yang ganjil ke atas manusia dan gangguan ini datangnya daripada makhluk halus yang bertindak balas kerana kepentingannya diganggu oleh manusia.

Gangguan makhluk halus itu ada kalanya mempengaruhi mental dan jiwa manusia hingga menyebabkan mereka hilang kewarasan.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana dalam beberapa hal ia terbukti wujud hasil interaksi manusia dengan makhluk halus yang menimbulkan gangguan tersebut. Bagaimanapun terdapat juga penganiayaan makhluk halus ke atas manusia berlaku kerana sikap zalim manusia yang lain. Mereka menggunakan makhluk halus sebagai perantaraan sihir, sama seperti yang saya kategorikan sebagai nafath dulu. Nafath adalah lambang sihir.

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim.

Terdapat juga gangguan yang terjadi kerana makhluk halus sememangnya sentiasa dengki, hasad dan ingin mengkhianati manusia. Makhluk halus yang paling jahat ialah Ifrit.

Untuk menentang gangguan ini manusia hendaklah sentiasa beramal dengan ayat Kursi. Para sahabat melalui sebuah hadis mengamalkan doa dengan mengangkat dua tangan dan membaca tiga Qul iaitu Al-Ikhlas, surah Al-Nas dan Al-Falaq sebanyak tiga kali dan ditiup ke tangan. Selepas itu sapu ke badan bermula di muka, kepala dan kemudian barulah tidur.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang buruk, menjelang senja pintu rumah hendaklah ditutup dan anak-anak kecil hendaklah berada di dalam rumah kerana waktu itu syaitan yang jahat suka mengganggu manusia.Sekiranya berjalan malam, apabila tiba di pintu rumah hendaklah ucapkan salam walaupun tidak ada orang kerana ahli rumah adalah kita sendiri.

Ada hadis yang meriwayatkan supaya membaca lima ayat awal surah Al-Baqarah diikuti dengan ayat 255, 256 dan 257 dan diakhiri dengan tiga ayat akhir surah yang sama. Bacaan ini dikenali dengan nama Khawatim Al-Baqarah.

Mengenalpasti sihir


PENYAKIT terbahagi kepada dua jenis iaitu rohani dan jasmani. Sakit jasmani biasanya dikenali dengan beberapa tanda yang jelas seperti luka, patah dan sakit kepala.

Sakit yang menyerang rohani pula seperti gangguan jiwa, runsing, hilang semangat dan malas beribadat.

Tetapi tidak dapat dinafikan ada beberapa penyakit rohani dan jasmani yang berpunca danpada gangguan syaitan.

Ada dua kaedah mengenalpasti penyakit yang berpunca daripada gangguan syaitan.

Pertama, biasanya sebelum sakit manusia akan mengalami mimpi yang menggerunkan atau ternampak benda-benda yang ganjil dan menakutkan contohnya mimpi berada ditempat yang tinggi atau melihat ular.

Kedua, penyakit mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan' terhadap penyakit yang asalnya berpunca daripada sakit fizikal.

Biasanya setelah 'ditumpang' oleh, gangguan makhluk halus, penyakit fizikal tersebut menjadi bertambah teruk dan sukar untuk diubati.

Sakit fizikal itu sepatutnya sembuh dengan kaedah rawatan biasa tetapi kerana gangguan jahat makhluk halus yang 'menumpang' penyakit tersebut terus merebak dan tidak pulih walaupun diubati berkali-kali.

Sakit fizikal yang berpanjangan ini mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan'.

Ilmu hitam yang diamalkan oleh manusia juga menjadi sebahagian daripada penyakit yang berpunca daripada gangguan jahat makhluk halus.

Contohnya seperti sakit kepala yang sepatutnya sembuh apabila diubati dengan cara biasa tetapi akibat gangguan itu, kesannya berpanjangan dan sukar disembuhkan. Apabila mengalami gangguan yang begini adalah tidak mustahil manusia terkena sihir.

Sihir amat berbahaya kerana serangan jahatnya mungkin bermula dengan sakit yang ringan tetapi boleh merebak dan menyebabkan berlakunya lumpuh. Sihir juga boleh menyebabkan penyakit yang dialami berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di anggota badan.

Malah, serangan sihir boleh berubah ubah dari seorang individu ke individu yang lain. Contoh penyakit mungkin pada mulanya terkena pada ibu tetapi kemudian berpindah kepada suami atau anak-anak.Bagaimanapun, kaedah rawatan Darul Syifa' tidak akan menekankan kepada mencari siapa yang melakukan sihir.Saya tidak menggalakkan berlakunya syak wasangka sesama orang Islam kerana itu berdosa.

Saya menasihatkan pengamal-pengamal perubatan Islam supaya tidak menimbulkan cara rawatan untuk mencari siapa yang melakukan sihir dengan menggunakan pendekatan 'isyarat' seperti 'orang itu agak tinggi, 'rambutnya kerinting' atau 'dia salah seorang saudara anda'.

Kaedah memberikan bayangan seperti itu untuk mencari orang yang disyaki melakukan sihir akan menimbulkan keadaan saling tuduh-menuduh dan mungkin membawa kepada fitnah.

Suasana ini akan memecah-belahkan masyarakat Islam dan akan menimbulkan kesan psikologi yang lebih dahsyat kepada pesakit bila ia menyimpan perasaan meneka-neka siapakah yang tergamak melakukan sihir ke atas dirinya.

Tentu amat mengecewakan bagi seseorang sekiranya dia menyedari dirinya tersihir dan kemudian melalui gambaran pengamal perubatan. orang yang disyaki adalah saudara-maranya sendiri.

Saya menekankan kepada cara merawat dan melupakan sama sekali usaha-usaha untuk mencari siapakah yang melakukan sihir.

Yang penting kita ingin menyembuhkan penyakit dan bukan mencari siapa yang melakukan sihir. Tersalah tuduh menyebabkan dosa fitnah yang berpanjangan..

Oleh Dato Ustaz Haron Din





HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN ISLAM


Alim ulama sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya fardu kifayah atau satu tanggungjawab yang dikenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempela­jarinya. sekiranya ia dipelajari oleh seseorang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggung­jawab orang lain. Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu kifayah itu, maka semakin banyaklah pahala yang diperolehi oleh mereka, kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh ramai orang.

Hukum mengajar ilmu ini adalah wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya. Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan ter­masuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah. Kewajipan ini juga bergantung kepada faktor-faktor luar, seperti keadaan tempat, penilaian daripada orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.

Hukum berubat ada dua, iaitu wajib dan harus. Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakitu belum teruk. Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.

Bagi orang khusus, iaitu seperti para wali dan nabi di mana maqam mereka tinggi dalam meng­hadapi ujian Allah, hukum berubat adalah harus.

Ketabahan Hati

Bagi mereka penyakit itu adalah ujian daripada Allah. Kerana itu jika Allah memberi sakit sebagai ujian maka in tidak perlu diubati. Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya. Malah, kalau penyakit itu terjadi sebagai ujian, ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.

Nabi Allah Ayub A. S. misalnya adalah Nabi yang terkenal dengan ketabahan hati dan kesabaran menanggung cubaan Allah. Pada asalnya ia adalah seorang yang kaya raya, dermawan dan bersifat takwa.

Apabila iblis mengetahui keadaannya sedemikian, ia rasa dengki dan ingin membinasakannya. Iblis memohon pada Allah supaya Nabi Ayub A. S. An diuji untuk menentukan sama ada sifat-sifat yang wujud padanya itu lahir dari keikhlasan diri atau kerana nikmat-nikmat kurnia Allah. Allah telah membiarkan iblis untuk mengujinya.

Pada mulanya semua unta kepunyaan Nabi Ayub A. S. telah binasa, tetapi ia tetap memuji Allah. Kali kedua kesemua kambing ternakan bersama gembal­anya mati. Kemudian sawah ladang dan semua harta bendanya binasa. Lepas itu semua anaknya habis terbunuh dilanda gempa bumi, tetapi ia tetap sabar.

Akhir sekali Allah mengujinya dengan memenuhi permintaan iblis dengan menjadikan dagingnya luka-luka dan keluar nanah yang sangat busuk baunya. Ia dipulaukan oleh orang ramai kecuali isterinya yang setia, Siti Rahmah binti Afraim. Datam tafsirnya, Yusuf Al-Qurtubi menceritakan tentang kesabaran dan ketabahan Nabi Ayub A. S. dengan mengatakan bila ia sujud, maka berjatuhan­lah ulat dari kepalanya, apabila selesai sujud, ulat­ ulat tadi dipungutnya dan diletakkannya semula di tempat yang asal.

Dalam menghadapi dugaan ini, Nabi Ayub A.S. hanya bersabar dan tidak berikhtiar atau berdoa agar Allah S.W.T. menyembuhkannya. Ia hanya berkata, seperti vang dijelaskan dalam Al-Quran, surah Al-Ambiaya: 83 yang bermaksud:"Tatkala Ayub berseru kepada Tuhannya,Sesungguhnya aku telah disentuh, oleh sesuatu mala­petaka sedang engkau adalah lebih pengasih dari segala yang pengasih"

Kita lihat betapa halusnya ungkapan dalam firman tadi. Biarpun ia telah mengalami berbagai­ bagai penderitaan, tetapi Nabi Ayub A.S. tetap meyakini bahawa Allah itu adalah lebih pengasih dari segala yang pengasih. Segala bentuk dugaan itu tidak dikatakannya sebagai bencana daripada Allah.

Nabi Ayub A. S. menggunakan satu ungkapan yang memperlihatkan sifat-sifat ketabahan dan kesabarannya menghadapi dugaan itu dengan men­gatakan bahawa segala-galanya itu adalah mala­petaka yang telah menyentuhnya. Ia tidak menyesal atau mengadu. Ia hanya menyatakan bahawa Allah itu adalah paling mengasihi, kerana itu akhirnya Allah menghilangkan malapetaka yang menimpa­nya.

Itulah dia Nabi Ayub A. S. yang terkenal dengan kesabarannya. Allah menurunkan bencana kepadanya sebagai ujian, dan Allah memberikannya kesabaran. Bahawasanya Allah S.W.T. apabila men­gasihi seseorang hamba lalu akan menurunkan ujian kepada hamba-Nya itu seperti yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah apabila telah mengasihi seseorang hamba nescaya ia mengujinya.

Selain daripada berziarah, mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang menge­tahuinya. Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkannya kepada masyarakat yang a memerlukannya, ia dianggap sebagai kufur nikmat. Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.

Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu dari ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah. Allah memberi seseorang itu ilmu, dan orang yang berilmu itu memberi khidmat kepada manusia melalui ilmu yang dimilikinya den­gan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran daripada manusia selain daripada Allah. Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi kemewahan hidup di dunia ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka. Dalam surah Ibrahim:ayat 7 Allah berfirman:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambah (nikmat) kepada hainu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

Oleh Dato Ustaz Haron Din

Khamis, 16 April 2009











PAKEJ SENGSARA

Dipetik dari HARIAN METRO

JOHOR BAHRU: RM50 untuk demam-demam, RM100 jika muntah-muntah. Begitu harga tawaran ‘pakej sengsara’ ilmu hitam yang ditawarkan segelintir bomoh tidak bertanggungjawab bagi menjerat pelanggan taksub kepada perkara tahyul untuk menganiaya individu dimusuhi mereka.

Harian Metro difahamkan, kewibawaan golongan bomoh sesat itu diukur melalui kesan ilmu sihir terhadap seseorang hingga namanya menjadikan sebutan pelanggan.

Lebih menakutkan, jenis penyakit yang konon mampu dikirimkan kepada mangsa dan tempoh penderitaan disihir bomoh mata duitan itu turut bergantung kepada nilai wang pengeras dibayar pelanggan.

Ini bermakna jika mahu musuh lebih menderita, lebih mahal upah dikenakan bomoh terbabit.

Beberapa bomoh yang ditemubual wartawan Harian Metro di sini mengakui terpaksa menawarkan khidmat jahat seperti itu berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan wang mudah.

Seorang bomoh yang hanya mahu dikenali sebagai Koromoh, berusia lewat 30-an, berkata dia tiada pilihan selain menawarkan khidmat itu disebabkan bilangan bomoh kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

“Di sekitar bandar raya ini dianggarkan terdapat tidak kurang 20 bomoh dan tidak hairan jika masing-masing mahu mempromosikan khidmat mereka dengan memperkenalkan pakej itu bagi memancing pelanggan.

“Kebanyakan pelanggan bomoh berkenaan termasuk pekerja kilang dan suri rumah dari beberapa kawasan sekitar.

“Sihir berkenaan biasanya ditujukan kepada pihak yang dimusuhi akibat perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam,” katanya yang didatangi lima pelanggan, baru-baru ini.

Menurutnya, khidmat murah dan mudah untuk membalas dendam terhadap seseorang menjadikan pelanggan semakin taksub dan percaya terhadap bomoh tanpa berfikir panjang kesannya kepada mangsa.

“Pelanggan tidak perlu membawa sebarang barangan kecuali wang pengeras kerana ia akan menentukan jenis dan tempoh masa penderitaan yang bakal dialami mangsa sihir.

“Menerusi perkhidmatan itu, seseorang pelanggan hanya perlu menyatakan nama mangsa dan membayar wang pengeras manakala urusan lain diuruskan bomoh terbabit,” katanya ketika ditemui di Pasir Gudang di sini, semalam.

Katanya, kebiasaannya, seseorang mangsa mengalami kesengsaraan antara seminggu hingga berlarutan bertahun-tahun.

Seorang lagi bomoh yang dikenali sebagai Abon berkata, ada antara pelanggannya sanggup membayar wang pengeras hingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata mahu melihat musuh mereka ditimpa pelbagai kesengsaraan termasuk kesakitan bagi tempoh lama.

“Jika membayar lebih, seseorang itu dikatakan boleh pengsan, mengalami penyakit ganjil, muntah darah, menghadapi masalah keluarga selain membawa maut.

“Pakej RM50 dianggap sebagai percubaan bagi mengenakan mangsa secara ringan-ringan, sekali gus melihat kekuatan ilmu sihir dimiliki seseorang bomoh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Mohd Nooh Kadri, berkata amalan ilmu hitam mahupun perbuatan sihir adalah perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.

Menurutnya, ia bertujuan jahat dan tidak akan membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak.

“Bukan saja akidah terpesong kerana mempercayai ilmu sihir, malah mendapat dosa besar kerana pengamal berkenaan melakukan perbuatan menganiaya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nota:Amalkan membaca 3qul 1x tiap2 lepas solat niat "pendinding diri" insyaAllah diri kita akan terhindar dari segala sihir musuh.

Rabu, 15 April 2009






MERAWAT KES LELAKI MATI PUCUK

3 hari yang lepas saya dikunjungi oleh seorang pemuda awal 40an dari puchong yang datang untuk meminta rawatan mati pucuk.Pemuda tersebut belum berkahwin,beliau sering melakukan onani 3x sehari semenjak umur 14 tahun sehinggalah umur mencecah 36 tahun.Zakar beliau sudah setahun tidak mengalami ereksi kesan dari onani tersebut dan beliau masih belum berkahwin sehingga sekarang dek kerana dibebani masalah mati pucuk.
Saya perlu melakukan urutan 3 hari berturut-turut dan juga melakukan bekam darah pada belakang badan pesakit.Pada hari kedua rawatan,pesakit amat gembira sekali kerana zakarnya sudah tegang 70% pada waktu subuh,ini kerana sudah sekian lama beliau tidak mengalami perkara tersebut.Jadi saya nasihatkan beliau meminum sesudu madu asli sebanyak 3x sehari selama sebulan dan juga mengambil kapsul tongkat ali 4 biji sehari.Makanan ini penting bagi menambah semula hormon testosteron dalam badan serta memperbaiki urat saraf yang telah tercedera sebelum ini akibat perbuatan onani.

Selasa, 14 April 2009










TIPS SUPAYA TOYOL TAK CURI DUIT KITA


1) Pasang cd ruqyah auto repeat dari malam hingga pagi.

2) Masukkan barang kemas dan wang kedalam uncang dan ikat.

3) Letakkan uncang tersebut dihadapan cermin.

SELAMAT MENCUBA..

Isnin, 13 April 2009






TOMOI GUNA JIN ?

Dipetik dari HARIAN KOSMO


Sesetengah upacara penamatan latihan senibela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri.

"SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.

Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!

"Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan," imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.

Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.

Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.

Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.

Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!

"Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang," kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.


Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.

Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.

Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.

Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.

"Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.

"Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya," kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.

Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.


"Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.

"Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani," terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.

Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.

"Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri," kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.

Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.

"Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan," kata Zalifah.

TANPA disertai ritual syirik, tomoi sudah cukup sifatnya sebagai jurus seni bela diri yang menyeronokkan dan menyihatkan fizikal.

"Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat," ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.

Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.

Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta 'pulangan' daripada tuannya.

"Apa yang dimuntahkan?" tanya saya kepada Kamal.

"Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu," jawabnya.

Rabu, 8 April 2009



JIN KETAKUTAN "NAK BALIK..NAK BALIK.."


Malam tadi kami di TAQ Klang merawat 2 pesakit wanita...persamaan 2 pesakit tu ialah kedua-duanya ketakutan nak balik semasa dlm proses rawatan...biasaler jin...politik kuat

Kes pertama melibatkan seorang cikgu dari shah alam.Bila saya dan tn admin menghampirinya utk memulakan sesi rawatan cikgu tu dah ketakutan lalu berlari kepintu dengan berkata "saya nak balik !!" ...pastu cikgu tu terus pengsan..lalu kami dan suaminya mengangkat cikgu tu utk diruqyah beramai-ramai..

Bila ayat ruqyah dimulakan,pesakit tersebut meronta dengan kuat dimana kakinya asyik nak menendang sahaja..pu3 dan pn admin lalu memasung kaki pesakit dgn kain dan akhirnya mudah ler kami meruqyah sehingga tamat.Dan jin pun keluar melalui mulut...

Kes kedua pula ialah kes suami isteri dari subang,bila ruqyah dibacakan,si isteri menangis dimana kedua tangannya kebas dan mengerekot...selama sesi ruqyah dibacakan,pesakit terus menangis dan cuba memukul kami kerana kurang senang dgn ayat ruqyah yg dibacakan kpd dia...lalu kami rehatkan pesakit ..

Bila kami memulakan sesi rawatan kali kedua keatas cikgu yang telah disebutkan diatas tadi,pesakit wanita dari subang itu tiba-tiba menangis dgn kuat...dan menjerit "nak balik" dek kerana kedengaran ayat ruqyah berkumandang ..lalu tn admin mula bertegas dgn jin yg menguasai minda wanita terbabit dgn menggertak menggunakan rotan...lalu tn admin melaungkan azan....

Isnin, 6 April 2009


bismillah 5 Pictures, Images and Photos

TIPS MERAWAT MASALAH GASTRIK

1) Beli sebotol minyak zaitun virgin oil di pasaraya.

2) Buka penutupnya dan bacakan fatehah 21x dan bismillah 5 21x lalu tiup 10 saat pada minyak tersebut.

3) Minum sesudu minyak zaitun 2x sehari iaitu pagi dan petang selama 2minggu berturut-turut.

4) Sebelum minum baca fatehah 1x.

InsyaAllah sembuh..

Ahad, 5 April 2009

video
MERAWAT KES SIHIR JIN ULAR

Kes diatas adalah rawatan di pusat rawatan TAQ klang dimana pesakit bila kerasukan akan menjadi ular dan tangan pesakit mematuk-matuk perawat seolah ular yang sedang melakukan patukan.Pesakit menderita lebih 13 tahun kerana sering berjumpa dukun dan bukannya perawat islam.Pesakit dinasihatkan istiqomah dalam menerima rawatan dari perawat islam SAHAJA.
video

MERAWAT KES SIHIR ORANG GAJI


Kami team ruqyah klang sedang merawat pesakit di puchong dimana ia adalah orang gaji kepada rakan kami.Tuan admin macam biasa membacakan khutbah kepada jin untuk memberi takzirah dan pelajaran serba sedikit kepada mereka supaya insaf tentang kerja-kerja kutuk mereka itu.

Jumaat, 3 April 2009



VIDEO MISTERI NUSANTARA TV3 BERKENAAN SEKELUARGA DIGANGGU JIN DAN JARUM MISTERI


Dari pengamatan saya,sekeluarga nie diganggu sihir dan gangguan mereka juga sukar pulih kerana kerap berjumpa bomoh dan bukannya pengamal perubatan islam.

Bagi merawat kes sebegini,saya syor :-

-Sekeluarga perlu diruqyah untuk mengenalpasti gangguan dan menawarkan sihir pada individu yang terlibat.

-Sediakan sebotol spray air yang diisi air paip dan 5 sudu garam halus.Bacakan qursy 33x lalu tiup 10 saat pada air dalam spray itu.

-Baca ruqyah dengan kuat ditengah ruang tamu rumah (fatehah 1x,qursy 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x dan thaha 69 3x lalu azan 1x.

-Spray air tadi rata2 seluruh dalam dan luar kawasan rumah termasuk semua bilik dan stor.

-Akhir sekali spray 4 penjuru atas rumah mulai dari penjuru kanan hingga kiri sambil membaca qursy ulang2 jangan putus.

Rabu, 1 April 2009






TIPS MENGELAKKAN MASALAH TENAGA BATIN


1)Beli sebotol madu asli,saya syor jenama Madu Kaula atau Madu tualang.

2)Buka penutupnya,dan bacakan fatehah 11x dan qursy 11x lalu tiup 10 saat pada madu tersebut.

3)Minum sesudu 2x sehari iaitu pagi dan petang sampai bila-bila.InsyaAllah terhindar dari sebarang masalah tenaga batin dimasa-masa akan datang.

4)Jangan membasuh kemaluan sejurus selepas berjimak.

5)Elakkan minuman berais pada sebelah malam.

6)Elakkan melakukan kerja berat yang menyebabkan sakit pinggang.

7)6 bulan sekali digalakkan berurut tenaga batin bagi services urat-urat batin supaya kekal sihat sentiasa.

8)Wajib bersukan atau bersenam seminggu sekali bagi mengeluarkan peluh dan juga mengeluarkan STRESS dari badan.

9)Jika kerap STRESS akibat bebanan kerja,sila amalkan membaca Al Insyirah 7x tiap-tiap lepas solat supaya hati tenang dan juga STRESS akan reda.

10)Jangan sesekali mengambil ubat kuat/perangsang yang dijual dikaki lima kerana ia akan merosakkan sistem saraf batin amnya.