Pembaca Setia...

Selasa, 31 Mac 2009










HARI DIAGNOSIS GANGGUAN JIN PERCUMA

Lokasi :Pusat Rawatan TAQ Bdr Puteri Klang
Hubungi :Utz Zailan 018-202 7559
Bayaran :PERCUMA !!
Waktu :Setiap Ahad 10am-6pm
Laman web :www.terapialquran.com

Isnin, 30 Mac 2009









TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN

Saya suka kongsikan disini serba sedikit tips-tips untuk perawat diluar sana supaya terhindar dari pelbagai serangan dari jin/syaitan ataupun penyihir..

1) Ikhlaskan diri merawat kerana Allah.Maksudnya disini kita perlu tanamkan setiap masa niat kita merawat pesakit untuk 3 perkara,pertama kerana fardu kifayah,kedua kerana menyelamatkan akidah umat islam dari berjumpa tukang tenung/bomoh dan ketiga ialah untuk mengembangkan kaedah perubatan islam warisan nabi.

2) Perlu mengamalkan ayat-ayat pelindung diri tiap-tiap kali lepas solat.

3) Membaca dengan kuat ayat-ayat ruqyah semasa rawatan.

4) Pagar rumah guna ayat qursy seminggu sekali.

5) Pasang cd ruqyah dirumah 1x sehari.

6) Kaedah rawatan perlu seiring sunnah 100% supaya dapat barakah sanad.

7) Jangan menelek atau memberi info-info yang tak bermanfaat bagi menyedapkan hati pesakit.

Jumaat, 27 Mac 2009










JADUAL SEMINAR DAN KULIAH OLEH USTAZ MALEK LADZIM

24HB april 2009 Takzirah sebelum solat jumaat bertempat di Masjid KLIA bertajuk "Tarekat Sunnah Rasulullah"

25hb april 2009 Seminar Perubatan Islam bertempat di Kolej Komuniti Jempol Negeri Sembilan bertajuk " Rawatan Gangguan Jin Menurut Al Quran dan Sunnah"

26hb april 2009 Seminar Perubatan Islam Siri 2 bertempat di Masjid KLIA bertajuk "Santau dan Kaedah Rawatan"

2hb mei 2009 Seminar Perubatan Islam bertempat di Masjid Saidina Usman Cheras.

Untuk info lanjut,sila hubungi Utz Malek Ladzim 019-471 5232

Selasa, 24 Mac 2009







KAEDAH MENOREH BADAN JIN

Sila amalkan surah yunus 81 7x tiap-tiap lepas solat untuk sebatikan dalam badan.Bila pesakit kerasukan,sila baca ayat tadi 7x dan tiup pada jari telunjuk dan makrifatkan pisau,anda boleh toreh belakang dan perut pesakit supaya badan-badan jin luka dan mudah surrender.Jangan sembelih leher jin sudah ler yer...Selamat mencuba..







KAEDAH MEROTAN JIN DI TAPAK KAKI

Melalui pengalaman-pengalaman saya sebelum dalam menangani gangguan jin yang liat,kaedah merotan jin pada tapak kaki pesakit amat-amat efektif dan akan membuatkan jin-jin pengganggu mudah surrender.Yang penting anda hanya sediakan sebilah rotan dan pukul secara SEDERHANA sahaja pada tapak kaki pesakit dengan membaca ulang-ulang ayat al-mukminun 115.Kaedah merotan tapak kaki pesakit hanya dilakukan bila pesakit dalam KERASUKAN sahaja.Dilarang merotan kaki pesakit yang belum kerasukan.










PELARIS

Dipetik dari Akhbar KOSMO

DARI sehari ke sehari, Zarina Bakar gelisah kerana perniagaan pasar mininya yang dibuka sejak tiga tahun lalu semakin merosot.

Lebih malang apabila pelanggan tetapnya mula 'lari' ke sebuah kedai runcit lain yang baru dibuka tidak jauh dari kedainya itu.

"Lebih teruk, ada antara pelanggan yang mengatakan kedai saya nampak gelap dan tidak dibuka," luah wanita berusia 38 tahun itu.

Keadaan itu membuatkan dia nekad untuk mencari pelaris bagi memulihkan kembali perniagaannya.

Seorang bomoh yang ditemui Zarina di utara tanah air memberitahu, 'pintu kedainya ditutup secara batin' dan kerana itulah pelanggannya beralih ke kedai baru.

Selepas dibekalkan dengan air penawar dan beberapa potong doa untuk diamalkan, perniagaannnya mula pulih tidak lama selepas itu.

"Saya terpaksa menggunakan cara itu," akui Zarina yang telah berhabisan ribuan ringgit bagi membayar pengeras kepada bomoh tersebut.

Bagaimanapun, seorang bomoh Orang Asli di Ulu Gombak, Selangor, mendedahkan bahawa pelaris bukan saja diperalatkan untuk menarik lebih ramai pelanggan malah digunakan untuk tujuan menggoda.

Menurut Mohamad Ulang, 60, penggunaan akar kayu serta mentera tertentu mampu melariskan perniagaan seseorang.

"Namun untuk mendapatkan akar kayu yang sesuai dijadikan minyak pelaris bukannya mudah. Seseorang kena minta izin dan ada balasan yang perlu dibayar," katanya.

Dakwanya, penggunaan buluh perindu ialah pelaris paling kuat yang pernah diketahuinya.

"Sesiapa yang berjaya mengambil buluh perindu haruslah menyimpannya sebaik mungkin. Jika tidak, pelbagai jenis haiwan, tidak kira buas atau jinak, akan mengekorinya," katanya berbaur amaran.

Ujar Mohamad lagi, musibah juga akan melanda penyimpannya yang menggunakan minyak buluh perindu atau juga dikenali sebagai minyak cinuai itu bagi tujuan menganiaya orang.

Nenek moyangnya pernah bercerita mengenai buluh perindu yang kembali pada tempat asalnya setelah ia disalahgunakan.

Menyingkap bahan yang sering digunakan dalam membuat ramuan pelaris, Tok Batin daripada suku Temuan itu gemar menggunakan akar kayu selimpat, peringat, kemundur serta pengasih dalam pengubatannya.

"Akar serta daunnya saya jadikan minyak. Lebih mudah dan mujarab berbanding tangkal. Antara rahsia kemujaraban minyak ini ialah ia menggunakan akar yang bengkok.

"Walaupun hanya kecil, ia cukup untuk menjadi pelaris yang berkesan pada perniagaan atau diri," katanya.

Pengeras dalam bentuk wang ringgit perlu dilunaskan termasuk beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh penggunanya.

Menurut Mohamad, pelaris itu bukan digunakan oleh sesetengah kaum Melayu malah ramai orang Cina dan India juga mempercayai kemujaraban minyak dan tangkal pelaris. - SHANIKA ABDULLATIB

Sabtu, 21 Mac 2009












TOYOL PANGGILAN ORANG MELAYU

Bersama: DR Amran Kasimin

SOALAN:
Saya ada beberapa persoalan yang tidak mendapat jawapan yang pasti. Dalam pemerhatian saya, amalan kebatinan Melayu, yang diamalkan, sehingga sekarang sebahagian daripadanya melibatkan makhluk-makhluk halus iaitu jin.

Kedua, di flat tempat saya tinggal, di pinggiran kota Kuala Lumpur, sekarang ini sibuk kerana kecurian wang. Di bawah flat, orang sibuk kehilangan motor setiap minggu atau bulan, di atas flat penghuninya kehilangan wang, dikatakan dicuri “toyol”. Adakah ini benar-benar berlaku atau kerana kecuaian manusia, sebagai satu “escapism”. Sekiranya toyol itu benar-benar wujud, adakah ia akan diwarisi oleh anak cucu cicit atau saudara-mara tertentu. – Insan Pinggir Kota

JAWAPAN:
Definisi “ilmu kebatinan Melayu” begitu subjektif dan luas yang tidak dapat saya huraikan dalam ruangan ini. Memang benar sebahagian daripada ilmu tersebut melibatkan makhluk halus atau jin.

Menurut pemahaman umum orang Melayu, perkataan “toyol” itu selalunya dirujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit. Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang.

Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, ia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping.

Toyol merupakan panggilan yang wujud dalam masyarakat Melayu sahaja dan tidak wujud dalam pemahaman bangsa-bangsa lain. Nama ini tidak wujud dalam al-Quran atau hadis-hadis, sama seperti perkataan hantu raya, polong, pelesit dan sebagainya.

Penglibatan manusia dengan jin-jin boleh berlaku melalui menuntut ataupun dengan kaedah warisan (saka). Memang ada kaedah tuntutan khusus membolehkan seseorang itu berdampingan dengan makhluk-makhluk ini, iaitu melalui guru. Sesetengah orang mempelajari ilmu kebatinan, dengan bertapa dan sebagainya tetapi akhirnya didampingi oleh makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin. Hal demikian mungkin berlaku di luar pengetahuan orang berkenaan.

Orang yang mendampingkan diri dengan makhluk-makhluk halus semata-mata melalui warisan ataupun didampingi dengan cara menuntut dan menurunkan ilmu yang dimiliki itu kepada waris berikutnya, maka ilmu itu juga termasuk dalam kategori saka.

Kerana itu sekiranya ilmu yang dimiliki itu melibatkan jin, yang dinamakan “toyol” oleh orang Melayu, maka hal demikian dapat menjawab soalan saudara menyatakan “toyol” itu boleh dimasukkan dalam saka.

Makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin bukan hanya berupaya mencuri satu atau dua keping daripada jumlah 10 keping wang kertas milik manusia, tetapi ia boleh melakukan lebih daripada itu dengan izin Allah s.w.t. Makhluk ini boleh menerbangkan manusia dari satu tempat ke satu tempat dengan kaedah-kaedah tertentu. Di dalam al-Quran (an-Nam: 39) dijelaskan tentang kekuatan jin ifrit untuk menerbangkan singgahsana Ratu Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum baginda berganjak dari tempat bersemayam.

Hal demikian menjelaskan bahawa makhluk ini bukan setakat berupaya mengalihkan benda-benda besar dan berat, tetapi berupaya melakukannya dalam masa singkat.

Apabila Allah menjadikan Adam, Allah memerintahkan para malaikat agar sujud menghormati kejadian Allah, iaitu Nabi Adam. Semua malaikat sujud kecuali iblis yang takbur, merasakan dirinya lebih mulia (al-Baqarah: 34). Lalu Allah melaknat iblis dan ia termasuk dalam golongan kafir dan akan dimasukkan dalam neraka.

Iblis merasakan bahawa kemurkaan Allah itu berpunca daripada Nabi Adam (al-A’raf: 15). Daripada peristiwa itu bermulalah permusuhan iblis dan konco-konconya terhadap Adam dan keturunannya. Iblis bersumpah akan menyesatkan semua manusia di muka bumi ini kecuali hamba yang ikhlas di kalangan mereka (al-Hijr: 39-40).

Dalam al-Quran dijelaskan bahawa jin itu ada yang Islam dan ada yang kafir (al-Jinn: 14-15). Kerana itu, sekiranya toyol yang mendampingi manusia itu kafir, termasuk dalam golongan jin yang berusaha menyesatkan manusia, maka makhluk ini tidak boleh disuruh atau makhluk ini akan hanya melakukan sesuatu yang pada mulanya baik tetapi akhirnya akan menghela orang yang terlibat itu ke ambang neraka jahanam.

Allah memberi amaran bahawa iblis dan syaitan itu hanya menyeru pengikut- pengikutnya untuk menjadi penghuni neraka. Allah memberi amaran kepada manusia agar mereka tidak terpedaya oleh syaitan (al-A’raf: 27). Dalam keadaan apa sekalipun, manusia hendaklah menganggap makhluk ini sebagai musuh (Fatir: 6).

Sesetengah orang beranggapan bahawa orang yang berdampingan dengan makhluk ini boleh memerintah atau menyuruh makhluk ini melakukan sesuatu. Hakikat sebenar adalah sebaliknya. Orang yang berdampingan dengan makhluk-makhluk ini adalah manusia yang lemah, menganggap bahawa makhluk ini berkuasa melakukan sesuatu menyebabkan orang yang terlibat menyandarkan harapan kepadanya. Padahal manusia sepatutnya mengharapkan sesuatu kepada Allah, menyandar dan menyerah diri atau bertawakal kepada-Nya, kerana hanya Allah yang berkuasa dan kekal.

Tempat meminta pertolongan lumrahnya dianggap lebih tinggi daripada orang yang memohon. Kerana itu apabila manusia meminta pertolongan kepada makhluk ini, bererti orang berkenaan menganggap makhluk itu lebih dihormati atau ditakuti, padahal darjah manusia itu lebih mulia di sisi Allah daripada makhluk tersebut, kerana manusia adalah khalifah di bumi kecuali yang menafikan tanda-tanda kebesaran Allah.

Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk mengambil ikhtibar daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi (al-A’raf: 179).

Iblis dan syaitan sebenarnya takutkan manusia, seperti manusia takutkan mereka. Rasulullah pernah memberitahu Sayidina Omar bahawa iblis dan syaitan lari kepadanya.

Kewujudan makhluk yang dinamakan “toyol” dalam masyarakat Melayu merupakan sesuatu yang misterious, yang banyak tidak diketahui umum hakikatnya, sesuai dengan namanya “makhluk-makhluk halus” atau “makhluk-makhluk ghaib”. Malah manusia sendiri tidak minat mengkaji hakikatnya. Walaupun demikian, kejadian-kejadian yang dikaitkan dengan makhluk ini membuktikan seolah-olah makhluk ini sebenarnya wujud.

Banyak orang mengadu kehilangan wang, tetapi tidak ada tanda-tanda kehilangan itu dicuri manusia atau kecuaian sendiri. Kehilangan ini melibatkan orang miskin, Islam, orang baik-baik dan sebagainya. Kenapa wang mereka mesti dicuri? Kenapa tidak dicuri wang mereka yang terlibat dengan penyelewengan berjuta-juta ringgit atau institusi kewangan yang besar-besar?

Makhluk ini juga ada kalanya mengganggu tetangga, saudara sekampung dan sebagainya. Sebagai manusia waras mendampingi makhluk seperti ini, adakah tergamak orang yang menyuruh makhluk “belaannya” itu berbuat demikian? Sesungguhnya hal demikian membuktikan, mereka yang terlibat di bawah kuasa makhluk berkenaan, tidak berupaya mengawal makhluk tersebut.

Sesetengah orang yang terlibat dengan makhluk ini tidak berupaya “melepas” diri daripada cengkaman makhluk berkenaan. Sekiranya ia mendapat wang ataupun lain- lain imbuhan hasil daripada penglibatan makhluk tadi tidak akan dapat menikmati kehidupan seperti manusia biasa.

Iblis dan syaitan mempunyai keupayaan untuk menipu, menghasut dan menyakiti manusia dengan izin Allah. Namun hal-hal seperti ini bukan matlamat utama, kerana makhluk ini akan dimasukkan ke neraka.

Puncak kejayaan iblis dan syaitan ialah apabila manusia menggunakan makhluk ini untuk menyakiti atau mengganggu manusia yang mungkin membawa maut. Dari sinilah lahirnya amalan sihir, di mana manusia menggunakan iblis dan syaitan untuk mengganggu orang lain. Sihir tidak berlaku kecuali dengan penglibatan makhluk halus.

Manusia yang mengambil nyawa orang lain bukan cara yang hak tempatnya adalah dalam neraka jahanam. Allah amat murka dan melaknat orang yang berkenaan.

Membunuh atau mengambil nyawa orang lain bukan semestinya berlaku dengan tembakan atau parang, tetapi juga dengan amalan sihir.







MENGAPA SUAMI KAKU SELEPAS HUBUNGAN SEKS

KIRA-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra. Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

Rabu, 18 Mac 2009

video

MERAWAT KES JIN ASYIK YANG TERLALU DEGIL

Ahad, 15 Mac 2009








MERAWAT PESAKIT JIN SAKA YANG SUKA MAKAN JANIN

Pagi tadi saya didatangi suami isteri yang sudah berkahwin 2 tahun dan seringkali mengalami keguguran.Pesakit tersebut sebelum ini telah banyak berjumpa perawat dan perawat terdahulu mengatakan dia terkena gangguan jin saka yang menjadi punca keguguran kandungannya.

Saya memulakan sesi rawatan dengan menyuruh pesakit istighfar 3x dan mengucap 1x lali pesakit duduk melunjur.Saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah syar'iyah dan badan pesakit kelihatan seperti bergoyang-goyang dan menggeletar.Saya ulangi 2 ayat terakhir qursy dengan bacaan yang kuat tapi badan pesakit masih bergegar dan bergoyang.Saya terus membacakan khutbah jin dan memicit bawah pelipat lutut kanan,lalu pesakit terus kerasukan dan jin pun mula berdialog dengan saya...

Saya : Wahai jin,kenapa kamu ganggu jasad pesakit ini ?
Jin : Aku sukaaaaa......

Saya : Apakah agama kamu wahai jin ?
Jin : Islam...

Saya : Kalau kamu islam,kamu tahukan hukumnya haram memasuki badan manusia...dan kamu akan dilaknat oleh Allah SWT...
Jin : Ahh...Aku menjaga seluruh keluarga dia..dan kau jangan ganggu aku...!!!!

Saya : Selama pesakit nie sering keguguran...adakah kamu yang memakan janinnya wahai jin !!!
Jin : Aku ler yang makan...sedapppp...

Saya : Macamnie ler wahai jin,aku bagi kamu 2 pilihan,adakah kamu ingin keluar cara baik atau aku akan sebat kamu dengan rotan pada leher kamu !!!
Jin : (jin menggelengkan kepala ketakutan)

Saya : Lalu saya memukul tapak kaki pesakit berulangkali dengan sederhana sambil membacakan "wama romaita izromaita wala kinnnallaha roma"..
Jin : Baik..baik aku keluar..

Saya : Kalau kamu setuju keluar,kamu kena ucapkan lafaz bersumpah dahulu sebanyak 3x...

Akhirnya jin saka itu bersumpah dengan nama Allah sebanyak 3x lalu setuju keluar,lalu saya terus melaungkan azan 1x.Perlu diingatkan kalau kes jin saka sebegini,kadang-kadang dia akan masuk kembali ketubuh pesakit jika pesakit kurang beramal.Sebaik-baiknya bagi merawat kes saka,usul(ibu) terlebih dahulu perlu diubati dan kemudian diikuti oleh anak-anak mereka...Buat masa ini pesakit sedang cuba memujuk ibu beliau untuk berubat..ibu beliau sebenarnya ada mewarisi mata lembing dari arwah neneknya...

Jumaat, 13 Mac 2009







MERAWAT PESAKIT HOMOSEKSUAL

Malam tadi saya berkesempatan merawat seorang pesakit lelaki(non muslim) yang mempunyai masalah naluri homoseksual.Pesakit tersebut sebelum nie pernah datang dalam 3x sesi rawatan ruqyah tetapi belum lagi menunjukkan perubahan positif kesan dari rawatan.Jadi saya menelefon guru saya Utz Malek Ladzim berkenaan kaedah efektif bagi memberi rawatan untuk masalah sebegini.Utz Malek menyatakan,pesakit perlu menjalani 3 kaedah rawatan iaitu ruqyah,mandian dan kencing diatas mata kapak yang telah dipanaskan.Jadi saya pun menyuruh pesakit duduk melunjur lalu meruqyah beliau dengan ayat-ayat ruqyah syar'iyah,khutbah jin dan diakhiri azan 1x.Selepas habis meruqyah saya tiup 10 saat pada air campuran ais didalam baldi serta meniup di ubun-ubun pesakit.Pesakit kemudian melakukan mandian ais seorang diri dibilik mandi dan selepas itu pesakit merasa kesejukan yang amat sangat dan dalam masa yang sama badannya terasa ringan sekali.Seterusnya saya menyalai mata kapak pada api diatas dapur gas selama 15 min kemudian meletakkannya didalam tandas untuk pesakit kencing diatas mata kapak yang panas itu.Punca penyakit naluri homoseksual nie sebenarnya adalah dimana jin/syaitan itu bergayut pada kemaluan seseorang dan dalam masa yang sama akan menghasut setiap masa minda pesakit supaya terus menerus terjerumus kearah seks songsang.Rawatan tamat...

Selasa, 10 Mac 2009




MERAWAT PESAKIT 2 BERANAK YANG TERKENA SIHIR

Video diatas adalah sesi rawatan oleh saya bersama Ustaz Anuar team Darulhikmah Kedah dalam merawat pesakit 2 beranak yang teruk terkena sihir.Lelaki berbaju kuning diatas tu adalah bapa kepada pesakit wanita tersebut.


MERAWAT JIN HISTERIA YANG SETUJU MASUK ISLAM


Video diatas adalah sesi rawatan oleh team Darul Hikmah Kedah yang diketuai Ustaz Malek Ladzim keatas pesakit dari utara tanah air yang diganggu sehingga lumpuh dalam insiden histeria pelajar-pelajar di sekolah.

Jumaat, 6 Mac 2009







3.5 JUTA LELAKI MATI PUCUK

Dari KOSMO Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu.

Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi.

Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang dengan perkembangan terbaru tersebut kerana ramai di kalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah berkenaan.

"Baru-baru ini ada laporan dari Universiti Columbia yang menyatakan lelaki yang mula aktif dalam aktiviti seksual pada umur yang amat muda iaitu 14 tahun ke bawah mudah mengalami masalah seksual apabila umur meningkat,'' katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau memberitahu, mereka yang kerap melakukan onani atau melakukan hubungan seks seawal umur 14 tahun mungkin terdedah kepada masalah mati pucuk apabila umur meningkat 30-an.

Jika sebelum ini masalah psikologi yang berpunca daripada tekanan itu sering menghantui golongan lelaki berusia 40 tahun ke atas, namun kini ia turut menjadi igauan 'ngeri' lelaki yang lebih muda.

Jelas Ismail, onani boleh menimbulkan masalah Traumatic Masturbatory Syndrome iaitu keadaan di mana klimaks berlaku dengan cepat.







MERAWAT KES LELAKI LEMAH SYAHWAT (TERKENA ILMU HITAM)

Petang semalam saya didatangi oleh seorang lelaki bekerja sebagai pegawai kerajaan dari ibukota.Dia mengadu sudah hampir 2 bulan gagal menjimak isterinya...Tetapi bila dalam keadaan biasa seperti subuh,keadaan terangsang atau semasa foreplay,zakarnya berfungsi tegang seperti biasa.Masalahnya ialah apabila beliau ingin memasukkan zakar pada kemaluan isterinya,tiba-tiba zakar menjadi longlai tak bermaya...Jadi beliau pun panik dan hilang punca..Keadaan ini mula berlaku dimana 2 bulan sebelum ini beliau pernah berurut dengan seorang tukang urut warga asing..Selepas berurut dengan tukang urut itu,zakarnya mula bermasalah dan tak konsisten serta mula lemah bila nak mula berjimak.Dalam pada itu,beliau ada juga bermimpi dibawa ketempat tinggi dan lalu terjaga semasa tidur,bagi saya jika ada pesakit mengalami mimpi tersebut,itu sah pesakit itu alami petanda gangguan jin.Saya mula merawat beliau dengan melakukan urutan batin kemudian saya meruqyah beliau dengan ayat pembatal sihir.Saya membacakan al fatehah,al baqarah 102,qursy,al a`raf 117-122,yunus 81-82,thoha 69 dan 3 qul.Setelah selesai,pesakit memberitahu saya bahawa kepala terasa melayang,dan ada benda bergerak pada peha berjalan menuju tapak kaki dan keluar dari situ.Saya menepuk nepuk kedua paha hingga tapak kaki sambil membaca yunus 81 dan meniup kedua kaki tersebut.Pesakit merasa ringan pada bahagian kaki dan seluruh badan amnya.Rawatan tamat....

Khamis, 5 Mac 2009







7 LANGKAH CAKARAN HARIMAU DAN LABAH-LABAH

Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat. Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nor Bahyah yang semakin popular dalam program agama di televisyen menambah, langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

Beliau yang mendapat pendidikan di Maktab Mahmood di Alor Setar, Kedah dan seterusnya melanjutkan pengajian agama di Universiti Al Azhar, Mesir, berkata, apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing.

Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan ter****t sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.

Beliau turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi.

Kata Nor Bahyah, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'.

Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir,' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,'' ujarnya.

Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,'' katanya.

Kata Nor Bahyah, Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.

Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,'' tambahnya.