Pembaca Setia...

Sabtu, 28 Februari 2009








KHASIAT KALIMAH LAM ALIF

-Tulis isyarat dengan tangan (makrifat niat pendinding) pada sebarang kenderaan,aset atau rumah anda,insyaAllah rumah anda akan dipagar dari segala segala musibah dan kecurian.

-Tulis isyarat dengan tangan pada anak anda supaya anak anda tidak hilang atau diculik orang.

Jumaat, 27 Februari 2009







BEKAM UNTUK MEMBUANG SIHIR DAN SAKA

Bagi anda yang diselubungi 1001 penyakit misteri seperti sihir,saka dan sebagainya,anda digalakkan berbekam dibahagian pusat kepala sebulan sekali pada waktu hb 15/17/19 bulan islam.InsyaAllah penyakit anda sembuh...

Rabu, 25 Februari 2009



















2 SET BEKAM RM60

Promosi !!! 2 set bekam,sekotak jarum bekam dan sekotak alchocol swabs hanya RM60 termasuk kos poslaju.Sila bankin RM60 ke akaun Maybank2u 164164-870421/Cimb Clicks 1270000-6334522 AHMAD dan sms masa.tarikh bankin,nama dan alamat ke 019-307 9883.

Selasa, 24 Februari 2009




SELAWAT SYIFA UNTUK KESIHATAN BADAN DAN MERAWAT SEGALA PENYAKIT


Bagi anda yang suka lihat cerita ANAK BETONG kat tv3 tu,tentu biasa dengar lagu mendayu-dayu SELAWAT SYIFA dendangan hijjaz diakhir rancangan tu.Dah terlanjur dengar tu,apa kata anda amalkan secara istiqomah 7x tiap-tiap lepas solat supaya fizikal diri sentiasa sihat dan disembuhkan dari segala penyakit yang melanda..

Sabtu, 21 Februari 2009








TIPS MENGESAN DAN MERAWAT SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA

Simptom-simptomnya...

-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk.

-Sering bermimpi melihat binatang atau berada ditempat tinggi.

-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar keatas.

-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu.

-Sering bertengkar pada waktu petang keatas kerana hal yang kecil/remeh-temeh.

-Sakit dibahagian ari-ari.

-Sikap berubah dengan mendadak.

-Panas baran.

Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam r/tangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom diatas,maka sahlah anda terkena sihir pemisah r/tangga dimana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai..

Kaedah rawatannya ialah sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan al fatehah 1x,al baqarah 102 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thaha 69 3x dan 3 qul 1x.Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.InsyaAllah sembuh..







TIPS LAMBAT PANCUT

Malam pertama adalah satu terma yang bakal menjanjikan sesuatu kenangan, kejutan dan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Percaya atau tidak malam pertama juga kekadang menjadi igauan yang amat mencabar bagi seseorang yang bernama lelaki. Bagaimanakah anda melalui malam pertama tersebut. Anda adalah Raja yang bakal menguasai suatu daerah yang hanya anda akan terokai. Namun apa yang menjadi persoalan. Mampukah anda melalui malam pertama sebagai seorang Raja yang gagah atau seorang Raja yang gagal.

Mampukah anda mengawal situasi yang mana sesuatu yang rahsia adalah bukan lagi rahsia. Bukan lagi sesuatu yang sebelumnya adalah Haram bagi anda dan kini adalah milik anda yang abadi serta Halal lagi suci. Persetankan terma Malam pertama anda jika itu yang menjadi halangan anda untuk berfikir waras dan menjadikan anda seorang yang gagal. Dan percayalah tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Satu dari kebimbangan Pengantin lelaki adalah “mampukah aku bertarung dan bertahan sehingga ke titisan terakhir”. Itu adalah lumrah untuk anda memikirkan yang demikian. Kerana Ego anda seorang lelaki. Namun satu tip yang saya rasa amat berguna adalah lanjutan dari teknik senaman harimau di atas. Kepala Zakar yang sensitif + kawalan minda yang lemah akan menzahirkan suatu masalah yang dinamakan Ejakulasi Pra-matang (Premature Ejaculation) atau cepat pancut. Namun sebagai insan yang serba serbi lemah, masalah ini boleh di atasi dengan sendirinya jika menggunakan teknik yang betul.


1.Teknik mengasah menggunakan tapak tangan.


Teknik ini boleh dizahirkan dengan menggunakan minyak lintah yang disapukan pada tapak tangan kiri, pegang zakar dengan tangan kanan dan gosokkan tapak tangan kiri anda ke kepala.Gosok zakar secara ke atas dan ke bawah secara berulangkali sehingga rasa sensasi geli anda berkurangan. Lakukan dengan mengawal minda agar anda tidak tewas.

2. Teknik Mengasah Zakar Senaman Harimau.

Teknik ini menggunakan tapak kaki (yang agak lebih kasar!) sebagai medium pengasah berbanding tapak tangan. Tarik nafas dengan dalam dan pegang zakar dengan agak kuat untuk memastikan pengaliran darah bertumpu ke kepala zakar. Dalam posisi kedua kaki dirapatkan, gosok hujung zakar menggunakan tapak kaki sambil menahan nafas. Dan hembus dengan perlahan. Lakukan sebanyak 3 kali.

Jadi dengan melakukan teknik di atas disertai dengan teknik pernafasan yang baik dan juga kawalan minda anda telah menghilangkan separuh dari masalah Malam pertama anda. Tetapi yang tetap menjadi pesanan, Malam pertama adalah Cuma sekadar terma, bukan suatu igauan yang tiada kesudahannya. Yang lebih penting tujuan serta hikmah perkahwinan mencapai matlamat yang penuh dengan kenangan manis serta diredhai oleh Allah. Bukankah lebih manis jika setiap malam adalah Malam Pertama? Usaha kedua belah pihak amatlah diperlukan untuk mencapai maksud perkahwinan yang sebenar...






TIPS MERAWAT SAKIT GIGI/GUSI

Petuanya mudah saja dan amat-amat berkesan dengan jangkamasa yang pantas.Beli 2 biji PANADOL ACTIVE FAST di kedai runcit yang berdekatan,makan 2 biji dan minum segelas air suam,dalam 30min sakit gusi anda akan hilang.Selamat mencuba..

Rabu, 18 Februari 2009







MERAWAT PESAKIT LEMAH SYAHWAT

Petang semalam saya berkesempatan merawat seorang pesakit dari Putrajaya yang mengadu zakarnya kurang keras dan pancut awal.Punca masalah ini terjadi apabila beliau pernah berjumpa seorang tukang urut,dimana tukang urut itu menyuruh beliau makan 10biji telur ayam kampung berserta madu dan ibu kunyit selama 10 hari.Selepas beliau makan makanan yang disyorkan tersebut,kualiti seks beliau menurun serta merta dan mengalami lemah otot zakar.Saya no komen dalam hal ini,saya pun teruskan rawatan dengan mengurut point-point lemah tenaga batin seperti bawah buku lali,labu betis,peha dalam,teknik mengasak,mengasah,mengurut dan diakhiri dengan menjabat.Setelah tamat sesi urutan,saya menyuruh pesakit untuk lakukan senaman batin,kemudian saya memberi beliau air ruqyah + madu dan pil tongkat untuk diminum.Malam tadi pesakit melakukan hubungan seks seperti biasa,dan beliau mengatakan ada perubahan sebanyak 30% dimana pancut agak lambat sikit dari biasa,zakar keras sedikit dan merasai sensasi pancutan mani lebih nikmat dari biasa.Alhamdulillah diucapkan,berkat usaha pesakit yang tidak berputus asa untuk mencari rawatan,yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kita jua...
video
video


MERAWAT 2 PESAKIT LELAKI GANGGUAN JIN


Malam tadi saya dan rakan-rakan perawat yang lain berkesempatan merawat 2 pesakit lelaki yang mengalami gangguan jin.Pesakit pertama beliau menghadapi sihir pemisah dimana keluarga pihak isteri menuduh beliau pembawa saka dan bermacam-macam lagi.Jadi pihak keluarga isteri cuba memisahkan beliau dengan isteri dan anak-anak.Pesakit agak tertekan dengan keadaan tersebut,lalu kami melakukan pembacaan ruqyah syar'iyah secara beramai-ramai,dengan serta merta pesakit muntah dengan banyaknya.Lalu kami menekan point-point sihir pemisah seperti di ari-ari,pinggang,perut,dada dan menepuk seluruh belakang pesakit.Pesakit agak lega setelah muntah lalu kami meneruskan rawatan dengan mandian air ruqyah + ais.
Pesakit kedua pula ialah beliau menghadapi badan bergetar-getar ketika solat,sakit kepala yang tak menentu dan bermimpi yang menakutkan.Jadi gangguan jin ini betul-betul mengganggu beliau ketika melakukan ibadat.Kami pun terus melakukan pembacaan ruqyah beramai-ramai dan pesakit kerasukan tapi tidak berkata-kata.Kedua-dua tangan pesakit tiba-tiba seolah bergerak seperti berzikir dan kami juga mengajak jin untuk dialog,tapi gagal dan jin pesakit masih membisu seribu bahasa.Setelah 30min kami tamatkan rawatan dengan diakhiri laungan azan.Pesakit dinasihatkan untuk datang rawatan susulan...Rawatan tamat..

Selasa, 17 Februari 2009



KAIFIAT AMALAN AL IKHLAS

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ).Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Isnin, 16 Februari 2009







MERAWAT WANITA KENA SIHIR

Petang semalam saya didatangi oleh sepasang suami isteri untuk berubat dimana mereka kerap bergaduh dek kerana hal yang kecil dan remeh temeh.Si isteri pula kerap sakit dada,bermimpi melihat ular dan juga bermimpi berada tempat tinggi.Mereka datang lebih kurang pukul 6pm dan saya akhiri rawatan sekitar 7pm kerana sudah hampir waktu senja.Si isteri alami badan terasa panas dan seperti ada benda duduk diatas badan ketika saya sedang membaca ruqyah syar'iyah.Jin kali ini agak cerdik dimana segala kesakitan yang dialaminya akan dipindahkan serba sedikit kepada kepasa jasad pesakit.So,lagi lama saya membaca ayat ruqyah,lagi bertambah sakit jasad pesakit seperti dicubit,panas badan dan sakit kepala yang tersangat kuat.Saya tidak meneruskan rawatan sehingga maghrib kerana amat merbahaya, dimana jin akan semakin ganas menjelang pada waktu itu.Saya menyuruh mereka minum dan mandi limau + ais selama 7hari berturut-turut dan juga mendengar cd ruqyah 1x sehari sebelum tidur.Selain itu pesakit juga diajar zikir pendinding kaedah Syeikh Wahid supaya mantapkan pendinding diri dan pada masa yang sama ia akan mengazab jin yang menghuni tubuh pesakit.Moga pesakit cepat sembuh, aminnn...

Sabtu, 14 Februari 2009










KAEDAH SEMBURAN BAGI JIN YANG CUBA MENERKAM PERAWAT

Bagi kerasukan yang terlalu ganas dimana pesakit bangun dan cuba menyerang perawat,anda boleh sembur air campuran cuka dan garam ke muka pesakit bagi menjinakkan jin tersebut..

-Masukkan 1/2 botol cuka dan 5 sudu garam halus pada spray.
-Bacakan qursy 7x dan tiup 10 saat pada air tersebut.
-Sembur tepat di muka pesakit.
-Kaedah ini hanya untuk kes rasukan yang betul-betul ganas SAHAJA.

Khamis, 12 Februari 2009








TIPS BUANG ANGIN DALAM BADAN

Rebus halia sebesar ibu jari dengan secawan air biasa selama 10min...Minum pada waktu pagi setiap 3hari,insyaAllah badan anda akan segar dan tiada angin dalam badan lagi...








TIPS MERAWAT TUMIT PECAH


Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Selasa, 10 Februari 2009
















AYAT PENAWAR SANTAU DAN RACUN


Baca ayat diatas 21x dan tiup 10saat pada sebiji kelapa muda,minum sehingga habis dan lakukan kaedah ini selama 7hari berturut-turut.

Isnin, 9 Februari 2009



KAIFIAT AMALAN MEMBACA YASSIN

RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.









HUKUM WANITA YANG MENGUBAH BULU KENINGNYA

Menurut Abu Daud:
Al-Namshah ialah wanita yang mengukir bulu kening sehingga menipiskannya. (Pendapat ini adalah pendapat yang paling tepat.)

Menurut Al-Khitabi:
Asalnya daripada kata al-Namsh yangbererti mencabut bulu daripada wajah dengan minshah (pencabut bulu) atau mencabut bulu kening.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)

Huraian & Kesimpulan

Wanita yang menipiskan bulu kening atau mengukir dengan menipiskannya, mencabut sebahagian atau seluruhnya, bererti telah mengubahnya, wanita ini dilaknat dengan perantara lisan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bererti ia tidak mengendahkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan Rasulnya.

Maksudnya, hendaklah menjauhi perbuatan ini yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla dan Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W, agar setiap wanita dapat selamat daripada balasannya dan tidak dijauhkan daripada rahmat Allah S.W.T.

Wanita Yang Meminta Direka Bulu Kening

Iaitu wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu keningnya dengan rela pencabutannya ini, sementara ia tahu bahawa perbuatannya ini diharamkan dan dilarang oleh hukum syarak.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)

Kemudian seorang wanita bertanya kepada nya tentang kebenaran itu, Abdullah menjawab:

"Mengapa aku tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah, padahal disebutkan dalam Kitabullah:"


Ertinya:
"dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya." (Surah Al-Hasyr : 7)

Huraian & Kesimpulan

Allah S.W.T melaknat wanita yang diminta dicabut bulu kening pada wajahnya dan menipiskan bulu keningnya dengan alat penyepit (alat pencabut bulu), sebab tidak diperbolehkan bagi wanita untuk mengubah sesuatupun daripada ciptaan Allah S.W.T. Maka menjauhi perkara ini adalah WAJIB , dan dengan menjauhinya bererti selamat serta memperoleh ganjaran kerana mentaati Allah Azza Wa Jalla bererti mentaati Rasul-Nya S.A.W.

Jumaat, 6 Februari 2009
















KAEDAH MANDIAN JIKA BADAN TERASA BERAT,MALAS,BISA,LESU ATAU SAKIT KEPALA

-Sediakan limau nipis 3 biji dan 1/2 kilo ais.

-Perah 3 biji limau nipis pada sebaldi air paip dan masukkan juga 1/2 kilo ais tadi,gaulkan hingga cair ais tersebut.

-Bacakan dengan kuat fatehah 1x,qursy 1x dan 3qul 1x lalu tiup 10 saat pada air dalam baldi tersebut.

-Pada waktu selepas asar dan sebelum maghrib,mandi dan jirus mulai dari kepala sehingga habis air tersebut,biarkan ia kering pada badan tanpa lap.

INSYAALLAH SEMBUH...







ZIKIR MURAH REZEKI

Amalkan membaca zikir "YA ALLAH" 5000x sehari dengan istiqomah,insyaAllah rezeki akan datang tanpa disangka-sangka dari segenap penjuru..SELAMAT BERAMAL

Khamis, 5 Februari 2009


Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang amat mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui setiap sesuatu.
3. Dengan nama Allah yang maha pencipta, lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia yang menguasai lagi amat mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat bijaksana.
5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat berkuasa.
6. Dengan nama Allah yang amat perkasa lagi mulia yang tidak ada sesuatu pun menyamainya, dan Dia amat perkasa lagi amat mulia.
7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi mengasihani yang tidak ada sesuatupun menyamainya, dan Dia maha pengampun lagi mengasihani, Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia amat mengasihani dari segala-galanya.
8. Dan berselawatlah Allah keatas penghulu kami Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.

KHASIAT BISMILLAH 7 UNTUK MUDAH BERSALIN

-Bacakan pada 4 botol air mineral besar ayat ini 7x lalu tiup 10 saat pada air itu.

-Amalkan minum secawan air tadi setiap hari bila kandungan mencecah 8 bulan sehingga bersalin dan sapu sedikit air tadi pada perut.

-Amalkan ayat ini 1x tiap2 lepas solat dengan istiqomah.

InsyaAllah mudah bersalin...

Selasa, 3 Februari 2009








Apakah ada asasnya dalam syarak bahawa makhluk halus boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke sungai atau ke laut. Bolehkah dipercayai?

Sumber:Laman web Darussyifa
http://www.darussyifa.org/SJ033.php


Soalan..

Banyak kali orang menyebut jin telah ditangkap, makhluk halus telah dipenjarakan, toyol telah dimasukkkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan berbagai dakwaan lain seperti itu? Apakah ada asasnya dalam syarak bahawa makhluk halus seperti itu boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke sungai ke laut. Bolehkah dipercayai? Sila jelaskan.
NAUFAL MOHD AMIN Jeli

Jawapan..

Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang budayanya dicambahi dengan pelbagai kepercayaan dan tahayul. Disebarkan dengan berbagai dakwaan yang kebanyakannya ada yang menyalahi hukum syarak.Masalah makhluk halus adalah masalah kefahaman kepada istilah itu sendiri.

Al-Qurannul karim merujukkannya sebagai syaitan, iblis, jin, ifrit dan beberapa istilah lain dalam hadis yang semuanya merujuk kepada makhluk halus.
Pernah berlaku seketika di zaman Rasulullah s.a.w, ketika baginda mengimamkan solat di Masjidil Haram, tiba-tiba dalam solat itu, kelihatan oleh para sahabat, Rasulullah sedang mengelak daripada sesuatu dan sedang memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak. Selesai solat sahabat bertanya Rasulullah s.a.w, mengapakah gerak geri Rasulullah dalam solat tidak pernah dilihat sebelum itu. Rasulullah menjelaskan kepada mereka, "Bahawa ifrit telah datang kepada ku dengan obor api untuk menganggu solat ku, aku mengelak daripada nyalaan obor api itu dari muka ku dan aku telah menangkapnya dengan tangan. Dan ketika itu aku berazam mengikat ifrit ini pada salah satu tiang di Masjidil Haram, biar selepas itu dilihat dan dimain-mainkan oleh anak-anak kita. Tiba-tiba aku teringat doa Nabi Sulaiman, yang meminta kepada Allah SWT bahawa kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, menangkap dan mengurung makhluk halus ini untuk tidak diberi lagi kepada mana-mana orang, maka aku lepaskan ifrit itu setelah aku terasa lidahnya mula mengena ke lengan aku."
Kejadian ini membolehkan kita mengambil kesimpulan bahawa Nabi Muhammad sendiri pun tidak pernah menangkap atau menambat iblis, jauh sekali memasukkannya ke dalam botol, untuk dibuang ke mana-mana.

Yang berlaku ialah, baginda hendak mengelak dia diganggu, baginda adalan seorang Rasul yang dapat melihat sesuatu yang orang ramai tidak dapat melihatnya. Baginda menangkap hanya kerana ifrit menganggunya, walaupun Nabi Muhammad teringin untuk menambat ifrit, namun mengingatkan doa Sulaiman maka ianya tidak berlaku.

Maka pada saya, soalan saudari tadi tiada asasnya untuk dipercayai hukum syarak. Lagipun makhluk ini diperbuat daripada api (bukan fizikal). Kuasa api ialah kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.

Contohnya, kita melihat kuasa x-ray yang boleh melintasi badan kita, melihat gambar tulang rusuk, tulang belakang dan melihat apa yang ada dalam otak. Malah batu batan yang besar seperti Piramid, juga boleh dilihat apa yang ada di dalamnya dengan menggunakan kuasa cahaya x-ray. Kalau setakat boleh yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya, bermakna makhluk halus boleh masuk dan boleh keluar, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan dalam sesuatu yang bentuknya fizikal?

Botol adalah benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal. Makhluk halus adalah api, dari unsur cahaya, kederasannya adalah sama seperti kederasan cahaya. Tidak perlu dimasukkan ke dalam botol. Dia boleh masuk dan dia boleh keluar bila-bila masa. Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad boleh menangkapnya kerana mereka Rasul. Tetapi tidak disabitkan pada amalan sahabat atau tabiin bahawa mereka boleh menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.

Apa yang ada hanyalah ikhtiar manusia untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w. Tujuan kita ialah memohon Allah menjauhkan makhluk halus daripada kita. Di antaranya yang Nabi sebut dalam Surah al-Baqarah, ayat Kursi dan sebagainya.

Dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, insya Allah dengan kehendak Allah, maka makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya dari badan manusia.
Wallahu a'lam.







PANDUAN PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM/SIHIR

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar
Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir
yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur.

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T
kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikutriwa yat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud)

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan
mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah
memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah.

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di
atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:“Ya Allah. saya
memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi
ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
keatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy)

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari)

Isnin, 2 Februari 2009








MENGAPA KAUM YAHUDI BIJAK PANDAI

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah tabiat terpencil, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah syarikat YAHUDI……)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $USD 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang dungu dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu terpencil dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi dungu, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai, Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Ahad, 1 Februari 2009

















TITIK BEKAM BAGI MERAWAT KEGEMUKAN ATAU MELANGSINGKAN BADAN

Bagi mereka yang sering mengalami masalah berat badan,boleh berbekam di point yang saya tandakan diatas tadi,insyaAllah dengan 3 sesi rawatan iaitu seminggu sekali,berat badan anda akan turun serta merta dan nafsu makan juga terkawal.







LELAKI MALAYSIA TIDAK ROMANTIK ?

Setiap wanita sering kali mengidamkan pasangan berjiwa romantik yang kononnya dapat membahagiakan mereka. Tetapi adakah semua lelaki tergolong dalam kategori itu? Satu kajian antarabangsa yang dijalankan beberapa tahun lalu mendapati lelaki Asia tidak romantik dan sukar menunjukkan sifat penyayang kepada pasangannya. Pendapat umum secara rambang mengatakan kebanyakan lelaki hanya bersikap romantik ketika di awal percintaan tetapi berubah selepas mendirikan rumah tangga. Namun ada yang tidak sedar, kadang kala sifat itu adalah semula jadi dan biasanya dilakukan secara spontan dan bukan dirancang.

Kebanyakan lelaki pula tidak menafikan sifat romantik mereka akan membuatkan pasangannya bahagia dan wanita terasa lebih disayangi, tetapi tidak kurang juga yang berpendapat sifat itu ada kala merimaskan. Bagi lelaki, sifat romantik hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu, mengikut keadaan dan tempat sesuai serta hari sambutan yang diraikan pasangan masing-masing.

Malangnya ada wanita tidak memahami perasaan lelaki yang kebanyakannya sukar menunjukkan sifat romantis dan timbul perkara negatif seperti pergaduhan, krisis, menjalinkan hubungan dengan orang lain dan sebagainya.

Bagi wanita pula hari paling istimewa adalah seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkenalan dan hari kekasih. Mereka selalunya menanti sesuatu yang boleh menjadi kejutan daripada suami atau teman lelaki seperti hadiah, bunga, coklat dan sebagainya.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Suzana Mohd Hoesni, berkata dari sudut psikologi, terdapat banyak teori yang menerangkan mengenai cinta romantik.

Teori itu yang menggunakan pendekatan intimasi pelbagai dimensi dikenali sebagai Teori Tipologi Cinta yang mana setiap individu lelaki mahupun wanita, dikategorikan kepada enam cara gaya cinta. Cinta itu adalah Storge (Kawan Karib), Agape (Pengorbanan), Mania (Kepunyaan), Pragma (Logikal), Ludus (Permainan) dan Eros (Romantis).

“Cinta romantis diklasifikasikan sebagai cinta utama yang ada daya tarikan fizikal. Individu yang mempunyai cinta Eros juga obses dengan pasangannya. Mereka selalu menginginkan perpaduan dalam perhubungan cinta termasuk minat dan identiti. Perhubungan cinta Eros itu juga penuh dengan keindahan dan kemesraan yang ditunjuk sepenuhnya dengan membabitkan perasaan menyeluruh, mantap dan termaktub.

“Antara lain, individu berkenaan juga mahukan pasangan menikmati kegemilangan cinta dengan mengingati semua peristiwa dan aktiviti yang dilakukan, memberi hadiah dan mempamerkan kemesraan kepada pasangannya,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Hasil kajian terdahulu mendapati bahawa gaya cinta yang cenderung dimiliki wanita adalah Storge, Pragma dan Agape, manakala jenis cinta yang sering dimiliki lelaki adalah Ludus yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berada dalam lingkungan akhir remaja sehingga dewasa awal.

Suzana berkata, satu kajian dijalankan untuk memahami mengenai kewujudan cinta di kalangan pasangan berkahwin mendapati gaya cinta yang cenderung dimiliki mereka mempunyai kepuasan perkahwinan tinggi terdiri daripada golongan Storge dan Eros, manakala mereka yang mempunyai kepuasan perkahwinan yang rendah berkait rapat dengan gaya cinta Ludus.

Bagi seorang pekerja sebuah syarikat permotoran, Mohd Syaiful Zainol, 23, yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang, berpendapat romantik adalah sesuatu yang subjektif. Sifat ini bukan ada pada semua lelaki tetapi ia datang dari hati seorang yang mahu memberikan kasih kepada insan tercinta.

“Romantik itu bukan sekadar memberi patung beruang (teddy bear), kad yang penuh dengan kata cinta, bunga pada hari teristimewa, berpegangan tangan ketika berjalan bersama dan makan dengan bercahayakan lilin di hotel mewah atau restoran. Tetapi lebih romantik sekiranya lelaki itu membelai kekasihnya, mengesat air mata ketika dia dalam keadaan sedih serta memberi kata-kata yang romantis mengikut waktu yang bersesuaian.

“Romantis tidak boleh dibuat-buat atau berlakon kerana itu seperti tidak ikhlas, bagaimanapun romantis datang dari hati dan naluri yang inginkan wanita itu mengingati ketika saat genting seperti pergaduhan dan sebagainya. Sifat romantik perlu dihargai oleh wanita kerana ia adalah masa yang sukar dikecapi oleh mereka,” katanya.

Ada lelaki yang secara zahirnya dilahirkan dengan sikap yang sangat diidamkan setiap wanita. Selalunya lelaki seperti itu, akan melayan kerenah wanita tanpa mengeluarkan perkataan yang menyinggung. Mereka juga menghargai seorang wanita seperti 'menatang minyak yang penuh serta tidak akan membiarkannya tumpah walaupun setitik'.

Lelaki seperti itu sering melayan kekasih dengan lembut di mana cara itu, akan membuatkan wanita yang mendampinginya berasa seperti dimanjakan dan selamat. Bagaimanapun, awas lelaki seperti itu, bukan semuanya boleh dipercayai. Mereka juga ada kala akan mengambil kesempatan tanpa disedari.

Recommend this article...







5 SEBAB UTAMA LELAKI PANCUT AWAL

1- Sensitivity melampau pada kepala zakar anda yang menyebabkan mekanisma pancutan di dalam badan anda menghasilkan KEKEJANGAN.. Kekejangan ini menyebabkan keinginan melampau untuk pancutan. Pada ketika ini pancutan tidak dapat dihalang lagi.

2- Keinginannya terlalu melampau hinggakan seakan-akan tiada cara yang boleh menghalangnya.

3- Keberahian yang Terlalu Tinggi disebabkan oleh kelenjar seks yang terlalu aktif. Hormon mengawal ksemua bahagian seksual anda daripada keberahian hinggalah ke pancutan. Apabila anda merasa berahi, kelenjar seks dengan pantas akan mengepam hormon ke saluran darah anda.

4- Pancutan pramatang berlaku apabila tahap hormon seks anda menjadi terlalu tinggi. Hormon anda menjadi tidak seimbang dan anda TIDAK AKAN dapat mengawal pancutan anda.

5- Keletihan dan kepenatan selepas bekerja.Badan yang terlalu letih juga akan membuatkan anda cepat pancut.







PETUA MELEMBUTKAN AYAM KAMPUNG

Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut.







15 RAHSIA WANITA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.







IKTIBAR DARI POHON SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.