Pembaca Setia...

Khamis, 29 Januari 2009










TITIK BEKAM UNTUK MERAWAT RESDUNG YANG KRITIKAL

Bagi pesakit resdung yang kritikal,anda boleh berbekam pada point seperti diatas sebanyak 3x iaitu seminggu sekali selama 3 minggu berturut-turut,insyaAllah sembuh.

Rabu, 28 Januari 2009








ALAHAI..BERUNTUNGNYA MENJADI SEORANG ISTERI

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.






JIN KAFIR TIDAK SUKA PADA MINYAK ARAB SEPERTI KASTURI DAN ATTAR

Kita boleh kenal pasti jin itu beragama islam atau kafir dengan meletakkan sedikit minyak attar/kasturi pada hidung pesakit yang kerasukan,jika jin itu menyumpah atau pesakit mual nak muntah,maka jin itu adalah jin kafir.






KAEDAH KETUK JIN PADA DAHI PESAKIT

Bagi pesakit kerasukan jin yang agak ganas,anda juga boleh cuba ketuk dibahagian dahi pesakit menggunakan jari telunjuk anda dengan membaca ulang2 ayat al-mukminun 115,insyaAllah kepala jin akan retak dan kurang mengganas.Selamat mencuba..








TITIK BEKAM BAGI PESAKIT LEMAH SYAHWAT

Bagi kaum lelaki yang mengalami masalah lemah syahwat,berbekam pada point bahagian belakang badan seperti disebelah dapat menyembuhkan masalah anda dengan efektif dan cepat,insyaAllah...

Selasa, 27 Januari 2009










PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN MELALUI KAEDAH BEKAM SUNNAH

Bekam sunnah mampu menyembuhkan lebih 200 jenis penyakit dan diantaranya ialah kegemukan,untut,sakit pinggang,sakit perut,sembelit,penyakit jantung,alergi makanan,sengal tulang sesak nafas,asma,insomnia,cirit birit,kejang otot,kencing manis,hempedu,penyakit lemah tenaga batin,kencing malam,tonsil,gatal-gatal,radang usus,stress,haid tidak teratur,ginjal,darah tinggi,sakit lutut,sakit kaki,sakit tulang belakang,gangguan jiwa,sihir,saka,stroke,gout,bisul,kurang antibodi,sinus,buasir,mandul,migrain,sakit punggung,sakit bahu,badan kurus,kurang mendengar,ketagihan merokok,jangkitan kuman,tingkatkan daya ingatan,slaah urat,lumpuh,penyakit mata,penyakit telinga,batuk kronik,penyakit rahim,tekanan darah rendah,bisu,kanser otak dan banyak lagi...







TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama











GAMBAR PELIK 1


Kisah kerusi ler nie..kat jabatan kerajaan mana ntah..sampai kerusi dah takde kaki pun mereka letak lagi dan still tak diganti yang baru.. :)

Jumaat, 23 Januari 2009






TIPS HILANGKAN DAKI DI LEHER

Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten.







TIPS MENANGANI MASALAH UBAN DIKEPALA

Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari.InsyaAllah uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.






PENYEMBUHAN TERAPI AL QURAN UNTUK SERING KEGUGURAN

Seorang gadis remaja bernikah pada usia yang masih muda.Pada tahun pertama dia telah hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.Namun pada kehamilan berikutnya dia selalu keguguran sebelum genap bulan ketiga dari kehamilannya.Perkara ini tersu berlangsung hingga tahun-tahun berikutnya.Dia telah melakukan pemeriksaan doktor dan melakukan diet secara teratur namun hasilnya belum memuaskan.

Rupanya takdir Allah menghendaki kesembuhannya.Dia mendapat petunjuk untuk menemui seorang ahli terapi ruqyah yang bersedia datang untuk merawatnya pada masa-masa kehamilan.Ketika dia kembali hamil,ahli terapi ruqyah itu datang lalu membacakan lafaz-lafaz ruqyah sepanjang masa kehamilannya.Selain itu dia juga menasihati wanita itu untuk merawat dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat.Hasilnya wanita itu berjaya melahirkan secara semulajadi, demikian juga pada kehamilan berikutnya dan semua anaknya dalam keadaan sihat wal afiat.

Ayat-ayat ruqyah untuk kesembuhan ini ialah al-fatehah 7x,al isra 82 7x,anbiya 89 7x dan selawat syifa 7x.

Sumber:Buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN






PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK PENYAKIT KULIT

Seorang wanita mengalami penyakit kulit yang cukup parah hingga seluruh tubuhnya penuh dengan bintik-bintik.Berbagai kaedah perubatan telah dicuba namun hasilnya tidak memuaskan.Akhirnya dia pergi keluar negeri untuk mencuba perubatan yang lebih moden/hebat ternyata dia tetap gagal.Akhirnya saudaranya yang tinggal dinegara yang sedang dilawatinya berkata "Saudariku,kamu telah mencuba berbagai perubatan dan tidak ada perubahan.Apa pendapatmu jika kita mencuba terapi ruqyah syar'iyah ?"

Wanita itu agak ragu-ragu sebab dia harian bagaimana mungkin lafaz-lafaz jampi boleh menyembuhkan sakit yang dideritainya.Akhirnya dia bersetuju untuk menjalani terapi ruqyah syar'iyah tersebut.Hasilnya belum genap sebulan menjalani terapi itu dia telah merasakan perubahan positif dalam penyembuhan.

Ayat-ayat terapi ruqyah syar'iyah untuk penyembuhan penyakit nie selalunya kita guna al-fatehah 7x,al isra 82 7x,fushilat 44 7x dan selawat syifa 7x ditiup pada ubun-ubun dan 2 botol besar air mineral untuk dibuat minum selama seminggu.Pesakit perlu menjalani terapi setiap minggu sehingga pulih sepenuhnya.

Sumber:Buku HIKMAH TERAPI AL QURAN

Khamis, 22 Januari 2009







MASALAH TENAGA BATIN LELAKI

MASALAH prostat, lemah tenaga batin dan andropause atau penurunan hormon lelaki adalah antara yang sering dikemukakan oleh pesakit lelaki di Hospital Selayang.

Ketua & Pakar Perunding Urologi Jabatan Urologi, Dr Rohan Malek berkata, tahap kesedaran yang semakin meningkat antara punca mengapa lebih ramai lelaki tampil bertemu doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah yang dihadapi mereka. “Berdasarkan rekod hospital didapati 60 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tampil berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai gejala penyakit yang dihadapi. Antaranya seperti gejala prostat yang menyebabkan pesakit kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil dan aliran air kencing kurang deras. Kebanyakan pesakit menyangka ia normal dan berkaitan dengan usia meningkat sedangkan ia adalah penyakit yang memerlukan rawatan dan dikenali sebagai prostat,” katanya.

Katanya prostat atau masalah salur kencing tersumbat adalah antara penyakit yang sering dihadapi lelaki berusia 50 tahun ke atas. Ia mungkin disebabkan perubahan hormon dan boleh merebak menjadi barah jika tidak dirawat. Malah dijangkakan barah prostat semakin meningkat di masa depan. Berdasarkan kempen yang dijalankan oleh Hospital Selayang sebelum ini, dianggarkan 1 hingga 2 peratus lelaki ditemui mengalami barah prostat.

Satu lagi penyakit yang dihadapi lelaki ialah masalah berkaitan tenaga batin. Menurut Dr Rohan, walaupun semakin ramai lelaki bersikap terbuka untuk membincangkan mengenai masalah tenaga batin berbanding sepuluh tahun lalu, bilangannya masih rendah. Dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus lelaki yang lazimnya sudah berusia 50-an datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mereka sedar terdapat kaedah untuk memulihkannya. Selebihnya masih dibelenggu perasaan malu.

“Kebanyakan lelaki yang datang mengadu menghadapi masalah tenaga batin terdiri daripada lelaki berumur. Sesetengahnya datang kerana alasan tersendiri seperti beristeri muda atau selepas gagal memulihkan masalah berkenaan secara rawatan tradisional. Antara masalah tenaga batin adalah lemah keinginan seks, masalah ereksi, masalah ejakulasi (pancutan air mani) sama ada terlalu cepat atau tidak keluar langsung,” katanya.

Lemah tenaga batin boleh berpunca daripada kesan penyakit seperti darah tinggi, diabetis, ubat yang dimakan, masalah psikologi seperti keresahan atau tekanan, trauma dan masalah endokrin (hormon).

“Masalah seks juga disebabkan oleh pengurangan hormon lelaki (testosteron) apabila usia meningkat senja. Ia seperti menopause yang dialami wanita cuma bezanya hormon lelaki tidak putus terus tetapi tidak mencukupi. Bagaimanapun bukan semua lelaki mengalaminya,” katanya.






WAKTU TERBAIK MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

KAJIAN perubatan mendapati hubungan seks yang dihadkan atau ditumpukan kepada waktu ‘subur’ saja tidaklah berkesan. Malah melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu ‘subur’ atau sebaliknya (berselang sehari atau berselang dua hari) adalah lebih berkesan dalam mendapat kehamilan. Mungkin tertumpu kepada waktu subur lebih mendatangkan tekanan sehingga mengganggu kesuburan, mungkin juga waktu subur terbabit sebenarnya bukanlah waktu subur.

Mengeluarkan air mani setiap hari mungkin boleh mengurangkan jumlah bilangan sperma yang ada pada setiap ejakulasi. Sperma dihasilkan setiap hari oleh testis dan disimpan sementara waktu di dalam epididimis.

Mengeluarkan air mani berselang hari bermakna anda mengeluarkan stok sperma untuk sebanyak bilangan hari terbabit. Mengeluarkan air mani setiap hari bermakna anda mengeluarkan stok sperma yang baru dihasilkan pada hari itu (stok hari sebelumnya mungkin sudah banyak habis dikeluarkan).

Sperma boleh bertahan sehingga 72 jam di dalam badan wanita (ada sperma yang hayatnya hanya beberapa minit saja). Melakukan hubungan seks setiap berselang sehari atau 2 hari memastikan sperma sentiasa ada di dalam saluran falopian wanita. Jika tepat masanya berlaku ovulasi dan telur memasuki saluran falopian, maka ia berpeluang disenyawakan oleh sperma yang sudah sedia menunggu.

Waktu hubungan seks tiada kaitan dengan peluang kehamilan. Ikutlah keselesaan anda berdua. Secara teori, mungkin waktu malam lebih elok memandangkan isteri terus berbaring selepas itu, maka tidak banyak air mani akan keluar dari farajnya.

Menggunakan suhu badan isteri juga tidak begitu tepat. Jika kitaran isteri sangat tepat, anda boleh menjangkakan bila berlakunya ovulasi (pengeluaran telur) iaitu 14 hari sebelum tarikh haidnya yang akan datang. Jika tidak, gambaran ini boleh dibuat berdasarkan corak kitaran haid yang lalu.

Pada waktu suhu badannya menurun, ovulasi baru saja berlaku atau ia sudah berlaku dalam masa 48 jam yang lalu, anda mungkin sudah terlepas peluang itu. Ini boleh dibantu dengan ujian air kencing (mengesan kehadiran LH) setiap empat jam, ia boleh memberi tekanan kepada isteri, harganya juga mahal.

Tempoh mencuba bergantung kepada kehendak masing-masing. Sebagai panduan, bagi pasangan yang tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan kesuburan, tempoh setahun digunakan sebelum mendapatkan rawatan perubatan.

Mendapatkan rawatan lebih awal tidak salah, cuma besar kemungkinan isteri anda akan hamil dengan sendirinya dalam masa setahun terbabit, seperti kira-kira 90 peratus pasangan yang lain. Hanya 10 peratus pasangan saja yang masih gagal hamil setelah setahun mencuba.

Rabu, 21 Januari 2009







TIPS MEMBASUH PAKAIAN TERKENA CAT

Rendamkan pakaian dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian cuci dengan air sabun. Bilas seperti biasa.InsyaAllah berhasil...






TIPS MENGATASI SINKI TERSUMBAT

Bagi mengatasi masalah sinki tersumbat, ambil segenggam garam kasar dan letakkan dilubang sinki. Gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam sinki tersebut dimulai dengan membaca BISMILLAH. InsyaAllah sinki tidak akan tersumbat lagi..






NANAS SEMBUHKAN PENYAKIT BATU KARANG

Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari.Sebaiknya sebelum minum,air nanass itu dibacakan fatehah 3x dan al mukminun 115-118 3x dan tiup 10 saat pada air tu.InsyaAllah mujarab...

Selasa, 20 Januari 2009







PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK PENYAKIT ANEH

Seorang wanita menderita penyakit aneh disekitar dada dan punggungnya mengakibatkan nafasnya menjadi sesak dan susah bergerak.Dia kerap membaca surah Al-Fatehah 7x sambil memegang bahagian tubuhnya yang sering terasa sakit.Setelah membiasakan bacaan itu,ternyata sakitnya sembuh dalam waktu yang sangat singkat.Kesimpulannya, kita boleh mengubati sebarang penyakit fizikal yang ada pada diri kita dan juga keluarga dengan meletakkan tangan pada tempat yang sakit sambil membaca fatehah ulangan 7x sehari dengan istiqomah.

SUMBER:Dari buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN






PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK SAKIT BUAH PINGGANG

Seorang lelaki menderita penyakit kegagalan buah pinggang yang begitu lama sehingga dia harus menjalani cuci darah yang meletihkan.Dalam fikirannya hanya ada kematian yang boleh datang bila-bila sahaja.Ketika itu dia belum berfikir untuk mencuba perubatan terapi ruqyah syar'iyah kerana dia belum mengetahui betapa besarnya manfaat dan pengaruh penyembuhan yang akan didapati untuk penyakit yang dideritainya dengan ruqyah syar'iyah dan bacaan ayat-ayat Al Quran.

Akhirnya dia disarankan untuk mencuba kaedah perubatan tersebut.Setelah mencuba terapi ruqyah dia memperolehi penyembuhan hanya dalam waktu beberapa bulan sahaja.Ayat-ayat untuk penyembuhan buah pinggang ialah fatehah 7x,selawat syifa 7x dan al mukminun 115-118 7x.

SUMBER :Dari buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN






PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK PENYAKIT KEJANG

Tersebutlah seorang anak kecil yang menderita penyakit kejang.Penyakit itu bermula sejak dia berumur 2-5 tahun.Orang tuanya telah berusaha mengubatinya ke pelbagai hospital,bahkan berbagai ubat telah dicuba demi untuk penyembuhan anaknya.

Pada suatu hari ketika berkunjung ke hospital orang tua si anak mendapat cadangan dari salah seorang yang ditemuinya agar membawa anaknya kepada ahli ruqyah syar'iyah yang dikenalinya.Akhirnya mereka menurut cadangan tersebut dan secara perubatan dan terapi ruqyah berlangsung selama setahun.Hasilnya si anak telah kembali sihat dan tidak pernah lagi mengalami kejang-kejang.Ayat-ayat ruqyah untuk penyakit kejang ialah fatehah 7x,selawat syifa 7x dan yasin 78-79 7x.

SUMBER:Dari buku HIKMAH TERAPI AL QURAN

Isnin, 19 Januari 2009








ARTIS SANTAU ARTIS

Dipetik dari Metro Ahad 18/1/2009


KUALA LUMPUR: Perang mulut di kalangan artis sehingga timbul persengketaan mungkin perkara biasa dalam industri hiburan, tetapi agak mengejutkan apabila ada segelintir yang bertindak keterlaluan, termasuk mengenakan santau, demi melunaskan dendam atau membunuh terus karier rakan seperjuangan mereka.

Berdasarkan ‘cakap-cakap di kalangan artis’, Metro Ahad berjaya mengesan enam artis yang mengakui pernah menjadi mangsa perbuatan khianat itu.

Biarpun difahamkan jumlah mereka sebenarnya lebih ramai, kebanyakannya keberatan bercerita lanjut dan mendedahkan identiti masing-masing kerana bimbang disalah tafsir oleh masyarakat. serta tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah pengakuan dan pengalaman enam artis terbabit, termasuk seorang penyanyi wanita yang enggan namanya disiarkan, kepada wartawan Metro Ahad, NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN.


ALMY NADIA AMINUDDIN SHAH, 23

PELAKON drama bersiri Dunia Baru di TV3 itu mengaku terkena buatan individu tertentu pada pertengahan tahun lalu, tidak lama selepas namanya dikenali ramai serta menerima banyak tawaran daripada pengarah.

Akibatnya, dia sering meracau dan tidak sedarkan diri, selain kariernya dalam lakonan hampir musnah.

“Saya terpaksa berehat berbulan-bulan lamanya akibat masalah santau itu. Sakit berkenaan kebiasaannya menyerang setiap kali waktu Maghrib dan ketika itu saya tidak sedar apa berlaku. Keluarga memaklumkan saya lebih banyak meracau serta mampu berbahasa asing.

“Ketika berubat di Pulau Pinang, lelaki yang merawat memaklumkan, saya terkena santau makanan. Katanya, saya terlalu baik dan menerima saja pemberian orang, menyebabkan ada yang busuk hati mengambil kesempatan atas perkara itu.

“Rezeki saya tertutup sepanjang tempoh berkenaan. Syukur semuanya kini berakhir,” katanya yang kini hangat bercinta dengan seorang pelakon baru lelaki.

ADAM AF2, 25

ARTIS kacak yang menjadi kegilaan remaja wanita ini berkata, kejadian menimpanya berlaku antara 2006 hingga 2007 apabila dia tiba-tiba berubah sikap menjadi pemalas, selain panas baran terhadap sesiapa saja.

Adam berkata, pada mulanya dia tidak tahu apa berlaku terhadapnya sehinggalah dimaklumkan oleh beberapa peminat serta ustaz mengenai santau yang dihantar kepadanya oleh seseorang yang turut terbabit dalam industri hiburan.

“Sepanjang tempoh kira-kira enam bulan, saya jadi pemalas untuk mengikuti pelbagai aktiviti promosi yang diaturkan untuk saya. Saya juga menolak banyak pertunjukan pentas. Dalam masa sama, saya sering bermain dengan perasaan hingga hampir jadi gila.

“Saya tidak sakit, tetapi kerap membuat alasan mengapa perlu hadir untuk promosi dan sebagainya. Akibatnya, pintu rezeki saya terjejas manakala peminat serta pihak media mula menjauhkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa peminat prihatin yang bertemunya memaklumkan dia terkena buatan orang. Terkejut dengan perkara itu, Adam bertemu beberapa ustaz yang turut memaklumkan perkara sama.

Adam kemudian mula berubat dan bersyukur kini pulih sepenuhnya daripada bencana itu.

“Biar tuhan saja yang membalas dan tidak perlu saya mengikut langkah individu busuk hati terbabit,” katanya.

IFA RAZIAH, 33

ARTIS yang tidak lekang daripada kontroversi ini mendakwa pernah menjadi mangsa santau angin yang dipercayainya angkara seorang artis wanita yang cemburu dengan kejayaan dikecapinya.

“Saya mengalami muntah darah, sakit seluruh tubuh selain kadangkala seperti lumpuh untuk tempoh kira-kira sebulan, dan ketika itu saya sedar pasti ia punca buatan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya bertemu pengamal perubatan tradisional dan hasil daripada rawatan, keadaan saya kembali pulih. Berdasarkan maklumat diberi, ia angkara seorang rakan artis tetapi saya tidak membalas, sebaliknya mendiamkan perkara itu,” katanya yang mempunyai perniagaan sendiri.

Ketika rawatan, pengamal perubatan itu mengeluarkan miang rebung dan serpihan kaca daripada tubuhnya, selain memaklumkan santau terbabit disediakan bomoh Siam.

REDZUWAN ISMAIL (CHEF WAN), 49

TIDUR chef sensasi ini sering terganggu dengan siling kediamannya kedengaran seperti sesuatu merangkak, mencakar dan pelbagai lagi bunyi menyeramkan.

“Seluruh tubuh saya bengkak, gatal dan panas selama berminggu-minggu, manakala tapak kaki pula seolah-olah ditusuk jarum, menyebabkan kesakitan tidak terperi.

“Puas saya pergi bertemu doktor tetapi tiada kesan sebelum akhirnya saya berjumpa tiga ustaz yang memaklumkan saya terkena buatan orang. Individu terbabit dikatakan menghantar hantu raya bagi mengganggu hidup saya seharian,” kata chef berusia 49 tahun ini.

Menurut bapa kepada pelakon terkenal, Serina, itu situasi dialaminya memaksa dia berehat daripada dunia hiburan buat seketika sebelum pulih selepas berubat.

Chef Wan berkata, siling kediamannya berlubang ketika ustaz yang membantunya menangkap hantu yang kemudian dimasukkan ke dalam botol.


MOHD RAFIK ABDUL RAHMAN (PIAN CECUPAK), 39

ARTIS yang dicungkil bakatnya melalui program realiti TV ini mendakwa mengaku menerima pukulan perang santau daripada dua artis terkenal tanah air yang kini nama masing-masing ‘meletup’ di mata peminat.

“Ia berlaku untuk lebih setahun dan berdasarkan pengamal perubatan yang saya temui, ia membabitkan dua artis iaitu seorang wanita dan seorang lagi lelaki.

“Santau dihantar artis wanita terbabit menyebabkan saya kehilangan nafsu syahwat, manakala pinggang pula terasa sakit setiap masa. Artis lelaki itu pula mahu memastikan bidang nyanyian saya terkubur dengan menghantar santau, menyebabkan saya tidak mampu membuat persembahan pentas,” katanya.

Akibatnya, beliau terlantar sakit dan sukar melaksanakan tawaran persembahan diberi. Beliau bertemu doktor tetapi dimaklumkan tidak menghidap penyakit sebelum berjumpa beberapa pengamal perubatan tradisional sebelum pada pertemuan terakhir, semua santau terbabit dapat dikeluarkan.

“Bomoh terbabit mengeluarkan jarum berkarat dari bahagian pinggang saya yang dihantar oleh artis wanita itu. Dari tekak pula, dia membawa keluar daun pandan diikat seperti reben dan ia adalah perbuatan artis lelaki.

“Bomoh berkenaan turut berjaya mengeluarkan gumpalan rambut, kaca selain kahak, seolah-olah nanah. Saya cukup terseksa ketika menerima rawatannya, tetapi syukur kini semuanya berakhir,” katanya yang enggan membalas perbuatan terbabit.


PENYANYI WANITA BERUSIA 20-AN

PENYANYI ini berkata, kejadian menimpanya berlaku tahun lalu. Akibat kejadian itu, dia hilang suara secara tiba-tiba untuk tempoh beberapa bulan, selain mengalami pelbagai insiden pelik sehingga menjadi tidak keruan.

“Selepas mencuba pelbagai cara untuk merawat penyakit saya, alhamdulillah keadaan saya semakin pulih dan saya diberitahu, pihak yang mengenakan penyakit ke atas saya adalah orang yang saya kenali serta turut terbabit dalam dunia hiburan.

“Cukuplah setakat itu saja , saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Lagipun, saya anggap ini masalah peribadi dan tidak mahu ia berpanjangan. Biar Tuhan saja yang menentukan segala-galanya,” katanya.


Sihir tidak mengenal mana-mana lapisan masyarakat....semua lapisan masyarakat nampaknya sudah terlibat. Yang menyihir guna bomoh dan yang disyaki kena sihir pun besar kemungkinan jumpa bomoh juga sebabnya perawat mereka boleh teka-teka atau telek-telek lagi siapa yang nak kenakan mangsa tu ...satu sikap yang amat bertentangan dengan kaedah rawatan islam.





SUSUK ADA UNSUR SYIRIK

Dipetik dari Harian Metro

Perbuatan memakai susuk walau dengan apa niat dan cara sekali pun, hukumnya haram di sisi Islam berikutan penggunaannya mempunyai unsur syirik dan secara terang-terangan cuba mengubah kejadian Allah SWT.

Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ahmad Shukri Yusof, berkata meskipun ada pengamal perubatan tradisional mendakwa mereka mengamalkan kaedah yang tidak bertentangan dengan hukum Islam apabila tidak menanam bahan tertentu seperti besi atau logam dan hanya menggunakan ayat al-Quran, ia tetap meragukan dan perlu dijauhi.

"Kaedah pemakaian susuk biasanya ada kaitan dengan amalan sihir dan jika membabitkan sihir pasti ada penyelwengan.

"Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas ada yang tidak kena. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran," katanya.

Ahmad Shukri berkata, pemakaian susuk juga berisiko mempengaruhi seseorang itu mempercayai kuasa lain selain kuasa Allah.

"Apabila pemakai susuk mula berasakan kelainan yang dikehendaki seperti menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian kerana kecantikan, timbul perasaan semuanya berpunca daripada susuk digunakan.

"Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar," katanya.

Ahmad Shukri berkata, Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk.

"Bagi wanita, Islam hanya membenarkan mereka berhias untuk suami semata-mata dan bukan menunjuk-nunjuk kepada pihak lain. Apabila memakai susuk, ia secara tidak langsung cuba menarik perhatian orang lain dan dosa yang ditanggung menjadi lebih besar," katanya.

Ahmad Shukri berkata, pemakai susuk juga disifatkan sebagai individu yang tidak mensyukuri pemberian Allah.

Katanya, manusia adalah sebaik-baik kejadian dan setiap manusia perlu menghargai kesempurnaan yang diberi, tetapi jangan sampai ke tahap yang menimbulkan riak.

"Sesiapa yang memakai susuk perlu mengeluarkannya semula dan segera bertaubat memohon keampunan Allah," katanya.

Sabtu, 17 Januari 2009








NIKMAT SEKS LUAR BIASA

Dipetik dari WARTA PERDANA


Kuala Lumpur: Seorang isteri muda sanggup menggunakan khidmat jin bagi membangkitkan seks luar biasa suaminya sewaktu melakukan hubungan intim. wanita berusia 28 tahun itu sanggup berbuat demikian semata-mata untuk memastikan dia mendapat kasih sayang lebih berbanding isteri pertama.

Pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Mahmud yang mendedahkan kisah benar ini berkata, ilmu yang digunakan wanita itu memang menjadi kerana selera seks suaminya cukup luar biasa setiap kali mereka bersama. "Bayangkan, ketika di rumah isteri muda lelaki itu berupaya melakukan hubungan intim sampai 10kali semalaman. Peliknya ketika pulang ke rumah isteri pertama, nafsunya tiba-tiba kendur dan ada ketikanya lelaki itu langsung tidak berselera dengan isteri tua" katanya. Ustaz Abdullah berkata, lama kelamaan lelaki itu seronok bersama isteri muda dan sejak itu berbulan-bulan dia tidak mempedulikan isteri pertama. Lelaki itu lebih seronok di rumah isteri kedua kerana menikmati keseronokan luar biasa yang tidak pernah dinikmatinya sebelum hidup bermadu.

Bagaimanapun, rahsia seks luar biasa isteri mudanya terbongkar apabila pada suatu hari lelaki itu mendapati berpuluh kulit telur dan beberapa ketul kemenyan berselerak dalam bilik air. Rupa-rupanya isteri mudanya terlupa membuang semua 'makanan' itu selepas menjamu jin tersebut yang menjadi sahabatnya. Apabila si suami mendesak isteri mudanya menceritakan perkara sebenar barulah terbongkar rahsia seks luar biasa wanita itu.

Isteri muda itu mengaku menggunakan khidmat jin untuk membangkitkan nafsu ghairah suaminya supaya melupakan terus isteri pertamanya. Oleh kerana tidak mahu akidah isteri mudanya terjejas lelaki itu membawa wanita itu berjumpa Ustaz Abdullah untuk mendapatkan kaunseling selain membuang ikatan persahabatannya dengan jin tersebut.

Alhamdulillah dengan ikhtiar yang saya lakukan wanita itu kini bebas daripada ikatan persahabatan dengan jin dan dia kini insaf kerana menyekutukan Allah. Kini isteri muda itu banyak melakukan amal ibadat dan hubungannya dengan isteri pertama tak ubah seperti adik beradik , katanya.

Jumaat, 16 Januari 2009







TIPS SEMASA MENGURUT ORANG

Untuk hindari badan kita masuk angin atau dimasuki jin semasa mengurut,sila baca zikir "YA LATIFF" banyak-banyak dalam hati semasa sedang mengurut orang.Kaedah ini juga akan memudahkan kita mengurut kerana urat-urat dan otot pelanggan kita akan jadi lembut dan diri kita juga selamat dari sebarang risiko serangan jin.


AMALAN BAGI INDIVIDU YANG BERMASALAH DALAM KERJAYA ATAU PERNIAGAAN

Bagi mereka yang sering gagal dalam kerjaya baik kerja makan gaji atau berniaga.Sila lakukan amalan seperti yang saya sebut dibawah :-

1) Perdengarkan Mp3 Ruqyah Syariah (http://mp3ruqyah.com) 1x sehari sebelum tidur,ini untuk mengeluarkan jin/unsur-unsur negatif dalam badan.

2) Wiridkan surah Al Insyirah ini 7x tiap-tiap lepas solat dengan istiqomah.

3) Sebelum keluar rumah untuk bekerja/berniaga,bacalah surah ini sebanyak 7x dahulu.

InsyaAllah rezeki anda tidak sempit lagi dan dipermudahkan segala urusan..

Rabu, 14 Januari 2009






KHASIAT SOLAT DARI KAJIAN UNIVERSITI MALAYA

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?


Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan dengan Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Selasa, 13 Januari 2009







GADIS MANGSA PUKAU

KERATAN Kosmo! 8 Januari 2009

RANTAU PANJANG - "Saya sedih dengan sikap cucu saya yang menghilangkan diri selepas diselamatkan oleh polis ketika dikurung dalam sebuah rumah oleh seorang lelaki di Sungai Golok, Thailand."

Demikian luahan Yaacob Yazib, 80, yang merupakan datuk kepada Siti Aida Norbani Mustafa, 22, yang sebelum ini mendakwa telah menjadi mangsa pukau dan dilarikan oleh seorang lelaki Thailand di negara jiran itu.

Cerita Yaacob, dia sendiri tidak mengetahui di mana cucunya menghilangkan diri selepas diselamatkan oleh polis Malaysia dengan bantuan polis Thailand di Pangkalan Gergaji, Sungai Golok, Rabu lalu.

Katanya, selepas mengetahui cucunya yang berasal dari Kampung Bukit Payung, Terengganu dikurung di sebuah rumah di negara jiran itu, dia terus membuat laporan di Balai Polis Rantau Panjang, sehari sebelum cucunya diselamatkan.

"Saya amat mengharapkan Siti Aida pulang ke rumah saya di sini sekiranya cucu saya itu tidak mahu pulang ke rumah keluarganya di Terengganu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kajang di sini semalam.

Khamis Kosmo! melaporkan Siti Aida Norbani mendakwa dipukau oleh seorang lelaki Thailand ketika membeli-belah seorang diri di pasar pagi Sungai Golok, dua minggu lalu.

Nota: Untuk anak-anak gadis diluar sana, berhati-hatilah...dunia sekarang penuh dgn macam-macam tipudaya. Tak cukup dengan minuman, gula-gula, pil dan sebagainya yang boleh menghilangkan ingatan sekarang macam-macam sihir juga digunakan untuk mempergunakan mungkin untuk merosakkan anak-anak gadis ni.Amalkanlah sedikit sebanyak doa-doa pelindung diri seperti 3 qul 1x tiap-tiap lepas solat semoga sentiasa dilindungi Allah.

Isnin, 12 Januari 2009

video

JIN MENJERIT KESAKITAN

Ahad tadi sempat juga saya singgah sebentar di Pusat Rawatan Terapi Al Quran Klang untuk membantu kawan-kawan merawat pesakit gangguan jin.Tetapi memandangkan ramai perawat bertugas disana,so saya jadi tukang rakam video jer ler...So sempat ler tengok aksi-aksi perawat beramai-ramai membelasah jin pesakit..maka menjeritler jin itu kesakitan....







WUJUDKAH HANTU ?

Perkataan HANTU wujud dari fikiran manusia.Dari perkataan TUHAN,manusia mengubah dengan membalikkan perkataan itu kepada HANTU.Mereka takut kepada TUHAN dimasa yang sama mereka juga takutkan HANTU,padahal pengertian kedua-dua perkataan itu amat jauh berbeza sama sekali.Hantu adalah perkataan pemujaan jin,hantu sebenarnya tidak wujud dan tidak tersebut langsung dalam al quran.Apa yg disebut sebagai hantu itu adalah pemujaan jin.

Memuja jin ini berlaku dalam 3 cara :

1)Memuja melalui perkataan.
-mengatakan sesebuah rumah itu berhantu atau berpuaka.

2)Memuja melalui perbuatan.
-seperti membakar kemenyan,menurun,memakai tangkal/azimat dan melalukan penyembelihan binatang.

3)Memuja melalui iktikad.
-percaya dlm hatinya sesebuah premis itu berhantu dan berpenunggu.Apabila manusia terlalu meyakini dalam hati wujudnya hantu di dalam rumah itu atau sebagainya,maka akan bertambah kuatlah hantu (jin) itu sebenarnya.

Sekiranya manusia melihat gambaran hantu,tiba-tiba datang perasaan takut dalam hatinya,berhati-hatilah.Kerana kepercayaan kepada tahyul adalah khurafat dan boleh membawa kepada hukum syirik.Sebenarnya jin menjelma mengikut apa yang dikhayalkan oleh otak manusia itu,jadilah hantu raya seperti apa yang digambarkan dan manusia itu akan membawa cerita dari mulut kemulut.Begitu juga jenis-jenis hantu lain yg asalnya terbit dari fikiran manusia,padahal yang disebut hantu itu adalah JIN.Toyol pula digambarkan seperti budak kecil supaya senang masuk kerumah untuk mencuri duit dan hantu penanggal/polong dengan tali perut berjurai dan sebagainya.Itu semua adalah imaginasi manusia sendiri,hakikatnya jin tidak berjisim tetapi berjirim,mana boleh jin berwujud dalam bentuk jasad.Kerana sifat jin itu tidak berjisim,ia boleh memasuki tubuh manusia mengikut saluran darahnya.

Kerana itu berlakulah "gangguan" yang menyebabkan manusia tidak tenteram dan bertindak diluar kuasanya disebabkan jin itu mengusai roh dan jasadnya.Mereka yang telah dimasuki jin/sihir atau dirasuki jin ini akan dapat melihat jin secara terus kerana jin akan menjelmakan dirinya dihadapan mata mereka.Sedangkan bagi orang yang kuat iman dan mengabdikan diri kpd ALlah S.W.T tidak akan dapat melihat jin secara terus tetapi dapat merasakan dengan perasaan kehadiran jin itu.

Para pembaca sekalian,jin tidaklah sekuat mana pun,tetapi kerana manusia itu suka mengagung-agungkannya,jadilah jin itu merasa dirinya kuat.

Allah S.W.T berfirman :"Hai jemaah jin dan manusia,jika kamu sanggup menembus (melintasi)penjuru langit dan bumi,maka lintasilah,kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan" Ar-Rahman 33

RENUNGKANLAH............







AMALAN YASIN AYAT 10 UNTUK MEMBUKA MINDA MANGSA SIHIR GUNA-GUNA/PENGASEH

وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)

1) Jazamkan dahulu ayat diatas sekali seumur hidup,lakukan solat hajat dan baca ayat diatas 313x lalu berdoa minta Allah sebatikan ayat ini dalam badan.

2) Wiridkan yasin 10 nie 33x tiap-tiap lepas solat dengan istiqomah lalu berdoa minta dibukakan minda "polan bin/bte si polan" supaya kembali kepada keadaan seperti sediakala.

Sabtu, 10 Januari 2009







PERLUKAH KITA MELIHAT ALAM GHAIB(ALAM JIN) DALAM MERAWAT PESAKIT ?


dibawah ini sedikit info saya petik dari FORUM DISKUSI RUQYAH dari Indonesia yang sudah saya terjemahkan...


Manusia sebenarnya tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonan Bapa JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah SWT sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejajar dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-longlai dan menjadi tidak bermaya.

Sebelum kita membahas hukum belajar melihat alam ghoib,terlebih dahulu kita membahas tentang pengertian alam ghoib.Kata ghoib berasal dari bahasa Arab ghoba,yaghibu,ghoiban :artinya lawan dari tampak dan hadir.(al Mu’jam al Wasith hal.667).Adapun secara istilah, ghoib adalah:”yang tidak tampak oleh kita tetapi diceritakan oleh Allah kepada kita melalui Rasulullah.”(Tafsir Ibnu Katsir)

Jelaslah bagi kita bahwa alam ghoib adalah alam yang bukan alam zahir yang boleh yang boleh kita lihat dengan panca indera kita.Percaya kepada yang ghoib merupakan pokok dasar dari rukun iman serta menjadi sifat yang utama dan pertama bagi orang-orang yang bertaqwa,sebagaimana terdapat dalam surat Al-Baqarah ayat 3,yang artinya:”Orang-orang yang beriman kepada yang ghoib dan mendirikan shalat....”

Alam ghaib sangat luas bahasannya,kita beriman pada Allah,malaikat,surga,neraka,ruh, alam barzakh dan jin yang kesemuanya itu adalah ghoib.Namun sungguh disayangkan tidak sedikit di antara umat islam yang salah dalam memahami alam ghoib itu hanya dengan alam jin dan syaitan saja.Artinya kalau diantara mereka ada yang mendakwa melihat jin atau syaitan orang tersebut dikatakan telah mengetahui alam ghoib yang sesungguhnya? Tentu tidak alam ghoib sangat luas skopnya dan tidak hanya terbatas pada alam jin lalu mengatakan sudah tahu keghoiban yang hakiki..

Rasulullah,imamnya para Rasul dan manusia termulia tidaklah memiliki kemampuan melihat alam ghoib malaikat,surga,neraka,ruh, alam barzakh dan jin dangan panca inderanya kecuali diberi kekhususan oleh Allah sebagi Mukjizat yang diberikan pada Rasulullah.Seperti pada saat tertentu baliau mendapatkan wahyu dari Allah, misalnya peristiwa Israk dan Mikraj dan peristiwa-peristiwa lain seperti melihat malaikat Jibril dan menerima wahyu dari Allah melalui malaikat Jibril yang kesemuanya karena wahyu dan kekhususan yang diberikan Allah dan tidaklah atas kemahuan Rasulullah itu sendiri. Allah berfirman tentang hal ini di dalam surat Al-A’raf ayat 188:
قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا إِلاَّ مَا شَآءَ اللهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ َلاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
“Katakanlah:Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah.Dan sekiranya aku mengetahui hal-hal yang ghoib,tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan,dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”

Dari keseluruhan penjelasan tersebut di atas,dapat disimpulkan bahwa pengakuan orang biasa yang mampu melihat jin baik yang dia lihat atau yang menampakkan diri atau melihat alam jin walaupun mereka mengatakannya dari hasil latihan meditasi pembukaan chakra ataupun dari hasil puasa mutih,patigeni,mahupun dari hasil wirid itu semua adalah dari hasil bantuan jin itu sendiri dan sangat terbatas pula sifatnya.Yang diberikan jin itu pada manusia hanya sebatas pada alam jin itu sendiri yang bukan ghoib bagi diri mereka (jin) dan tidak mungkin sampai kealam roh dan jika ada orang yang mengaku mampu melihat alam roh, tidak lain hasil tipu daya jin itu sendiri yang menyerupa dan menyesatkan manusia.Karena sebenarnya jin bahkan Iblis tidak mengetahui hakikat roh itu sendiri apalagi masuk kealam roh dan mengetahui hakikat keghoiban yang hakiki yang kesemuanya itu hanya milik Allah semata-mata.

Seperti dalam proses penciptaan langit dan bumi dan penciptaan roh makhluk hidup.Allah Ta’ala berfirman:
مَا أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَلا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ وَمَا كُنْتُ مُتَّخِذَ الْمُضِلِّينَ عَضُدًا
”Aku tidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri.”(Al Kahfi:51)

Allah juga berfirman didalam surat Al Isro’ ayat 85:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا
“’Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.katakanlah:”Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku,dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”

Banyak orang-orang yang mampu melihat tembus atau melihat makhluk halus setelah di Ruqyah ternyata ada jin diantara kedua matanya yang jin itu telah membantunya dengan menyamakan frekuensi kecepatan getaran alam jin pada kedua mata orang tersebut hingga orang tersebut memiliki kemampuan luar biasa pada matanya atau mampu juga dengan kekuatan air sihir yang diminumkan pada orang yang bersangkutan hingga ia mampu memiliki ilmu trawangan (tembus alam jin).Wallaahu a’lam...

Selain itu,kemampuan melihatnya itu sendiri terjadi karena orang tersebut telah menjalin kerjasama dengan jin baik yang ia sedari maupun dia tertipu karenanya (dikatakan dari hasil meditasi,puasa mutih,patigeni ataupun wirid-wirid) yang membantunya,yang kesemuanya itu sekali lagi hanya terbatas pada alamnya sendiri (alam jin) yang tentu bukan hal ghoib bagi dirinya (bukan alam barzakh atau roh yang merupakan hal yang ghoib bagi jin itu sendiri yang ia tidak mampu memasukinya namun dapat menipu mausia dengan mengaku dari alam roh atau roh seseorang).

Atau ada kalanya penampakan jin atau syaitan itu karena sihir yang dilakukan oleh jin yang menjelma menjadi seperti makhluk yang tinggi besar,hitam,menakutkan atau bahkan sebaliknya seperti makhluk yang bersinar terang yang sangat tampan atau cantik (yang mengaku dewa dan dewi).

Kedua ,hal ini merupakan suatu bentuk tipu daya yang dilancarkan syaitan pada manusia, atau seseorang yang mampu melihat jin atau berkomunikasi dengan mereka secara langsung karena bantuan jin itu sendiri.

Jadi kesimpulannya, tidak ada dalil sama sekali adanya tata cara untuk melihat alam ghoib iaitu melihat alam jin. Sebab sesungguhnya, hakikat sesuatu yang ghoib itu hanya ada dalam ilmu Allah. Maka manusia tidak akan pernah mampu untuk menyingkap hal-hal ghoib yang hakiki dari ilmu Allah.


Dalam bukunya (Al-Majmu’ al-Fatawa:11/309) Ibu Taimiyah menyebutkan bahwa ada ahli paranormal yang mempunyai kemampuan melihat yang ghoib memberitahu Ibnu Taimiyah.Ahli paranormal itu berkata kepadanya:”Sesungguhnya jin memperlihatkan kepadaku sesuatu yang berkilau seperti air dan kaca (Jin orang tersebut mungkin menggunakan teknologi semacam television atau radio dari alam mereka).Mereka menayangkan gambar-gambar atau berita-berita yang kami minta didalamnya.”

Jadi janganlah hairan jika kita sewaktu meditasi mampu tiba-tiba melihat alam ghoib, melihat sesuatu informasi masa lalu,rahsia-rahsia,informasi masa depan seolah-olah melihat gambar-gambar atau suara seolah-olah menonton TV.Kemampuan ini bukanlah atas kekuatan keajaiban diri kita dari hasil latihan ilmu trawangan melainkan jin itu membantu kita jika ingin melihat alam jin dengan menyamakan ferekuensi stimulus penerimaan cahaya mata dengan kosmik alam jin atau dengan menggunakan teknologi audiovisual alam jin yang mereka aplikasikan pada diri kita (hingga kita mampu melihat tembus pandang) atau dari hasil jin itu,merekam,mencari atau membuat informasi yang kita perlukan lalu mereka programkan pada “komputer” mereka melalui proses installing lalu ditayangkan pada “layar monitor” iaitu pada saraf kornea kedua mata kita.Wallaahu a’lam...


Biasanya untuk mendapatkan kemampuan melihat alam ghoib dari syaitan itu mereka harus melakukan amalan khusus seperti wirid beribu-ribu,bertapa,bersemadi,meditasi,puasa mutih,puasa patigeni,tawaf dikuburan wali,sampai dengan cara yang keji seperti mengencingi Al-Qur’an,menginjak Al-Qur’an di dalam tandas,membaca mantera-mantera berbau syirik dan kekufuran lainnya.

Di dalam surah Jin ayat 26-27 Allah menyatakan dalam firmannya:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا(26)إِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا(27)
”(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghoib,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghoib itu itu kecuali kepada Rasul yang diridoi-Nya,maka sesungguhnya Dia mengadakan penjagaan (malaikat) di hadapan dan dibelakangnya.”


Harus ketahui bahwa pengetahuan terhadap seluruh yang ghoib secara mutlak hanya milik Allah semata tidak ada dari kalangan malaikat,jin atau manusia yang memilikinya.Memang terkadang Allah menampakkan sebagian yang ghoib itu kepada dari kalangan hamba-hamba pilihan Allah seperti Rasul,Nabi yang merupakan mukjizat bagi mereka.

Akhir sekali,bagi para perawat, marilah kita selalu bercermin dan mengikuti jejak Rasulullah dan para sahabat serta ulama-ulama terdahulu yang berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Rasul dalam melakukan rawatan Ruqyah Syar'iyah.

Jumaat, 9 Januari 2009








TIPS UNTUK DAPAT ANAK LELAKI/PEREMPUAN

Berikut adalah tips dan cara-cara untuk mendapat anak lelaki atau perempuan. Tips ini tidak semestinya tepat atau mempunyai 100% ketepatannya cuma ianya adalah pandangan dan kajian dari pihak - pihak tertentu sahaja.

Yang penting sekali adalah kesihatan pada kedua pasangan adalah baik.Ini kerana adalah sperma dari suami mempunyai dua unsur iaitu unsur X dan Y. Apabila unsur X bertemu dengan telur isteri maka akan terhasil anak perempuan.

Sperma X jika dilihat dengan mikroskop, bentuknya adalah agak besar sedikit daripada sperma Y, maka ia lebih dapat bertahan di dalam vagina isteri yang agak berasid. Bagi sperma Y yang agak kecil, ianya tidak dapat bertahan lama dan sperma ini yang menghasilkan anak lelaki.

Kata kunci disini adalah sperma X lebih lama bertahan dari sperma Y. Ini membolehkan kita merancang untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Maka dengan menentukan keadaan vagina isteri, perancangan boleh dilakukan bersama pasangan.

Untuk mendapat anak lelaki.

1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.

2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.

3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )

Untuk mendapat anak perempuan.

1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.

2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.

3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).

Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.

Wallahu A’lam…






ILMU ROTAN API BAGI MEMUKUL JIN

وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ
"dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang kafir) " Al Anfal 17

Bacalah ayat ini diatas dengan kuat setiap kali anda merotan/memukul pesakit yang sedang kerasukan dek kerana degilnya jin untuk keluar dari jasad.Jika tiada rotan,memadai memukul dengan kuat menggunakan tapak tangan/serban/sejadah dibelakang pesakit...

Rabu, 7 Januari 2009








HADIS SANDARAN YANG MEMBOLEHKAN PERAWAT MEMUKUL/MEROTAN PERSAKIT YANG KERASUKAN

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, “Aku sendiri menyaksikan guruku yakni Syaikhul Islam Ibn Taimiyah menyuruh jin yang berada di dalam tubuh seseorang untuk keluar darinya, dengan mengatakan kepadanya, Keluarlah kamu dari tubuh orang ini, karena tidak halal bagimu tinggal disana.’ Karena jin itu tidak mau keluar, maka ia memukulnya dengan cara memukul tubuh orang itu dengan sebuah tongkat. Setelah itu, barulah jin itu keluar darinya, dan sembuhlah orang itu dari sakitnya, ia tidak merasakan sakit sama sekali sewaktu tubuhnya dipukul oleh Ibn Tamiyyah. Kami dan orang-orang lain selain kami, telah bebertiapa kali menyaksikan kejadian itu secara langsung darinya. Dan bacaan yang paling banyak ia ucapkan di telinga orang yang sakit itu adalah firman Allah SWT yang berbunyi “Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main [saja], dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami ?” ( Al-Mu’minum 115)

Dalam riwayat lain, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah berkata, “Ketika Ibnu Taimiyah memukul jin itu dengan cara memukul tubuh orang yang ditempatinya dengan sebuah tongkat, berkatalah jin itu kepadanya, ‘Janganlah engkau suruh aku pergi dari orang ini, sebab aku mencintainya.’ Dijawab oleh Ibn Taimiyah, ‘Sungguh ia tidak cinta kepadamu.’ Ia berkata lagi,’Baiklah!’ Aku akan keluar dari tubuh orang ini karena mentaati Allah dan Rasul-Nya.’ Maka keluarlah jin itu dari tubuhnya. Setelah itu, orang itu duduk dari tidurnya dan menoleh ke kiri dan ke kanan sambil bertanya kepada yang hadir, ‘Dimanakah aku ? Mengapa aku sampai berada di tempat ini ? Apakah yang telah terjadi pada diriku ?” Dari perkataannya itu, jelaslah bahwa ia tidak merasakan sakit sewaktu tubuhnya dipukul tadi oleh Ibnu Taimiyyah.”

Ibn Taimiyyah juga berkata,”Jin itu berbicara melalui lisan orang yang dirasukinya, sedang orang tersebut tidak menyadarinya sama sekali. Jika ia telah sembuh, ia tidak mengetahui apa-apa yang telah terjadi pada dirinya. Oleh karena itu, terkadang orang yang gila karena jin itu dipukul dengan pukulan yang keras dan berulang-ulang agar jin itu keluar darinya. Sebab, betapa pun kerasnya pukulan yang diberikan kepadanya, ia tidak akan merasa sakit sedikit pun, karena merasakan sakit adalah jinnya, bukan dia.”


AYAT-AYAT AZAB UNTUK JIN PENGGANGGU

Dari pemerhatian pada video diatas,perawat hanya membacakan ayat Qursy,Ar Rahman 33-36,As Soffat 1-10 dan azan berulang kali.Dengan teknik ulangan bacaan yang banyak jin pengganggu dalam badan jin pesakit akan kepanasan yang amat sangat dan akhirnya jin/syaitan itu akan keluar dari badan pesakit.


ILMU MENGESAN JIN DISEKITAR RUMAH DAN BADAN ORANG LAIN

1) Solat hajat 2 rakaat dan wiridkan Qursy sebanyak 313x lalu berdoa minta Allah sebatikan ayat Qursy dalam badan.Lakukan kaedah ini sekali sahaja dalam seumur hidup.

2) Amalkan Qursy 3x tiap-tiap lepas solat secara istiqomah.

3) Baca qursy 3x lalu tiup kat tapak tangan kanan dan niat supaya tangan kita dapat mengesan dan merasa kehadiran jin.

4) Depa kan tangan kanan sambil berjalan ketempat yang kita ingin kesan seperti penjuru rumah,stor,hutan dan tempat-tempat sunyi.Jika tangan kita terasa semacam getaran,maka kawasan tersebut ada jin.

5) Bagi mengesan jin di badan seseorang,letakkan tapak tangan kanan anda pada ubun-ubun individu tersebut,bacakan qursy 3x dengan kuat pada sebelah telinganya dan ulangi pula 2 ayat terakhir qursy 33x.Jika individu tersebut merasakan tapak tangan kita panas,rasa berdebar-debar,sendawa,batuk dan ada benda bergerak-gerak bawah kulit,maka sahlah badan individu tersebut ada jin.

Selasa, 6 Januari 2009







SIHIR PEROSAK MASYARAKAT

Dipetik dari Harian METRO...

“PERCAYA atau tidak ilmu hitam kadangkala menjadi punca keruntuhan rumah tangga?"

Memang pelik bagaimana kebahagiaan rumah tangga yang disemai dan dipupuk dengan penuh kasih sayang boleh pudar dalam sekelip mata ?

Perkataan yang diucapkan membawa kepada perbalahan." Tiada lagi persefahaman, sudah takdir jodoh di sini sahaja agaknya. Begitulah mudah menoktahkan ikatan perkahwinan,” luah seorang pembaca melalui e-mel, baru-baru ini.

Dia menceritakan kisah seorang rakannya dengan lebih lanjut:
“Kebiasaannya setiap tahun dia berkongsi kegembiraan pada hari raya tetapi tidak pada tahun ini. Semuanya berubah sekelip mata, sehingga pendidikan anak terabai, apatah lagi makan pakai, semuanya tidak teratur lagi.
“Bagaimana semua ini sanggup dilakukan oleh bapa yang selama ini cukup bertanggungjawab. Pada mata kasar ia sekadar masalah rumah tangga biasa tetapi apabila diamati ada sesuatu yang mengubah perjalanan dan kebahagiaan rumah tangga ini.”

Dia hairan pada zaman serba canggih ini masih ada manusia sanggup menggunakan ilmu hitam dan kotor untuk mengubah kehidupan orang lain, semata-mata bagi mencapai kepuasan hati.

“Bukanlah saya terlalu percaya kepada ilmu seperti itu, tetapi inilah yang sukar diluahkan. Kenapa pihak yang menganiaya masih bebas tanpa hukuman sedangkan yang teraniaya merana seumur hidup atau yang bertuah dapat pulih daripada trauma atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.”

Pada kaca mata Islam, perbuatan menganiayai orang sangat dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi melalui cara halus seperti perbomohan, sihir atau ilmu hitam.

Amalan sihir ditujukan kepada pihak yang dikehendaki disebabkan perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam. Dalam masyarakat Melayu, sihir disebut santau atau ilmu guna-guna, untuk menganiaya orang lain.

Ensiklopedia maya menjelaskan, santau dilakukan dengan dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman, seperti miang buluh, kaca dan bisa besi yang boleh mengakibatkan mangsa muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

Manakala santau angin dikatakan lebih mistik iaitu dengan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bisa santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin ke arah mangsa dan dihidu masuk ke dalam paru-paru mangsa.

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata hukum belajar, mengajar dan mengamal sihir adalah haram.

“Pengamal sihir dihukum kufur apabila memuja dan menyeru jin serta syaitan dalam amalan sihirnya. Meminta khidmat pengamal sihir juga haram dan berdosa."

“Sihir menurut Rasulullah, satu daripada dosa besar. Ia merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat,” katanya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Haramnya sihir tidak hanya terbatas kepada menjadi tukang sihir malah merangkumi individu yang mempercayai apa saja yang diperkatakan tukang sihir terbabit.

Antara perbuatan tukang sihir yang ketara dalam masyarakat ialah memisahkan hubungan suami isteri, mengganggu seseorang dan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.

Orang yang bersahabat, meminta pertolongan dan menggunakan jin seperti tukang sihir tukang tenung tergolong di dalam golongan yang menzalami diri sendiri.

Ini kerana al-Quran menjelaskan perkara ini, maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Yunus: 106)"

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.”

(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Sabda baginda lagi, maksudnya: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.” (Riwayat al-Tabrani)

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati dan ilmu penjauh jin yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.


Di dalam hadis riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Menurut Dr Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila melakukan jenayah seperti membunuh.

“Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat."

“Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir. Firman-Nya bermaksud: (Dan aku berlindung diri) daripada kejahatan tukang meniup simpul. (al-Falaq: 4)."

“Apabila kita mendapati ada orang menggunakan khidmat bomoh yang mengamal ilmu sihir, kita hendaklah berusaha memberi nasihat supaya tidak berbuat demikian. Ini kerana ia haram dan berdosa. Sihir membawa kemudaratan kepada diri dan agama,” katanya.

Pendek kata ilmu dan amalan yang bertentangan dengan Islam, dilarang keras daripada diamalkan, bukan saja memudaratkan dan menzalimi orang lain, malah menyebabkan akidah menyimpang daripada mentauhidkan Allah.

Semua itu termasuk dalam ilmu dan amalan yang dilarang lagi menyesatkan, boleh disimpul dalam satu istilah ilmu hitam. Lawan kepada ilmu hitam adalah ilmu putih, kiasan kepada ilmu yang baik untuk diamalkan dan diredai.

Imam al-Ghazali menulis suatu bab mengenai ilmu terpuji dan ilmu yang keji, bahagian dan hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardu ain dan apa yang fardu kifayah.

Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk Penjelasan Mengenai Fardu Kifayah: Ketahuilah bahawa fardu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainnya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu.

Ilmu terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Ilmu syariah diperoleh daripada kalangan nabi. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan tidak diperoleh melalui pendengaran seperti ilmu bahasa.

Ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu terpuji, ilmu dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan. Ilmu yang menjadi fardu kifayah ialah semua ilmu diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan kepada manusia.

Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya.

Janganlah pelik bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan termasuk dalam fardu kifayah.

Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, hancurlah negeri itu dan mereka akan menghadapi kesusahan.

Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubat. Justeru, tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu terbabit.

Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu syair yang berfaedah dan ilmu sejarah.

Jumaat, 2 Januari 2009








RAHSIA PERGERAKAN LELAKI

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.