Pembaca Setia...

Rabu, 30 Disember 2009







RAWATAN MENCARI JODOH BERTUKAR KEPADA RAWATAN GANGGUAN JIN

Dua minggu yang lepas saya didatangi seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan pulih jodoh kerana sudah lama menjanda.Beliau seperti biasa membawa 2 botol besar air mineral,7 kuntum bunga berlainan warna dan 21 biji limau nipis.

Saya seperti biasa menyuruh beliau duduk melunjur dan mengarahkan beliau membaca istighfar 3x dan mengucap 1x.Setelah pesakit menutup mata,barulah saya memulakan ruqyah dan semasa proses tersebut pesakit tiba-tiba menangis.

Dari situ taulah saya yang pesakit nie sedang mengalami gangguan jin dan saya tetap teruskan bacaan ruqyah sehingga pesakit muntah berkali-kali.Pesakit merasa ringan selepas muntah lalu saya menasihatkan pesakit untuk melakukan amalan 41x al falaq dan 41x an nas tiap-tiap lepas solat maghrib.

Setelah 10 hari pesakit tersebut datang menemui saya untuk sesi rawatan susulan,dan saya seperti biasa melakukan terapi ruqyah,tetapi kali nie pesakit tidak menangis lagi semasa dibacakan ruqyah cuma muntah sedikit sahaja.Selain itu,pesakit juga ada mengatakan yang kawan-kawan sepejabatnya melihat wajah beliau seperti awet muda dan berseri-seri.Dari situ taulah kita yang pesakit sudah mulai pulih sedikit demi sedikit dengan izinNya...

Disini saya menegaskan bahawa rawatan susulan adalah amat-amat penting dalam penyakit berkaitan gangguan jin dimana setiap 10 hari pesakit disyorkan menemui perawat semula sehinggalah benar-benar sembuh...rawatan tamat..