Pembaca Setia...

Jumaat, 5 Jun 2009







RAWATAN JARAK JAUH MENGGUNAKAN H/P PESAKIT DARI HOLLAND

Semalam dalam pukul 8pm saya berkesempatan menjalankan sesi rawatan secara jarak jauh kepada seorang surirumah warga indonesia yang menetap di Holland.Pesakit ini yang berumur awal 40an sudah menderita angkara sihir ini selama 28 tahun.Sihir ini angkara ibu beliau sendiri dan tujuan sihir ini ialah kerana ibu beliau yang terlalu gilakan kekayaan dunia lalu ibu beliau telah menuntut pelbagai ilmu hitam disekitar kepulauan Jawa.Syarat dari ilmu hitam tersebut, syaitan telah mengarahkan ibu beliau untuk mengorbankan beberapa nyawa dikalangan anak-anak beliau dengan menyihir mereka sewaktu mereka kecil demi supaya ilmu hitamnya mantap dan menjadi.Pesakit ini sering sakit kepala yang amat sangat,dada terasa sempit,muka terasa panas dan malam susah hendak tidur,begitulah pesakit ini alami selama 28 tahun dan penderitaan ini bagi saya amat-amat berat untuk orang awam memikulnya.
Saya mengarahkan pesakit menyediakan air mineral/filter sebelah phone speaker dan bermulalah sesi menelefon/rawatan jarak jauh.Pesakit seperti biasa saya arahkan untuk istighfar 3x dan mengucap 1x kemudian pesakit perlu pejamkan mata dan fokus untuk mendengarkan bacaan ruqyah pembatal sihir saya nanti.Saya terus membaca ayat ruqyah dengan kuat dan saya mendengar pesakit kerasukan.Selama saya membaca ruqyah tu 10min saya mendengar jin pengganggu berkata "aku sakit !!! aku mahu keluar!!!" secara berulang kali dan adakalanya pesakit menangis dengan kuat.Saya tetap tidak mengendahkannya dan terus membaca ayat pembatal sihir secara ulang-ulang untuk beri dosage yang maksimum kepada jin pengganggu yang telah berada lama dalam badan pesakit.Setelah tamat sesi ruqyah pesakit terus muntah dan badan masih menggeletar,saya arahkan pesakit untuk minum air filter yang telah merakam bacaan ruqyah tadi dan kemudian saya arahkan pesakit lagi untuk mandi limau + ais selepas waktu asar keatas demi menawarkan segala sihir yang berada dalam badan tu.Selepas sesi rawatan tamat,kepala pesakit masih terasa berat lagi cuma bahagian dada sudah mulai reda dan tidak sesak seperti selalunya.Saya arahkan pesakit sapu dengan cuka pada anggota badan yang sakit seperti dada,pinggang dan tangan,di bahagian muka pula saya arahkan pesakit untuk sapu dengan limau nipis.Sesi rawatan jarak jauh kes sihir yang berat ini akan berlanjutan 6 hari lagi..