Pembaca Setia...

Jumaat, 8 Mei 2009








MIMPI DAN REALITI KEHIDUPAN

Oleh Dato Dr Haron Din

MIMPI adalah peristiwa yang diala­mi oleh setiap manusia. Malah mimpi juga sering dikaitkan sebagai turut berlaku dalam alam hai­wan.

Setiap manusia inginkan mimpi yang balk dan penuh dengan keindahan dan seterusnya menikmati keseronokan daripada mimpi-mimpi mereka. Pada masa yang sama dengan segala kebimban­gan manusia menyimpan harapan agar diri mereka dijauhkan daripada mimpi yang buruk.

Bagaimanapun manusia bukanlah makhluk istimewa yang mempunyai keupayaan untuk menentukan bentuk mimpi mereka mengikut citarasa sendiri. Ketidakupayaan itu juga membu­atkan manusia tidak mampu menghindarkan kesan mimpi yang buruk daripada menimpa diri mereka. Malah manusia ada kalanya akan mengalami kesinambungan mimpi berulang kali dan mimpi itu pula amat mengerikan.

Proses mengalami mimpi buruk ini juga ada kalanya meninggalkan kesan yang ketara pada emosi dan fikiran mereka. Ada yang merasa takut untuk tidur kerana bimbangkan mimpi buruk.

Haruslah disedari bahawa mimpi bukanlah perkara yang sentiasa memberikan petanda atau alamat terhadap sesuatu yang akan, sedang atau telah berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa keadaan yang tertentu fungsi mimpi beru­paya menjadi pemberi khabar tentang apa yang berlaku berkaitan dengan realiti hidup sebenar.

Para cendekiawan termasuk ulama-ulama Islam pernah mencuba untuk memberikan tafsiran (tak­ menulis analisis yang bersifat akademik mengenai mimpi. Dalam Islam sendiri AI Imam Fakrul Razzi juga menyiapkan sebuah karangan bertajuk Tafsir Al Alum yang bermakna'Tafsir Mimpi'.

Melalui Al-Quran sendiri misalnya, Allah S.W.T. memaparkan beberapa kisah yang berkaitan den­gan mimpi yang pernah berlaku ke atas rasul, rasulnya.

Misalnya mimpi Nabi Yusuf yang menggam­barkan kisah baginda bermimpi melihat 11 biji planet, 13 butir bulan dan bintang tunduk dan sujud di kepalanya.

Apabila mimpi itu diceritakan baginda kepada ayahandanya, Nabi Yaakob, maka secara spontan baginda diberitahu mengenai tafsiran yang ada di sebalik mimpi itu.
Ayahandanya yang faham akan tafsir mimpi itu melarang Nabi Yusuf menceritakan perihal tersebut kepada saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati sehingga boleh membawa kepada perbuatan-perbu­atan yang tidak diingini.

Gambaran ganjil

Mimpi itu jelas memberikan erti di mana pada akhirnya 11 biji planet itu menunjukkan lambang 11 saudara kandung Nabi Yusuf. Matahari serta bulan adalah lambang kedua-dua ibu bapanya yang tunduk dan menghormati baginda. Kesemua mereka mulai patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir.

Urutan daripada peristiwa itu, Al-Quran juga memaparkan kisah mimpi raja Mesir ketika Nabi Yusuf berada di penjara. Mimpi tersebut cuba ditafsir oleh para penasihat istana. Tetapi ternyata mereka semua, termasuk pakar-pakar tafsir mimpi, gagal menemukan makna yang tersirat di sebalik mimpi raja Mesir itu.

Mimpi yang dialami oleh Raja Mesir dengan gambaran yang ganjil itu ialah beliau melihat tujuh tangkai gandum yang subur dan penuh isinya.

Pada masa yang sama Raja Mesir juga melihat tujuh tangkai gandum yang kering dan langsung tidak berisi. Raja Mesir juga melihat melalui mimpinya muncul tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan tujuh ekor sapi yang kurus.

Mimpi ini seolah-olah langsung tidak membawa sebarang makna untuk direnungi oleh orang biasa kerana ia wujud secara simbolik yang hanya dapat ditafsir oleh mereka yang memahami kaedah mentafsir mimpi. Setelah semua penasihat dan pakar-pakar takbir mimpi istana gagal untuk menemukan erti mimpi itu, akhirnya mereka merujuk masalah itu kepada Nabi Yusuf.

Baginda pun memberikan tafsirannya yang jelas lagi meyakinkan. Kata Nabi Yusuf, tujuh tangkai gandum yang berisi dalam mimpi itu memberi erti tujuh tahun yang penuh dengan kesuburan di Mesir. Tujuh tangkai gandum yang kering pula memberi petanda tujuh tahun berikutnya akan melanda zaman kegersangan. Tujuh tahun kegersangan itu menunjukkan tana­man tidak akan menjadi di bumi Mesir.

Tujuh ekor sapi gemuk melambangkan penghasi­Ian hasil negara yang banyak selama tujuh tahun itu dan amat perlu disimpan bagi menampung keperluan rakyat.
Simbol rakyat dilambangkan oleh tujuh ekor sapi kurus yang terus hidup dengan memakan hasil tujuh tahun kemakmuran yang dilambangkan oleh tujuh ekor sapi gemuk.

Tafsiran Nabi Yusuf amat meyakinkan Raja Mesir lalu diperintahkan rakyatnya untuk bercucuk tanam sebanyak yang mungkin dan menyimpan hasil tersebut untuk menghadapi cabaran zaman kegersangan yang bakal mereka hadapi pada tujuh tahun berikutnya.

Langkah bekerja keras menghasilkan tanaman serta tindakan berjimat cermat untuk menghadapi kegersangan ternyata menjadi realiti di mana kemarau melanda Mesir selama tujuh tahun dan makanan rakyat mencukupi kerana mereka meny­impan bekalan yang secukupnya.

Rakyat Mesir selamat daripada bencana kebulu­ran kerana apa yang ditafsir oleh Nabi Yusuf ter­hadap mimpi yang dialami oleh raja mereka memang benar-benar terjadi.
Kisah yang dipaparkan oleh Al-Quran ini ternya­ta membuktikan keupayaan Nabi Yusuf membuat tafsiran terhadap mimpi serta memberikan alamat dan petandanya dengan tepat.

Bimbingan kepada manusia

Kisah ini juga memberikan bimbingan yang murni kepada manusia agar melihat fenomena kehidupan ini sebagai anugerah Allah yang amat berharga. Allah memberikan bimbingan kepada manusia bukan sahaja ketika mereka berjaga (sedar) dan waras malah petunjuk dan hidayatnya juga disampaikan melalui mimpi ketika mereka tidur.

Sesungguhnya bagi mereka yang mahu mem­pelajari akan hakikat itu maka disedarinya akan segala kebaikan daripada petunjuk Allah.

Dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. baginda juga berkali-kah mengalami mimpi. Satu dari padanya ketika menjelangnya saat berangkat pulang dari Mekah ke Madinah, baginda bermimpi kumpulannya berjaya memasuki Mekah dengan aman dan melakukan umrah dan di kalangan para pengikutnya ada yang mencukur kepala hingga botak.

Sememangnya mimpi para rasul itu benar dan hakikat ini disebut dalam Al-Quran sebagai Rukya atau 'Arrukya Assadiqah' iaitu mimpi yang benar.

Merujuk kepada alam manusia biasa pula mimpi memang sering berlaku sama ada pada malam atau sing hari. Malah manusia juga bermimpi meskipun tidur hanya sekejap cuma untuk melepaskan keletihan bekerja di waktu tengah hari dengan ragam yang pelbagai.

Maka adalah wajar kita melihat fenomena mimpi ini melalui pengalaman hidup manusia dan ada tiga kategori mimpi yang berlaku kepada manusia.