Pembaca Setia...

Rabu, 31 Disember 2008








AMALAN MUSTAJAB UNTUK MEMANGGIL ANAK YANG HLANG

Oleh Helmy Abd Rahman dan Amir Abd Hamid
Harian Metro 31/12/2008

KAJANG: Amalan zikir dan doa secara berterusan ternyata kaedah paling mujarab buat Pembantu Pustakawan Universiti Putra Malaysia (UPM), Noraini Daud, 48, untuk membuka pintu hati anaknya, Norzarifah Kamarauzaman, 21, yang hilang di Australia sejak April lalu, kembali ke tanah air.

Bekas pelajar Curtin University of Technology, Perth, Australia itu, pulang secara tiba-tiba dua minggu lalu.

Lebih menakjubkan, beberapa hari sebelum kepulangan anak kesayangannya itu, Noraini berkali-kali bermimpi dia kembali ke pangkuan keluarga di Taman Bukit Mewah di sini, dengan wajah berseri-seri.

Noraini mengamalkan zikir dan doa itu selepas menemui Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek di Masjid Hasanah Bangi, dekat sini, 4 Disember lalu.

Sejurus mengetahui mengenai kepulangan gadis berkenaan, wartawan Harian Metro bergegas ke rumah keluarga Norzarifah yang dipanggil Ipah oleh keluarganya, malam tadi dan sempat bertemu bapanya, Kamarauzaman Nasir, 50, yang mengesahkan perkara terbabit.

Bagaimanapun, kata Kamarauzaman, Noraini dan Norzarifah berada di kampung di Perak untuk menghadiri kenduri doa selamat sempena kepulangan anaknya.

Menurut Kamarauzaman, dia terkejut dengan kemunculan anaknya secara tiba-tiba tanpa memaklumkan mengenai kepulangannya.

“Ipah langsung tak beritahu apa-apa dan kepulangannya memang mengejutkan kami. Kami sangat bersyukur apabila melihatnya depan mata. Rasa seperti bermimpi pun ada.

“Namun, dia beritahu ingin berehat dan agak tertekan selepas mengetahui kisahnya disiar akhbar,” katanya.

Ditanya sama ada Norzarifah dilaporkan mengikut kekasih warga Australia, Kamarauzaman berkata, anaknya menafikan perkara itu.

“Ipah memberitahu banyak cerita yang tersiar mengenainya tidak benar,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Noraini meminta bantuan wartawan Harian Metro untuk menghubungi Pisang selepas membaca laporan akhbar ini mengenai bekas pelajar genius, Sufiah Yusof, 23, yang kembali ke pangkal jalan menggunakan kaedah Islam.

Dua hari kemudian, Pisang mengeluarkan kenyataan untuk membantu mengesan dan membawa pulang Norzarifah yang dilaporkan lesap di Perth.

Noraini menemui Hanafi di Masjid Hasanah Bangi untuk meminta pertolongan mengesan anaknya.

Kisah Norzarifah mula disiarkan akhbar ini pada 25 September lalu apabila dia dikejarkan ke hospital di Australia dipercayai kerana menelan 50 biji pil paracetamol akibat tekanan.

Norzarifah terpaksa dikejarkan ke hospital namun sebaik saja pulih, dia dikatakan mengikuti seorang lelaki warga Australia yang dipercayai kekasihnya.

Mengulas kepulangan pelajar itu ke tanah air, Hanafi berkata, dia bersyukur Norzarifah kembali ke pangkuan keluarga tidak sampai sebulan selepas pertemuan wakil Pisang dengan ibunya di masjid berkenaan.

Menurutnya, Noraini ada memaklumkan dia bermimpi anaknya pulang dan kini, memang benar berlaku.

“Amalan dan zikir itu memang saya ajarkan kepada sesiapa yang datang mengadu mengenai kehilangan anak dan kebiasaannya mereka pasti bercerita mengenai mimpi anak pulang ke rumah sama seperti Noraini,” katanya.

“Pihak saya pula akan melakukan solat hajat, bacaan surah Toha dari ayat satu hingga enam serta beberapa amalan tertentu. Alhamdulillah kerana Allah swt mendengar rintihan hamba-Nya, Norzarifah kini pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya.


Antara amalan-amalan untuk membawa pulang individu yang hilang:-

1. Membaca surah al-Fatihah 11x dengan setiap surah dalam satu nafas tiap-tiap lepas solat.

Pada ayat keempat yang bermaksud: Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak.

2. Amalkan membaca 40x surah al-Ikhlas sehari dengan setiap surah senafas. Pada ayat kedua: “Hanya Allah tempat meminta” terus lintaskan dalam hati nama anak yang hilang tu.

3. Amalkan solat hajat setiap tengah malam dengan istiqomah.

4. Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam 11x tiap-tiap lepas solat niatkan supaya anak pulang kepangkuan dengan istiqomah.

Sabtu, 27 Disember 2008

/>

VIDEO EXPOSE MISTIK TENTANG JIN MENGIDAM KAMBING

Jumaat, 26 Disember 2008



DIALOG DENGAN JIN ISLAM aka SAKA

Petang ini saya,pu3 dan admin sempat merawat seorang pesakit wanita yang menghadapi masalah sering bertengkar dengan suami dan mak mentua hanya kerana masalah remeh temeh.Pesakit sering juga mengalami sakit kepala dan bermimpi ditempat yang tinggi.Kami pun memulakan rawatan dengan membacakan ayat-ayat ruqyah syar'iyah dan pesakit tiba-tiba kerasukan dengan menangis kesedihan.Admin mula memulakan sesi dialog dan bertanya kenapa jin memasuki jasad pesakit ini...Jin mengatakan dia suka pada wanita ini dan ingin menjaganya sampai bila-bila....setelah kami seksa jin ini,akhirnya jin islam ini melafazkan sumpah 3x untuk keluar dari tubuh wanita ini.Kemudian kami memulakan ruqyah sesi kedua untuk mengenalpasti bahawa jin tadi benar-benar keluar atau tidak.Pesakit kerasukan sekali lagi dan nyata jin islam ini telah berbohong kepada kami sebelum ini...Admin mengugut kepada jin islam bernama NOOR ini untuk membakarnya dengan bacaan qursy sebanyak 3x..Jin islam nie merayu dan meronta supaya admin tidak membakarnya dengan ayat qursy tapi dalam masa yang sama jin ini masih berdegil untuk enggan keluar dari jasad pesakit...Akhirnya kami menyeksa jin nie dengan membaca ayat-ayat azab seperti yunus 81 dengan membaca ulang-ulang dan jin semakin bertindak ganas...Kasihan juga kepada si pu3 kerana semasa bergelut memegang tangan pesakit kerana mengganas,tangan beliau telah digigit oleh jin ini....tu namanya dugaan perawat wahai pu3..Akhirnya setelah 2 jam sesi rawatan, jin islam ini setuju keluar setelah teruk diseksa dan kami melaungkan azan 1x..Rawatan tamat......

Khamis, 25 Disember 2008







TIPS UNTUK ELAK DIRI DARI MENGUMPAT

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1. Kesedaran

Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2. Jangan Marah

Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

3. Pahala

Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.

4. Rasai apa yang orang lain rasa

Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita,orang lain pun rasa cam tu jugak,betul tak?

5. Tempias

Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ini, Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang mendengar berdiam diri dan juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.






TIPS SUPAYA ANDA DISUKAI RAMAI

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :-

*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda
mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda
temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan
merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-
tugasan anda.

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus
yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang
lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam
perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama
ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan
dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
secara langsung dan berterus-terang.

Selasa, 23 Disember 2008








CHEF WAN DIBOMOHKAN ?

Dipetik dari Harian Metro oleh ABIE ABDULLAH

Hampir setiap malam tidurnya terganggu. Di siling rumahnya kedengaran seperti ada sesuatu merangkak, mencakar dan entah apa lagi bunyi yang menyeramkan. Mata mana yang boleh lena, hati mana yang mampu damai.

Ini bukan cerita wayang atau filem Jangan Pandang Belakang, tetapi yang dilalui chef terkenal negara kita, Redzuawan Ismail (Chef Wan) hampir dua tahun lalu.

Bukan setakat itu, berminggu-minggu seluruh badannya gatal-gatal, bengkak dan panas. Puas mendapat rawatan doktor, termasuk ujian darah, namun tiada kesan surutnya. Tapak kaki bagaikan dicucuk jarum, sukar untuknya berjalan.

Lebih memilukan, Chef Wan memberitahu, fikirannya sering terganggu, termasuk dua bulan lalu, sehingga mengacau jadual kerja hariannya. Dia hairan dengan perangai sesetengah manusia yang pernah dianggap kawan tetapi cuba menikam dari belakang.

“Hanya Tuhan tahu betapa seksanya saya berdepan dugaan itu. Berminggu-minggu badan saya gatal-gatal, bengkak-bengkak macam bintat. Makan pun tak lalu sejak tiga minggu lalu. Asal Maghrib saja sampai Subuh, ia menjadi.

“Kaki bagaikan dicucuk jarum. Malam-malam bunyi benda merangkak dan mencakar atas siling. Menakutkan.

“Saya cuba mendapat rawatan doktor, buat ujian darah, ujian itu, ujian ini, tetapi doktor kata saya tidak sakit apa-apa. Semuanya normal,” katanya yang ada di Pulau Pinang untuk menjayakan rakaman Ole-Ole Chef Wan ketika dihubungi.

Selepas doktor gagal mencari punca ‘dugaan’ yang dihidapinya, Chef Wan mendapat bantuan beberapa orang yang pakar dalam dunia perubatan tradisional.

Dia bertemu tiga ustaz. Alangkah terkejutnya kerana sakit dan apa yang berlaku di rumahnya ada kaitan dengan ilmu sihir yang dihantar seseorang.

Menurut mereka, lebih dua tahun Chef Wan dibomohkan tetapi ketika itu dia tidak perasan sehinggalah tahun lalu dia mulai merasa sesuatu yang tidak kena di rumahnya.

Seseorang yang dikenali di dalam industri ini dikatakan bertanggungjawab menggunakan benda halus untuk tujuan tidak baik terhadap Chef Wan.

Ketiga-tiga ustaz itu ‘mendapati’ Chef Wan ‘diserang’ hantu raya untuk membinasakan diri dan seisi keluarganya atas alasan si penghantar itu berdengki dengan kejayaan Chef Wan selama ini.

“Dia mahu memusnahkan hidup saya. Difahamkan, dia menggunakan patung untuk menyakitkan kaki saya supaya lumpuh. Apa salah saya? Ustaz kata, kononnya orang ini mahu menutup periuk nasi saya.

“Demi Allah, berdosa jika saya sebut nama dia. Biar Allah saja menghukum dia di akhirat kelak . Kita orang Islam, tidak baik tuduh menuduh kalau tidak nampak depan mata walaupun ketiga-tiga ustaz itu memberi bayangan serupa. Namun bukti itu saya tidak boleh dedahkan di sini.

“Saya bermohon pada Allah supaya jauhkan semua ini. Saya pakai pendinding dan pagar rumah dengan ayat Kursi dan ikut ajaran serta sunnah nabi untuk melawan ilmu sihir ini.

“Saya juga ke Klang untuk berubat dan masih berubat. Bomoh itu mengeluarkan kain hitam berbungkus buah-buah gatal dan pasir kubur yang ditanam di kawasan rumah saya,” katanya yang masih terasa sakit kaki.

Kebetulan ada di Makkah hampir sebulan lalu, di depan Kaabah, Chef Wan memohon kepada Allah supaya tunjukkan jika ada yang tidak betul sehingga dia diganggu begitu sekali.

Bagaimanapun, menurut chef yang akan berangkat ke Utara China untuk rakaman masakan Laluan Sutera terbitan sebuah stesen TV Perancis pada 9 September ini, dia tidak sesekali membalas perbuatan manusia itu dengan kejahatan. Sebaliknya dia pasrah kepada kuasa Allah.

Chef Wan baru saja melancarkan buku masakan Sajian Aidilfitri Bersama Chef Wan dengan kerjasama Avon. Projek ini juga dikatakan cuba disabotaj oleh pihak berkenaan, walhal kata Chef Wan, dia mengeluarkan wang poketnya berjumlah RM100,000.

RM1 daripada jualan buku yang dicetak sebanyak 20,000 naskhah itu akan disalurkan ke rumah anak yatim.

“Saya tidak terlintas nak sakitkan hati atau sekat rezeki orang lain. Sekarang saya akan ke peringkat antarabangsa lagi untuk program masakan bersama saluran Asian Food Channel, China Food Network dan UK Food, dan membawa pulangan lumayan yang saya berikan semula untuk masyarakat.

“Kenapa manusia begitu kejam sampai nak telungkupkan kerjaya saya?

“Saya cabar dia, kalau dia berani berdepan saya. Saya benci orang yang tikam belakang, dah jadi gunting dalam lipatan. Saya pasti dia juga menjaja cerita buruk mengenai saya kepada rakan media atau kawannya, padahal saya yang menjadi mangsa.

“Saya tidak tahan dengan manusia jenis ini. Selama ini mereka terlepas daripada pembohongan dan sikap hipokrasi, sanggup mengampu demi kepentingannya. Allah Maha Kaya, akhirnya pecah tembelang. Dengan saya, jangan main-main.

“Saya orang baik tetapi sekarang sarang tebuan saya dijolok, jangan buat saya hingga terduduk. Semua selebriti chef kata pada saya, mereka tabik kerana keberanian saya. Ini bukan yang pertama kerana sebelum ini chef lain juga terkena,” katanya.

Alhamdulillah, dia beransur pulih. Chef Wan memberitahu, siling rumahnya berlubang selepas proses tangkapan hantu raya yang dimasukkan ke dalam botol oleh ustaz itu.

Pernah terdetik di hatinya untuk bertindak balas tetapi difikirkan semula, dia tidak mahu menari dengan rentak sama dengan mereka yang tidak berhati perut. Biarpun puas ditanya, Chef Wan yang suka bercakap itu tetap merahsiakan orang yang dimaksudkannya di dalam cerita ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk artis dan selebriti diluar sana,perlulah ada amalan pendinding diri seperti qursy atau 3 qul dalam amalan seharian supaya kita terhindar dari sebarang
dengki ataupun perbuatan sihir manusia.Selain itu perlulah juga MUAHASABAH diri adakah kita semasa hidup pernah menyakiti hati seseorang dan sebagainya...

Saya agak musykil 3 ustaz yang beliau temui kerana ustaz tersebut terlalu memberi banyak info mengenai si penyihir/tukang upah dan sebagainya...Dalam perubatan islam amat-amat dilarang perawat memberi info-info sebegitu kerana ia akan menimbulkan fitnah dan pertelingkahan di belakang hari nanti...












KISAH HISTERIA SMK TG LUMPUR

Dipetik dari Utusan Malaysia..

KUANTAN 27 Ogos – Misteri gangguan histeria ke atas para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini masih belum terjawab dan seolah-olah tidak berkesudahan.

Gangguan histeria yang berlaku setiap hari sejak tiga bulan lalu itu tidak menampakkan jalan penyelesaian sehingga hari ini, sekali gus mencetuskan persoalan adakah sekolah itu wajar ditutup dan para pelajarnya dipindahkan ke sekolah lain.

Hari ini, empat lagi pelajar perempuan diserang histeria dari pukul 9 pagi hingga 1 petang.

Perkembangan terbaru itu dilihat mewajarkan tindakan seumpama itu diambil memandangkan sebahagian para pelajarnya akan menduduki beberapa peperiksaan penting hujung tahun ini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang bersimpati dengan nasib pelajar turut meminta kumpulan Darul-Syifa cawangan Pahang menyelesaikan masalah tersebut secara total.

“Saya sudah memanggil kumpulan Darul Syifa bersama seorang pengamal perubatan tradisional untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Namun semua pihak perlu bersabar kerana proses pemulihan ini mungkin mengambil masa agak panjang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat bersama Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif serta wakil SMK Tanjung Lumpur bagi menyelesaikan masalah tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, langkah tersebut perlu disegerakan apatah lagi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad turut meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan beberapa jabatan lain menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau mengakui kejadian histeria yang dialami pelajar sekolah berkenaan berpunca daripada gangguan makhluk halus yang terdapat di sekitar sekolah itu.

Menurutnya, daripada 35 pelajar yang mengalami histeria sebelum ini, pihaknya telah mengenal pasti 12 pelajar yang masih terus mengalami gangguan yang sama.

Kata beliau, sehubungan itu pihaknya akan menjalankan proses pemulihan termasuk dengan mengadakan sesi motivasi, solat hajat dan bacaan Yasin secara berterusan.

Katanya, pendekatan berdoa kepada Allah bagi mengatasi masalah tersebut secara berterusan akan dapat mengelakkan berlaku syirik.

“Saya percaya manusia tidak lemah berbanding jin sebab itu juga kita tidak mahu menggunakan khidmat jin bagi menentang jin,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika diminta mengulas kejadian terbaru hari ini berkata, pihaknya akan mencari alternatif menempatkan pelajar terlibat di tempat lain dan bukan di Wad Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum ini.

“Bagi mengelakkan kontroversi dan rasa tidak puas hati ibu bapa, kita mungkin menyediakan pusat pemulihan di lokasi lain untuk rawatan,” ujarnya.

Pada 25 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan SMK Tanjung Lumpur diselubungi kejadian misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan mengalami sakit-sakit sendi hingga terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mengadakan solat hajat, bacaan Yasin serta menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk memulihkan semangat para pelajar sekolah yang diserang histeria tersebut, namun sehingga kini semua usaha itu gagal.

----------------------------------------------------------------------------

Untuk mengatasi masalah diatas jika andainya berlaku lagi dimasa-masa akan datang,sila gunakan kaedah yang telah saya sebutkan pada posting terdahulu dalam menangani gangguan lembaga hitam di Putrajaya.InsyaAllah selesai...

Isnin, 22 Disember 2008














PENDUDUK DIGANGGU LEMBAGA HITAM

Dipetik dari Harian Metro..

PUTRAJAYA: Segelintir penduduk di Pangsapuri Fasa R8, Presint 18, di sini, dalam ketakutan sejak beberapa bulan lalu kerana gangguan makhluk halus menyerupai lembaga hitam.

Pangsapuri tujuh blok yang juga kuarters untuk kakitangan kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan mula dihuni sejak Julai lalu.

Sejak penghuni mula berpindah di kediaman itu beberapa penduduk terutama di Blok C dan D diganggu lembaga terbabit terutama pada waktu malam.

Berikutan itu, lebih 10 keluarga nekad menyerahkan kunci dan meninggalkan kediaman masing-masing kerana tidak tahan dengan gangguan itu walaupun baru menetap di kuarters berkenaan.

-------------------------------------------------------------------

Bagi mengatasi masalah diatas,saya mengesyorkan penduduk-penduduk disana :-

1) Jemput mana-mana perawat islam dikalangan ahli Darul Syifa,Darul Salam atau Darul Hikmah dan bukannya bomoh.

2) Perawat islam akan berdiri ditengah-tengah kawasan sekitar blok pangsapuri dan membacakan ayat ruqyah syar'iyah dan khutbah kepada kepada jin menggunakan pembesar suara seperti ini " Seruan kepada bani jin yang ada dimana-mana,aku ingatkan kepada kamu golongan jin tentang perjanjian kamu dengan Nabi Sulaiman A.S bahawa kamu akan keluar keluar dari kediaman kami dan akan berpindah ketempat lain jauh dari kediaman kami.Aku ingatkan lagi perjanjiannya bahawa kamu tidak akan menyakiti sesiapapun dan kamu akan berpindah setelah diarahkan.Demikianlah perjanjian kamu wahai jin dengan Allah dan Rasulnya ".

3) Kemudian azan sebanyak 3x sambil ahli perawat yang lain merenjis-renjis air ruqyah disekitar pangsapuri.

4) Memagar 4 penjuru kawasan pangsapuri dengan menaburkan garam kasar yang telah dibacakan yasin 1-9 33x.

InysyaAllah selesai dan gangguan tidak akan ada lagi disana...






TIPS KESUBURAN UNTUK WANITA

Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:-

* Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.

* Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa kafein.

* Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.

* Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.

* Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.

* Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.

* Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

* Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.






TIPS KESUBURAN UNTUK LELAKI

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:-

* Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.

* Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.

* Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian.
Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak.

* Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.

* Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.

* Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.

* Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.






TIPS MENGHILANGKAN BAU BADAN

Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tawas ke permukaan tangan. Selepas itu sapukan tangan ke badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.






TIPS UNTUK MERAWAT KETIAK BERBAU

Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus, minyak tanah dan sedikit air kapur sirih serta perahan limau nipis. Bancuh sehingga sebati. Sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih.

Ahad, 21 Disember 2008







10 SEBAB BERHENTI MEROKOK

RAMAI berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman!

Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.

# Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

# COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!

# Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

# Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

# Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50 peratus) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

# Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju; yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

# Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60 peratus mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.

Secara keseluruhan 15 peratus perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12 peratus lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.

Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.

# Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25 peratus kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.

# Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

# Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24 peratus perokok tidur berdengkur berbanding 20 peratus kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14 peratus bagi golongan tidak pernah merokok.Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20 peratus individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

# Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30 peratus dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.

Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.

Sabtu, 20 Disember 2008











POINT KELEMAHAN JIN KETIKA MERASUK MANUSIA

Sebelum nie saya telah berkongsi dengan anda semua tentang point kelemahan jin pada bahagian belakang badan,kali ini saya menunjukkan kepada anda pula point kelemahan jin di kawasan depan bahagian badan,jari kaki,bawah dagu dan belakang lutut.Saya telah menandakan warna hitam point kawasan tersebut,jadi jika berlaku kerasukan jin,anda hanya perlu menekan dengan kuat 5min setiap point menggunakan jari telunjuk dengan membacakan 2 ayat terakhir qursy "walaya'uduhu...adzim".InsyaAllah jin akan kesakitan yang amat dan mudah menyerah kalah.

Khamis, 18 Disember 2008







INFO RINGKAS BERKENAAN SIHIR

Sejarah Sihir

Sihir telah difirmankan oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa AS. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi SAW.

Adakah Nabi pernah terkena sihir ?

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”:(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul SAW, akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah SWT.Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

Tanda-tanda Terkena Sihir

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

Cara Menghadapi Sihir


Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.

Kerasukan


Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

Pengalaman Mujahidin Afghanistan

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.






PENGERTIAN RUQYAH SYAR'IYAH DAN HADIS BERKAITANNYA

Pengertian Ruqyah Syar'iyah

Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Ruqyah Terbahagi Kepada Dua :-

Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." ( HR. Muslim )

Syarat Ruqyah Syar'iyah

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Ketentuan Meruqyah

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut :-

1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.

Ketentuan Al Quran Dan Sunnah Rasulullah SAW

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepatm efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )

Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Hadis Berkaitan Ruqyah

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )

Aisyah r.a. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril ( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR. Muslim )

Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit." ( HR. Muslim )

Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )





BERTUNGKU PULIHKAN PERJALANAN DARAH

Sebenarnya bertungku mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat dua kaedah bertungku; Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai. Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Cara-cara Bertungku

Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungkuk dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang, selepas waktu asar. Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar. Tungku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk.







PETUA TRADISIONAL KHAS UNTUK PERAWAN

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Selasa, 16 Disember 2008








BENEFITS OF PROSTAGE MASSAGE

Prostate massage is a healthy and pleasurable activity that can be enjoyed as part of your intimate life. Quite simply, prostate massage stimulates the prostate with a finger or massage tool with the intention of relaxation and/or pleasure. This is an intimate skill that can be learned and shared by lovers in the privacy of their own home.

The prostate is a gland, located just below the bladder and sheathed in the musculature of the pelvic floor, the same muscles that contract during orgasm and ejaculation. The urethra runs from the bladder, directly through the prostate gland and out through the penis. The prostate gland plays a central role in the male sexual system. Within the gland, tiny ducts called acini produce prostatic fluid. This fluid mixes with sperm and fluid from the seminal vesicles to become the male ejaculate. Prostate health is essential for lifelong sexual pleasure and function.

Regular ejaculations keep the prostate healthy by stimulating production of fresh prostatic fluid and bringing fresh blood to the area. Fresh blood flow brings the nutrients and oxygen cells needed to remain healthy and replicate normally. White blood cells are immune-system powerhouses, fighting infections at the cellular level. The prostate is more likely to become infected or cancerous when blood flow is constricted from muscular tension and lack of stimulation.

Prostate massage manually stimulates the prostate gland, flushing fluid from the gland and encouraging blood flow to the entire pelvis. This can be a highly stimulating or profoundly relaxing experience. As an added bonus, releasing chronic constriction in the pelvis can enhance erections by allowing more blood flow into the penis during arousal. Some men notice dramatic changes in their erectile function after exploring prostate massage. In fact, up to two-thirds of a man's penis can be situated internally. Sometimes, erections become weaker or smaller overtime because chronic constriction in the pelvic muscles limit blood flow to the penis and keep the penis contracted inside the body. Massage of the perineum and prostate can allow these muscles to relax, and a higher volume of blood can reach the penis.

Prostate massage is only one part of a healthy lifestyle. You may be hearing a lot about things like lycopene and phytoestrogens- plant compounds that are currently a hot topic in medical research. Studies are taking a close look at the exact actions and potential of food-based compounds and the early findings are very promising. Prostate health is supported by those foods with anti-inflammatory, anti-cancer and hormone balancing properties. A healthy diet that includes fresh fruits and vegetables can go a long way towards supporting lifelong prostate health.

This article is not intended as medical advice or diagnosis. Prostate massage is different from the medical procedure digital rectal exam as performed by a medical professional. If you are experiencing any pain or changes in your pelvis, seek medical assistance. Prostate massage is considered a healthy activity for all men who are not experiencing severe symptoms of a prostate condition.







BENEFITS OF BODY MASSAGE

The holistic application of physical touch to affect the systems of the body — the muscular, skeletal, elimination, digestive, circulatory, respiratory, endocrine, lymphatic, emotional, mental and nervous systems is called body massage. Body massage is the manipulation of the soft tissues of the body with the hands for healing, therapeutic, pleasurable and relaxing effects. Body massage is the loving touch of the heart expressed through the hands. Professional therapeutic massage originated in China, is an age-old healing art, which can alleviate mental, physical and emotional ailments.

Let us study the healing powers of body massage.

STRESS

Body massage helps release stress and tension in our bodies by increasing oxygen flow and blood circulation in the body. Excessive unresolved tension and stress in our daily lives could cause continuous muscular tension. This type of mental tension or stress diminishes the flow of oxygen and blood to the muscles and organs causing pains and aches, feelings of fatigue, symptomatic heaviness, tightness of muscles and stiffness. This can even increase the chance of strains and injuries. Tension creates a tendency for a build up of toxins in the body, and reduces the flow of the more subtle energy or life force (Prana or Chi). Muscular stress also deforms the skeletal anatomy, which further compounds present problems and develops new ones.

OTHER BENEFITS OF BODY MASSAGE

1. Assists weight loss;
2. Improves and increases blood circulation and the flow of tissue fluid (lymph);
3. Nourishes the skin (with the right oils);
4. Soothes and relaxes nerves;
5. Assists in removal of deposits of tissue;
6. Releases emotional and mental tension;
7. Creates a feeling of well-being;
8. Gives pleasure.

If you have any illness it is always advisable to inform a doctor before you go for a body massage.






ZIKIR PENDINDING DIRI AMPUH KAEDAH SYEIKH WAHID ABD SALAM BALI


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Amalkan membaca zikir diatas 100x pagi dan 100 petang,insyaAllah badan anda tidak akan dimasuki oleh sebarang jin/syaitan.







TIPS BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti� setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Ahad, 14 Disember 2008


PART 1


PART 2


MERAWAT MANGSA SIHIR 2 BERADIK


Malam tadi saya,ilmi,admin,lebai dan syeikh mohsa diberi kesempatan lagi untuk merawat mangsa sihir 2 beradik dari bentong Pahang.Rawatan dimulakan lebih kurang 9.30pm dan tamat 1.00am,dimulai pada kakaknya dahulu.Pesakit si kakak terus menggigil ketakutan,padahal kami belum memulakan sesi ruqyah syar'iyah lagi,kami pun terus juga membacakan ayat ruqyah syar'iyah sehingga surah An-nas.Lalu admin berdialog dengan jin pengganggu yang bunyinya lebih kurang begini :-

Jin : Hj xxxxx hantar aku kemari...
Admin : Aku tak tanya sapa hantar..aku tanya kenapa kau masuk dalam badan nie ? Nampak sangat kau nie pembohong wahai jin!!!

Jin : Aku tak bohong lah...aku bukan jin..aku anak kerak ...
Admin : Anak kerak ker anak biawak ?

Admin : Dalam al quran tiada istilah anak kerak tau,yang ada hanya jin,iblis dan syaitan sahaja !!! Kau bohong lagi wahai jin laknatullah !!!
Jin : Aku anak kerak dan aku diberi upah darah..

Admin : Makanan kau hanya asap dan tulang belulang sahaja..Jangan nak memandai makan darah pula..tuan kau bagi darah nyamuk jer kot...

Selepas tamat sesi dialog diantara admin dengan jin,jin lalu bersumpah dengan nama Allah,jin setuju untuk keluar dari badan pesakit setelah teruk dikerjakan oleh perawat-perawat Darul Hikmah.Sesi kedua pula kami meruqyah adiknya dengan membaca ulang-ulang ayat pembatal sihir yunus 81..Pesakit sakit teruk dikawasan pinggang bila dalam keadaan separa merasuk dan lalu kami menepuk pinggang pesakit dengan kuat bagi memecahkan tapak jin disitu dan pesakit terus muntah dengan banyaknya dimana petanda jin sudah beransur keluar.Malam tadi juga kami mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada perawat Syeikh Mohsa yang didatangkan khas dari Bahrain dan sudi pula membantu kami dalam meruqyah pesakit...Rawatan tamat.

Sabtu, 13 Disember 2008







TIPS MEMUTIHKAN KUKU

Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat. Selamat mencuba.





TIPS MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.







KATEGORI AIR YANG DISYORKAN UNTUK RAWATAN

Air adalah makhluk yang bernyawa dan bersifat merakam.Bagi rawatan gangguan jin,pesakit selalunya akan mengamalkan minum air ruqyah dan melakukan mandian air ruqyah pada waktu tertentu.Air suam/air masak tidak digalakkan sama sekali untuk rawatan kerana makhluk air itu sudah mati akibat telah dimasak dan tidak dapat merakam apa-apa bacaan ruqyah lagi.Dibawah ini adalah senarai air yang dibolehkan untuk rawatan :-

1) Air zam zam (sebaik-baik air dan air yang paling ampuh dalam penyembuhan).

2) Air hujan malam jumaat.

3) Air mineral.

4) Air paip.

Khamis, 11 Disember 2008









KEFAHAMAN TENTANG QARIN,ROH DAN TANASUKH ARWAH

Berdasarkan nash-nash yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan 'qarin'. Qarin bermakna teman atau pendamping. Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan). Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis riwayat Muslim "Tiada seorangpun dari kalangan kamu kecuali ada diturut sertakan dengan qarinnya dari jin" Mereka bertanya, "Engkau pula wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Ya aku juga, cuma Allah telah membantuku terhadapnya,lalu dia Islam, dia tidak akan menyuruhku kecuali kebaikan"

Jin merupakan sejenis roh yang berakal, berkehendak dan dibebani dengan syariat sebagaimana manusia (mukallaf). Bezanya dengan manusia ialah jin tidak terbentuk dari unsur-unsur kemanusiaan (rupa bentuk kasar manusia). Mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka juga mampu membentuk diri mereka dengan pelbagai jenis rupa. Asal kejadian mereka adalah dari api.

Jin adalah makhluk yang tidak tidak diberi pengetahuan tentang alam ghaib. Seperti mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku hari-hari mendatang, dan sebagainya.

Iblis dan syaitan.
Iblis 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kjahatan dan kerosakkan.

Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.

Proses menurun,bukanlah memanggil roh tetapi qarin (tanasukh arwah).
Sebagaimana penjelasan diatas tadi bahawa setiap manusia akan disertakan dengan qarin dari kalangan jin (syaitan). Ia akan mendampinginya dari sejak lahir hinggalah mati.

Setiap qarin mempunyai kemampuan untuk meniru tuannya dari banyak sudut seperti suara, gaya, rupa lahiriah, malahan yang batin juga.

Sebahagian dari manusia menjalinkan hubungan dengan qarinnya. Dia mendapat berita dan maklumat yang kononnya maklumat ghaib dari qarinnya melalui 'rasa', yang seolah-olah seperti ilham. Adakalanya melalui suara, tetapi tidak dapat dilihat yang empunya suara. Dan ada juga qarin ini membantu tuannya melakukan kerja-kerja tertentu. Dengan bantuan tersebut, kerja yang berat menjadi ringan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa di alam sejarah Melayu ada amalan yang dinamakan menurun. Iaitu kononnya menghadirkan roh orang yang telah mati ke dalam jasadnya atau jasad seseorang. Ada juga dengan cara yang lain. Tidak kiralah bagaimana sekalipun caranya, namun yang hadir itu bukanlah roh yang dimahukan tetapi ia adalah jin atau syaitan. Ketika menurun, orang yang berada di hadapannya seolah-olah bercakap dengan roh manusia yang telah mati.

Contoh, Mr A mahu menurun dan memanggil roh si B yang telah mati tahun lalu, beberapa minit kemudian masuklah roh B ke dalam jasad Mr A. Maka berubahlah perlakuan Mr A. Suaranya berubah menjadi suara B. Orang-orang yang hadir ketika itu akan bertanyakan beberapa soalan mengenai B.B itu akan menjawabnya dengan betul. Dan B menceritakan satu persatu mengenai dirinya semasa hidup. Setelah itu, para hadirin akan yakin bahawa itu adalah roh B. Dengan keyakinan itu, para hadirin akan mula mengemukakan soalan yang biasanya bersangkutan dengan perkara ghaib dan akan datang. Roh si B akan menjawabnya satu persatu.

Berdasarkan penjelasan mengenai ciri-ciri qarin, maka jelaslah kepada kita bahawa contoh di atas dipenuhi dengan seribu satu macam pendustaaan dan kekaburan. Roh yang ke jasad Mr A bukanlah roh B, tetapi roh qarinnya. Sebab itu dia dapat meniru suara Mr A tanpa ada kelainan serta dapat menceritakan perihal dirinya semasa hidup tanpa gugur sepatah huruf pun.Mengenai jawapan-jawapan yang diberikan mengenai perkara ghaib, adalah dusta dan bohong semata-mata. Kerana jin dan syaitan tidak tahu tentang perkara ghaib. Dan roh manusia setelah mati tidak dapat melakukan pendustaan sama sekali!! Bukankah mereka ketika itu sudah berada di dalam negeri kebenaran (Darul Haq)?

Penipuan ini berlaku hanya di atas nama manusia-manusia selain dari para nabi sahaja. Syaitan boleh menipu dengan meniru suara atau rupa gaya manusia, tetapi tidak pada para nabi.Mereka tidak boleh menirunya.

Roh pula merupakan suatu rahsia yang menakjubkan. Manusia tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit sahaja. Hakikat roh hanya diketahui oleh Allah sahaja. (lihat firman Allah, surah al-Isra' ayat 85)

Roh-roh (arwah) itu terdiri dari beberapa tahap alam, iaitu malaikat, jin, manusia dan binatang-binatang.

Para malaikat adalah makhluk yang bersifat taat. Mereka tidak mengingkari perintah Allah, mereka melakukan sesuatu terhadap apa yang diperintahkan sahaja. Oleh itu, mana-mana makhluk tidak dapat menguasainya (control). Mereka pula tidak dapat secara langsung menolong manusia atau sesiapa sahaja kecuali dengan perintah Allah. Perkara ini pernah berlaku kepada Rasulullah SAW di mana baginda meminta agar Malaikat Jibril mendatangi baginda lebih kerap. Tetapi Jibril berkata, "aku tidak akan turun kecuali dengan perintah Tuhan engkau"

Berdasarkan penjelasan di atas, bahawa tidak boleh sama sekali seseorang manusia itu memanggil, mendatangkan salah seorang dari para malaikat Allah. Kerana mereka tidak dapat dipanggil-panggil, atau dikawal.

Bagaimana dengan roh manusia pula? Roh manusia selepas kematiannya, tiada seorang pun yang mengetahui tempat duduknya kecuali Allah sahaja. Sekalipun terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bnahawa roh-roh orang yang mati boleh mendengar, boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, dapat merasa nikmat dan siksa kubur, malahan dapat menjawab salam, namun pada hakikatnya kita tidak tahu di manakah roh itu berada. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dan roh-roh ini tidak akan kembali ke jasad kecuali pada hari kebangkitan nanti (lihat al-Quran, surah Al-Mukminun 99-100)

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah tidak boleh sama sekali bagi seorang manusia itu menguasai (mengawal) roh orang mati atau menghadirkannya (seperti menurun dan sebagainya) dan bercakap-cakap dengannya.

Walabagaimanapun, boleh berlaku perhubungan antara manusia yang hidup dengan roh orang mati tanpa penguasaan terhadap roh berkenaan,iaitu melalui mimpi. Mimpi tersebut bukanlah dari usaha iktiar manusia, juga tiada di dalamnya bentuk kawalan terhadap roh.












POINT KELEMAHAN JIN DI BAHAGIAN BELAKANG BADAN

Selain dijari kaki,point kelemahan jin ketika kerasukan adalah dibelakang cuping telinga,bahu dan juga hujung tulang kipas.Saya telah menandakan warna hitam pada gambar diatas untuk kemudahan anda mengenalpasti point-point tersebut.Anda hanya perlu menekan dengan kuat menggunakan jari telunjuk pada point yang telah saya nyatakan tadi sambil membaca ulang-ulang 2 ayat terakhir qursy,insyaAllah jin akan segera menyerah kalah...














AYAT UNTUK MENGECILKAN SESUATU YANG MEMBESAR SEPERTI KANSER,BENGKAK,BISUL ATAU SENGATAN BERBISA

Sediakan 2 botol besar air mineral dan buka penutupnya,baca fatehah 3x,selawat syifa 3x dan lauanzalna 3x lalu tiup 10 saat pada air tadi.Sebotol buat minum 2x sehari dimulai baca bismillah dan fatehah 1x untuk 7hari berturut-turut.Sebotol lagi buat sapu pada tempat yang membengkak tu 2x sehari selama 7hari berturut-turut juga,insyaAllah sembuh..








TIPS MENGALAHKAN JIN SIHIR

Ada sesetengah kes sihir,jin pengganggu agak kuat dan berdedikasi,walau dibaca ruqyah dan macam-macam lagi pada pesakit,jin masih tak mahu mengalah dan enggan keluar dari jasad pesakit.Jadi anda ambil 2 biji lada hitam,tekan kuat-kuat pada kedua belah jari manis tapak kaki(bhgn bawah) sambil membaca 2 ayat terakhir qursy "walaya'uduhu...adzimm" 33x,insyaAllah jin akan menangis kesakitan dan menyerah kalah.






TIPS MELEGAKAN SAKIT HAID

Ketika haid, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. Minum selama 3x, insyaAllah sakit akan hilang. Ibu yang baru bersalin juga boleh minum selama 3x untuk mengembalikan tenaga yang hilang.






TIPS MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT

Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.






TIPS MERAWAT TUMIT PECAH

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Rabu, 10 Disember 2008









10 TIPS SUPAYA AMPUH KETIKA MERUQYAH PESAKIT


1) Perawat kena buat solat hajat terlebih dahulu dan baca asma ul husna "ya baari'" 1000x.

2) Baca ayat penggerak 3x "bismillahillazi layadhurru...."

3) Bulatkan iktikad yang kita sebagai perawat tiada sedikit langsung kuasa penyembuh,yang menyembuhkan hanya Allah SWT.

4) Wujudkan rasa ikhlas dan pergantungan kepada Allah SWT ketika meruqyah pesakit.

5) Hindari teknik-teknik yang mengundang fitnah seperti teknik menelek,iaitu memberi info details berkenaan punca sakit seperti jumlah jin terlibat,identiti penyihir dan teknik penyihir serta sebagainya.Just katakan pada pesakit ia hanyalah GANGGUAN JIN sahaja.Dan beritahu pesakit fokus pada amalan dan istiqomah berjumpa perawat untuk mendapatkan kesembuhan.

6) Baca dengan kuat ayat ruqyah ketika merawat,lagi kuat bacaan kita,maka lagi sakit dan azablah jin pengganggu yang berada dalam jasad pesakit.Lagi elok guna pembesar suara/PA system ketika meruqyah...kerana impaknya lebih kuat..

7) Gunakan bahan sampingan ketika merawat,seperti menekan lada hitam atau alin limau purut pada jari kaki pesakit supaya jin pengganggu mudah menyerah kalah kerana kesakitan yang berganda-ganda.

8) Kerap melaungkan azan berulangkali dengan kuat pada pesakit.

9) Pegang ubun-ubun pesakit ketika meruqyah kerana 60% lokasi jin pada tubuh pesakit adalah dibahagian ubun-ubun.

10) Biasakan berzikir menggunakan ruas jari dari menggunakan tasbih kerana ia akan membuatkan tangan kita terpalit serba sedikit nur kesan amalan zikir tadi dan ini akan membuatkan jin pengganggu dalam badan pesakit ketakutan kerana nur pada tangan kita tadi.Tapi hati-hati,niat berzikir mestilah kerana Allah dan bukannya kerana nak nur pada tangan pulak...







AYAT UNTUK MENEPUK ANGGOTA BADAN YANG SAKIT AKIBAT GANGGUAN JIN

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ (١١٥) فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّ‌ۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡڪَرِيمِ (١١٦) وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَـٰنَ لَهُ ۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦۤ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ (١١٧) وَقُل رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲحِمِينَ (١١٨)
AL MUKMINUN 115-118

Bagi anda diluar sana yang sakit anggota badan,kebas,bisa-bisa atau sakit sendi yang disyaki serangan jin,anda boleh guna ayat diatas dengan membaca ulangan 3x sambil menepuk dengan kuat tempat yang sakit tersebut selama 5-10min.Pastikan jari tangan dalam keadaaan rapat supaya ia dalam bentuk kalimah Allah ketika proses menepuk,InsyaAllah sembuh..
Bagi perawat islam pula,sama juga kegunaannya,cuma banyak menepuk dibahagian belakang badan pesakit supaya jin/barang makan sihir mudah keluar melalui muntah.

Selasa, 9 Disember 2008







DARUL SYIFA + DARUL HIKMAH VS PESAKIT GILA ISIM

Sabtu tadi kami menerima panggilan dari Sg Udang Klang berkenaan abg iparnya yang mengamuk satu kampung dan memukul isteri dan anaknya akibat gila isim (menuntut ilmu salah).Saya,admin dan ilmi pun bergegas kesana dan bila sampai disana,kelihatan juga 2 orang perawat darul syifa telah bersiap sedia untuk memberi rawatan pada pesakit.

Pesakit dalam keadaan separuh sedar dan memberi 1001 alasan untuk dirawat.Admin cuba memujuk dan berdiplomasi pada pesakit,setelah 30 min memujuk pesakit akhirnya pesakit setuju untuk diruqyah.Kami memulakan ruqyah pada pesakit dengan asas 10 Darul syifa dan kemudian kami meneruskan ruqyah sesi kedua dengan ayat-ayat ruqyah syar'iyah Darul hikmah pula.

Saya,admin dan ilmi,membacakan dengan kuat sekali ayat ruqyah syar'iyah ditelinga pesakit,pesakit mula gelisah dan tak tentu hala tapi belum lagi sampai kerasukan.Setelah 20min ruqyah dibacakan,kami tamatkan rawatan pada pesakit dengan menepuk-nepuk belakang pesakit dan azan 3x.

Akhir sekali kami menyuruh pesakit mandi dengan sebesen air ruqyah,tapi pesakit sekali lagi memberi pelbagai alasan supaya mengelak untuk mandi.Admin memujuk lagi selama 15 min agar pesakit mandi,tapi agak mendebarkan juga pada ketika itu apabila pesakit mula mencapai sebilah besi dikawasan dapurnya.Admin dengan keberaniannya memujuk dan terus memujuk pesakit lagi tanpa sebarang rasa takut,akhirnya pesakit akur mandi,dan seorang perawat Darul syifa terus memandikan pesakit dibilik air.

Setelah selesai proses memandikan pesakit,lalu perawat Darul syifa melaungkan azan dan menabur garam dan lada hitam didalam dan luar kawasan rumah untuk menghalau makhluk halus dan membuat pagar pada kawasan rumah amnya.

Pesakit mulai tenang dan tidak mengganas lagi..rawatan selesai...






JIN KAFIR MENANGIS KESAKITAN

Ahad tadi ada sepasang suami isteri dari Kuantan menemui saya berkenaan isterinya yang sering terjaga dari tidur pada pukul 2am dan sering juga sakit bahu sebelah kanan dan kerap rasa malas atau badan terasa berat.Saya memulakan rawatan dengan menyuruh pesakit istighfar 3x dan mengucap 1x.Saya memulakan rawatan dengan membaca ayat ruqyah syar'iyah dan selepas tamat bacaan qursy,pesakit kerasukan dan saya pun terus berdialog dengan jin tersebut..

Penulis : Kamu jin kafir ker islam ?
Jin : Kafir..

Penulis : Kenapa kamu masuk dalam tubuh manusia ini..bukankah ini adalah satu kesalahan wahai jin ?
Jin : Tuan aku hantar aku kesini....dan kau tak boleh buat apa2 punya..haa haa

Penulis : Kalau macam tu kata kamu wahai jin,aku terpaksa seksa kamu sampai kepetang ler..lalu saya tepuk bahu kanan pesakit dengan membaca ayat pemecah afahasibtum...
Jin : Kurang ajar kamu !!!! kamu dah bunuh anak-anak aku !!!

Penulis : Lalu saya terus picit pula point tulang kipas dan jari kaki pesakit selama 30min lamanya..dan akhirnya jin pun menyerah kalah lalu meraung dan menangis kesakitan yang amat sangat...
Jin : Jin menangis teresak-esak..Aku bukannya tak mahu keluar dari jasad ini,tapi jika aku keluar,tuan aku akan seksa jauh lebih teruk lagi dari apa yang kamu telah buat pada saya...

Penulis : Macam nie lah...kamu masuk Islam dan saya ajarkan kamu satu senjata,insyaAllah tuan kamu dan kuncu2nya tidak akan ganggu kamu lagi..
Jin : Baiklah...

Penulis : Kamu masuk islam dan mengucap ..ikut saya yer...
Jin : Jin pun mengucap mengikut penulis...

Penulis : Sekarang kamu sudah masuk Islam dan saya ajar kamu ayat qursy..ikut saya..
Jin : Jin pun membaca ayat-ayat qursy dengan merangkak-rangkak.

Penulis : Sekarang kamu sudah masuk Islam dan selepas ini kamu pergi kemana-mana masjid berdekatan dan belajar agama disana..Jika kamu diancam oleh mana-mana jin tuan kamu,kamu bacakan saja ayat qursy yang saya ajarkan tadi...Lalu penulis memberi salam pada jin dan melaungkan azan 1x..

Jin : Wa'alaikumsalam....Pesakit terus muntah dan sedar dari kerasukan...