Pembaca Setia...

Jumaat, 31 Oktober 2008



BATU PERMATA DARI SERAI BERBUNGA


Video diatas adalah satu kaedah mengambil batu permata dari pokok serai berbunga.Untuk mengambil permata ini,diperlukan seorang yang mahir dalam ilmu paranormal/bomoh dimana beberapa mantera dan upacara tertentu perlu dijalankan pada waktu-waktu tertentu.Batu permata itu memang asli dan ia diambil dari alam ghaib/jin tapi sebelum jin memberikan batu itu kepada manusia,jin akan meminta beberapa upacara/pemujaan yang menyeleweng akidah dimana ia perlu disempurnakan kepada pihak mereka terlebih dahulu.

Khamis, 30 Oktober 2008







SIHIR SANTAU

Santau adalah salahsatu cabang ilmu sihir dan terbahagi kepada dua :-

1) Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata-mata tanpa melibatkan iblis dan syaitan.

2) Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan.Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.

Bahan-bahan santau :-


Bahan dan cara mmebuat santau berbeza menurut cara-cara yang dipelajari oleh seseorang daripada gurunya.Walaupun demikian umumnya ia terbahagi kepada dua :-

1) Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2) Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.


Simptom-simptom terkena santau :-

1) Tekak terasa panas dan berpasir.

2) Dada terasa panas bila waktu maghrib keatas.

3) Keluar muntah darah dengan banyak sekali.

4) Batuk berpanjangan yang sukar diubati dengan rawatan moden.

Kaedah mengesan santau

Jika anda mempunyai salahsatu simptom diatas,anda cari limau nipis sebiji dan perah pada setengah cawan air suam dan dicampurkan pula sesudu garam halus.Anda minum sehingga habis air campuran tadi,jika perut anda terasa sakit dan mual...sahlah anda terkena santau.Seteru santau ialah limau nipis dan garam,kerana jin cukup takut dan cedera dengan 2 jenis bahan tadi.


Kaedah merawat santau

1) Sediakan 2 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis.

2) Bacakan fatehah 1x,qursy 7x,al a`raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thaha 69 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10 saat pada air mineral dan limau tadi.

3) Perah 1/2 biji limau pada 1/2 gelas air mineral tadi dan minum 1x pada waktu maghrib untuk 7hari berturut-turut.

4) Perah 2 1/2 biji limau tadi pada 1/2 baldi air paip dan dicampurkan 3sudu air mineral tadi.Lakukan mandian bilasan terakhir air tadi untuk 7hari berturut-turut.

5) Sila baca qursy 7x tiap-tiap lepas solat untuk mantapkan pendinding diri selama sebulan.

6) Sila dengar mp3 ruqyah syariah pada waktu maghrib sebanyak 3x selama sebulan.


Tip mengelak santau

Photobucket

Jika anda makan diluar rumah,pastikan anda membaca ayat penggerak 3x dalam hati sebelum menjamah sebarang minuman atau makanan.Ayat penggerak ialah "bismillahillazi layadhurru.....sami'un aliimm".Andainya jika makanan atau minuman tadi mengandungi santau,insyaAllah bekas minuman/makanan tadi akan pecah,terlucut dari tangan,jatuh dan sebagainya.

Rabu, 29 Oktober 2008







ZIKIR UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN (SENDAWA)

Amalkan membaca zikir "THO HA" banyak-banyak dalam hati selama 5 minit,insyaAllah perut anda akan terasa mual dan lalu sendawa.







PANDUAN PAGAR DIRI BAGI TUKANG URUT


1) Baca 3x qursy tiap-tiap lepas solat dan tiup 10 saat pada tapak tangan (niat pendinding),tahan nafas dan sapu seluruh badan dari kepala hingga ke kaki(kecuali kemaluan).

2) Sebelum sesi mengurut,sila baca qursy 1x tiup 10 saat pada tapak tangan (niat pendinding).

3) Jika anda gagal melakukan sesi pagar diri seperti diatas sebelum mengurut,anda akan kerap sendawa semasa waktu mengurut dan badan anda juga akan terasa lemah dan bisa-bisa pada hari berikutnya.








KAIFIAT SURAH YASIN

Di antara fadilat membaca surah Yasin ialah:-

Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu "Jantung al-Quran"
Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.

Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat, katanya.

Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.

Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.

Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya."

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan."

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:" Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali."

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.

“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya








20 AMALAN SUPAYA MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:-


1) Menyempatkan diri beribadah.Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2) Memperbanyak istighfar.Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3) Tinggalkan perbuatan dosa.Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih juga membuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4) Sentiasa ingat Allah.Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa.Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu” (Riwayat Bukhari)


7) Tunaikan hajat orang lain.Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8) Banyak berselawat.Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9) Buat kebajikan banyak-banyak.Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya”


10) Berpagi-pagi.Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11) Menjalin silaturrahim.Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya” (Riwayat Bukhari)


12) Melazimi kekal berwuduk.Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13) Bersedekah.Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14) Melazimi solat malam (tahajud).Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15) Melazimi solat Dhuha.Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16) Bersyukur kepada Allah.Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya, Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur” (Ali Imran: 145)


17) Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fatah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fatah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fatah ya Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18) Berdoa.Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19) Berikhtiar sehabisnya.Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20) Bertawakal.Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah, FirmanNya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya...








Berita Harian 29/10/2008

YOGA BOLEH PESONG AKIDAH: Prof Zakaria

GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan,"

katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya..


SURAH AL KAUTHAR UNTUK MINTA PETUNJUK MIMPI

1)Sebelum tidur sila ambil wudhu dan baca al kauthar 10x niat "minta petunjuk mimpi".

2)Jika malam pertama masih belum mendapat sebarang mimpi,lakukannya sehingga 3 malam berturut-turut.

3)Bagi mereka yang sedang mengalami gangguan jin,mereka akan mendapat mimpi melihat beberapa ekor binatang atau berada ditempat tinggi didalam mimpi tersebut.
Photobucket

SENAMAN KUAT TENAGA BATIN


1)Duduk bersila dan rapatkan kaki kedalam seperti posisi diatas.

2)Tegakkan badan dan tarik nafas.

3)Rapatkan kepala anda kepada tapak kaki serapat yang mungkin.

4)Tahan nafas dalam 20saat dan tegakkan badan semula.

5)Ulangi langkah 2-4 tadi sebanyak 5x.

6)Senaman ini bagus dilakukan sewaktu bangun tidur dan lakukannya setiap pagi.

7)Khasiat senaman ini ialah dapat menjaga kesihatan urat-urat pinggang serta membuatkan kita lebih bertenaga ketika berjimak.







SAIZ ZAKAR MENGIKUT KETURUNAN

Memiliki anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita.Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar.Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu!

Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakardipengaruhi keturunan, bangsa dan baka.Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan ‘besar’ jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut.Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Losyen/minyak mengandungi herba tertentu, termasuk ekstrak ikan belacak/lintah, dapat membantu memantapkan anggota sulit sekadar strukturnya dan tidak dapat menambah saiz.Sama juga dengan alat pam vakum yang pernah satu ketika dulu digunakan untuk menambah saiz. Apa berlaku, ia cuma meningkatkan saiz untuk sementara waktu. Hanya kulit zakar kelihatan panjang dan gelap hasil cara itu.







PENTINGNYA JIWA YANG TENANG DALAM SEKS

Jiwa yang tenang amat perlu dalam hubungan seks kerana kesan psikologi adalah amat tinggi dan sangat berpengaruh dalam hubungan seksual,mungkin zakar anda tiada bermasalah dari segi ketegangan,namun tanpa jiwa yang tenang,anda mungkin terjebak oleh perasaan dan lantas kecundang.Cara yang baik bagi orang islam adalah dengan menunaikan solat fardhu dan membaca surah al insyirah 3x tiap2 lepas solat,insyaAllah jiwa kita akan tenang dan terlerai dari segala masalah yang membelenggu.Syukur dan redha itu menjadi kunci kepada cara-cara berfikir dan cara-cara mengingati kisah-kisah lampau.

Berikut digariskan mengapa seorang itu boleh kecundang didalam senggama walhal zakarnya mempunya ketegangan yang cukup...

1) Membayangkan khayalan yang memberangsangkan...

Perkara ini biasa terjadi pada anda yang baru sahaja berkahwin.Sebelumnya senggama pada anda adalah sesuatu proses yang dilarang oleh semua golongan,tapi sekarang anda sudah bebas melakukannya bersama isteri.Maka anda tenggelam dalam rasa rindu dan nikmat kepada keseronokan yang sebelumnya diimpikan.Anda terlalu terbawa-bawa oleh kecantikan,kelembutan serta perasaan seronok,lantas tidak dapat mengawal minda anda,dari itu maka otot-otot akal anda tidak terkawal.Akibatnya ialah zakar anda menjadi lembik,ini kerana otak anda diperas hingga letih,sebagaimana orang bekerja kuat.Cara mengatasinya,usahlah tumpukan sangat kepada fantasi cinta itu,lebih baik layani perasaan kepada perkara-perkara lain yang berkait dengan kekuatan dan kekuasaan,ia dapat menghindari kemelut fantasi cinta.

2) Kerisauan dan rasa bersalah yang tidak menentu...

Mungkin anda takut atau risau tidak akan memuaskan isteri anda sebagaimana yang anda bayangkan.Mungkin juga anda risau tentang hal-hal kerja,seperti kerja yang terlalu banyak,lantas terbawa-bawa ketika berjima.Mungkin juga anda rasa bersalah kerana pada seks yang sebelum ini,anda tidak dapat memuaskan isteri anda.Apa yang penting ialah,tentukan bahawa anda senggama setelah menyelesaikan kerja-kerja yang penting dan selesaikan dahulu,jika tidak boleh,maka lupakanlah masalah itu buat sementara.Yang penting ialah perlakukan senggama dikala itu sahaja,yang sedang anda lakukan itulah yang lebih penting dan harus dilakukan dengan tenang.Jiwa yang tenang adalah faktor penting kejayaan dalam hubungan seksual.

3) Rasa benci dan rendah diri kepada pasangan anda..

Ramai diantara mereka yang menghadapi maslah senggama menyatakan bahawa mereka menyimpan rasa benci kepada isteri kerana isteri terlalu mengawal atau sering menyalahkan tindak-tanduk suami dalam kehidupan sehari-hari.Ada juga keadaan dimana isteri sering menyalahkan diri suami dalam hidupnya.Akibat dari ini suami berjima dalam perasaan dendam dan kebencian,tidak dalam perasaan gembira.Apabila otak terasa perlakuan itu dipaksa,maka ia akan bertindak kontra dari yang diharapkan.Dalam hal ini isterilah yang harus mengubah perangainya.Suami sepatutnya mendalami bidang ugama islam dan mengajarkan isteri tentang hak dan tanggungjawabnya,agar dia bertindak selari dengan kehendak Allah S.W.T,dalam menasihatinya,maka nasihatilah secara bijaksana.Jika nasihat itu dilakukan secara kasar,maka kemungkinan hati isteri akan patah,jika dibiarkan,maka teruslah isteri dalam berkeadaan bengkok dan kerja meluruskan isteri bukanlah perkara mudah.

4) Gangguan-gangguan sejarah kehidupan remaja..

Mungkin anda mempunyai seorang ibu dan kurang bertimbangrasa,atau anda mungkin telah menemui seorang yang telah menceritakan tentang keburukan hubungan seksual,atau anda mungkin mempunyai adik-beradik perempuan sahaja.Ini bermakna anda tidak dilayani sebagai seorang lelaki semasa anda waktu kecil.Perasaan malang ini menebal dan ia adalah perasaan yang menenangi rasa sayang dan tangunggajwab ketika anda melakukan hubungan seksual.Semasa hubungan seksual anda merasa bahawa anda mahu lari dari perlakuan itu tanpa perlu diselesaikan tugas tersebut.Lagipun,anda merasa bahawa apa-apa pencapaian anda selama ini tiada pernah mendapat pujian.Jika anda disuruh melukis matahari,anda akan melukis matahari waktu senja,semuanya sudah terlambat buat anda.Sepatutnya anda berfikir bahawa inilah masanya untuk anda menikmati keindahan dan nikmat Allah bersama isteri anda,tida patut bagi anda bermuram durja dan menunggu masa tua sahaja.Anda sepatutnya gembira,hubungan seksual sepatutnya dilakukan dengan jiwa yang gembira.

Demikian antara sebab-sebab jiwa dan pengubatannya yang penting untuk diketahui andainya pembaca mempunyai masalah dalam hubungan seksual berpunca dari JIWA YANG TIDAK TENANG.Berusaha dan penyakit akan disembuhkan oleh Allah S.W.T ..InsyaAllah.yakin pada diri sendiri,percaya akan kejayaannya,ingat kepada Allah..Bincangkan masalah bersama isteri agar dia dapat berkerjasama dan membantu mengatasinya...






10 TIP MENAMBAH AIR MANI


Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-

1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3) Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7) Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.

10) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.
Photobucket

SENAMAN KEGEL (senaman kemut)

Senaman kegel boleh dilakukan baik lelaki ataupun wanita.Bagi wanita,khasiat senaman ini adalah dapat mengetatkan faraj.Bagi lelaki pula,kesan senaman ini adalah dapat melambatkan pancutan mani.

Kaedahnya,duduk melunjur, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang boleh sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi proses ini dalam 30x sehari. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk (semasa memandu) atau semasa buang air kecil.Senaman kegel nie baik diamalkan oleh lelaki yang cepat klimaks dan juga untuk yang menambahkan kekuatan pancutan air mani.

Isnin, 27 Oktober 2008

1) Al-Baqarah: 17

مَثَلُهُمۡ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسۡتَوۡقَدَ نَارً۬ا فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُ ۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ وَتَرَكَهُمۡ فِى ظُلُمَـٰتٍ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ

2) Al-Baqarah : 18

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ

3) Al-mukminun: 115

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ 

4) Yasin: 9

وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ 

5) Ar-Rahman: 33

يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْ‌ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ۬ 

AYAT 5 UNTUK PAGAR DIRI DAN JUGA BAGI KES GANGGUAN JIN YANG BERAT SEPERTI JIN IFRIT

-Perlu dibaca ditelinga pesakit kesemua ayat diatas 11x , 21x, 33x depend kepada seniority perawat.

-Bagi pesakit yang confirm ada gangguan dalam badan dan terus merasuk tak perlu baca lagi ayat no 4 tu,kerana jika kita teruskan juga baca ayat no 4 tu,jin dalam badan akan sukar mencari jalan keluar dari jasad pesakit.

-Bagi gangguan yang berada diluar badan pesakit, seperti terasa jin mengikut kita pulang (badi) pesakit boleh baca kesemua ayat diatas 3x tiap-tiap lepas solat.

-Bagi orang yang sihat dan juga pesakit yang baru sembuh dari gangguan jin,boleh amalkan kesemua ayat ini 3x tiap-tiap lepas solat untuk amalan pagar diri yang ampuh.

Ahad, 26 Oktober 2008



PANDUAN PAGAR DIRI OLEH USTAZ SYARAHAN (PAKAR MERAWAT GANGGUAN JIN)


KHASIAT AL INSYIRAH

1) Bagi mereka yang STRESS akibat kerja-kerja di pejabat dan sebagainya,sila baca surah nie 7x tiap-tiap lepas solat secara istiqomah,insyaAllah STRESS akan hilang dan hati pun rasa tenang.

2) Bagi individu yang mempunyai 1001 masalah seperti putus percintaan,masalah bisnes dan juga hutang keliling pinggang,amalkan seperti yang disebut diatas,insyaAllah anda akan diberi petunjuk/idea untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jiwa pun tidak menjadi kusut.

3) Ayat ini juga adalah ayat penerang hati,dibacakan 41x pada 2botol air mineral dan diberi minum secawan pada anak-anak 2x sehari,insyaAllah mindanya akan pintar.

3) Bagi para pelajar yang ingin menduduki peperiksaan penting,amalkan 7x tiap-tiap lepas solat supaya jiwa tenang,mudah hafalan dan dipermudahkan urusan dalam menjawab sebarang soalan peperiksaan nanti.

4) Ayat ini juga dikenali sebagai ayat memudahkan urusan,bagi mereka yang tidak bermasalah,amalan 7x tiap-tiap lepas solat akan memudahkan sebarang urusan harian mereka baik ditempat kerja dan juga dirumah selagi mana ia mengamalkannya.
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣

AYAT UNTUK MENAKUTKAN JIN/HANTU YANG MENGGANGGU KITA

1) Bagi pesakit gangguan jin yang selalu sakit diserang jin,sila baca ayat diatas yasin 63 ulang-ulang sehingga 33x,insyaAllah jin didalam badan akan kepanasan dan takut mengganggu kita lagi.

2) Bagi mereka yang sering disakat atau diganggu hantu/jin didalam perjalanan atau dirumah dan dimana-mana jua,seperti terdengar bunyi mencakar,ada orang berjalan dan kelibat seperti lembaga,sila baca ayat yasin 63 nie kuat-kuat 7x,insyaAllah jin tersebut akan lari sejauh-jauhnya.
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ (٤
Photobucket

AYAT UNTUK ORANG YANG BERNIAGA/DALAM BIDANG JUALAN

Sila amalkan surah yusuf ayat 4 dan ayat seribu dinar 3x tiap-tiap lepas solat secara istiqomah supaya orang ramai mudah mendengar kata-kata kita dan juga murah rezeki.
طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥)

AYAT PENERANG HATI DAN PELEMBUT HATI UNTUK ANAK-ANAK

Sila baca surah taha 1-5 1x dan tiup 10 saat pada ubun-ubun anak anda semasa mereka tidur selama 11 hari berturut-turut,insyaAllah anak-anak akan cemerlang dalam pelajaran dan mendengar kata ibu-bapa.
Photobucket

KESAN BURUK ONANI PADA KESIHATAN

Kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan :-

1) Kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga.

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome' yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk.

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki.

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
PhotobucketPhotobucket

KAEDAH URUTAN UNTUK SAKIT KEPALA

1)Urut dan picit kedua dua belah ibu jari kaki selama 10minit

2)Urut bahagian bawah cuping telinga dan urat tengkuk selama 10 minit

3)Urut pada urat leher dan bahu 10 minit

4)urut kawasan belikat dari bawah keatas 10 minit

Sabtu, 25 Oktober 2008

04-Talaqi-KafHaYaAinSod.mp3 - Tuan Guru Dato Dr. Haron Din

TIP MENGESAN JIN DALAM BADAN


1) Tekan butang STOP pada background music MP3 Ruqyah pada imeem media player sebelah kiri bawah blog ini dahulu.

2) Tekan butang PLAY dan butang REPEAT pada media player diatas pula.

3) Dengarkannya selama 5min menggunakan HEADPHONE dengan volume maksimum.

4) Selepas selesai,perhatikan...jika degupan jantung anda makin bertambah kencang,batuk,sendawa dan terasa ada benda bergerak dibawah kulit,maka petanda dalam badan anda ada jin.

Jumaat, 24 Oktober 2008



KAIFIAT AL FATEHAH

Sesiapa yang membaca al fatehah sebanyak 20x tiap-tiap lepas solat secara istiqomah :-

1) Dimurahkan Allah rezekinya.

2) Diperbaiki hal ehwalnya.

3) Dibersihkan hatinya.

4) Diangkat darjatnya.

5) Dipermudahkan pekerjaannya.

6) Dilepaskan ia dari dukacita.

7) Dijauhkan dari mudarat.

8) Diberi ia kerajinan dan semangat.

9) Tidak kecewa.

10) Dijauhkan dari hasutan syaitan.

11) Diilhamkan kepadanya kebajikan.


KAIFIAT AYATUL QURSY

1) Apabila qursy dibacakan lepas solat fardhu,ia diampunkan segala dosanya dari satu waktu kesatu waktu dan dihapuskan kejahatan.

2) Apabila dibacakan tatkala hendak tidur,terdidinglah dari sebarang kejahatan hantu syaitan dan terpelihara dari angkara-angkaranya.

3) Apabila dibacakan sedang ia marah kemudian diludahkan ke kiri,maka padam kemarahannya dan terhenti.

4) Sesiapa yang berdoa dengan ayatul qursy,maka dikabulkan doanya dan didorongkan kepada kebajikan.

5) Mendapat kemuliaan didunia dan akhirat,diutama dan dikasihi sekalian makhluk,tertegah dari maksiat.

6) Terangkat dukacita dan ancaman diatas dirinya.

7) Menolak perseteruan dan kebencian.

8) Murah rezeki dengan tidak terkira-kira.
Photobucket

ILMU MENGESAN JIN DISEKITAR RUMAH ANDA

Amalkan membaca Selawat Tafrijiyyah 3x tiap-tiap lepas solat untuk sebatikan dalam badan.Kemudian baca 1x selawat ini dalam hati,lalu depa dan luruskan tangan anda ditempat/penjuru yang mana anda hendak kesan,fokuskan sepenuhnya pada tapak tangan anda.Jika terasa semacam ada vibrate ditapak tangan anda,maka dikawasan itu adanya jin...
Photobucket

AYAT MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA

Anda diluar sana boleh amalkan membaca sebanyak 33x tiap-tiap lepas solat ayat ke54 dari surah Shad.

"INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"

sesunguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya...
Photobucket

TIP MEMBUAT MINYAK URUT YANG AMPUH

1) Sediakan sebotol minyak urut dan buka tudungnya.

2) Mula-mula istighfar 100x dahulu bagi mengampuhkan bacaan,lalu bacakan fatehah 7x,selawat syifa 7x,yasin 78-79 7x dan 3qul 1x lalu tiup 10 saat pada minyak urut tadi.

3) InsyaAllah minyak urut tadi akan ampuh dalam menymbuhkan 1001 penyakit urat dan juga sengatan binatang berbisa.

4) Saya tidak menggalakkan anda membaca sebarang mantera yang tidak difahami atau menyeru nama-nama mambang atau syeikh pada sebarang minyak urut,kerana bacaan sebegitu selalunya akan mengundang bantuan jin.
Photobucket

PUNCA PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN


1) Berlaku kemalangan atau kecederaan pada urat-urat sekitar batin seperti di pinggang,peha dalam,telur dan sebagainya.

2) Terlalu banyak angin disekitar bawah telur zakar dan lubang cincin.

3) Stress yang melampau dan berterusan.

4) Salah makan ubat kuat,disini pesakit termakan ubat-ubat kuat yang dijual dikaki lima jalan,kerana ubat sebegitu selalunya tidak diluluskan Kementerian Kesihatan dan mengandungi bahan terlarang yang beracun.

5) Sihir jerut,disini pesakit telah disihir oleh orang tertentu supaya zakarnya tidak berfungsi dan berlakunya mati pucuk.Jin-jin sihir disini akan menyumbat saluran darah tertentu diotak pesakit yang mengawal tahap ereksi zakar.

6) Kerap minum minuman berais dan bergas.Jika tabiat ini tidak dikikis,ia akan menyebabkan zakar nyilu dan over sensitive ketika bersetubuh serta menyumbang pemendapan angin disekitar lubang cincin zakar.

7) Kerap dan terlalu banyak bersetubuh pada masa yang singkat tanpa memberi rehat secukupnya pada badan dan zakar khususnya.

8) Tidak pernah mengamalkan pemakanan yang menambahkan tenaga batin seperti tongkat ali,madu dan telur.Makanan sebegitu penting bagi menambah kekuatan batin dan mengekalkan stamina seks amnya.

9) Tidak pernah bersenam atau bersukan.Kehidupan yang sihat amat penting bagi melancarkan aliran darah seluruh badan dan sekaligus dapat membuang angin disegenap urat-urat badan.

10) Tabiat membasuh zakar sejurus selesai melakukan hubungan seks juga akan menyebabkan urat-urat zakar menjadi lesu.Disini zakar anda diibaratkan seperti mencelup besi panas kedalam air.

Khamis, 23 Oktober 2008

Photobucket

PETUA KESIHATAN DARI IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan..

1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan..

1. Banyak bersetubuh

2. Selalu cemas

3. Banyak minum air ketika makan

4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata..

1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata..

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran..

1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama
Photobucket
"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

KEGUNAAN AYAT PENGGERAK/PENDINDING DIRI

Cara menggunakannya :-

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7x.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

3. Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam badan agar Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang MUDARAT pada hari berkenaan.

4. Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di restoran dan R&R,sila baca dalam hati 3x,jika makanan tersebut mengandungi racun/santau,dengan izin Allah cawan/pinggan itu pecah.

5. Jika hendak menaiki kenderaan,baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti accident dan sebagainya.

6. Jika kita menjalankan perniagaan,insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x tiap-tiap lepas solat.

7. Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga,kesan amalan 3x tiap lepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin.

Rabu, 22 Oktober 2008

Photobucket

KENAPA AYAT-AYAT RUQYAH DIBACA KUAT PADA PESAKIT

Assalamuaalaikum,

Satu pertanyaan timbul mengapa ayat ayat rukyah syariah diwajibkan dibaca dengan kuat oleh perawat...

1. Kerana tidak mahu wujudnya fitnah. Orang yang mendengar akan tahu ayat apa yang dibacakan tanpa sembunyi-sembunyi. (Sihir dan rukyah berbeza, sihir dibuat senyap- senyap)

2. Supaya pesakit tahu ayat apa yang dibaca dan insyaALLAH dia pula akan cuba membacanya kelak.

3. Supaya semua gangguan yang berada dikeliling tempat itu turut mendengar bacaan itu.

4. Baca dengan kuat kalam kalam ALLAH boleh menjadi peringatan kepada yang mendengar.

5. Walau pun tak faham tetapi berkat ayat-ayat suci ini insyaALLAH akan memberi kesan.

6. Menimbulkan keinsafan pada pembaca dan pendengar.

7. Boleh ditegur jika salah bacaan oleh org yang lebih pandai insyaALLAH.

8. Dapat memberikan lebih keyakinan dan kekuatan kepada perawat ketika merawat.

9. Supaya peluru lebih besar, kuat dan pantas, menyebabkan sukar dielak oleh jin jin sihir dan kesakitannya lebih.

Ayat ayat al-Quran ini dijadikan bacaan dengan kuat supaya menginsafkan jin jin yang menganggu dan juga pada manusia. Jika wujud rasa sakit dan seram dan panas pada si pesakit maka itu adalah kuasa ALLAH SWT dan bukan pada tukang baca.

Kaedah membaca dengan kuat dan membaca ditelinga pesakit ialah kaedah yang dipelajari oleh Ustaz Malek bersama Tuan Guru Syeikh Wahid maka cara ini juga diguna pakai oleh Pertubuhan Terapi Al-Quran Darul Hikmah.

Selasa, 21 Oktober 2008

Photobucket

KHASIAT BISMILLAH ENAM

1. bismillah his sami ‘il bashir allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwabikul li shai ain ‘aliim.

2. bismillah hil kholla qil ‘aliimm allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal fat ta hul ‘aliim.

3. bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul qhobiir.

4. bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul khadiir.

5. bismilllah hil ‘azizul kariim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ‘azizul kariim.

6. bismilllah hil ghofurril rahiim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ghofurril rahiim.

Fallah….. hu qhoirun haa fi dzon wahuwal arharmarra himiin


Tafsir Bismillah Enam :-

-Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat tiada yang seumpama dengannya dan maha mengetahui pada setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang seumpama dengannya yang maha pembuka lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah tiada yang seumpama dengannya yang maha gagah perkasa lagi maha pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang tiada yang seumpama dengannya yang maha pengampun lagi maha penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga dan dialah maha penyayang diantara para penyayang.

Antara manfaat Bismillah Enam :-

1) Mengubati segala penyakit terkena bisa termasuk bisa kerana sengat binatang seperti ikan, lebah, ular dan lain-lain.

2) Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan bisa seperti racun ulat bulu mati beragan, racun hempedu katak bisa, racun miang rebung, racun kaca bal lampu.

3) Segala jenis santau.

4) Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.

5) Mengkabulkan segala cita-cita dan hajat.

6) Terpelihara daripada segala merbahaya seteru dan musuh.

7) Dibaca untuk menang berperang.

8) Untuk menghalau jin dan syaitan.

9) Memelihara tanaman daripada binatang.

10) Mengubat orang gila.


Cara berubat menggunakan Bismillah Enam :-


1. Letakkan tangan ditempat sakit, tahan nafas dan baca Al-Fatihah dan Bismillah 6 sekali.

2. Tiup ditempat sakit dan secawan air mineral dan urut-urut sedikit tempat yang sakit tu.

3. Air tadi dibuat minum dimulai dengan membaca Bismillah dan Selawat 1x.

4. Angin akan keluar dari badan pesakit dan diikuti muntah, insyaAllah.


Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh:-

1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.

2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.

3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.

4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.

5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

Isnin, 20 Oktober 2008

Photobucket

PUNCA SESEORANG LAMBAT SEMBUH DARI GANGGUAN JIN

1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu MENYEMBUHKAN gangguan jin yang dialami pesakit.Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun.Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.

2) Pesakit tidak melakukan sebarang rawatan susulan.Disini pesakit hanya datang dengan SEKALI SAHAJA berjumpa perawat.Senario orang melayu di M`sia nie bila berubat,hanya datang sekali sahaja dan minta terus sembuh.Perlu diingat rawatan susulan amat-amat penting,kerana jin juga bersifat "self healing",dimana jin akan sembuh dengan sendirinya akibat serangan perawat terdahulu jika tiada rawatan susulan.

3) Pesakit suka bertukar-tukar jumpa perawat.Disini senarionya,dengan hanya sekali pergi berjumpa perawat dan pesakit pula tidak sembuh-sembuh,dengan serta merta pesakit berjumpa dengan perawat yang lain tanpa menerima rawatan susulan dari perawat terdahulu.Saya syorkan pesakit perlu membuat minimum 3x rawatan susulan (2 minggu sekali) pada satu-satu perawat demi mengelakkan bercampurnya kaedah-kaedah rawatan.

4) Pesakit agak malas beramal dan duduk goyang kaki kat rumah.Sejurus menerima rawatan dari perawat,pesakit perlulah beramal ayat-ayat pagar diri tiap-tiap lepas solat secara istiqomah dengan ulangan sebanyak 7x.Ini penting bagi mengelakkan jin gangguan terdahulu memasuki semula jasad pesakit.
Photobucket

TIP SUPAYA CEPAT SEMBUH DARI GANGGUAN JIN/SIHIR

1)Segera buat temujanji dengan perawat islam.

2)Jangan berubat dengan perkara-perkara yang haram seperti berjumpa pawang dan sebagainya kerana ia akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

3)Buat rawatan susulan 2 minggu sekali dengan perawat islam sehingga benar-benar sembuh.

4)Perdengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH minimum 3x sehari pada waktu maghrib keatas.

5)Beramal dengan istiqomah ayat-ayat pagar diri dengan membaca 3qul 3x tiap-tiap lepas solat.

6)Dilarang mendengar lagu-lagu hiburan kerana ia akan membuatkan jin didalam badan makin kuat dan sukar keluar dari tubuh.
Photobucket

TIP SUPAYA TERHINDAR DARI SIHIR DAN DENGKI MANUSIA

1) Jangan tinggalkan solat 5 waktu.

2) Baca 3qul 1x tiap-tiap lepas solat.

3) Mempunyai sifat rendah diri dan jangan menunjuk-nunjuk.

4) Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang seperti maksiat,mengumpat dan sebagainya.

5) Sentiasa muhasabah diri dan perbaiki diri dari semasa kesemasa.

6) Hindari dari perasaan terlalu gembira,terlalu takut dan terlalu sedih kerana 3 sifat itu adalah pintu masuk jin kedalam badan manusia.

7) Sentiasa bersederhana dalam serba-serbi.