Sabtu, 2008 Januari 12

Bekam Leher Pictures, Images and Photos

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR


Dari Ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.Sebenarnya,bekam nie mampu menyedut jin-jin sihir tu dimana darah yang keluar itu nanti berbentuk bertali dan kulit tempat berbekam itu akan rasa panas memijar..

KESIMPULANNYA,BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU,SIHIR DAN SAKA,ANDA DIGALAKKAN BERBEKAM SEMINGGU SEKALI DIKAWASAN TENGKUK DISAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYARIAH.



Photobucket

PETUA POLIGAMI


Bagi lelaki yang mampu zahir batin dan juga mampu berlaku adil,sila amalkan surah taha 1-5 dan yusuf ayat 4 7x setiap satu dan berdoa minta isteri lembut hati dan membenarkan bernikah.Amalkan selama sebulan,kemudian barulah bincang dengan isteri tentang keinginan untuk poligami,insyaAllah isteri izinkan..Selamat mencuba..


Photobucket

PETUA MENGETATKAN ALAT SULIT WANITA

Beli beberapa bungkus manjakani dari kedai/pasar/Giant dan ambil 3biji manjakani rebus bersama 2 gelas air 15 min.Bacakan al fatehah 33x dan tiup 10 saat pada air rebusan itu,lalu minum air rebusan tadi dimulai Bismillah dan Selawat 1x.Amalkan minum seminggu sekali,insyaAllah otot organ peranakan akan makin ketat dan disayangi suami anda.Selamat mencuba..


Photobucket

PETUA KUAT NAFSU BATIN BAGI LELAKI DAN WANITA

Sediakan sebotol besar madu asli dan bacakan ayat 52 surah hud sebanyak 100x dan tiup 10 saat pada madu tadi.Amalkan minum sesudu setiap pagi dan dicampur segelas air suam,sebelum minum sila baca Bismillah dan Selawat 1x,insyaAllah badan akan kuat dan nafsu batin pun akan kuat juga.


Photobucket

PETUA MENDAPAT ZURIAT

Sediakan 40 kuntum bunga cengkih.

Pada setiap bunga cengkih itu ,baca 7x surah An-Nur ayat 40....bermula.."AU ZULUMAT FII BAHRI...hingga akhir ayat 40 tu..

Nak baca untuk semua 40 kuntum pun boleh ATAU setiap kali nak makan,baca 7x di sekuntum bunga cengkih itu,pun boleh.

Mula makan adalah pada hari suci dari HAID,dan bersama suami...pada malam2 nya...sehingga habis 40 kuntum.Tak semesti nya..bersama setiap malam.....

Lagi baik,makan selepas solat hajat,dan baca al fatihah hadiah kepada Nabi SAW 1x dan kepada Shah Wali Allah 1x.

Insyallah dengan berkat Shah Wali Allah,wali tersohor itu dan Rasullullah SAW,akan di kurniakan anak.


Photobucket

DEFINISI SIHIR

Sihir bermaksud " apa juga yang berlaku atau dapat dibuat atau dicapai oleh seseorang dengan pertolongan syaitan,setelah orang itu memenuhi kehendak syaitan tersebut dengan melaksanakan sesuatu yang dikehendaki oleh syaitan itu sebagai tanda atau isyarat taqarub atau bersahabat atau tunduk dan mengikut atau menyembah syaitan itu" - (Kitab As-Sihr)

JENIS-JENIS SIHIR

-Sihir Rumahtangga/Pemisah
-Sihir Pengasih/Guna-guna
-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila
-Sihir Santau
-Sihir Kelesuan Badan
-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan
-Sihir Jerut
-Sihir Istihadah
-Sihir Rendah diri


Photobucket

SIHIR GUNA-GUNA

Tanda-tanda sihir guna-guna adalah :-

-Cinta asmara yang terlalu berlebihan.
-Keinginan yang keterlaluan untuk melakukan hubungan seks.
-Rasa cinta yang tidap dapat ditahan.
-Mabuk kepayang dan sentiasa ingin melihatnya.
-Sentiasa taat kepadanya.

Cara terjadinya sihir guna-guna :-

Sangatlah sering terjadi pertengkaran antara seorang suami dengan isterinya,akan tetapi biasanya pertengkaran itu akan cepat mereda.Namun ada beberapa wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka pergi menjumpai tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya sentiasa mencintainya.Perbuatan yang dilakukannya ini diantaranya tentulah disebabkan oleh lemahnya jiwa agama pada wanita tersebut atau kerana tidak tahunya ia bahawa perbuatan yang dilakukannya itu adalah haram hukumnya.

Untuk melakukan sihir guna-guna ini,biasanya tukang sihir meminta dirinya slah satu dari bekas pakaian suaminya yang mengandungi bau peluh dan bukan pakaian baru atau pakaian yang baru dibasuh.

Selepas itu tukang sihir tersebit mengambil beberapa benang dari pakaian tersebut lalu dihembus dan dbuatkan simpulan-simpulan sihir padanya.Lalu tukang sihir memrintahkan supaya benang-benang sihir ditanam ditempat yang jauh atau sihir tersebut dikerjakan didalam air atau makanan.Sihir yang paling berbahaya adalah sihir yang dibuat dalam benda najis terutama dari darah haid,kemudian tukang sihir tersebut memerintahkan supaya benda najis itu diletakkan dalam makanan,minuman atau minyak wangi yang dipakai oleh suaminya.

Akibat sihir guna-guna :-

-Kadangkala suami menjadi sakit akibat dari sihir ini,bahkan pernah ada seorang suami yang menderita sakit selama tiga tahun.

-Kadangkala sihir ini berbalik arah sehingga suami membenci isterinya.

-Kadangkala seorang isteri mengerjakan sihir berlipat ganda terhadap suaminya,dengan tujuan suaminya itu benci kepada setiap wanita dan hanya menyintainya sahaja,sehingga menyebabkan suami membenci ibunya dan sanak saudara yang ada hubungan persaudaraan dengannya.

-Kadangkala sihir berlipat ganda itu berbalik arah,sehingga suami membenci setiap wanita termasuk isterinya dan diri sendiri.Bahkan ia menceraikan isterinya.Ada pula kejadian melihat keadaan yang sedemikian,si isteri pergi datang lagi menemui tukang sihir supaya membatalkan sihirnya,akan tetapi sangatlah disayangkan,ketika ia datang ketempat tukang sihir itu,ternyata tukang sihir tersebut meninggal dunia.



Photobucket

FAKTA MENGENAI SIHIR PEMISAH/RUMAHTANGGA OLEH DATO DR AMRAN KASIMIN

Dr Amran menegaskan,sihir pemisah tujuan utamanya adalah supaya suami isteri berpisah/bercerai-berai.Orang yang terkena sihir itu,pertamanya akan timbul rasa benci samaada dihati isteri atau suami terhadap pasangan masing-masing.Perasaan itu semakin lama semakin parah dan akhirnya berlakulah kemusnahan terhadap rumahtangganya,walaupun rumahtangga itu telah dibina sekian lama dan dengan yang dikatakan atas dasar cinta.
Individu yang terkena sihir itu juga,bagi isteri,jika suaminya berada dirumah,isteri akan gelisah,tetapi apabila suaminya keluar dari rumah,barulah si isteri akan berasa tenteram.Kadang-kadang pula,muka si suami dilihat amat menggerunkan oleh si isteri.Ekorannya,rumahtangga mereka tidak pernah aman.

Sihir pemisah juga kadang-kadang turut menyebabkan suami isteri tidak boleh bersama kerana si suami tidak berkemampuan untuk menyetubuhi isterinya disebabkan kelemahan alat kelaminnya.Selain itu,ada kes dimana mereka bersama,si isteri mengalami kesakitan.Kadang-kadang pula kesakitan yang dialami si isteri itu berlaku selepas suami dan isteri berkenaan bersetubuh.
Kadang-kadang pula terdapat kes dimana suami mengalami gatal-gatal pada kemaluannya.Selain itu,terdapat kes yang menyebabkan si suami bernafsu untuk bersetubuh dengan isterinya,tetapi apabila si suami mula hendak menyetubuhi si isteri,alat kelamin si suami pula yang menjadi mati secara tiba-tiba.

Setengah suami yang terkena sihir pemisah juga turut mengalami masalah lain dalam hidupnya,khususnya untuk bersetubuh dengan isterinya disebabkan mereka tidak boleh meneruskan hajatnya itu.Puncanya,apabila si suami hendak bersatu dengan si isteri,air mani suami akan terkeluar dengan sendirinya sebaik sahaja mereka hendak memulakan persetubuhan.Kalaupun tidak mengalami keadaan seperti itu,sihir pemisah juga boleh mengakibatkan si suami tidak boleh menyetubuhi si isterinya disebabkan kemaluan si si isteri terasa ada penghalang .Dato Dr Amran Kasimin adalah bekas pensyarah di UKM dan juga bekas PERAWAT ISLAM di Darussyifa Bangi(dipetik dari majalah CERMIN)



Photobucket Image Hosting

SIHIR PENYAKIT

Tanda-tanda sihir penyakit ini ialah :-

-Salah satu anggota badan selalu merasa sakit

-Urat saraf selalu tersumbat

-Salah satu anggota badan menjadi lumpuh

-Lumpuh secara keseluruhan

Perlu diingatkan disini bahawa sebahagian tanda-tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit anggota badan biasanya.Akan tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ayat-ayat al quran atau memasang mp3 ruqyah kepada orang yang terkena sakit tersebut.Jika orang yang terkena sakit itu merasa pening kepala,menggigil dan terjadi perubahan pada tubuhnya ketika dibacakan ayat-ayat al quran tersebut,hal ini menunjukkan bahawa orang tersebut terkena gangguan/sihir.

Kaedah pengubatan sihir penyakit

-Bacakanlah ayat-ayat al quran ruqyah syariah seperti fatehah 1x,qursy 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thaha 69 3x dan 3qul 3x pada ubun2 pesakit.

-Perdengarkan mp3 ruqyah 3x sehari iaitu pada waktu maghrib,isyak dan sebelum tidur.

-Sediakan cuka makan sebotol dan bacakan fatehah 1x,al ikhlas 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10 saat pada cuka tadi.

-Sapu cuka tadi pada dahi pesakit dan anggota badan yang terasa sakit 2x sehari iaitu pagi dan petang.



Photobucket Image Hosting

SIHIR PENGHALANG PERKAHWINAN


Cara terjadi sihir ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang bersifat dengki yang datang kepada tukang sihir lalu meminta darinya supaya mengerjakan sihir untuk anak perempuan seseorang supaya tidak jadi nikah.Adapun tanda-tanda sihir ini diantaranya :-

-Kepala sentiasa pening dan tidak mahu berhenti walaupun telah diberi ubat oleh doktor.

-Merasa sesak nafas didada terutamanya setelah waktu asar hingga tengah malam.

-Melihat orang yang meminangnya bermuka buruk.

-Terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan.

-Selalu gelisah didalam tidurnya.

-Kadangkala merasakan sakit didalam perut.

-Merasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.


Kaedah pengubatan sihir penghalang perkahwinan


-Bacakanlah ayat-ayat al quran sebagaimana yang dijelaskan diatas tadi kepada pesakit pada bahagian ubun-ubun.

-Jika tidak kerasukan jin,maka berilah ia amalan-amaln berikut :-

a)Sentiasa menjaga solat tepat pada waktunya.

b)Perdengarkan mp3 ruqyah syariah 3x sehari iaitu pada maghrib,isyak dan sebelum tidur.

c)Tidak mendengarkan lagu/muzik.

d)Berwuduk dan membaca ayat qursy 11x sebelum tidur.

e)Menghimpun kedua tapak tangan kemudian membaca surah 3qul 3x,selepas itu tahan nafas dan sapukan keseluruh badan (kecuali kemaluan) sebelum tidur.

f)Bacakanlah untuknya ayat-ayat al quran seperti fatehah 1x,al kafirun 3x,al ikhlas 3x,al falaq 3x dan an nas 3x kedalam air kemudian air itu diminum dan digunakan untuk mandi 3x sehari.



Photobucket Image Hosting

SIHIR IKATAN (JERUT) BAGI PIHAK LELAKI

Syaitan daripada sihir ini berpusat didalam otak lelaki,pastinya pada pusat rangsangan seksual yang mengirimkan isyarat-isyarat ke organ-organ peranakan,kemudian meninggalkan alat-alat peranakan tersebut bekerja sebagimana biasa.Apabila seseorang mendekati kepada isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual,maka syaitan akan memberhentikan pusat rangsangan seksual kedalam otaknya,maka berhentilah isyarat-isyarat yang akan dikirim keseleruh organ-organ yang akan menghantarkan darah kedalam alat kelamin yang boleh menyebabkannya menjadi tegang.Pada saat itu darah akan kembali dari alat kelamin lelaki dengan cepat,maka alat kelamin itupun akan lemah dan mengendur.

Oleh kerana itu anda mendapati seseorang lelaki seperti biasa sahaja ketika bercumbu kasih dengan isterinya,atau hendak melakukan hubungan seksual,keadaan alat kelamin yang tegang,tetapi apabila sudah dekat dengan isterinya,alat kelaminnya akan melemah dan tidak boleh lagi untuk meneruskannya,kerana kita maklumi bahawa alat kelamin yang tegang pada lelaki merupakan unsur utama dalam sempurnanya proses hubungan seksual seperti yang kita ketahui.

Kadangkala kita mendapati lelaki yang memiliki dua isteri,ia terikat dengan salah satu dari keduanya,kerana syaitan sihir hanya memberhentikan fungsi pusat rangsangan seksual pada salah seorang sahaja dari dua isterinya itu.


SIHIR IKATAN (JERUT) BAGI PIHAK WANITA

Sebagaimana ikatan ini terjadi pada lelaki dari isterinya,maka hal ini juga terjadi pada isteri dan suaminya,dan ikatan pada wanita itu 5 jenis :-

a)Ikatan dengan melarang.
-Iaitu seorang wanita berusaha untuk mencegah suaminya agar tidak menyetubuhinya,iaitu dengan cara merapatkan kedua belah pehanya yang satu dengan yang lainnya sehingga suaminya tidak boleh menyetubuhinya,dan hal itu sebenarnya diluar kemahuan wanita tersebut.
Bahkan ada seorang pemuda yang memarahi isterinya yang mengalami sihir jenis seperti ini,maka si isteri pun berkata "hal ini diluar kemahuan saya",bahkan isterinya ini berkata "ikatlah kaki saya dengan ikatan dari besi sebelum memulai hubungan seksual,sehingga peha yang satu tidak menempel dengan yang lainnya" Dan memang suami melakukannya,akan tetapi proses ini masih tidak berjaya,kemudian si isteri mengisyaratkan kepada suaminya agar memberikan suntikan bius kepadanya apabila ingin menyetubuhinya,maka proses hubungan seksual berjaya pada kali ini,akan tetapi hanya disebahagian pihak sahaja.

b)Ikatan hubungan yang dingin.
-Jin yang mewakili sihir berpusat pada pusat rasa didalam otak wanita,apabila suaminya ingin menyetubuhinya maka jin menghilangkan rasa tersebut dan ia tidak merasakan kenikmatan dan tidak mahu menerima suaminya itu,bahkan tubuh isterinya itu seperti terkena bius walau dengan melakukan apa sahaja denganya,wanita itu tidak mengeluarkan cairan yang dapat membasahi farajnya,maka proses hubungan seksual tidak boleh berjaya dengan sempurna.

c)Ikatan keluarnya darah dengan berterusan.
-Jenis sihir ini berbeza dari sihir pendarahan yang berterusan,iaitu ikatan pendarahan ini hanya khusus ada waktu-waktu berhubungan seksual sahaja,sedangkan sihir pendarahan tidak ada hubungannya dengan hal tersebut,bahkan berlangsung selama beberapa hari.
Ikatan pendarahan dengan darah yang berterusan ini adalah,apabila suami ingin menyetubuhi isterinya maka syaitan akan mendatangkan darah yang sangat banyak (istihadah) padanya,sehingga tidak memungkinkan sisuami untuk menyetubuhi isterinya.

d)Ikatan penghalang.
-Iaitu apabila seorang lelaki ingin menyetubuhi isterinya,ia akan mendapati sepotong daging yang menghalanginya sehingga tidak memungkinkannya untuk menembusnya,maka proses hubungan seksual tidak berjaya.

e)Ikatan tipuan.
-Iaitu seorang lelaki mengahwini seorang wania yang masih gadis,dan apabila ia hendak menyetubuhinya ia mendapati isterinya itu seperti janda tanpa keraguan sedikitpun,maka setelah wanita itu diubati dan sihir telah hilang darinya,kegadisan dan keperawanannya pun kembali semula seperti asalnya.


Firman Allah S.W.T :
"Katakanlah,aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (ikatan),dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki" AL-FALAQ 1-5




Photobucket Image Hosting

SIHIR RENDAH DIRI

Tanda-tanda sihir ini adalah :-

-suka menyendiri
-diam yang berterusan
-membenci setiap bentuk perkumpulan
-akal yang serung pelupa
-sakit kepala yang berterusan
-sikap tenang,diam dan bersendirian yang berterusan

Punca sihir rendah diri ini terjadi apabila tukang sihir mengirim jin kepada seseorang yang akan disihir,dan menyuruhnya berpusat diotak sehingga menyebabkan orang ini menjadi rendah diri dan menjauhkan diri dari orang lain.Maka jin melaksanakan apa yang diperintahkan dengan segala kemampuannya,dan akan tampaklah tanda-tanda itu pada diri orang yang terkena sihir,sesuai dengan kekuatan dan kelemahan jin yang telah ditugaskan oleh tukang sihir.

Kaedah rawatan untuk sihir ini ialah :-

-membacakannya ayat-ayat ruqyah syariah dan pegang pada ubun-ubun pesakit.

-apabila pesakit ini pengsan,maka berdialoglah dengan jin itu seperti yang telah kita terangkan.

-apabila sebelum pengsan,perdengarkan kepada pesakit mp3/cd ruqyah syariah 3x sehari.

-hendaklah pesakit menjauhkan diri dari ubat-ubat penenang.

-apabila pesakit merasakan sakit dilambung,maka bacakan ruqyah keatas air dan meminum air tersebut.

-apabila pesakit merasa sakit kepala yang berterusan,maka bacankanlah ayat-ayat ruqyah keatas air dan mandi dengan air itu sekali dalam tiga hari,dengan syarat tidak menambah air tersebut atau memanaskannya diatas api,dan pesakit hendaklah mandi ditempat yang bersih.




Photobucket Image Hosting

SIHIR GANGGUAN

Tanda-tanda sihir ini :-

-mimpi-mimpi yang menakutkan.
-pesakit melihat didalam tidurnya seoalah-olah ada yang memanggilnya.
-ada suara yang memanggilnya diwaktu ia bangun namun tida melihat orangnya.
-banyaknya keraguan terhadap kawan-kawan.
-ia melihat didalam tidurnya bahawa ia akan jatuh dari tempat yang tinggi.
-ia melihat haiwan-haiwan mengusirnya didalam mimpi.

Punca terjadinya sihir ini dimana tukang sihir mengirimkan jin dan menugasinya untuk menyibukkan orang ini didalam tidur ataupun bangunnya,maka jin akan menyerupai haiwan-haiwan yang buas didalam tidurnya dan akan memangsanya,dan memanggilnya diwaktu ia bangun dengan suara-suara manusia yang dikenali oleh pesakit atau dengan suara-suara yang aneh,kemudian ia meraguinya dalam keadaan yang dekat ataupun jauh.Tanda-tanda ini akan berbeza sesuai dengan kekuatan dan kelemahan sihir itu,kerana kuatnya mungkin sampai keperingkat gila,dan kerana lemahnya mungkin hanya sampai setakat was-was sahaja.

Pengubatan sihir ini :-

-membaca ayat-ayat ruqyah pada pesakit.

-apabila ia pengsan,maka ubatilah dengan terus membaca ruqyah dan berdialog dgn jin itu.

-apabila tidak pengsan,berikan beberapa arahan berikut ini :

a)wudhu dan membaca 7x qursy sebelum tidur.
b)merapatkan kedua belah tapak tangan dan membaca 3qul 3x dan meniupkan ketapak tangan dan menyapu keseluruh.
c)mendengar cd/mp3 ruqyah 3x sehari.



Photobucket Image Hosting

SIHIR KELUAR DARAH YANG BERTERUSAN

Jenis sihir ini hanya berlaku pada wanita.Tukang sihir mnenyuruh jin untuk menyelusup kedalam tubuh wanita yang akan disihir dan menugasinya untuk mengeluarkan darah darinya secara berterusan,maka masuklah jin kedalam tubuh wanita dan ia mengalir dari salah satu bahagian dari rahimnya bersamaan dengan darah.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia pada pembuluh darah" (hadith riwayat Al-Bukhari)

Apabila jin sudah sampai ditempat tertentu dari bahagian rahim,ia akan memukulnya dengan satu pukulan,maka darah akan mengalir dari tempat yang sudah terbuka itu.

Rasulullah SAW bersabda ketika Hamnah binti Jahsy bertanya kepada beliau tentang al-istihadah : "ia adalah pukulan dari pukulan-pukulan syaitan"

Maka diketahui dari riwayat diatas tadi bahwa istihadah adalah dari pukulan dari syaitan didalam satu bahagian yang ada dialam rahim seorang wanita.

Pengubatan sihir pendarahan ini :-

-membacakan ruqyah syariah diatas tempat yang berisi air untuk pesakit,kemudian ia meminum dan mandi dari air tersebut selama 3 hari,maka darah akan berhenti dengan izin Allah.

-pesakit perlu membaca 3qul 3x tiap2 lepas solat.

-pesakit perlu mendengar cd/mp3 ruqyah 3x sehari.

-pesakit dilarang mendengar lagu/muzik.





PENGAKUAN SEORANG ISTERI YANG TIDAK PUAS DENGAN NAFKAH BATIN SUAMINYA

Pengajaran dari video diatas,jika para suami mengalami masalah tenaga batin,segeralah berurut dengan tukang urut yang mahir dan berpengalaman (bukan gadis urut batin),insyaAllah isteri anda tidak akan merungut lagi...



Photobucket

KAIFIAT YASIN 7MUBIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG/ORANG YANG HILANG
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Rujukan : http://darussyifa.org/modules.php?name=New...icle&sid=56


Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut:-

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

(3) Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

-Membaca Surah Yaasin,apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12),berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

-Untuk pusingan kedua,apabila sampai mubin yang pertama,berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17).Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

-Untuk pusingan ketiga,berdoa di mubin pertama,kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24).Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

-Untuk pusingan keempat,berdoa di mubin pertama,kedua,ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

-Untuk pusingan kelima,berdoa di mubin pertama,kedua,ketiga,keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60).Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

-Untuk pusingan keenam,berdoa di mubin pertama,kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69).Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

-Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir),berdoa di mubin pertama, kedua,ketiga, keempat,kelima,keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77).Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

-Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

-Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.


SENARAI KAEDAH ATAU TEKNIK-TEKNIK PERAWAT DALAM MERAWAT GANGGUAN JIN



TEKNIK MERUQYAH DAN MEMUJUK JIN

Kaedah diatas dilakukan oleh perawat darussyifa dimana pesakit akan diruqyah dan memujuk jin serta memberi jalan penyelesaian untuk jin keluar dari tubuh pesakit.Kaedah ini amat disyorkan kerana perawat berdiplomasi dalam merawat tanpa menunjukkan sifat agresif kepada jin.




TEKNIK MEMBERI PENGAJARAN DAN MENGISLAMKAN JIN

Kaedah diatas pula adalah amat bagus dimana perawat mengajak jin kafir yang mengganggu pesakit untuk memeluk islam,disini perawat membaca beberapa ayat al quran tentang kebaikan menjadi umat islam dan jin amat tertarik sekali lalu memeluk islam.




TEKNIK MENGGERTAK JIN

Kaedah ini pula perawat menggertak dan menakut-nakutkan jin supaya keluar dari tubuh pesakit.Kaedah ini boleh diguna pakai,kerana ada segelintir jin yang tak berapa cerdik/penakut,jin akan terus keluar dari tubuh pesakit selepas diugut oleh perawat.




TEKNIK MERUQYAH DAN MENEPUK PESAKIT

Kaedah diatas pula dilakukan oleh pengasas darussyifa dimana pesakit akan diruqyah pada ubun-ubun dan ditepuk-tepuk dengan tangan pada anggota badan pesakit.Kaedah ini berlandaskan 100% hadis dan amat popular dilakukan oleh ramai perawat-perawat islam.




TEKNIK MENCEDERAKAN JIN

Kaedah diatas dilakukan oleh perawat MANARAH dimana pesakit akan diketuk dengan ranting pokok nona,disini anggota badan jin akan cedera.Kaedah ini amat-amat efektif dalam merawat gangguan jin yang liat dan kritikal.Kaedah ini adalah dosage yang maksimum dalam rawatan islam di M`sia dan selalunya jin akan serik untuk mengganggu pesakit lagi dimasa-masa akan datang.




TEKNIK MEMICIT/REFLEKSOLOGI

Kaedah ini pula perawat akan memicit point-point refleksologi tertentu pada badan pesakit.Kaedah ini adalah untuk menyakiti jin dan dalam masa yang sama perawat juga dapat mengesan bahagian anggota badan pesakit yang jin ganggu/sekat aliran perjalanan saraf serta darahnya.



Photobucket

AUDIO STREAMING CERAMAH BERKAITAN JIN DAN SIHIR


Ilmu Hitam, Pengasih: Peruntuh Rumahtangga - www.CeramahIslam.com - Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar
Makhluk Halus (Siri Al-Kuliyyah) - www.CeramahIslam.com - Ustaz Dr. Amram Kasimin & Ustaz Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri
Perubatan - Halal dan Haram di Dalam Islam - www.CeramahIslam.com - Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar



Photobucket

KAEDAH PULANG SIHIR YASIN 7 MUBIN

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada penghabisan,anda boleh mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi pengajaran supaya penyihir/tukang upah insaf dan berhenti dari melakukan kerja-kerja kutuk mereka itu.
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan solat sunat taubat 2 rakaat terlebih dahulu kemudian solat sunat hajat 2 rakaat pada waktu tengah malam.Setelah selesai,baca surah yasin hingga terjumpa perkataan MUBIN yang pertama,berdoa "minta dipulangkan sihir kepada penyihir",kemudian ulang lagi dari awal membaca surah yasin hingga jumpa perkataan MUBIN kedua,beroda macam tadi dan ulang semula membaca dari awal yasin,lakukan semua langkah tadi hingga jumpa perkataan MUBIN yang ketujuh lalu berdoa lagi "minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran" kemudian teruskan membaca baki surah yasin tadi hangga selesai.Selepas itu anda tidur dan membaca al kautsar 10x dengan niat minta petunjuk mimpi.InsyaAllah berhasil....

YASIN AYT 12=MUBIN PERTAMA
YASIN AYT 17=MUBIN KEDUA
YASIN AYT 24=MUBIN KETIGA
YASIN AYT 47=MUBIN KEEMPAT
YASIN AYT 60=MUBIN KELIMA
YASIN AYT 69=MUBIN KEENAM
YASIN AYT 77=MUBIN KETUJUH




Photobucket

AYAT RAWATAN UNTUK TERKEHEL/PATAH/PENYAKIT TULANG

Sila baca ayat dibawah dan hembus kepada sebotol miyak serai wangi,kemudian urut sejam tempat yang cedera/patah...InsyaALLAH mujarab....

AL FATEHAH 1X
ISRA 82 3X
SELAWAT SYIFA 3X
YASIN 78-79 7X
YASIN 82 3X


YASIN 78-79
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً۬ وَنَسِىَ خَلۡقَهُ ۥ‌ۖ قَالَ مَن يُحۡىِ ٱلۡعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ۬ (٧٨) قُلۡ يُحۡيِيہَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ (٧٩)
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (78) Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya(79)


Photobucket

TEKNIK URUT SATU BADAN (POSISI TELENTANG)

Urutan dimulakan dibahagian perut dan kemudian ker bahagian dada dan urat susu.Kemudian urutan dilakukan pada bahu hingga pergelangan tangan dan kehujung jari dengan menggunakan tapak tangan.Urutan dilakukan dari atas ke bawah.Pastu urut tapak kaki perlahan-lahan dengan menggunakan ibu jari.Urutan diteruskan pada point jantung betis dan kawasan paha.


Photobucket

TEKNIK URUTAN SATU BADAN (POSISI TIARAP)

Urutan dimulai bahagian pinggang,iaitu dengan cara menekan bahagian ini dengan ibu hujung jari perlahan-lahan,sekurang-kurangnya 3 kali dan seeloknya 7 kali.Kemudian urut bahagian urat belikat,urat hujung tali kipas,bahagian tulang kipas,leher kiri dan kedua-dua belah bahu.Selepas itu urutan diteruskan pada tangan kiri dan kanan hingga kehujung jari.Akhir sekali lakukan urutan pada kaki kanan dan kiri,bermula dari celah-celah jari kaki,betis dan paha.


Photobucket

TEKNIK URUTAN SATU BADAN (POSISI DUDUK MELUNJUR)

Urutan dimulai pada bahagian bahu,urat2 leher,bawah cuping telinga dan urat2 tengkuk.Selepas itu urutan dilakukan pada dahi dan kepala bagi melancarkan perjalanan darah keotak.Akhir sekali letak tuala pada seluruh bahagian belakang pesakit dan tepuk seluruh bahagian belakang selama 5 minit.


Photobucket

TEKNIK MENGURUT UNTUK SAKIT KEPALA

Urutan dilakukan pada bahagian belikat,iaitu urat darah yang menghubungkan jantung dengan otak.Kemudian urut pada bahagian atas bahu kiri dan kanan serta tengkuk kiri dan kanan.Akhir sekali urutan dilakukan pada bahagian bawah cuping telinga secara perlahan-lahan.

ARAH URUTAN SEHALA BAGI SESETENGAH POINT BADAN

Bagi point urat ari-ari dan labu betis (kaki) arah urutan hanya SEHALA.Disini ia amat penting bagi mengelakkan kesan komplikasi pada pesakit..Bagi point ari-ari,jika dilakukan dengan arah dari atas ke bawah,ia akan menyebabkan nafsu lelaki/wanita akan menurun,oleh itu ia perlu dilakukan dari bawah keatas SAHAJA.Bagi point labu betis,urutan dilakukan dari arah atas ke bawah SAHAJA,jika dilakukan sebaliknya,ia akan menyebabkan urat2 perut menjadi tegang.



PUNCA PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1)Penyakit ini boleh berlaku akibat kerosakan urat saraf dan otot pada zakar dan urat saraf yang berkaitan dengannya,akibat kemalangan jalan raya atau disebabkan terjatuh dari tempat yang tinggi,akibat kelumpuhan yang menyebabkan saraf tidak berfungsi,tekanan jiwa (stress) yang berpanjangan dimana tekanan tersebut sukar dikawal.

2)Kerap melakukan onani (masturbation),iaitu mengeluarkan mani secara paksa dengan tangan.

3)Kekerapan melakukan jimak dalam masa yang singkat juga mungkin menjadi punca lemah syahwat.

4)Amalan membasuh kemaluan sebaik sahaja melakukan jimak juga boleh melemahkan urat saraf pada zakar.

5)Buatan orang,seperti sihir atau berpunca daripada sebarang gangguan makhluk halus.


SIMPTOM PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1)Alat kelamin kurang berfungsi,diibaratkan hidup segam mati tak mau.Bertindak garang bila berjauhan,tetapi lemah bila berdekatan.

2)Kurang bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin.Jika melakukan persetubuhan,pendayung kuat diperingkat permulaan,tetapi patah sebelum sampai kekemuncaknya.

3)Cepat keluar mani ketika melakukan persetubuhan.


TEKNIK RAWATAN PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN


1)Melalui kaedah urutan,memulihkan urat saraf supaya darah berjalan dengan baik ke bahagian zakar.

2)Melalui kaedah meRUQYAH,pesakit akan dibacakan ayat-ayat al quran bagi membuang unsur2 negatif/gangguan makhluk halus dari badan.

3)Melalui pemakanan,disini pesakit dilarang mengambil minuman berais,pesakit digalakkan meminum madu dan kapsul tongkat ali setiap hari bagi melancarkan perjalanan darah dan menambahkan hormon testosteron.

4)Melalui senaman,pesakit digalakkan melakukan senaman tenaga batin (spt rajah dibawah)10minit setiap hari.Ini penting bagi memulihkan urat-urat yang tercedera dan melancarkan sistem saraf batin amnya.





Photobucket
MP3 PENGESAN JIN DAN PENAWAR SIHIR
(RUQYAH MP3 24min 5.7MB)

Sila download MP3 file ini di http://mp3ruqyah.blogspot.com dan save kedalam h/p,gadget atau PC dan perdengarkan bacaaan sehingga tamat.Perhatikan setelah selesai :

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan begegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda.Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....



RUQYAH MP3/CD ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar...InsyaAllah..

Dengan mendengar MP3/CD ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan



CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYARIAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.




Dibawah nie testimonial dari seorang forumer dari DCCKMONA.COM yg cuba dgr mp3 ruqyah..

Author Post
cahayacintaku Tue Jan 22 2008, 02:27PM
Registered Member #66
Joined: Tue Sep 20 2005, 01:20PM
Lokasi: kedah
Posts: 65

saya dah try dengar ruqyah mp3
2 mlm lpas saya x leh tido. bila pejam aje, rasa badan kena tindih. berat semacam aja. pastu kat ats bumbung dengar bunyi pasir ditabur. kekadang dengar bunyi derap kaki. nk kata kucing xda pon bunyi miawww.
mlm td saya pasang ruqyah ni dalam bilik. alhamdulillah, tidur saya nyenyak, xkena tindih dah, bunyik pasir pon dh xda. tadi saya ada try send ruqyah ni kt member melalui bluetooth, tp hs dia jammed. try kali k2, send lmbt sangat, padahal smlm bluetooth kt member lain cepat aja.

sblm saya mendengar ruqyahmp3 bhgn tulang belakang saya slalu kebas. rasa ada mcm benda dok menghisap badan saya, tp la ni Alhamdulillah.


nie pula testimonial dari forumer hamidarshat.com.....
cintakasih
Newbie
Karma: 0
[applaud] [smite]
Posts: 4
Re: sila download MP3 ruqyah percuma utk kesan jin dalam badan
« Reply #20 on: April 01, 2008, 08:12:29 AM » Quote
---------------------------------------------------------
1st time pasang kat umah, di tgh2 bacaan tetiba pintu dapo umah kasih berdentum dgn kuat walhal masa tu xde angin, xde ributpun.
meremang bulu roma masa tuh...

----------------------------------------------------------
amoi tanjong
Hero Member
Karma: 0
[applaud] [smite]
Posts: 715
hAmBa teRpiLih
Re: sila download MP3 ruqyah percuma utk kesan jin dalam badan
« Reply #21 on: April 01, 2008, 08:56:18 AM » Quote

-----------------------------------------------------------
en ahmad
just nak tanya...
kawan amoi nie...
dia dah dwload ruqyah nie satu malam tu.....
tapi tak sempat abis dwload coz line slow...
dia stop kan dulu.....
terus masuk tido

nak jadikan cerita
malam tu.......
ada peristiwa yang tak pernah berlaku terjadi malam tu......
terperanjat pun ada..... lucu pun ada......

tengah malam tido, hubby dia jatuh katil......
tak pernah lagi la jatuh katil.....
tapi malam tu jatuh katil tengah malam...
dia tak pasti jam brapa....

* adakah ini satu kebetulan
misteri tu.... ?




SIMPTOM AWAL PETANDA GANGGUAN JIN

Photobucket
Semasa tidur

*tidak dapat tidur *kerap terjaga *kena tindih *mimpi seram
*mimpi binatang *kacip gigi *ketawa,menangis/meraung
*mengeluh *berjalan *mimpi terjatuh dari tempat tinggi
*berada dikubur/tempat sampah *mimpi melihat makhluk pelik
*melihat lembaga hitam*mimpi bayi@kanak-kanak*terasa ada sesuatu yang menyentap kaki sewaktu tidur*

Photobucket
Semasa jaga

*sakit kepala *sakit pada anggota tertentu
*terhalang untuk beribadat *tiada tumpuan
*berlaku perubahan diri *menyepi diri dan malas
*pelupa *selalu mengelak dari dirawat
*tubuh gementar*rasa seperti hampir menemui ajal*ragu-ragu tentang keimanan*takut untuk menziarahi jenazah*seringkali pengsan tanpa sebab*seperti ada yang menolak semasa dalam tandas*timbul rasa takut tanpa sebab*terasa ada sesuatu yang mengekori anda*period lebih 15 hari*sakit dibahagian perut tanpa sebab*

Kesimpulan

JIKA TERDAPAT 3 TANDA SEMASA TIDUR DAN 2 TANDA SEMASA JAGA MAKA NYATALAH IA DIGANGGU MAKHLUK HALUS/JIN.



Photobucket

AYAT PENGASIH UNTUK DIKASIHI RAMAI

Amalkan membaca surah yusuf ayt 4 (izqola yusufu....lisajidin) 3x tiap2 lepas solat.InsyaALLAH muka anda berseri-seri dan disayangi ramai.

إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ (٤

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". yusuf ayat 4



Photobucket

INFO MENGENAI JIN SAKA

GEJALA SAKA

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.

Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.

Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.

Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?

Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.

Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

TANDA-TANDA SAKA

Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb


Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

KAEDAH RAWATAN

-Segera berjumpa PERAWAT ISLAM yang berdekatan dan bukannya bomoh.
-Mesti ada kerjasama dan persetujuan keluarga dahulu.
-Diubat usul dahulu (ahli keluarga yang paling tua).
-Sesudah selesai ubati usul,barulah ubati anak dan cucu pula.
-Semua barang2 warisan atau yang berkaitan perlu dimusnahkan.
-Setiap pesakit/ahli keluarga perlu membawa 2botol air mineral.
-Ayat-ayat rawatan yang dibacakan ialah fatehah,ar rahman 33-36,al jin 1-9 dan 3qul.
-Pesakit perlu mendengar mp3 ruqyah 3x sehari sebelum tidur.