Pembaca Setia...

Selasa, 9 Disember 2008







DARUL SYIFA + DARUL HIKMAH VS PESAKIT GILA ISIM

Sabtu tadi kami menerima panggilan dari Sg Udang Klang berkenaan abg iparnya yang mengamuk satu kampung dan memukul isteri dan anaknya akibat gila isim (menuntut ilmu salah).Saya,admin dan ilmi pun bergegas kesana dan bila sampai disana,kelihatan juga 2 orang perawat darul syifa telah bersiap sedia untuk memberi rawatan pada pesakit.

Pesakit dalam keadaan separuh sedar dan memberi 1001 alasan untuk dirawat.Admin cuba memujuk dan berdiplomasi pada pesakit,setelah 30 min memujuk pesakit akhirnya pesakit setuju untuk diruqyah.Kami memulakan ruqyah pada pesakit dengan asas 10 Darul syifa dan kemudian kami meneruskan ruqyah sesi kedua dengan ayat-ayat ruqyah syar'iyah Darul hikmah pula.

Saya,admin dan ilmi,membacakan dengan kuat sekali ayat ruqyah syar'iyah ditelinga pesakit,pesakit mula gelisah dan tak tentu hala tapi belum lagi sampai kerasukan.Setelah 20min ruqyah dibacakan,kami tamatkan rawatan pada pesakit dengan menepuk-nepuk belakang pesakit dan azan 3x.

Akhir sekali kami menyuruh pesakit mandi dengan sebesen air ruqyah,tapi pesakit sekali lagi memberi pelbagai alasan supaya mengelak untuk mandi.Admin memujuk lagi selama 15 min agar pesakit mandi,tapi agak mendebarkan juga pada ketika itu apabila pesakit mula mencapai sebilah besi dikawasan dapurnya.Admin dengan keberaniannya memujuk dan terus memujuk pesakit lagi tanpa sebarang rasa takut,akhirnya pesakit akur mandi,dan seorang perawat Darul syifa terus memandikan pesakit dibilik air.

Setelah selesai proses memandikan pesakit,lalu perawat Darul syifa melaungkan azan dan menabur garam dan lada hitam didalam dan luar kawasan rumah untuk menghalau makhluk halus dan membuat pagar pada kawasan rumah amnya.

Pesakit mulai tenang dan tidak mengganas lagi..rawatan selesai...